CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anne_boleyn

Pengalaman Masa Aku Kerja di Genting Highland - Cerita 12 (Intai - cak cak)

[Copy link]
Post time 17-7-2014 08:53 AM | Show all posts
pernah keje front line dekat first world tahun 2008 dulu.. tapi aku stay kat tingkat 4 first world.. setahun kerja alhamdulliah tak pernah jumpa apa2 yang tak nak dijumpa.. tapi setakat dengar cerita guest terjun hotel bunuh dri pasal kalah judi tu da biasa sgt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2014 09:46 AM | Show all posts
sis..selalu port mne yg org suka bunuh diri tu? waktu malam ke?
aritu naik GH, seb baik tak de kes bunuh diri..
tp situ mmg kelam dan suram la hotel2 dia..dh la diselubungi kabus..

dh bape org la terkorban kt situ..tp still meriah dgn org
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 10:23 AM | Show all posts
cerita la lagik....u pernah dengar tak orang terjun gaung kat taman bunga belakang theme park hotel tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 11:16 AM | Show all posts
genting ni dedulu zaman aku main moto jadi litar asah skill time weekend

dah setahun lebih kot tak naik atas sana.. mamak awana tu dah bungkus ek?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 12:05 PM | Show all posts
anne_boleyn posted on 15-7-2014 08:47 PM
Cerita 8 - Cinta Seberang

Kat GH ni ramai je buat praktikal. Bukan je dr local university, dr lua ...

waaaaa... happily ever afteerr....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2014 12:13 PM | Show all posts
zilaila posted on 17-7-2014 03:53 AM
pernah keje kt GH masa taun lps..dok sana sbulan je..xthn ak sejuk2 ni..asek jth sakit je...last2 mi ...

Apartment Ria tu mmg mcm2. kejap yg aku cerita kes kwn aku yg naik GH suka-suki. pastu tak nak balik. nak tidur GH tp hotel tak de.
apakah berlaku...nantikan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2014 12:14 PM | Show all posts
ada sekali tu, srg guest lari turun p kaunter bawah pakai towel je.. katanya sebelum die mandi katil bilik tu berasingan.. tp lepas mandi tiba2 katil tu da bercantum jd double.. terus die mintak tukar bilik haha.. budak2 mentenen yg jaga cctv pulak pernah ternampak perempuan serba putih muncul siap jalan tembus bilik ke bilik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2014 12:15 PM | Show all posts
duniaku85 posted on 17-7-2014 09:46 AM
sis..selalu port mne yg org suka bunuh diri tu? waktu malam ke?
aritu naik GH, seb baik tak de kes  ...

tak pasti lah aku plak klau dorg ni ada fav spot utk bunuh diri.
tapi aku suspect GH ni puaka la. ramai je org bunuh diri. tapi ramai jugak org yg dtg bergembira.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2014 12:16 PM | Show all posts
ex_klia posted on 17-7-2014 10:23 AM
cerita la lagik....u pernah dengar tak orang terjun gaung kat taman bunga belakang theme park hotel  ...

taman astakona tu ke. mungkin ada. tapi tak pernah dgr. penah tgk org bercinta. buat video clip pun penah. heheheeheh
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 12:19 PM | Show all posts
anne_boleyn posted on 17-7-2014 12:15 PM
tak pasti lah aku plak klau dorg ni ada fav spot utk bunuh diri.
tapi aku suspect GH ni puaka la. ...

huhu rasa cam tak kne je dtg bergumbira di tempat berpuaka..
rasa nye sbb tak semua org tau kut..
klau diorg tau, msti tak sanggup nk g sana dh
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 12:27 PM | Show all posts
napa genting tu jual saham highlands to maxims group ( filipina )
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 12:43 PM | Show all posts
sammbungggg TT..menarikss
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 12:51 PM | Show all posts
wah...
up lagi TT cite GH
best la...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 02:14 PM | Show all posts
anne_boleyn posted on 17-7-2014 12:13 PM
Apartment Ria tu mmg mcm2. kejap yg aku cerita kes kwn aku yg naik GH suka-suki. pastu tak nak bal ...

apt ria tuh byk citer ke? dulu aku slalu stay situ kalau g GH...tp siyes mmg skeri la tmptnye..malap je nasib baik sepanjang kat sana x pnh kna kacau

