Ally Iskandar Sahkan Sudah Bercerai [size=0.688em]Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2016 7:54 PM
[size=0.75em]Ally Iskandar bersama Nurfarahin mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan anak perempuan berusia dua tahun.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]PETALING JAYA: Personaliti TV3, Ally Iskandar mengesahkan telah bercerai talak satu dengan isterinya, Nurfarahin Romli pada 17 Ogos lalu. [size=0.98em]Ally menerusi status di laman Facebooknya pada Jumaat menjelaskan lafaz cerai itu dibuat dihadapan Hakim Syarie, Azeeman Omar di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. [size=0.98em]“Kenyataan rasmi ini saya kemukakan sebagai maklum balas kepada pertanyaan pihak media dan spekulasi yang berlegar di media sosial tentang situasi rumah tangga saya dengan Nurfarahin. [size=0.98em]"Permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984 telah difailkan dengan persetujuan Nurfarahin," katanya.
[size=0.98em]Ally turut memohon maaf kerana tidak memberi respons kepada pihak media yang menghubunginya selepas laporan mengenai perceraiannya itu hebat diperkatakan di laman sosial. [size=0.98em]“Terlebih dahulu saya memohon berbanyak maaf kerana tidak memberi respons secara terus kepada semua yang telah menghubungi saya, dengan harapan tindakan saya ini ditanggapi sebagai keperluan untuk menenangkan keadaan," jelasnya. [size=0.98em]Dalam pada itu, dalam status sama, Ally berkata, biarpun sudah tidak mempunyai ikatan perkahwinan namun hubungan mereka masih kekal baik. [size=0.98em]“Alhamdulillah, urusan ini disempurnakan dalam keadaan lancar. [size=0.98em]“Biarpun tiada lagi ikatan perkahwinan, hubungan saya dan keluarga dengan Nurfarahin serta ahli keluarganya tetap baik. [size=0.98em]“Terima kasih kepada semua pihak yang cakna dan mengambil berat tentang situasi ini. Saya pohon agar kalian dapat mendoakan yang terbaik untuk kami,” ujarnya. [size=0.98em]Ally atau nama sebenarnya Ally Iskandar Mohd Mardzi, 40 dan Farahin bernikah pada 20 Januari 2012 dan dikurniakan anak perempuan, Maream Esabel, 2 tahun.
|