CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putr@polo

[Tempatan] Konsert FMFA 2014, Bukit Jalil-Polis sahkan 6 mati, 3 kritikal overdose dadah!!

[Copy link]
Post time 15-3-2014 07:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2014 08:02 PM | Show all posts
salah seorang yg kritikal di HUKM dah meninggal tadi..among yg masuk ICU are 2 singaporeans
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 08:02 PM | Show all posts
kahkahkah padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 08:05 PM | Show all posts
Hey watpa hentikan konsert..nanti konsert habis, pakat kutip ja lah mayat2 suma..biaq ramai skit yg mampos dlm tu..pasni kurang skit puak2 tu pi menala ke konsert...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 08:14 PM | Show all posts


PENONTON konsert berkumpul di hadapan pintu masuk Konsert Future Music Festival Asia yang dibatalkan di Bukit Jalil. - Foto Adi Safri
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Konsert lagho kat negara mana ni? Adakah negara islam malaysia?

Negara islam? Konsert?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2014 08:16 PM | Show all posts
NHolmes posted on 15-3-2014 07:43 PM
Dadah jugak news laporkan? Ade ckp food poisoning la sesak nafas la, guna dadah berlebihan la.. Ma ...

Ini berita Awani sudah kuar laporan dan ulasan senario nih.

Katanya memang mati sebab overdose dadah.

Mangsa paling muda mati adelah Sabrina Kamaruddin, 21 tahun, kata Awani.



Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 08:18 PM | Show all posts
AbukRokok posted on 15-3-2014 07:52 PM
se sambil tu meh kita layan Pharrel Williams...yang turut terbatal hari nim

Pharell patut datang ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2014 08:18 PM | Show all posts
mcm nama2 melayu jer yg disebutkan kt tv tadi...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey posted on 15-3-2014 08:16 PM
Ini berita Awani sudah kuar laporan dan ulasan senario nih.

Katanya memang mati sebab overdose  ...

Maknanya sabrina kamarudin ni amik dadah????
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey posted on 15-3-2014 08:16 PM
Ini berita Awani sudah kuar laporan dan ulasan senario nih.

Katanya memang mati sebab overdose  ...

Confirm dadah ker? Student unimap pun ade kn
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 08:23 PM | Show all posts
cmf_premierleag posted on 15-3-2014 08:20 PM
Maknanya sabrina kamarudin ni amik dadah????

Ntah.

Tahun lepas korang tak ingat ke tered pasal FMFA ni kuar juga? Ada gambar mamat terbongkang mati di longkang sebab overdose dadah?

Ada sorang forumner pegi konsert ni tahun lepas. Aku tak ingat lak sapa nama dia. Dia kata bilangan yang mati overdose lebih ramai daripada yang dilaporkan media.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey posted on 15-3-2014 08:23 PM
Ntah.

Tahun lepas korang tak ingat ke tered pasal FMFA ni kuar juga? Ada gambar mamat terbongka ...

Ooo maksudnya stok2 yg g konsert FMFA ni sume taik dadah la lan.
malu besar family kalau mcm tu.
sbb anak mati kt konsert...tempat maksiat
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 08:26 PM | Show all posts
Moto konsert trance. Pastu amik dadah. Pasth letak pulak Pray for Mh370???
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 08:28 PM | Show all posts
chazey posted on 15-3-2014 08:23 PM
Ntah.

Tahun lepas korang tak ingat ke tered pasal FMFA ni kuar juga? Ada gambar mamat terbongka ...

Konsert nyanyi sambil ngisap dadah ke hape
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari The Star.

Published: Saturday March 15, 2014 MYT 3:57:00 PM
Updated: Saturday March 15, 2014 MYT 6:16:59 PM

Five die of drug overdose at music festival

BY NICHOLAS CHENG

KUALA LUMPUR: Five people have died while four others are in critical condition due to methamphetamine overdose at the Future Music Festival Asia 2014 at Bukit Jalil Stadium.

