|
~CASA deAMOUROUS DIDDY 11~ nantikan lakonan Diddy: Rebab Tak Bertali
[Copy link]
|
|
salam aidil adha buat semua warga CASA |
|
|
|
|
|
|
|
hi warga casa... just nak inform that diddy dapat tawaran berlakon satu lagi telemovie... alhamdulillah... read more at his blog http://diddyaftersix.blogspot.com
single terbaru diddy pun dalam proses mixing and producing... insyaAllah will be released by early january... sekarang pun tengah collect material for his new album... thank you for all your support... |
|
|
|
|
|
|
|
seronok dengar Diddy laku like hot goreng pisang |
|
|
|
|
|
|
|
x sabarnyer nk tgk diddy nyer cita kuar tv... |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum...
just nak inform that there's a write-up about rebab tidak bertali in harian metro today... |
|
|
|
|
|
|
|
Rebab simbolik hubungan adik-beradik
Oleh Rudy Imran Shamsudin
[email protected]
Rap
SUASANA hingar-bingar di ruang kaki lima Pasar Seni. Kelihatan kakitangan produksi telefilem, Rebab Tidak Bertali sibuk mengawasi orang ramai yang bertumpu di lokasi agar tidak mengganggu penggambaran dijalankan .
Pengarahnya, Saiful Bahri Othman leka menghadap monitor yang diletakkan di balik pondok telefon awam.
Penggambaran yang bakal ditayangkan di RTM 1, Mac nanti dimulakan jam 9 pagi untuk babak 40, membabitkan watak Fiza lakonan Siti Fazurina, Syamsul Hirdi Muhid atau Diddy (Hafiz), Azan (Joe) dan enam watak sampingan.
Beberapa kali pengarah menyebut 'cut' dan penggambaran disambung semula. Turut sama sibuk penolong pengarah, Falyasum Muntaha Abd Majid atau Fario. Sesekali dia berlari kepada pelakon untuk menjelaskan sesuatu. Hampir enam kali rakaman dijalankan barulah babak 40 selesai dilakukan.
Menyaksikan situasi itu, menyebabkan wartawan Rap yang membuat liputan berasakan pengarah drama terbitan Pujangga Kreatif ini begitu cerewet. Lebih-lebih lagi apabila jurukamera, Zamzuri Arifin terpaksa merakam visual dari pelbagai sudut.
Sebaik penggambaran rehat buat seketika untuk menikmati makanan tengah hari, Saiful yang sudah hampir 20 tahun membabitkan diri dalam industri penerbitan drama menafikan dia seorang yang cerewet apabila di lokasi.
"Bagi memastikan mutu drama ini bagus dalam menzahirkan skrip ditulis Mazlan Abdul Manan saya perlu lebih teliti. Mainan visual juga penting dan kerana itu saya cuba mengambil banyak rakaman untuk babak terbabit.
"Seperkara lagi kita perlu memikirkan mengenai situasi yang dialami produksi drama ini apabila mengadakan penggambaran di luar, terutama apabila lokasinya menjadi tumpuan umum seperti di Pasar Seni.
"Banyak faktor yang turut mengganggu kelancaran penggambaran tetapi pada saya ia bukan cabaran besar. Kalau kita sabar, pasti visual yang mahu digambarkan diperoleh," katanya.
Pada waktu sama, Saiful berkata, bekerja dengan pelakon baru seperti Diddy turut membuatkan penggambaran mengambil masa panjang. Banyak rakaman dibuat bagi mendapatkan penghayatan seperti digambarkan skrip.
"Ini bagi membolehkan Diddy serasi dengan kamera dan faham apa yang dimahukan pengarah. Sebelum ini Diddy pernah berlakon teater tetapi drama pentas sangat berbeza dengan televisyen. ini kerana gerak menerusi kamera lebih kecil.
"Walaupun masih baru dan kali pertama berlakon, pada saya Diddy mempunyai bakat dan boleh pergi jauh dalam bidang lakonan. Cuma dia perlu lebih banyak pendedahan," katanya.
Menarik apabila drama ini menjadikan alat muzik rebab sebagai latar jalan cerita dan menggunakan dialek Kelantan dalam dialog.
Selain Fazurina dan Diddy ia turut menampilkan pelakon hebat dan pemenang anugerah seperti Zamarul Hisyam yang pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia dan Pelakon Drama Terbaik Anugerah Skrin, Wan Hanafi Su (Pelakon Drama Lelaki Terbaik Anugerah Sri Angkasa) serta Normah Damanhuri (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin).
Selaku pengarah, kata Saiful, dia turut melakukan kajian terutama membabitkan rebab itu sendiri sebelum penggambaran dijalankan.
"Saya menggemari jalan cerita drama ini kerana ia mengangkat instrumen rebab yang mungkin tidak diketahui ramai. Untuk memastikan runut bunyi sebagai latar drama ini menepati jalan cerita, justeru saya harus mengetahuinya. Drama ini juga saya harap mampu memberikan pendedahan kepada anak muda," katanya.
Kata Saiful lagi, judul Rebab Tidak Bertali menggambarkan secara keseluruhan jalan cerita drama ini.
"Rebab hanya menjadi latar jalan cerita tetapi sebenarnya ia memaparkan mengenai hubungan adik-beradik iaitu Hafiz dan Azman lakonan Zamarul Hisyam.
"Azman dan ahli keluarga lain menentang minat Hafiz yang mahu mendalami muzik tradisi dan instrumen rebab kerana bagi mereka muzik tidak menjamin masa depan.
