CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

Isu Janda - Rahana Mohd Dahari Mohon Maaf Kepada Misha, Bakal Suami (pg.8)

[Copy link]
Post time 5-2-2014 09:52 AM | Show all posts

"Bila Masa Misha Pernah Kahwin?" - Bakal Suami

Sumber: Malaysian Digest


Gosip Misha pernah berkahwin langsung tidak pernah menggugat kepercayaan Fiross terhadap tunangnya itu. Kredit foto Faisol Mustafa.

Bakal suami kepada penyanyi yang popular dengan lagu Angin Syurga, Misha Omar iaitu Fiross Ezzwan Rosly, 32, menerima dengan terbuka dakwaan bakal isterinya itu dikatakan pernah berkahwin dengan individu berstatus orang kenamaan.

Menurut Fiross yang pernah putus tunang dengan Misha pada 2009, khabar tersebut sikit pun tidak menimbulkan rasa bimbang apatah lagi syak wasangka terhadap Misha kerana dia sangat mengenali dan percaya kepada tunangnya itu. Kalaupun dia terbaca tentang gosip tersebut, juruterbang syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) ini berkata, dia tidak mengambil serius mengenai berita itu.

"Saya kenal dia dan saya percaya dia. Dia pandai jaga diri. Sejak saya kenal dia dan sejak kami bertunang, saya selalu dengan dia. Jadi, bila masa pula dia sempat kahwin dengan orang lain? Saya ada juga terbaca tentang gosip-gosip tu tapi saya bagi saya sekadar untuk seronok, seronok saja", kata Fiross ketika ditemui pada majlis minum petang bersama media, bertempat di restoran Delicious, One Utama, petang semalam.

Ditanya apa yang membuatkan dia sabar menanti untuk memperisterikan Misha, walaupun sebelum ini rancangan pernikahan mereka pernah tertangguh sebanyak dua kali sebelum ini, kata Fiross, keserasian membuatkan ikatan cinta mereka kuat meskipun dihimpit pelbagai dugaan. Malah jejaka ini berasa bertuah akhirnya dia akan memiliki Misha secara sah tidak lama lagi.

"Senang berkawan dengan dia. Saya kenal dia sebagai Samiha Omar. Selama 8 tahun kami kenal tu, rasa macam sekejap saja masa berlalu. Tapi saya akui, bila dia jadi Misha Omar, saya agak kekok juga.

"Kami dah kongsi tanggungjawab ni dah lama. Akhirnya kami akan kahwin dan lepas ni kami dah boleh tinggal serumah. Sebelum ni tak boleh. Selama ni boleh peluk anak (Adam, anak angkat Misha) saja. Lepas ni bolehlah peluk dia", tuturnya dengan nada bergurau.

Sementara itu, Misha yang duduk di sebelah Fiross lantas berkata, perasaannya bercampur baur antara teruja, seronok dan sebak dalam menanti sehingga hari mereka dijabkabulkan, kira-kira tiga bulan saja.

"Kami mula berkenalan sejak tahun 2007. Kami bermula sebagai kawan kemudian bercinta. Kemudian putus cinta, dan akhirnya kembali semula sebagai pasangan kekasih. Kemudian pada 2011 dia muncul semula dan ketika itu dia ajak saya kahwin", dedah Misha.
.

Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana sepanjang tiga bulan melalui saat menyedihkan ekoran pemergian bapa tercinta, Fiross sentiasa ada di sisinya dan tidak putus-putus memberikannya semangat.

"Dari awal dia ada dengan saya melihat sendiri saya berdepan dengan pelbagai dugaan termasuklah saat ayah saya meninggal dunia. Dia banyak memberi semangat kepada saya.

Selain itu, masa merupakan salah satu dugaan yang kami hadapi sepanjang pertunangan ini kerana ada saja dugaan yang terpaksa kami lalui sebelum tiba masa kami akan disatukan sebagai suami isteri....................................................................................



Baca lanjut: http://www.malaysiandigest.com/h ... in-bakal-suami.html



Last edited by adik^manis on 5-2-2014 09:54 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2014 09:52 AM | Show all posts
harap2 jadik la ye.. asik tangguh2..
fening para peminat tau..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
caplimau posted on 5-2-2014 09:52 AM
harap2 jadik la ye.. asik tangguh2..
fening para peminat tau..

