|
saudagaralam posted on 20-6-2014 01:12 AM
mengikut sumber lisan Hj Maali, rupa beruk/ mawas. Selamba dek je masuk dapur self service melanta ...
besar saiz macm mawas biasa ke luar biasa sedara?... tau pulak makn nasi...igt melantk pisang...
|
|
|
|
|
|
|
|
saudagaralam posted on 23-6-2014 05:17 AM
LIBUR DI JUGRA
Salim tersenyum puas. Setelah habis diungkitnya semua overtime yang masih tertungg ...
sempat ambil gambar tak istana tu?....
|
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam2013 posted on 24-6-2014 11:30 AM
mistiknya TT...
tang mana yg mistik tu? part boss tahi hidung masin ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
saudagaralam posted on 24-6-2014 10:12 PM
tang mana yg mistik tu? part boss tahi hidung masin ka?
yg tu salah satu drp nya... hehehehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
KEBATINAN YANG BATIL
"Assalamualaikum" Abu pagi-pagi lagi sudah terjengah di depan pagar rumah Sakroni.
"Waalaikumsalam. Duduk dulu ye, ini bibik tengah basuh" Sakroni bergurau sambil menuding ke bakul baju basuhannya. Setelah siap disidai, Sakroni terus duduk di pangkin bersembang dengan tamunya.
Abu memang sudah lama tidak ketemu Sakroni. Setiap kali mampir ada saja cerita menarik dibawanya.
"Abu, camna Jengka?" usik Sakroni.
"Kelapa sawit macam tu la jugak. Yang merisaukan saya ialah ajaran ilmu kebatinan yang semakin meluas dan berbagai pula" jawab Abu.
"Abis tu apa masalahnya?" soal Sakroni.
Abu menerangkan pengamal ilmu ini semakin menunjukan ciri-ciri yang di luar sunnah. Mereka berpakaian serba pelik, berjubah dengan tasbih besar melilit di leher. Mereka bongkak mencabar sesiapa yang meragui "ilmu" mereka.
Pernah satu ketika kecoh kerana Sarir, seorang guru kebatinan mempertontonkan kehebatannya di hadapan khalayak. Sampai sahaja berita ke telinga Abu, lekas dia pergi ke kedai kopi tersebut. Abu diam sahaja memerhatikan gelagat Sarir yang menunjuk-nunjuk kebolehannya.
Lama kelamaan Sarir mula meracau dan bersilat tidak terkawal. Anak-anak muridnya menjadi kelam-kabut. Mereka resah kerana abang seperguruan kepada Sarir, satu-satunya orang yang boleh mengawal dan meneutralkannya tiada di situ.
Keadaan bertambah parah apabila Sarir mengamuk. Kerusi, meja dan segala peralatan warung habis dipecahkannya. Abu masih tenang lalu bertafakur sebentar kemudian pantas melakukan gerakan LIBAS TANGAN KANANnya.
Sejurus itu jugalah Sarir tersentak, tersedar dan bingung lalu terpacul dari mulutnya "Kenapa aku terasa kosong ni?"
Abu tidak menjawab kerana tahu libasannya sebentar tadi telah menyebabkan makhluk pendamping Sarir yang berupa orang tua berjubah terpelanting dan terus melarikan diri. Orangramai terkejut dengan aksi spontan Abu. Kejadian itu masih menjadi buah mulut orang kampung sehingga ke hari ini.
Beberapa minggu kemudian, Abu dimaklumkan kehadiran Mat Kadim dari Sabah sedang minum di warung. Diceritakan beliau adalah guru kepada Sarir. Abu mulanya hanya memantau dari rumah, akhirnya pergi juga ke warung. Abu sengaja duduk agak jauh dari kelompok yang ramai itu.
Mat Kadim terus memerhatikan Abu lalu bertanya kepada pelanggan lain "Siapa budak tu?"
"Dia anak Pak Mat" jawab salah seorang anak muridnya.
"Bila dia sampai?" tanya Mat Kadim lagi
"Baru je duduk" jawab anak muridnya..
"Eh tak lah. Waktu aku sampai, dia memang dah duduk sini" kata Mat Kadim.