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 03:18 PM | Show all posts
skyway genting tu sampai mlm ke?
i tot sampai kol 7 je
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 03:27 PM | Show all posts
Skyway ni start dari half way pastu ke GH indoor game to ke?  Serun ooooo bila naik.. Dah lah gayat, siap nak melompat keluar sbb ketakutan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2014 03:41 PM | Show all posts
Scary citer TT, byk lak tu. I tak minat nak naik GH bab cam spooky gitu. Mmg tak pernah naik and now will avoid to go there.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 04:03 PM | Show all posts
lagi...lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 04:34 PM | Show all posts
anne_boleyn posted on 16-7-2014 05:53 PM
Cerita 9 - Scandalous

Gie ni mmg cantik dan tinggi lampai orangnya. Dia jugak berkacukan mamak. O ...

moral of the story: jangan dok menggatai dgn laki orang!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2014 05:53 PM | Show all posts
Cerita 10 - Apt Ria

Aku kerja GH betul2 lepas aku grad. Kebanyakkan kwn2 aku semua further buat degree, tapi aku decide nak keje. Ye lah. Aku ada 3 orang lagi adik tgh skolah. Malas nak bebankan mak aku. Aku keje kat GH pun sbb aku fikir senang. tak yg susah2 nak pkir transport or sewa umah. gaji pun boleh tahan.

Kwn2 aku mana yg tahu aku kerja GH, semua pun suka je nak dtg GH. Kononnya nak dtg melawat aku. Tapi lebihnya sbb nak discount main kat Theme Park. As a staff, aku boleh dapatkan dorg 50% discount. Maka ramai lah yg dtg.

Masa ni kwn aku dtg bertiga. Nanis, Farah dan Siti. Konon nak dtg main kat Theme Park je. Tetiba nak stay plak malam tu. Dtg plak time weekend, for sure lah First World Hotel tu fully booked. Dorg ni pulak semua student, mmg tak mampu la nak check in kat hotel lain. Mahal sgt ya. End up nya cuma ada 2 pilihan. Apartment Ria or Amber Court.

Jalan la kaki kitaorg cari bilik kat Apt Ria. Oh ya, kwn aku ni naik bus je dtg GH. Student kan. Mana ada kete. Dah smpai Apt Ria tu gigih la cari bilik. Jumpa lah tokey cina ni. Dia tanya nak sewa satu apt or nak sewa bilik je. Of course la kitorg ckp nak bilik je. Sbb murah costnya dr sewa apt. Lgpun dah malam. Janji dpt mandi dan tidur.

Tokey cina ni bwk lah kitorg pegi satu apt ni. Ada 3 bilik. Dia suh kitaorg pilih. Bilik yg attached ngan toilet harganya mahal skit. Discus punya discus and divide berapa kena byr sorang, kami sebulat suara amek bilik yg tak de toilet. Save duit. Tak cakap byk, kami bayar and terus masuk bilik. Masa kat luar tu, kami tgk tv terpasang. Kipas pun tak tutup. Lampu mmg cerah terah benderang.

Bilik okok je. Ada satu queen bed, almari dan kipas ceiling. Lepas mandi kami kuar blk. Jalan2 kat First World Plaza. Shopping2 skit. Dinner. Amek gambar. Dah penat, kami pun decide nak balik tidur. Aku stay sekali. Tak hingin plak aku nak menapak balik quaters dah jam 12am time tu.

Katil bila kongsi berempat, mula lah ada yg rasa tak selesa. Farah mmg tido mati. Letak kepala, terus padam. Siti dan aku berborak. Tak abes mengupdate perkembangan masing2. Nanis ni dari tadi tak boleh tido. Kejap duduk. Pastu baring. Pegi toilet. Minum. Masuk balik. Last2 dia give up. Cakap nak tgk tv kat luar. Aku ngan Siti ok kan je la. Sbb dari dlm bilik mmg ada bunyi tv dan bising2 kat luar. Tak la risau sgt sbb ada guest lain kat luar.

Kat luar mmg ada satu couple melayu tgh tgk tv. Mereka x byk pun berborak dgn Nanis. Pastu datang seorg laki lalu ke toilet dan patah balik. Selepas seketika, couple melayu ni pun masuk bilik. Dan lelaki tadi keluar sekali lagi, tapi kali ini ke pantry. Melihat Nanis yg keseorangan, lelaki itu pun menegur Nanis. Berborak lah mereka. Lelaki itu namanya Hamka dan asal Sabah. Dia menyewa tetap salah satu bilik di apt itu. Dia bekerja di salah sebuah kedai kasut sukan di First World Plaza. Malam itu mereka berbual panjang.  Hamka jugak siap main gitar. Menyanyi utk Nanis. Sampai lah azan subuh kedengaran. Masing2 pun dah mulai mengantuk. Hamka minta izin masuk bilik.

