CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Jenayah] Kes Bunuh Pensyarah Bahasa Inggeris KTAC:Update #191

[Copy link]
 Author| Post time 30-9-2015 08:11 AM | Show all posts
Bekas Penuntut Kolej Dihukum Gantung Bunuh Pensyarah                                Sep 29, 2015                203

Bekas pelajar sebuah kolej antarabangsa, Muhamad Safwan Muhamad, 23, dibawa keluar oleh anggota polis selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selasa, kerana didapati bersalah membunuh seorang pensyarah kolej teknologi Zara Eleena Omar, 23, dan bapanya Omar Peter Abdullah, 56, tiga tahun lalu. - Foto BERNAMA


32Shares




SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bekas penuntut Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC) selepas didapati bersalah membunuh pensyarahnya, Zara Eleena Omar Peter, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu terhadap Muhammad Safwan Mohamed, 23, selepas mendapati pembelaan tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Abdul Halim dalam penghakimannya berkata keterangan yang ditampilkan saksi pendakwaan sebelum ini, membawa kepada pensabitan tertuduh terhadap pembunuhan Zara Eleena.

Beliau berkata pembuktian bagi kes pembelaan tertuduh tidak mencukupi dan lebih kepada penafian semata-mata.

“Tertuduh nafi…menyebabkan kematian Zara Eleena. Beliau nafikan penglibatannya dalam kesalahan itu secara total.
“Keterangan tertuduh berbeza dengan keterangan saksi pendakwaan,” kata Abdul Halim.

Tambah beliau, sebarang pembelaan mesti disokong bukti-bukti sahih yang meyakinkan tetapi dalam kes itu tiada saksi lain ditampilkan untuk menyokong pembelaan tertuduh.

Muhammad Safwan, yang memakai jersi berwarna biru, kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan dan dia kemudian dipeluk ibu serta anggota keluarganya sejurus prosiding selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Abu Bakar sementara tertuduh diwakili peguam Muhammad Fadhli Sutris dan Shah Rizal Abdul Manan.

Seramai 32 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pada 30 Oktober 2014, Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan Muhammad Safwan tanpa dipanggil membela diri atas tuduhan membunuh Zara Eleena dan bapanya Omar Peter Abdullah selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Tiga lagi rakannya iaitu Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 23, Mohamad Sharafe Matt Noh, 22, dan Azizi Aizat Ibrahim, 23, bagaimanapun tidak bernasib baik dan mereka dijatuhi hukuman mati atas tuduhan sama.

Pada 30 Julai lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan pembebasan Muhammad Safwan daripada tuduhan membunuh Omar Peter, tetapi memerintahnya membela diri terhadap tuduhan membunuh Zara Eleena, pensyarah Bahasa Inggeris di kolej berkenaan.

Bagaimanapun, rayuan Mohamad Zul Shahril, Mohamad Sharafe dan Azizi Aizat ditolak dan Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati terhadap mereka kerana membunuh dua beranak itu.

Muhammad Safwan, Mohamad Zul Shahril, Mohamad Sharafe dan Azizi Aizat didakwa membunuh Zara Eleena, 23, seorang kelainan upaya (OKU) antara 1.30 pagi dan 2.30 pagi pada 9 Mac 2012.

Mereka juga didakwa membunuh bapa pensyarah itu, Omar Peter, 56, pesara syarikat kewangan antara 11.30 malam, 8 Mac 2012 dan 1.30 pagi keesokannya.

Mereka dituduh melakukan pembunuhan itu di rumah dua beranak terbabit di No. 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. – BERNAMA


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2015 08:22 AM | Show all posts
MissNigga replied at 29-9-2015 11:53 PM
iols khenz suker yang ala ala twink.... aka slander githewwww

mcm lava ker sis...slender gitewww


larik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 08:23 AM | Show all posts
Modngengade replied at 30-9-2015 08:22 AM
mcm lava ker sis...slender gitewww

haah .. macam laba .. tapi kalo iols nampak laba .. iols terajang jer ponen tue
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 08:25 AM | Show all posts
GhostWalking replied at 29-9-2015 10:19 PM
Dah final dihukum gantung dah rasanya tungtung

ana cam blur sikit abam ghost maklumlah br bgn tido ni

ni keputusan mahkamah rayuan ke?

asalnya kes ni dr mahkamah mana? mahkamah tinggi ke atau mahkamah sesyen?

