ehh yang ni ekk?
MIR - Seorang ahli perniagaan wanita membuat laporan polis mendakwa penyebaran tanpa kebenaran gambar selfie beliau yang dikongsi hanya untuk rakan-rakannya di Facebook, telah mengaibkannya. Faridah Ulis, 45, lebih dikenali sebagai Mamadot, membuat laporan itu di Balai Polis Pusat Miri pada pukul 11.41 pagi semalam dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada sebelah petang. Satu daripada gambar selfie itu menunjukkan beliau bergambar dengan kuih bahulu berbentuk kemaluan lelaki yang dijual di sebuah kedai sebelum Tahun Baru Cina. "Niat sebenar saya membuat laporan polis dan SKMM adalah untuk mencari dalang yang berkongsi gambar selfie saya tanpa kebenaran," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Katanya, beliau berkongsi gambar itu dengan rakan Facebooknya dan bukan dengan mereka yang di luar daripada rangkaian sosial sahabatnya. - Bernama |