CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: manjaredd

Kisah Benar: Demi.. SYAHADA.

 Close [Copy link]
Post time 14-11-2012 06:44 PM | Show all posts
manjaredd posted on 14-11-2012 06:42 PM
hahhahaa... itulah pasal.. sedang sambung ni peya..

Thanks tt, okla taknak kacau tt mengarang hehheheeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2012 06:49 PM | Show all posts
Kesiannya.. lagi please..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 06:56 PM | Show all posts
manjaredd posted on 14-11-2012 05:55 PM
hahaha...popcorn ye.. bak sikit boleh..??

tak boleh, sebab cerita tak habis lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2012 07:24 PM | Show all posts
sambung pasal dengan keluarga..

Sekarang saya tahu kenapa teman saya tu jarang nak bertemu dengan arwah emak dan ayahnya walaupun tgal sebelah menyebelah, kerana tidak mahu mendengar soalan2 cepu emas.. sangkaan saya suku benar. Yang berlaku adalah lebih dari itu..
Suaminya tidak suka hidup cara melayu, memandang jijik jika makan menggunakan tangan, makanan seperti ikan masin, ikan bilis, sotongh kering di anggap bangkai, di bawa keluarganya makan di warung bersama-sama makan sup tulang di ketawakan mereka dengan mngatakan orang melayu memang bodoh sebab makan makanan anjing. kerana tidak mahu keluarga tersinggung itulah kali pertama dan terakhir mereka keluar makan bersama. Teringat saya cerita arwah emak teman saya satu ketika dulu..
Bila makan di luar warung menjadi pilihan terakhir itupun sebab restaurant dah tutup.. tidak pernah peduli teman saya berduit atau tidak makna ikut selera, mat salleh memang makan byk!! Paling kurang terbang jugak RM60-80... iTU pasal makan, bab lain pulak.. suaminya tidak suka dengan keluarga teman saya yang suka nak mengajar anaknya bercakap melayu. oleh itu fahamlah saya mengapa si kecil itu bercakap inggeris ketika awal percakapannya. Rupanya emak dan ayah teman saya pernah menegur sudah penat berkerja kenapa kerja rumah tidak disuruh suami yang buat, bukan dia tidak cuba ketika itulah pertama kali dia menerima penampar dari seorang lelaki dalam hidupnya.. keparat!! kenapa tak report poliss?? laju soalan saya... dia tidak mahu kisah dia suami isteri jadi buah mulut orang.. yang terima pasti arwah emaknya yang sudah mula kurang sihat..jadi dia berdiam.

Sambungnya lagi.. pernah satu petang pulang dari rumah dilihat badan anaknya merah dan lebam kesan tapak tangan di belakang. Ditanya suaminya mengapa, kerana menagis minta susu ketika dia sedang tidur.. damnn!!  suaminya sering tidur lewat kerana online. tidur pada awal pagi..ketika org nak solat subuh time tulah dia tarik selimut.. sebelum tidur teman saya harus sediakan sarapannya dulu.. sebagai isteri dia lakukan..selagi terdaya. semenjak apa yg terjadi kepada anak itu dia meletak anak mereka di rumah arwah emaknya. Tidak ada bantahan dari suaminya boleh lah dia tidur lena...

Dengan sanak saudara tidak mahu bercampur, alasan tidak suka mereka berbahasa melayu, tidak mahu ke kenduri kendara sebab kena duduk atas lantai, makan guna tangan..pathetic!! kan...?? so, bila ada saudara datang suaminya keluar rumah tak pun berkurung dalam bilik... bila di tanya ke mana suaminya alasannya menipu sahaja..sakit perut..pergi klinik..jumpa kawan.. pahit.. tapi terpaksa telan..terutama bila disindir saudara mara.. Dengan jiran-jiran tak pernah nak bertegur sapa, alasan mereka tak tegur dia so dia diam sahaja.. bila ulangtahun anak mereka teman saya sediakan pulut kuning dan goodies untuk diberi kepada anak2 jiran suaminya tidak suka. sepatutnya jiran mereka beri hadiah bukan mereka yg bagi treat kepada jiran2.. ish.. mengada2 betul..

