|
Rumah 3 : LESTARY : ASMARA 2 [coming soon MAC 2011]
[Copy link]
|
|
Speku malam yang hangat part 2...
Di Pulau Tioman.
Mereka semua check-in bilik penginapan. Julia sebilik dengan Haiza. Terdapat 2 buah katil bujang. Julia mengambil tempat berhampiran dengan sliding door mengadap laut nan biru. Julia menolak sliding door, mengambil angin pantai yang nyaman & haruman air laut yang menyegarkan. Rambut perang Julia yang ikal beralun lembut.
Haiza: Wah, cantiknya…dah lama tak ke pantai.
Julia: Lepas ni apa agenda seterusnya?
Haiza menggaru2 dagunya: Tak silap aku lepas dinner kita daftar kursus. Selepas tu kita ada kelas malam ni untuk sesi taklimat.
Julia: Elok aku mandi dulu lah Haiza nanti terkejar nak ke taklimat pula.
Julia mencapai tuala yang tersedia dihujung katil lalu menuju ke bilik air. Air shower membasahi seluruh tubuh Julia. Tiba2 dalam benak memori Julia yang samar2 terimbas dirinya pernah disirami dengan air suam oleh seseorang. Fikiran Julia semakin kelam dan….
Haiza: Julia, Julia…. Kau tak apa2 ke?
Sayup2 terdengar namanya dipanggil. Perlahan2 Julia membuka kelopak mata. Terpandang seraut wajah Haiza yang penuh kebimbangan.
Julia: Haiza, kenapa dengan aku?
Asmara: Awak tiba2 pengsan dalam bilik air. Kebetulan, nasib baik saya lalu berhampiran dengan bilik kamu berdua. Haiza begitu cemas memanggil saya. Jadi saya tolong angkat awak letakkan atas katil.
Gulp, En. Asmara angkat aku… akukan dalam bilik air. Habis tu aku… Julia menyilangkan kedua2 tangannya menutup dada. Menahan malu yang tidak terperi.
Asmara: Awak tak perlu risau Cik Julia. Saya belum sempat melihat keindahan itu. (Tersenyum nakal) Cik Haiza dah pakaikan baju sebelum saya datang tolong.
Haiza hanya tersenyum sipu2. Mengenyit nakal ke arah Julia.
Haiza kau memang nak kena dengan aku kejap lagi. Julia hanya diam kaku. Kemudian Julia cuba untuk bangun.
Haiza: Eh, eh Julia…kaukan tak sihat lagi.
Julia bangkit & duduk di atas katil.
Julia: Ehemm….(membetulkan suara akibat malu masih tersisa). Err… terima kasih En. Asmara, kau juga Haiza aku ucapkan terima kasih. Saya susahkan kamu berdua.
Asmara: Tak perlu Cik Julia segan dengan saya. Kalau ada apa2 yang tak kena cepat2 maklum kepada saya. Saya wajib ambil tau masalah staff2 saya agar tidak timbul masalah lain pula. Oklah kamu berdua berehat sahaja. Malam nih tak perlu pergi taklimat. Cik Haiza, kalau ada2 apa berlaku kepada Cik Julia cepat2 maklum kepada saya. Awak ada nombor hanset sayakan?
Haiza mengangguk: Ada En. Asmara.
Asmara: Baiklah saya minta diri dulu.
Asmara melangkah pergi. Haiza mengiringi pemergian Asmara. Selepas pintu ditutup Haiza menuju ke katil Julia.
Haiza: Hai beruntungnya puteri beradu tiba2 disambut oleh putera yang kacak bergaya.
Pantas jari jemari Julia mencubit manja peha Haiza.
Haiza: Aduh…(menggosok2 pehanya).
Julia: Kau ni Haiza malu aku tau. Tadi tak tentu arah jiwa aku… mana nak taruk muka ni…
Haiza: Ala Julia bukan sengaja pun… kau tau tak punya lah aku terkejut & takut kau pengsan dalam bilik air… nasib baik aku terdengar benda jatuh…aku cuma risau kau tergolek dog kat bilik air tapi rupanya kau pengsan langsung aku kejut2 kau tak bangun2…aku tak fikir apa masa tuh terus minta bantuan…hmmm, memang bernasib baik aku jumpa En. Asmara.