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 08:25 AM | Show all posts
MissNigga replied at 30-9-2015 12:23 AM
haah .. macam laba .. tapi kalo iols nampak laba .. iols terajang jer ponen tue

amboi gagah dan purkasa nyer kaka.....kesian lava.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 08:26 AM | Show all posts
selayaknye la utk para pembunuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2015 08:27 AM | Show all posts
GhostWalking replied at 30-9-2015 08:11 AM
Bekas Penuntut Kolej Dihukum Gantung Bunuh Pensyarah
  • Jenayah
  • Terkini

  • ok br baca sekali lg yg ni

    ni br hukuman dr mahkamah tinggi, diaorg msh ada peluang nk merayu sampai fedral court dan later utk apply dpt pengampunan

    apa pun kesian kat semua yg terlibat

    yg culprit x taw apa motif utama smp berbunuh dan keluarga mangsa hilang suami dan anak manakala keluarga culprit menanggung malu, sedih dan pelbagai
    alfatehah buat semua

    Reply

    Use magic Report

    Post time 30-9-2015 08:27 AM | Show all posts
    Modngengade replied at 30-9-2015 08:25 AM
    amboi gagah dan purkasa nyer kaka.....kesian lava.....

    kaka jer ler berkasih ngan si laba tu .. muga kasih kaka akan membuka hati laba utk bertobat
    Reply

    Use magic Report


    ADVERTISEMENT


    Post time 30-9-2015 08:28 AM | Show all posts
    GhostWalking replied at 29-9-2015 05:24 PM
    mungkin tu gambar awal2 dulu.banyak yang lain gamba gini:

    nmpk bezanya


    ape yg dorg buat sbnrnya
    sbb forensik pun xdpt detect punca kematian






    Reply

    Use magic Report

     Author| Post time 30-9-2015 08:31 AM | Show all posts
    fatehana replied at 30-9-2015 12:25 AM
    ana cam blur sikit abam ghost maklumlah br bgn tido ni

    ni keputusan mahkamah rayuan ke?

    yang ni diputuskan mahkamah tinggi lepas dah ke mahkamah rayuan ikut pada pembacaan.cepat minum kopiii anaaaa
    Reply

    Use magic Report

    Post time 30-9-2015 08:40 AM | Show all posts
    Maideen. replied at 30-9-2015 06:39 AM
    Actually Dauswq kat Malaysia dah tak pakai juri dah. Depa pi amend Criminal Procedure Code (Kanun  ...

    kalau ikut maideen.. mana better juri atau hakim?

    kalau tgk movie omputih kat US pakai juri kan.. nampak cam lebih adil..entahla
    Reply

    Use magic Report

    Post time 30-9-2015 09:04 AM | Show all posts
    nak tnya,

    umur kekasih nya 23 tu skrg kn?

    umur zara 23 tu 3thn dulu kan?
    Reply

    Use magic Report

    Post time 30-9-2015 09:13 AM | Show all posts
    bila jadi macam ni, paling sedih bila tengok keluarga tertuduh
    bakal merasa kehilangan ahli keluarga sama mcm keluarga mangsa

    semoga bertaubat & taubat anda di terima..

    Reply

    Use magic Report

    Post time 30-9-2015 09:16 AM | Show all posts
    Muntz replied at 29-9-2015 06:23 PM
    Sgtlah tak sesuai hukuman mati di zaman skarang nie. Hanya kerana bunuh sorg, maka nyawa 12 orang la ...


    tgk ni...punya bertahun2 dok dlm penjara...badan xkurus2...elok la hukum gantung...kalau penjara seumur hidup makin seronok la dorg sbb xyah pikir psl kerja...mkn tanggung berak cangkung, cukup jam menonggeng kutip sabun jatuh
    Reply

    Use magic Report

    Post time 30-9-2015 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
    haruslah replied at 30-9-2015 09:04 AM
    nak tnya,

    umur kekasih nya 23 tu skrg kn?