Tiap petang suaminya selalu berjalan keluar dengan alasan excercise. Bila arwah emaknya semakin tidak sihat, ketika itu anaknya sudah pun ke tadika islam..di bawa anak keluar berjalan bersama. mula2 seronok teman saya melihat mereka tetapi satu hari bila teman saya membawa anaknya keluar membeli keperluan,kebetulan kawasan itu kejiranan yang majoritynya cina dengan selamba anaknya mendekati seorang permpuan cina yang kebetulan ada disitu membawa anak anjingnya berjalan..disentap tangan anaknya 'don't'. Terpinga-pinga anaknya. Di dalam kereta barulah dia tahu cerita bahawa setiap petang suaminya membawan anak mereka berjalan2 dan membenarkan anak mereka menyentuh setiap anjing yang dia mahu. astaghfirullahallazim.. singgah dia membeli sabun samak dan di samak anaknya setiba di rumah. Bertanya dia tentang hal itu kepada suaminya, jawapannya ' dog is human best friends'. teman saya semakin gusar namun semangat masih ada..

Satu hari teman saya terima panggilan telefon dari tadika anaknya mengatakan anaknya sudah diberhentikan sekolah oleh bapanya. Bila pulang jawapan suaminya.. 'its no use to let her learn arabic! english is the best she should learn'.. teman saya telan lagi.. bertubi-tubi soalan daripada keluarga dan jiran-jiran melihat nakanya tidak ke sekolah lagi.. hmm..

ok...break lama sikit... saya nak solat maghrib. lepas tu nak prepare dinner...
malam nanti kita sambung lagi ye..




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2012 07:26 PM | Show all posts
SPACENUT posted on 14-11-2012 10:56 AM
tak boleh, sebab cerita tak habis lagi....

chaiittt! kedekut..!
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 08:15 PM | Show all posts
manjaredd posted on 14-11-2012 07:26 PM
chaiittt! kedekut..!

Nanti dah habis cerita aku bagi ye..siap yang Garret lagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2012 08:21 PM | Show all posts
cerita yg menarik....teruskan TT...menanti dgn sabar.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 08:40 PM | Show all posts
mintak fasak sudaaaa....anak konpom jadik hak kawan TT sebab suurat beranak mengatakan itu anak kawan TT...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2012 09:31 PM | Show all posts
Dengan penuh sabar saya menunggu cerita seterusnya.......
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 09:40 PM | Show all posts
manjaredd posted on 14-11-2012 02:09 AM
betul lah tu... perjalanan hidup masing-masing tak sama kan...

exact, kisah orang tidak sama,
dan cita ni wujud dalam semua warna kulit dan bangsa.....
kahwin bangsa sendiri tidak menjaminkam hidup akan indah dan selamat jugak,
rezeki masing masing....
dan me sendiri kahwin dengan omputih apa me boleh kata
7 tahun lebih kahwin,  perjalanan hidup me sangat menarik
seperti seorang tuan puteri, bak kata ayat mendiang mama mentua me.

dan kisah me mungkin sebaliknya jika kahwin bangsa sendiri atau bangsa lain
yang bukan omputih.. jika takkan tau camana...



Last edited by faraway1 on 14-11-2012 07:44 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2012 10:09 PM | Show all posts
faraway1 posted on 14-11-2012 01:40 PM
exact, kisah orang tidak sama,
dan cita ni wujud dalam semua warna kulit dan bangsa.....
kahwin ...

berkahwin dengan omputeh tu kalau bernasib baik dilayan macam tuan puteri dunia dan akhirat,
...syukur alhamdulillah..am happy for you..tahniah. bangsa lain pun tak menjamin bahagia..
cuma yang saya kongsikan adalah kisah perkahwinan dgn mat salleh ..bangsa penjajah yang tidak akan lekang mentalitinya dari berfikir sebagai penjajah... tanpa sedar orang lain dah merdeka bebas dari penjajah..

tapi kahwin dgn mat salleh ibarat merelakan diri dijajah kalau jodoh panjang alamat seumur hidup la gamaknya... namun jika mat salleh itu jalani hidup dengan penuh ikhlas dlm islam dan melayan pula kita seperti puteri, tahniah sekali lagi anda tidak di jajah tetapi berjaya menakluki dia... tepuk dada tanya selera.. hanya kita yg tahu kisah hidup kita..moga bahagia ke akhir hayat ...amin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2012 10:10 PM | Show all posts
SPACENUT posted on 14-11-2012 12:15 PM
Nanti dah habis cerita aku bagi ye..siap yang Garret lagi...