Julia: Maafkan aku Haiza, aku tau kau memang banyak tolong aku. Segan aku.
Haiza: No hal lah Julia….kitakan best friend. Siapa lagi nak tolong kalau bukan kawan baik sendiri. Aku cuma harap kau bahagia Julia. Aku suka kau dengan En. Asmara. Sepadan sangat.
Sambil kedua2 jari telunjuk Haiza dirapat2kan.
Julia: Ish, mana ada? Julia tunduk malu2.
Haiza terus memeluk Julia. Mereka berbalas pelukan tanda persahabatan yang suci & murni. |
|
|
|
|
|
|
|
tadi.....tengok melodi tak berapa focus......actually sape perempuan baju putih tu........ ...
kak_ana63 Post at 2-1-2011 22:29  kak_ana...........pompuan baju putih tu dh jd gadis misteri plak......tp bertuah gak girl tu tgnnye di pegang SJ ......... |
|
|
|
|
|
|
|
yeszerrrrr go sellie003 go sellie003... dh seharian trtunggu2ni tau...  |
|
|
|
|
|
|
|
Speku malam yang hangat part 3... Enjoy your feeling.
Haiza & Aisha seronok bermain ombak digigi air. Julia hanya memerhati dikejauhan berteduh dipondok rehat.
Asmara: Hai sorang saja?
Julia sedikit tergamam kerana terlalu asyik menyelami perasaan bersama angin pantai. Julia hanya mengeleng & melemparkan senyuman.
Asmara: Boleh saya duduk di sini?
Julia mengangguk: Silakan.
Masing2 membisu seribu bahasa. Tidak tahu butir bicara yang hendak diluahkan saat itu. Asmara merenung riak wajah Julia disisi. Cuba menbaca isi hati Julia. Julia tidak selesa diperhatikan sebegitu. Julia mengambil keputusan untuk beredar sahaja dari situ. Tatkala Julia bangkit serentak itu juga Asmara turut berbuat demikian. Tanpa diduga Asmara terus merangkul pinggang Julia. Julia terkejut dengan perlakuan tiba2 Asmara. Ini membuatkan Julia semakin terdorong dalam dakapan Asmara.
Asmara: Julia, kenapa awak sering mengelak daripada saya? Kalau saya ada menyinggung perasaan awak sebelum ini saya minta maaf.
Julia: Ti…tidak En. Asmara saya…saya cuma…
Julia mencari alasan namun tiada kata yang terungkap. Julia cuba menatap wajah Asmara & terlihat ada sendu dimata itu. Terasa pilu & menyedihkan dilubuk hati Julia. Dengan alunan irama pantai yang damai & mengasyikkan. Jiwa mereka bersatu. Rasa cinta, sayang & rindu membuai perasaan mereka. Bagaikan hanya mereka berdua sahaja berada di situ.Perlahan2 Julia memejamkan mata seperti merelakan sesuatu. Asmara merenungi wajah jelita itu dengan renungan merindu. Bibir mungil itu. Ingin sahaja dikuncupnya. Wajah mereka semakin hampir. Hidung mereka saling bersentuhan. Dan terasa hangat nafas mereka sehangat hati yang sedang bergelora.
Haiza & Aisha: Juliaaaa…... (Mereka sama2 bertempik).
Julia & Asmara tersentak dari lamunan indah mereka. Masing2 meleraikan pelukan dan berasa malu yang teramat.
Haiza tergamam. Aisha terlopong sambil menutup mulut. Mereka bagaikan tidak percaya apa yang dilihat sebentar tadi. Oh my…mereka berdua harus dipisahkan. Hati kecil Haiza berasa sedikit bimbang. Haiza mengatur langkah menuju ke arah Julia.
Haiza: Err… Julia jom kita ke sana (menunjuk ke arah gerai). Laparlah. En. Asmara takpekan kami minta diri dulu.