    Mmg bf tu sebenar nya studentnya Zara

    Zara ni baik sgt org nya , sedih sgt diperlakukan begitu oleh budak2 mentah ni .... Masa dia blajar kat UKM , dia paling aktif kat persatuan oku, sbnrnye dia bukan oku sgt, just kaki sebelah dia ada sedikit tempang (dia mmg ada oku berdaftar)

    Paling tak best nak dengar, menurut sepupu sepupu dia yang nonmuslim, (ayah dia convert) keinginan zara utk mendalami islam ni lah yang menyebabkan zara terdorong utk makin rapat dgn bf dia ni , kiranya bf dia ni pandai bermain kata2 la alala ustaz razis ismail tu..... Ramai cakap mohd safwan la yang mengajar bf zara cara2 nak jadik hipokrit gitu

    Since then , sepupu sepupu zara sgt memandang rendah pada muslims ni ....

    Kira nya , budak2 ni semua dah la membunuh (kesian mak Zara sekarang sebatang kara), menghancurkan harapan mak ayah, memfitnah islam pulak nya ... Something is wrong somewhere

    Reply

    Use magic Report

    Post time 30-9-2015 09:43 AM | Show all posts
    MissNigga replied at 30-9-2015 12:27 AM
    kaka jer ler berkasih ngan si laba tu .. muga kasih kaka akan membuka hati laba utk bertobat  ...

    kakak tak boleh curang dgn stinger aka kerang  aka  hj rahim sewel   kan @kak_sue
    Reply

    Use magic Report


    ADVERTISEMENT


    Post time 30-9-2015 09:44 AM | Show all posts
    Modngengade replied at 30-9-2015 09:43 AM
    kakak tak boleh curang dgn stinger aka kerang  aka  hj rahim sewel   kan @kak_sue

    deyols tak kisah punya kalo uols berskandel ngan hajah labia manapos nie ... sebab dia tu geng geng deyols jugek kaka
    Reply

    Use magic Report

    Post time 30-9-2015 09:56 AM | Show all posts

    masa gelak ni dia ingat boleh lepas..sekali padan muko kau dekk
    Reply

    Use magic Report

    Post time 30-9-2015 10:00 AM | Show all posts
    selayaknyalah dik ke tali gantung.... punah masa depan... sian mak bapak
    Reply

    Use magic Report

    Post time 30-9-2015 10:01 AM | Show all posts

    wahhh happy kau lepas bunuh orang ye dik non

    Reply

    Use magic Report

    You have to log in before you can reply Login | Register

    Points Rules

     

    ADVERTISEMENT


    Forum Hot Topic
    ...AZAM TAHUN 2025...
    seribulan...AZAM TAHUN 2025...
    Views : 23764 Replies : 6
    ...BYE 2024, HELLO 2025...
    seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
    Views : 23348 Replies : 2
    [Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
    Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
    Views : 27087 Replies : 60
    Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
    YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
    Views : 38900 Replies : 33
    Barangan peribadi Che Ta bakal dilelong, tarikh sudah ada- peguam MARA
    maklukpenggodaBarangan peribadi Che Ta bakal dilelong,
    Views : 25719 Replies : 38
    Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
    YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
    Views : 40055 Replies : 260
    Hafidz Roshdi vs. Ngai
    maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
    Views : 275337 Replies : 8022
    Fattah Amin sudah jumpa Pengganti dan sedang mengenali seseorang? - Sumber terdekat mengesahkan bakal akhiri zaman duda?
    FORUMCARIIIFattah Amin sudah jumpa Pengganti dan se
    Views : 54859 Replies : 345
    madu gula tok matahari
    aaanf14madu gula tok matahari
    Views : 96740 Replies : 986
    Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
    PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
    Views : 22920 Replies : 428

     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    11-12-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.065963 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list