Pengikut Mat Kadim bersungguh-sungguh memberitahu beliau yang Abu baru sahaja sampai. Mat Kadim tetap yakin inilah budaknya yang sudah duduk disisinya sejak dari tadi. Akhirnya Mat Kadim terus menjemput Abu duduk di sebelahnya. Pengikut Mat Kadim semuanya kehairanan dan berdiri memberi laluan hormat kepada Abu sebagaimana guru mereka.
Ketika Abu sedang rancak bercerita, telefon pintar Sakroni berdering.
"Salam, oh abang ada apa? Malam ni memang saya nak ke sana jumpa abang" panggilan telefon dari Salim disahut Sakroni.
"Kirim salam pada Abu, suruh dia tengok sebelah kanan" kata Salim sebelum memutuskan talian.
"Abu, Salim kirim salam, dia suruh engkau tengok kanan tu" Sakroni menyampaikan pesan.
"Dah lama dah Salim datang dan duduk sebelah saya sini" jawab Abu selamba.
"Rupa-rupanya Salim dan Abu saling berhubungan secara ghaib, rugi Maxis dan Celcom macam ni" kata Sakroni dalam hati sambil menggaru kepala.
Sebelum meminta diri, Abu menyatakan bahawa Mat Kadim adalah guru yang betul. Sedangkan anak-anak muridnya lah yang menyelewengkan perguruan kerana telah menjadi hamba kepada sifat mazmumah yang sepatutnya dibuang jauh dari hati setiap orang mukmin.
Bersambung... 104# Last edited by saudagaralam on 30-6-2014 01:42 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
makin menarik cite ni TT... seram pun ada jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
Yang baik itu datangnya dari Allah dan segala keburukan, kesalahan dan kesilapan datangnya dari diri saya sendiri.
Sila utarakan sebarang komen/ cadangan/ pertanyaan supaya penambahbaikan boleh dilakukan di masa akan datang.
Banyak lagi cerita menarik yang saya korek dari En. Salim yang belum diterbitkan
|
|
|
|
|
|
|
|
saudagaralam posted on 26-6-2014 04:15 PM
KEBATINAN YANG BATIL
"Assalamualaikum" Abu pagi-pagi lagi sudah terjengah di depan pagar rumah Sa ...
yang ni pelik sikit...
Abu dan salim berhubung secara ghaib..
|
|
|
|
|
|
|
|
Telepathy agaknya, jimat tak payah top up |
|
|
|
|
|
|
|
saudagaralam posted on 27-6-2014 11:21 AM
Telepathy agaknya, jimat tak payah top up
hahaha...kalau boleh buat macam ni..jimat belanja
|
|
|
|
|
|
|
|
saudagaralam posted on 16-6-2014 03:36 PM
biasanya org yg ada isi ni memang tak cakap banyak, kalau pakcik anda nak bagi tu ada la kebaikannya ...
Tag line sharing is caring ni, saya selalu jumpa kat page fb seseorang.... tapi dia muda lagi kot..
|
|
|
|
|
|
|
|
saudagaralam posted on 23-6-2014 05:17 AM
LIBUR DI JUGRA
Salim tersenyum puas. Setelah habis diungkitnya semua overtime yang masih tertungg ...
Salim ini, umurjya 40 an ker...
Mcm pernah ku dengar cerita ini..
|
|
|
|
|
|
|
|
magpie5672 posted on 28-6-2014 05:15 PM
Salim ini, umurjya 40 an ker...
Mcm pernah ku dengar cerita ini..
Ya benar, En. Salim dah besar panjang
Sila lah speculate siapa dia, TIADA peruntukan hadiah disediakan bagi jawapan yang betul
Last edited by saudagaralam on 28-6-2014 07:18 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
saudagaralam posted on 28-6-2014 07:17 PM
Ya benar, En. Salim dah besar panjang
Sila lah speculate siapa dia, TIADA peruntukan hadiah ...
Hehehe bujang lagi orangnya... kalau salah sila betolkan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Peminat En. Salim pelbagai bangsa, agama dan budaya.
Makhluk halus pun dia boleh ajak borak, dah baca episod pontianak?
|
|
|
|
|
|
|
|
saudagaralam posted on 28-6-2014 09:40 PM
Peminat En. Salim pelbagai bangsa, agama dan budaya.
Makhluk halus pun dia boleh ajak borak, dah ...
Tuan silalah sambung lagi..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|