Asmara hanya tersenyum & mengangguk. Terus sahaja Haiza menarik tangan Julia dan tanpa membantah hanya menurut sahaja. Sekilas Julia menoleh ke arah Asmara yang masih terpaku di situ memandangnya berlalu pergi. |
|
|
|
|
|
|
|
kak_ana...........pompuan baju putih tu dh jd gadis misteri plak......tp bertuah gak girl tu tgnnye ...
zerra24 Post at 2-1-2011 22:38 
adooooiiiiiiiii..........banyak nye pompuan dikaitkan dengan shahz ni.........model from russia......syeera.......anzalna........MF..........wan syarmila,,,,,,pompuan baju putih............. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi sellie003... nk lagi.... plz..plzz..plzzz... |
|
|
|
|
|
|
|
Speku malam yang hangat part 3... Enjoy your feeling.
Haiza & Aisha seronok bermain ombak digigi ...
sellie003 Post at 2-1-2011 22:52  sellie..............panazzzzzzzzz sungguh mlm ni |
|
|
|
|
|
|
|
adooooiiiiiiiii..........banyak nye pompuan dikaitkan dengan shahz ni.........model from r ...
kak_ana63 Post at 2-1-2011 22:55  kak_ana ........org hensemmm.....mcm tu le......girl sana sini.... |
|
|
|
|
|
|
|
hai zerra, kak ana...
ntah..sapa ek..? aku pn x fokus sngt sbb dok sebok unpacked baju2..bukak2 tv terpacul SJ..tp aku rasa dr gaya nyer, SJ mcm x de apa2 ngan girl tu..maybe buat peneman dia masa kt ASK tuh...sbb wartawan kepochi tu tnya psl MF, SJ x de masalah nk jwb pn dpn girl tu..MF marah sbb SJ x criter abis kt dia kot...ntah lah...aku pn poning ngan SJ nih ler...haaa..ni skrg tngh frust menonggeng..MF dah berpatah arang dh kot... |
|
|
|
|
|
|
|
hai zerra, kak ana...
ntah..sapa ek..? aku pn x fokus sngt sbb dok sebok unpacked baju2..bukak2 t ...
marchie Post at 3-1-2011 00:11  marchie..........SJ ni aku rasa sorang yg caring skit lebih2 lg kaum wanita.....sbb tu dia tk kisah nk pegang2 tgn org ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Besok saya sambung lagi... sbb ada babak menarik menanti hari esok... tunggu jeler mcm pakwe avatar aku tuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
marchie..........SJ ni aku rasa sorang yg caring skit lebih2 lg kaum wanita.....sbb tu dia tk kisah ...
zerra24 Post at 3-1-2011 00:22 
yezzz..itulah yg dia kata tentang diri dia..ececehh..aku nih pn dh blh paham pasal dia ..hahahaha
pd dia, dia x ada feeling apa2 pn..sbb tu dia x criter abis kt MF sbb maybe pd dia x de apa2 pn..so buat apa nk criter..tp biasalah
pompuan...MF rasa mcm tertipu ler kot sbb x tau dr mulut SJ sendirik..tup2 kuar kt TV..ntahh..kita skodeng jer lah Twitter
dorang.apa jd seterusnyer...SJ tngh meroyan tuhhh ..sian lak..padahal b4 melodi, siap love sana, love sini, missing sana, missing
sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
yezzz..itulah yg dia kata tentang diri dia..ececehh..aku nih pn dh blh paham pasal dia ..h ...
marchie Post at 3-1-2011 00:58 
ko wat research skali Marchie .. sapa pompuan baju putih tu.. nak kata cantik.. MF yg dah veteran tu lg cantik.. aku rasa Dian P.Ramlee tu pun lg cantik dr si baju putih tu.. ntah dr mana dia dtg tetiba tumpang glamor SJ skali...