Kita hanya merancang noks...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 10:09 AM | Show all posts


Cantik Misha ni.
Very open, tak malu nak ngaku antaran biasa-biasa je.
Jangan sorok-sorok majlis, just for family kunun sebab malu
takda hantaran berjenama macam retis lain...........
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 10:12 AM | Show all posts
adik^manis posted on 5-2-2014 09:52 AM
Sumber: Malaysian Digest

eleyyy..tak bole peluk konon..tu ko pelok dia dlm gmbo tu..phuiii...tifu laaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 10:17 AM | Show all posts
selekehnya...kata pilott
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2014 10:37 AM | Show all posts
laki tu nak kawen dgn dia pun dah cukup bagus, erkkk
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 10:45 AM | Show all posts
hemoh2 posted on 5-2-2014 10:17 AM
selekehnya...kata pilott

Ko hingat pilot mesti pakai baju macam tokoh korporat SM.Faliq?.........
Entah-entah pilot, menganggor.
Kat rumah aku, ada dua tiga orang pilot mengaggor.
Banyak duit dibelanjakan nak dapat lessen pilot, last-last, takda keja.
Sume syarikat kapal terbang pakat kecikkan kos sebab nak kurangkan
kerugian. Tak maw amik pilot lagi dan buang mana yang ada.
So, camna...........???
Tu yang antaran, takada barang 'berjenama'
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2014 11:28 AM | Show all posts
semoga selamat la semua Misha.. bukan dia nk cakap x de hantaran memahal tu.. mungkin wartawan tanya berapa hantara whatsoever.. pas tu bila di rangkumkan,, jadi la ayat macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 11:32 AM | Show all posts
makin besau tunang beliau...
aku prasan sejak dia bertunang..
makin merundum si misha ni..
gaknya lps kawin...terus lenyappp....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 11:45 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 4-2-2014 06:08 PM
Mungkin dia nk remind zubir awal2 kot

hahaha... setuju!
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 12:18 PM | Show all posts
napa Misha makin putih? pakai produk apa?





Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 12:26 PM | Show all posts
Suchi posted on 4-2-2014 07:29 PM
mcm dah lama dgr dia nk kawen, kalo aku rasa seksa je nk postpon nihh
rasa tak tertanggung je
lg c ...

perkataan sesuai "gelojoh!"




Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 12:51 PM | Show all posts
tak nak duit, tak nak barang berjenama sbg hantaran...
so apakah?
ko nak umah sebijik ke mek mehah?
kelas... name pn retis kan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 01:07 PM | Show all posts
sepitsiput posted on 4-2-2014 10:51 PM
Iol ragu juga ttg kerjaya tunsngan samihah ni... ntah2 bkn pilot tp tukang drive lori pembawa ta ...

iols boleh konfirmkan yang dia betul pilot MAS.. tak ada tipu..

jangan ingat pilot tu semua kacak lawa noks.. ada yang lebar ada yang lurus. ada yang kemas ada yang lagi selekeh dari orang jual ikan.. yang handsomenya $$$$
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 01:09 PM | Show all posts
hemoh2 posted on 5-2-2014 10:17 AM
selekehnya...kata pilott

yang selekeh dari dia pun ramai.. pilot juga hanya lelaki biasa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2014 01:10 PM | Show all posts
congrats kak misha
tp wonder jgk, bakal suami kak misha ni ada iras2 Dr. Azizan skit... ada related ker? hmmm... >.<
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 01:12 PM | Show all posts
sepitsiput posted on 4-2-2014 10:51 PM
Iol ragu juga ttg kerjaya tunsngan samihah ni... ntah2 bkn pilot tp tukang drive lori pembawa ta ...

hehe...tapi ramai je aku tgok pilot 'sehat2' ni....sllunya masa bbrpa tahun pertama jd pilot je mantop, pastu menggeleber la....
ada jugak klo tgok steward badan cntik lg tp muka nampak kertu, xsyoknye pemandangan ku...hahaha
sllu pesan kat kawan seben suh diorg resign jd steward, sakit mata makkkk

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 01:26 PM | Show all posts
apa hal pulak war2 tanpa barang berjenama & duit hantaran...
buat jea lah tak yah war2kan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 01:29 PM | Show all posts
congrats misha..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.059570 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list