City police chief Senior Deputy Comm Datuk Mohmad Salleh said the nine, ages from 21 to 28, collapsed during Friday’s event after consuming drugs at around 1.30am.

One person died on the spot in Bukit Jalil while another died on the way to the hospital. Three others died at the Universiti Malaya Medical Centre (UMMC ) and Universiti Kebangsaan Malaysia Hospital (HUKM).

Read:Music festival cancelled after drug overdose deaths, say organisers


Another four people, two of whom are in a coma, are in critical condition at both hospitals SDCP Mohmad said.

“All tested positive for high levels of drugs and the deaths have been classified as overdose.

“Throughout the two-days we arrested 22 people, three foreigners and seven locals, in possession of narcotics.

“In view of this incident and for the interest of public safety, we have advised the organisers to cancel Saturday’s event. Those who bought tickets should contact the organisers for refunds,” he said.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2014 08:32 PM | Show all posts
bbsyasya posted on 15-3-2014 02:51 PM
Lau bg tiket free pun x kosa nak pergi....tu belum yg smoking lagi....bau ketiak lagi....maunyer , s ...

i pon slalu pikir bab2 ketiak ni kalaulah ada rase gatal2 sgt nak ke konsert

x kira lah apa jenis odorono skali pon dok sental

lagi2 malaysia tropika tegar
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 08:32 PM | Show all posts
Pengunjung Protes Pembatalan Future Music Festival Asia 2014?


Selain Malaysia heboh dengan kehilangan pesawat MH370 yang masih lagi menjadi satu misteri, hari ini dikecohkan lagi dengan pembatalan Future Music Festival Asia 2014 secara tiba-tiba pada hari ini setelah berlakunya kematian di lokasi konsert. Menurut akhbar Utusan Malaysia, polis telah mengesahkan 5 orang pengunjung telah meninggal dunia setakat jam 5 petang, 15 Mac 2014. Namun, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur, mengatakan hanya seorang sahaja yang meninggal. Mana satu yang betul ni?
Menurut sumber Utusan Malaysia, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh membatalkan hari ketiga Konsert Future Music Festival Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, yang dijadual berlangsung di lokasi sama, malam ini.

Sementara itu, walaupun telah diumumkan persembahan pada malam ini dibatalkan, namun pengunjung yang datang masih lagi menunggu di luar pintu masuk lokasi. Kebanyakan daripada mereka memprotes tentang tindakan penganjur membatalkan konsert ini. Jalan masuk ke stadium juga telah pun ditutup dan dikawal ketat oleh pihak polis. Pembatalan festival ini adalah kerana atas sebab keselamatan pengunjung sebagaimana yang diarahkan oleh pihak polis.

Pada petang tadi juga, satu sidang media tergempar telah diadakan bagi memberi penerangan dan pencerahan kepada pihak media berhubung pembatalan Future Music Festival Asia 2014 untuk malam terakhir. Ramai sekali media tempatan dan luar negara yang teruja ingin mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku. Pengumuman telah dibuat oleh wakil penganjur, Iqbal Ameer yang juga Pengarah Livescape Asia.

“Demi kepentingan keselamatan awam, kami mengambil dan menerima nasihat pihak berkuasa untuk tidak meneruskan hari ketiga FMFA 2014. Ini juga adalah untuk membantu siasatan yang sedang berjalan. Kami menghargai kerjasama dan penerimaan baik semua pihak serta akan berkongsi maklumat terkini mengenai perkara ini secepat mungkin.”




This statement is in response to news reported in the media on the 5 alleged deaths associated with FMFA last night. As the health and safety of all festival goers are our primary concern, we have lodged an investigation into the media reports. As at 5.00PM on March 15, we can confirm that one death, and not five, took place on festival grounds on March 14. A police report has been filed and we are working very closely with all relevant authorities in examining and determining the cause of this very unfortunate incident.