"Namun seperti judulnya jika rebab tidak bertali ia tidak mengeluarkan bunyi. Begitu jugalah dengan hubungan adik-beradik sekiranya mereka tidak saling menyokong pasti apa yang dicita-citakan sukar untuk dicapai. Judul drama ini sendiri penuh simbolik," katanya.
Borak Lokasi
Penerbit: Pujangga Kreatif Sdn Bhd
Pengarah: Saiful Bahri Othman
Penulis Skrip: Mazlan Abdul Manan
Pembantu Pengarah Falyasum Muntaha Abdul Majid
Pengurus Produksi: Hishamudiin A.Rahman
Pembantu Pengurus Produksi: Mohd Fikry Zaidi
Penjaga Prop: Noor Hazan Rashid
Handyman: Azmin MOhamad
Jurusolek: Khairul Hafiz
Jurukamera/Penata Cahaya/Penjaga Audio: Zamzuri Arifin
Pembantu Penata Cahaya: Amrie Shah
Kesinambungan: MOhd Faiz Zaidi
Krew 1: Muhd Asri Ahmad
Krew 2: Rushaidi Hamid
Pelakon: Diddy (AF4) sebagai Hafiz, Zamarul Hisyam (Azman), Seha (Nomi), Farhanna Qistina (Along), Puteri Fateen Nasuha (Hanim), Shajiri (Hisham), Siti Fazurina (Fida), Azan (Joe), Wan Shamila (Rita), Wan Hanafi Su (Said) dan Normah Damanhuri (Tijah) |
|
|
|
|
|
|
|
Borak Lokasi: Diddy janggal bertutur loghat Kelantan
Rap
BIDANG lakonan bukan baru bagi Diddy kerana sebelum ini dia pernah menimba pengalaman dengan membintangi teater arahan Fauziah Nawi, bagaimanapun sebaik hari pertama di lokasi drama Rebab Tidak Bertali dia akui berasa janggal.
Katanya, keinginan untuk bergelar pelakon sudah disimpan lama jejaka berasal dari Johor Bahru, ini tetapi peluang tidak diperoleh.
"Sebaik Pujangga Kreatif menawarkan untuk membintangi drama ini saya terus bersetuju kerana tertarik dengan jalan ceritanya. Pada saya ini adalah peluang untuk mengembangkan bakat yang ada.
"Ternyata apabila berada di lokasi ia tidak mudah seperti apa yang dibayangkan. Apatah lagi berlakon di hadapan kamera jauh berbeza dengan drama pentas. Bagaimanapun, saya bertuah kerana pengarah dan penolong pengarah banyak membantu.
"Selepas beberapa hari berada di lokasi barulah saya dapat menyesuaikan diri. Selain itu pelakon senior seperti Wan Hanafi Su, Normah Damanhuri dan Zamarul Hisyam banyak memberikan tunjuk ajar," katanya.
Selain itu, kata Diddy, cabaran besar yang dihadapi sepanjang membintangi drama ini apabila dia perlu bercakap dalam dialek Kelantan.
"Saya berasal dari Johor dan tidak pernah tinggal di Kelantan, jadi sudah tentu hendak bercakap dalam dialek negeri itu memberi sedikit masalah. Mujur pengurus saya, Badrul berasal dari sana jadi dialah yang menjadi jurulatih. "Untuk menghayati watak, sebaik mendapat skrip, pengurus melatih saya bercakap dialek Kelantan setiap hari.
"Seperti berlakon di lokasi, mula-mula hendak bercakap dalam dialek Kelantan terasa sangat janggal. Puas jugalah pengurus saya membetulkan lidah agar memastikan bunyi yang keluar dari mulut ini betul dan difahami. Lama- kelamaan saya dapat menyesuaikan diri.
"Saya tidak kata percubaan sulung saya ini sudah bagus kerana hendak diikutkan banyak lagi yang boleh diperbaiki namun saya benar-benar berharap lakonan ini akan mendapat maklum balas positif daripada penonton dan peminat," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #989 maya1311's post
tenkiu maya
harian metro dah habis di kedai kat rumah abg inc
citer Rebab ni nak tunjuk bulan Mac..... aiyoooo lambat nyaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Incanto at 18-12-2008 06:40 PM
tenkiu maya
harian metro dah habis di kedai kat rumah abg inc
citer Rebab ni nak tunjuk bulan Mac..... aiyoooo lambat nyaaaaa
nanti kita buat pre-screening untuk warga casa... okay tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Incanto at 18-12-2008 06:40 PM
tenkiu maya
harian metro dah habis di kedai kat rumah abg inc
citer Rebab ni nak tunjuk bulan Mac..... aiyoooo lambat nyaaaaa
sama laa.. cpat menau abis nya, terpaksa pinjam suatkabau jiran...
bulan mac? haiyooo... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by badrulaftersix at 19-12-2008 12:17 AM
nanti kita buat pre-screening untuk warga casa... okay tak?
pra dengar lagu "sudah"? |
|
|
|
|
|
|
|
yuhuu...
selamat hari jemahat warga casa.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam wawa ..
salam bad..
|
|
|
|
|
|
|
|
hola Inc, Arin, Maya, Phewwit, dang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by badrulaftersix at 19-12-2008 12:17 AM
nanti kita buat pre-screening untuk warga casa... okay tak?
OK GAK TU ...PASTU LEH BUAT PRA DENGAR 'SUDAH' |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by juanaperez at 19-12-2008 02:40 PM
hola Inc, Arin, Maya, Phewwit, dang..
hola juana, buenas tardes. cómo anda hoy |
|
|
|
|
|
|
| |
|