Edited by disasterPiece at 5-9-2017 03:43 PM
Al-Quran & tafsir Arwah mak bagi masa balik dari tanah suci masa tu tahun 2000, sejak tu memang ke mana2 bawa Al-Quran ni bersama. Dari zaman belajar ke zaman kerja setia menemani selama 17 tahun dan sampai bila-bila. Sentimental value yang tinggi sebab ni kenangan dari arwah mak, walaupun sekarang ni dah macam2 fesyen Al-Quran & tafsir ada yang nipis, warna warni yang berat ni jugak diusung ke sana ke mari. Sayang sangat, nanti nak bagi kt anak cucu pulak.
Bunga Mawar Hadiah hari jadi pertama dari pakwe (baca: dah jd suami).Masa tu tengah gaduh, gigih jugak dia simpan dalam kereta taktau bila, pagi2 nak p kerja jumpa note atas dashboard (guna kereta dia so dia pun ada kunci).Bila buka terus cair hati dan mata ni dapat puisi bersama lukisan sekuntum bunga mawar merah. Ye lukisan je. Orang lain dapat beratus kuntum bunga real, aku dapat bunga lukisan je pun dah meleleh airmata sebab tau dan faham sangat keadaan pakwe masa tu. Begenang bila ingat.
|