|
[2016]
OLA BOLA '' DI PAWAGAM 28/1/2016 '' RM 16 JUTA PECAH REKOD
[Copy link]
|
|
saje je tuu... letak ali sbg scorer terakhir..
sengaje nk test penonton.. mungkin ade yg tak perasan kot..
so sesape yg mempersoalkan tu.... sendiri mau ingat larr..
bukan ke dah mention awal2 lagi.... boleh sepak ni based by teamwork and not by individual..
so sesape sekalipun yg score tak kisah ler janji kita menang sama2... betul tak
masih menebal lg sikap rasist w'pun dah kena ice breaking
syilaker |
|
|
|
|
|
|
|
so apa motifnya dia letak ali sbg scorer terakhir ya?
|
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 28-2-2016 06:04 PM
so apa motifnya dia letak ali sbg scorer terakhir ya?
alahai senangnya yg amat....
hmm....
try pikir dulu dlm2....
dan relate kan pd ayat dialog terakhir ali. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak tengok lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by system_failure at 29-2-2016 10:40 AM
hyie replied at 28-2-2016 11:06 PM
aku tak tengok lagi
camni bro,
awal2 start pilem ni je dah di brthu 'This film is inpired by true story'.
bukannya 'Based on true story'.
ade beza tau...
Tapi cuba hang pikir sat, kesemua watak adalah memang dari kisah sebenar tapi kenapa dia tak guna nama mereka yg sebenar?
Awal2 dah brthu citer ni diinspirasikan berdasarkan dari kisah yg pernah terjadi.
Bukan adalah kisah benar yg pernah terjadi.
Jadi watak ali sengaja diberi skrip 'Kita menang sama2 dan kita kalah pun sama'.
Knpa bukan watak cina yg diberi skrip tuh?
Sbbnya mudah je.
Memang watak ali yg telah dirancang utk menjaringkan gol sekaligus layak ke olimpik.
Jadi adakah kemenangan itu milik ali seorg?
The answer is NO.
Ianya juga milik eric balak yg pass bola kpd ali.
Dan kemenangan itu juga milik kesemua pasukan malaysia.
Sbb tu watak ali awal2 dah disematkan dgn skrip kita menang sama2 masa kejadian dlm bilik persalinan tuh.
Itulah part yg mana para penonton kena brain wash oleh pilem ini.
Korang nampak mereka bertekak sesama mereka.
Tapi sbnrnya,
Muthu tgh sound korang semua.
Tauke pun turut sound korang semua.
Dan last sekali ali pun sound kat korang semua.
Dah kena cuci otak pun masih ramai penonton yg punya sikap rasist dlm hati.
Wpun dlm fakta sbnr org cina yg jaringkan gol tp dlm pilem org melayu yg jaringkan gol,
ni sengaja nak uji tahap nasionalisme orang2 kita..
Sekali lg.. syilaker........ |
|
|
|
|
|
|
|
bravo lah hakikatnya, ummah semenanjung je yang ke hulu ke hilir dengan racist bagai, ummah borneo aman2 je...aku tengah berkira2 nak tengok ke tak filem ni kat cinema...hmmm...lemme think first!
|
|
|
|
|
|
|
|
nampaknya masih ada lagi panggung wayang tayang filem ola bola nampak Astro Shaw cuba nak pecah rekod lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Aina Suzaily
Pengulas Sukan TV9
|
|
|
|
|
|
|
|
Kutipan terkini dah rm 16 juta.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Filem Malaysia yang paling lama ditayangkan |
|
|
|
|
|
|
|
aina suzaily ni bnyak berlakon iklan
muka dia matang sangat tp tuannya muda lg |
|
|
|
|
|
|
|
btol tu... citer ni bagaikan ada lapis2 yg suruh kita berpikir.. tiap2 kali tgk akan jumpa sesuatu.. memang terbaiklah details dia
|
|
|
|
|
|
|
|
yang watak hero Ali tu mcm kayu je. Cite ni kalau amik pelakon2 Malaysia yang lebih berpengalaman maybe akan jadi lagi gempak kot. Just my opinion. |
|
|
|
|
|
|
|
kuat juga pengaruh RAHMAN... |
|
|
|
|
|
|
|
Dicadang jadi pengulas final bola sepak : 'Itu bukan bidang saya' - Bront Palarae
Madiha Abdullah, Astro Awani | Diterbitkan pada Ogos 27, 2017 17:19 MYT
Bront Palarae menganggap cadangan itu tidak lebih sekadar pujian terhadap lakonannya.
NAMPAKNYA, cadangan seorang pengguna Twitter dengan nama Along Pinot, yang mahukan pelakon Bront Palarae sebagai pengulas dalam final bola sepak Sukan SEA, menerima reaksi yang pelbagai.
Along Pinot memuat naik status mencadangkan nama Bront sebagai pengulas sebaik sahaja pasukan Malaysia berjaya melangkah ke final, telah menerima lebih 24,000 retweet.
Biarpun cadangan itu dilihat seperti agak random, namun ramai yang menganggap ia bertitik tolak daripada kecemerlangan watak pengulas sukan bernama Rahman yang dibawa Bront dalam filem Ola Bola yang ditayangkan pada tahun 2015.
Menerusi watak itu, Bront pernah dianugerahkan trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Anugerah Pengkritik Filem Kuala Lumpur.
Sehingga kini ramai yang mengingati ungkapan dan jeritan 'gol' penuh semangat Rahman dalam filem berkenaan.
Netizen pula, ada yang menyokong cadangan itu, tidak kurang juga yang merasakan ia tidak masuk akal.
Namun bagi empunya badan, tugas sebagai pengulas sukan secara langsung diakui bukan perkara mudah.
Bront, di akaun Twitter, telah retweet status berikut.
Menerusi laporan portal mStar pula, pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik ASEAN International Film Festival (AIFFA) 2015 menerusi filem Terbaik Dari Langit itu menganggap cadangan itu tidak lebih sekadar pujian terhadap lakonannya.
"Rasanya tidak logik untuk saya menggalas tugas itu. Ia bukan bidang saya, lagipun kita sudah memiliki ramai pengulas sukan yang bagus," katanya.
- Astro Awani -
|
|
|
|
|
|
|
|
Ola Bola The Musical
|
|
|
|
|
|
|
| |
|