iyolah tu..abis cite ko pun senyap je..kan..kan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 10:30 PM | Show all posts
manjaredd posted on 14-11-2012 08:09 AM
berkahwin dengan omputeh tu kalau bernasib baik dilayan macam tuan puteri dunia dan akhirat,
...s ...

me ok aje dijajah dan menjajah,
me sendiri menjajah sampai ke negara orang, so ok ajelah
me rasa kahwin dengan bangsa pun itu antara benda yang wujud dalam rumahtangga,
cam u cita pasal kesihan minah tu kahwin omputih di sini, di family disc pulak cita keburukan kahwin
dengan bangsa sendiri, so perkahwinan ni ikut nasib lah...
dapat baik untung, dapat teruk, potensi jadi cita tauladan di forum cari..

kalau tanya me, lagi me suka kahwin bangsa asing dari bangsa sendiri...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2012 10:33 PM | Show all posts
faraway1 posted on 14-11-2012 02:30 PM
me ok aje dijajah dan menjajah,
me sendiri menjajah sampai ke negara orang, so ok ajelah  ...

as i said.. pilihan masing-masing... i bercakap tentang menjajah bukan menjelajah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 10:44 PM | Show all posts
manjaredd posted on 14-11-2012 08:33 AM
as i said.. pilihan masing-masing... i bercakap tentang menjajah bukan menjelajah...

me cita pasal potensi menjelajah bila kawin bangsa asing
ok sambung cita tuk mereka yang tertunggu sambungan itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2012 11:22 PM | Show all posts
dah selesai dinner, arini beli sup tulang...

jom kita sambung lagi kisah teman saya tadi..

Patutlah sejak kahwin tak pernah dia mengandung..rupanya tak pernah bersama.. mcmana nak bersama perasaan dan nafsu pun tak ada.. Bila nampak dia dah tenang.. saya tanya lagi..kenapa tidak mengadu pada emak dan ayahnya..? Dia tak mahu susahkan hati emak dan ayahnya ketika itu..dan sekarang kenapa tak tinggal di rumah sendiri? malah biarkan suaminya duduk di situ? Saya ceritakan juga yang saya ada bertemu dengan kawan-kawan yang lain dan mendengar cerita yang tidak baik dari mereka...

Dia tarik nafas panjang, katanya anak itu di bawa tinggal bersamanya sebab ada sesuatu telah berlaku. Lepas 2-3 hari emaknya meninggal dunia rumah itu sunyi di siang hari, ayahnya mula berkerja di waktu malam sebagai security adik-adik pula pulang lewat malam untuk tidur sahaja.. suaminya cuba meniduri dia tanpa dia rela..nasib baik anaknya itu terjaga dari tidur dan dia terselamat lagi..malam itu mereka bermalam dalam kereta. Esok harinya mereka tinggal di hotel buat semnetara waktu, sepanjang hari terluang dia menonton tv di bilik bersama anaknya. Dlam program itu ada adegan cium sambil ketawa anaknya bercerita..yang dia selalu menonton lelaki dan perempuan bogel di tv..??!!! anaknya bercerita lagi..org perempuan tu kadang kadang makan *** org lelaki...!!!!???? ooohh... kesian budak tu... teman saya bertanya ada tak daddynya buat begitu pada dia ..katanya tidak cuma dia nampak tangan daddy dalam seluar..!!!???? anaknya ketawa lagi daddy takut tengok sampai kencing dalam seluar..!!!???
sebab itu teman saya ambil keputusan untuk jauhkan diri dari suaminya..tinggal mereka beberapa hari situ. nasib tak baik dia bertembung dengan adik rakan saya yang tumpangkan dia sekarang kerana sedang bermesyuarat di hotel yang sama.. dengan rasa tebal muka dia bertanyakan adik rakan saya itu yg juga rakan sekerja teman saya ketika itu untuk menumpang tinggal di rumahnya kerana dia tahu yang rakannya itu tinggal bujang. katanya die perlukan ruang untuk berfikir sementara waktu... rakannya faham. rakannya hanya tahu serba sedikit kerana mereka tidak berkerja di department yang sama dlm bidang penerbitan rakan itu selalu out-station. dapatlah dia dua beranak tumpang tinggal di situ dengan tenang. namun begitu, setiap 2 hari sekali dia harus menghantar wang kepada suaminya sebyk RM50 kerana bimbang suaminya itu tidak makan..tak ada duit nak beli topup dan ke cyber cafe ...boleh??? jadi itulah sebabnya dia pulang tadi untuk beri duit..tapi kenapa kena pukul?? sebab, dia mahukan RM500 untuk beli hp baru, seluar baru untuk pergi interview. tambahnya lagi..bukan aku tak tahu dia ada gf dan topup tu penting untuk phone sex setiap malam.. aduhai.. sampai ke situ pun kena tanggung..?? Bukan aku tak mau beri tambahnya lagi, tapi duit dah hantar ke UK untuk jamin adik die kena tangkap sebab drugs..tiap bulan kena hantar duit belanja untuk mak dia sbb katanya di sini dia berkerja.. gaji aku habis macam tu je...nak bagi mak aku dia tak izinkan begitulah luahannya..