Farah yg tidur mati dari semalam tetiba terjaga. Tercungap2. Sesak nafas. Dia lihat kami semua tidur. Dia menarik nafas lega. Dia sudah tidak boleh sambung tidur lagi. Hanya tunggu sehingga kami semua bangun dalam jam 10am.

Pagi tu, Farah tidak ckp byk. Nanis menguap2 tidak cukup tidor. Kami pegi bfast dan terus ke kaunter bus beli ticket. Tiket jam 3pm. Just nice. Sbb semalam tokey cina tu bg kami late check out sbb kami late check in. Kemudian, Nanis ajak kami jalan2 kat First World Plaza. Dia mencari satu kedai kasut yg aku dah lupa apa nama kedainya. Pusing satu Plaza, tak jumpa. Nanis hampa. Kemudian kami pun decide nak lepak minum.

Akhirnya Nanis buka cerita yg dia berkenalan dgn Hamka masa kami semua sudah tidor smlm. Org Sabah. Menyewa di bilik tengah. Tapi Nanis lupa nak mintak no fon. Lagipun Nanis kononnya nak buat surprise dtg ke kedai Hamka, tapi sayang tak jumpa. Aku pun sbenarnya tak pernah dgr nama kedai yg Nanis sebut. Setelah jam hampir 1.30pm, kami decide nak balik apt, mandi dan balik. Siti sempat kasi idea suruh Nanis tinggalkan no tel bwh pintu bilik Hamka, tak pun pass je no kat tokey cina tu. Suh tokey tu bg kat Hamka.

Sampai apt, masing2 siap2 utk balik. Sambil tunggu tokey cina itu datang, aku tegur Farah kenapa dia senyap. Sebenarnya Farah tidak dapat tidur. Sepanjang malam dia bergelut. Ternyata tak seperti yg kami nampak dgn mata kasar. Aku mmg nampak Farah tidur lena.Kata Farah, ada lelaki bertatoo menidih dia sepanjang malam sampai lah azan subuh kedengaran. Bila kami tanya mcm mne rupa laki itu, Farah ckp mcm gelap, itam, tiada rupa. Aku pun tak pasti mcm mne rupa mcm tu.

Kami pun mula naik seram. Nasib baik tokey tu datang. Masa tu, couple melayu tu pun nak return kunci jugak. So kami kuar apt tu semua sekali - kami, tokey dan couple melayu. Sambil tggu lift yg tak jauh je dr unit apt tu, kami nampak tokey tu beria2 lock pintu dari luar dgn mangga. Sedang dok lock pintu, tokey tu ckp - Ini semua kena lock. Nanti org pecah. Saya susah.

Nanis terkejut. Lalu dia tanya pasal Hamka. Nak tahu apa tokey tu jwb - Oh itu budak Sabah. Banyak tatoo punya org. Mereka semua sudah lama pindah. Saya sudah lama tidak sewa pada third party. Byk rugi. Rumah byk rosak. Sekarang saya sewa utk guess saja.

Rupanya tokey ni dulu sewakan unit apt pada staff third party. Vendor pada GH. Maksudnya keja di GH tapi bukan staff GH mcm KFC, McD, etc. Dan Hamka ialah salah seorg penyewa. Kami tak faham mcm mne Hamka boleh ada dlm apt mlm tu. Tak sempat plak nak tanya couple melayu tu yg dorang perasan tak si Hamka ni masa tgk tv. Dan adakah Hamka juga hantu bertatoo yg sama tindih Farah?

P/S: Time ni aku baru sgt2 masuk keje. So aku tak de ramai kwn nak bertanyakan tentang Hamka ni. Tapi beberapa tahun selepas itu, aku ada kenal sorang bdk Sabah nama Hamka jugak. Hamka ni mmg dah lama keje kat GH, aku je baru kenal dia sbb jarang jumpa. Lagi lama keje dari aku. Tp Hamka ni jenis tak campur org. Dia cuma kwn dgn kwn2 dia je. Aku pun tak berani nak tanya.

Btw, dlm cerita ni kesian kat Farah Last edited by anne_boleyn on 17-7-2014 06:02 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.087180 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list