|
STACY Fan Club X : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
[Copy link]
|
|
apa plak lagu lucah?? heran xde pon... klu yg dia sebut auuwww... tu poonn lucah ke?? heran2... |
|
|
|
|
|
|
|
ni xtau event mana.. spa tau ?
 |
|
|
|
|
|
|
|
suka stail rambut stacy camni... rebonding gitu... hohohoo.. |
|
|
|
|
|
|
|
wah...cantek shot kamera man ambik... |
|
|
|
|
|
|
|

virgonz Post at 14-8-2009 01:08 
gambar ni klau buat header banner kat SFC cantek aku rasa... |
|
|
|
|
|
|
|
cekman....ko amik gambar2 nie kat mana? taks\der pon aq tgk kat blog stacyfrenz.....  |
|
|
|
|
|
|
|
Tonton Video Klip Mawi, Stacy, Hafiz dan Akim Hari Ini
Berada di pentas hiburan dengan hanya album atau single, tidak lagi mencukupi untuk seorang artis menarik perhatian peminat-peminatnya. Pelbagai strategi dan usahasama perlu difikirkan jika seseorang artis mahu kedudukan dirinya terus unggul, popular, mengatasi barisan penyanyi sedia ada. Selain vokal atau audio, visual juga tidak kurang pentingnya dalam membantu memperkukuhkan ingatan pendengar terhadap penyanyi dan lagu dendangannya.
Menurut Pengurus Artis dan Strategi, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), Norizan Abu Samah, menerbitkan muzik video untuk lagu-lagu terbitannya adalah satu pelaburan.
”Bersandarkan formula audio-visual itu, AESB menerbitkan klip muzik video untuk 4 artis di bawah naungannya, mempertaruhkan lagu-lagu yang bakal atau telah menjuarai carta stesen radio tempatan. Kelebihan AESB adalah keupayaan menayangkan muzik-muzik video artisnya, di pelbagai saluran Astro dengan kekerapan berjadual. Pendekatan ini membantu memanjangkan hayat populariti lagu-lagu artis berkenaan berbanding tanpa diiringi sebarang muzik video,” terang Norizan.
AESB akan melancarkan klip muzik video bintang-bintang kelahiran program realiti popular Akademi Fantasia menerusi slot “Tayangan Perdana Muzik Video Terkini”. Artis-artis berkenaan adalah Mawi, Stacy, Hafiz dan Akim. Tayangan Perdana Muzik Video Terkini bakal ke udara pada Jumaat, 14 Ogos 2009, pukul 10.00 malam di saluran Ria (saluran 104, Astro) dan saluran interaktif @15.
Menerusi slot 30 minit tersebut, Mawi akan menemui peminat-peminatnya menerusi klip video Sujud, ciptaan dan lirik oleh Edry. Pernah berada di antara kedudukan teratas carta radio tempatan, muzik video lagu bergenre nasyid moden ini diterbitkan secara usahasama di antara AESB dan KRU. Bersesuaian dengan lirik berkonsepkan ketuhanan dan puji-pujian, muzik video Sujud banyak memberi fokus kepada keindahan alam, keluasan langit bagai tanpa garisan penghujung, yang mengambarkan kerendahan hati manusia kepada penciptaNYA.
Video seterusnya milik Stacy yang dikenali dengan kelincahan showmanship atau geraktarinya ketika berada di pentas. Video lagu Pakai Buang ciptaan dan lirik oleh Edry KRU adalah single ketiga dari album pertamanya, ”Aku Stacy”. Walaupun album ini telah berada di pasaran sejak Januari 2009, Pakai Buang masih sering diputarkan di stesen-stesen radio dan menjadi lagu pilihan penganjur-penganjur konsert. Muzik video Pakai Buang terbitan AESB menonjolkan kelebihan Stacy menari dengan penuh bertenaga, melahirkan perasaan memberontaknya terhadap sang kekasih yang tidak setia, sesuai dengan lirik lagu tersebut.
 
harap2 kak izah record.. sbb x leh tgk  |
|
|
|
|
|
|
|
992# gjown91
salam morning gj  |
|
|
|
|
|
|
|
morning ary  |
|
|
|
|
|
|
|
haluu stacian
lme x jnguk umh ni |
|
|
|
|
|
|
|
waaahhhhhhhh....lamanya tak masuk forum, apatah lagi rumah nie.. nanti klu rumah nie dah sampai 100, tori ker saper ker, ganti farah buka umah baru,ek..sbb mcm serba salah farah nak buka umah baru, farah sendiri takder dalam nie... |
|
|
|
|
|
|
|
996# farah_fanz
xpe farah kita org sedia menanti farah  |
|
|
|
|
|
|
|
Alfatiha untuk ustaz asri..dia di jangka mengadakan konsert cahaya ramadan pada hari minggu ni di-s'pore....konsert dia di batalkan.. kalik terakhir nampak ustaz dua tahun yg lepas kat Bazar ramadan ketika mengadakan show ... |
|
|
|
|
|
|
|
Terasa sunyi sangat umah ni..dah tayang ke VC pakai buang tu kat astro ria??aq nunggu
org aja upload kat utube |
|
|
|
|
|
|
|
Stacy menangis kerana peminat

Kebangkitan Stacy mula dirasai selepas menampilkan persembahan bertenaga di konsert Jom Heboh. Selepas itu, satu persatu persembahan yang dijayakannya mendapat respons positif daripada seluruh peminat yang hadir. Baginya, itu semua kesempatan dan peluang paling berharga yang diberikan oleh peminat setianya.
“Apa yang saya kecapi sehingga hari ini adalah berkat sokongan peminat-peminat semua. Kalau tidak ada mereka, maka Stacy tidak akan berada di sini sehingga ke hari ini,” ujarnya selepas meraikan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-19 baru-baru ini. Pada malam meraikan hari ulang tahunnya, penyanyi yang kian popular dengan lagu ‘Pakai Buang’ ini bukan sahaja meletakkan tanda terima kasih kepada peminat yang banyak menyokongnya, malah rakan-rakan media, ahli keluarga serta ahli kelab ‘Stacy Angie Frenz’. “Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada semua ahli ‘Stacy Angie Frenz’ yang banyak memberi sokongan kepada saya.
korang jan lupa beli k media hiburan... yg terlatest... ada citer pasal stacy ni sinopsis jer... |
|
|
|
|
|
|
| |
|