Kadang2 duit gaji tak cukup dia asyik minta wang malah paksa aku pinjam dari kawan-kawan.. mereka percaya dan beri. Akhirnya teman saya juga yang terima balanya. Malah dalam diam suaminya berbaik2 dengan teman2 supaya ada yang sudi belanja keluar makan dan minum..bila tanya tentang teman saya dia buka cerita macam-macam..nak buat macam mana, kwan2 lebih percayakan suaminya.. malas nak menjerit2 minta dipercaya teman saya mendiamkan diri.. berkerja dengan azam untuk langsaikan semua hutang kawan2. cita-citanya tak pernah kesampaian..hujung bulan ada sahaja pintanya untuk dibelikan mahupun berikan wang..

Lama kami bercerita..waktu berlalu dan dia harus ke sekolah menjemput anaknya. Pertemuan kami terhenti di situ, kebetulan saya harus pulang kerana emak mertua saya masuk hospital dan kami sekeluarga pulang ke kampung.. saya pasti akan jumpa dia lagi bila pulang nanti..saya harus bantu dia..itu azam saya..




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2012 11:37 PM | Show all posts
manjaredd posted on 14-11-2012 11:22 PM
dah selesai dinner, arini beli sup tulang...

jom kita sambung lagi kisah teman saya t ...


kesiannyer kawan u.....hope u bole bantu dia secepat mungkin.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 11:39 PM | Show all posts
sedihnya dpt suami cm tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2012 12:38 AM | Show all posts
Lepas 3 hari berada di kampung, emak mertua pun dah semakin pulih,kami sekeluarga kembali ke kl. Sepanjang di kampung saya asyik memikirkan hal teman saya di sana..entah apa khabarnya paling penting dia selamat dan selesa dengan anaknya walaupun menumpang...tapi dia harus pulang ke rumahnya dan suaminya harus keluar..pada saya dah tak ada maknanya mereka teruskan hidup bersama.. sampai bila mereka berdua nak hidup mcm tu.. kawan-kawan juga harus tahu hal yang sebenar bukan menuduh dan pencilkan dia begitu.. sebelum tidur malam itu saya bercerita pada suami apa yang berlaku.. terduduk dia daripada baring mendengar cerita saya.. 'kalau dia terima Joe dulukan bagus..' Johan sepupu suami saya yang memang ada hati pada teman saya sampai sekarang masih belum berumahtangga.. dia seorang architect..malah pernah sama-sama berkhidmat dlm projek yang sama dengan teman saya.. namun teman saya tak pernah buka peluang pada Joe. Sepatutnya mereka involve dalam projek di Dubai tetapi teman saya menolak kerana ingin tumpukan kepada anaknya.. kini Johan sudah pulang..saya rasa Johan pasti boleh membantu... tanpa suami saya tahu saya sedang merancang sesuatu.. Esok saya nak jumpa Joe. ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 12:57 AM | Show all posts
Good luck TT. Semoga kawan TT dpt keluar dari masalahnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.052729 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list