FMFA underwent regular meetings with all agencies involved in the festival (including the Royal Malaysia Police, The Fire and Rescue Department of Malaysia, Bukit Jalil National stadium, Millennium Patriot Security, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) and our certified on-site medical doctor and paramedics) prior to and during the event.

In the interest of public safety we have heeded the authority’s advice to not proceed with Day-3 of Future Music Festival Asia 2014. This is also to help in the on-going investigation. We appreciate the understanding of all parties and will share updates on this matter as soon as possible.

Details of refunds will be announced within one week. Ticket buyers are urged to logon to www.futuremusicfestival.asia for refund details.

Sementara itu, respon yang Budiey baca di ruangan komen laman sosial ada mengatakan konsert seperti ini tidak patut dibatalkan dan ada yang memprotes tentang pembatalan ini. Ada pula yang beranggapan, konsert seperti ini seharusnya dibatalkan pada hari pertama lagi untuk menghormati dan menyatakan rasa simpati dengan nasib malang yang menimpai pesawat MH370.

Portal berita The Star hari ini melaporkan seorang mati di tempat kejadian, di Stadium Bukit Jalil, manakala seorang lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Tiga yang lain meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM ). Antara yang meninggal adalah seorang pemuda Melayu, dua wanita Melayu, seorang Cina dan India. Kesemua rakyat Malaysia ini berusia antara 21 dan 28 tahun. Polis berkata, empat orang lagi, dua daripada mereka koma dan berada dalam keadaan kritikal di kedua-dua buah hospital. Yang masih kritikal adalah dua Melayu dan dua Cina.

Berikutan kematian tersebut, pihak penganjur membuat laporan polis dan bekerjasama dengan pihak berkuasa. Polis menutup beberapa bahagian Stadium Bukit Jalil untuk menghalang penonton konsert memasuki kawasan festival.

Pharrell, Macklemore & Ryan Lewis dan Rudimental dijadualkan mengadakan persembahan hari ini. Penyanyi rap tempatan, Sayla berkata, mereka tidak tahu mengenai jadual persembahan pada hari ini.


“Saya tidak tahu apa yang berlaku. Kami semua hanya melepak di belakang pentas menunggu sebarang arahan. Kami dijadualkan melakukan persembahan tetapi kami masih menunggu. Bassment Sindiket sepatutnya membuat persembahan dahulu sebelum kami tetapi baru sahaja sebentar, persembahan mereka dihentikan.”

Festival yang berlangsung selama 3 hari ini dihadiri oleh lebih 75,000 orang peminat di mana, 20,000 daripadanya ialah pelancong asing. Secara tidak langsung, acara ini juga mampu menggalakkan pelancong datang ke Malaysia, sekali gus menjadi pemangkin bagi sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014,

Artis antarabangsa yang menggegarkan pentas persembahan ialah Adventure Club, Armin Van Buuren, Arty, ATB, Baauer, Brodinski, Carnage, Chase & Status, Deadmau5, Deniz Koyu, Eric Prydz, Gesaffelstein, Knife Party, Macklemore & Ryan Lewis, Marcus Schulz, Monsta, Naughty Boy, Paul Van Dyk, Porter Robonson, Rehab, Rudimental, Sub Focus, Tinie Tempah, Wu Tang Clan feat Method Man, Ghostface Killah dan Raekwon dan Yuna.

Artis tempatan terpilih pula ialah 2db, Anowl, BATE, Basement Syndicate, Bunga, Dangerdisko feat Datuk Sheila Majid, Deer Society, Goldfish & Blink, H3, Mr Nasty & Guruguru, Raising The Bar, Tubby dan Xu.

Apa pun yang berlaku, pada petang ini, hujan telah turun di sekitar Lembah Klang sekaligus melenyapkan jerebu yang menyelubungi mata!









http://www.budiey.com/pengunjung ... festival-asia-2014/



Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 08:35 PM | Show all posts
xtahumenahu posted on 15-3-2014 05:30 PM
Aku x sangka org mesia mcm  ne

Ko sangka Msia camno pulok?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.082644 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list