Yg pelik aku tak paham btoi nape payah nak tengok pic SJ-FE.. even masa Asmara1 pon kalu korg prasan sekeping tu ja gambar diorangkan.. satu pose jerrrrrrrrr pulak tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
pompuan tu rasanya kawan baik MF....dan MF mmeng tau SJ dtg dgn kawan baik dia ...tapi MF tak tau yang SJ pegang tangan kawan baik dia....kuar tv tertiba....rasa tertipu dgn kawan baik sendiri la tu .....
siapa kawan baik MF ....rasanya byk penyiasat kat sini .... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 989# marchie
ha ha ...Sj mmg tengah meroyan skang nih ...mengadu demam laaa...punyalaa byk quote cinta kat twitter dia ....sian la plak ..tu laa pasal ... nakal sgt tak bley tgk awek semua nak dia pegang ... |
|
|
|
|
|
|
|
pompuan tu rasanya kawan baik MF....dan MF mmeng tau SJ dtg dgn kawan baik dia ...tapi MF tak tau ya ...
oddxx Post at 3-1-2011 08:44 
Muahaha.. ha kan.. MF tak pegi Anugerah Skrin ..wakilkan kawan jaga bf.. he..he..he.. kalu artis tu lain lah nak berpegang2 tangan.. alah dah berlakon pun lebih dari pegang lagi.. peluk lagi... kendong pun adakan.... ni tah sape2.. tak derr org kenal pun
Agaknya dah ni bukan lakonan.. 'ini betul-betul'.. tu yg MF hangin... SJ sure tak expect yg MF akan hangin sampai cenggitu.. atau SJ mmg kasanova..he..he..he.. ntah2 mmg penah mengayat FE.. tp dah FE ni bukan jenis yg melayan..
Apa2 jelah SJ oiii... jgn sampai Asmara2 tak jadi dah la.. meroyan habis nanti akak2 kat sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 996# anzreen
kalo pegang watak kasanova mesti berjaya kan ....senang menghayati gitu....apa apa pun Asmara 2 tolong jgn tak jadi ..nak tergolek ke ..nak terlungkup ker ....tak kisah laaa pastu .... |
|
|
|
|
|
|
|
my speku
Part 7
Asmara mula membuka matanya perlahan. Dia masih berada dipejabat terbaring di atas sofa. Matanya meliar mencari sesuatu. Setiausahanya dan beberapa orang pekerja kelihatan sibuk dan mundar-mandir di bilik pejabatnya. Asmara cuba untuk duduk. Dia memanggil setiausahanya.
“ Mana Farah ?”, soal Asmara saat dia cuba untuk duduk. Setiausaha Asmara yang sedang sibuk menelefon terkejut. Pantas dia begerak ke arah Asmara. Beberapa orang pekerjanya yang kerisauan juga bergerak sama ke arah Asmara.
“Cik Farah dan rakannya baru beredar….En. Asmara pengsan tadi…kami sedang tunggu ambulan untuk…….”
Belum sempat setiausahanya menghabiskan kata-kata, Asmara pantas bangun. Dia ingin mencari Farah. Beberapa orang pekerja Malik Holdings cuba menghalang…namun Asmara tidak mempedulikannya. Dia keluar dari bilik pejabat sambil membawa kunci kereta.
**********
Farah hanya berdiam diri sejak pulang dari pejabat Asmara. Wajah Asmara yang kesedihan terbayang-bayang di matanya. Siapakah Zaliya? tanya hati kecilnya. Siapa pun Zaliya itu, Farah tahu pasti dia amat dicintai oleh Asmara. Renungan dan kata-kata Asmara ketika kesakitan membuktikannya. Farah melihat tapak tangannya yang telah digenggam oleh Asmara….ada sesuatu yang menarik tentang lelaki ini..entah kenapa hatinya rasa bergetar. Ketukan pintu bilik mematikan lamunannya. Farah bangun untuk membuka pintu biliknya yang berkunci.
“Farah tak tidur lagi….”Tanya ibunya, Rahayu.
“Belum lagi maa… Farah teringatkan peristiwa siang tadi ma…”, cerita Farah sambil merebahkan kepalanya ke riba Rahayu yang duduk diatas katil Farah.
“Apa cerita ni…”,soal Rahayu tersenyum sambil mengusap lembut rambut Farah yang panjang.
“Masa Farah nak bentangkan proposal siang tadi Farah jumpa seorang lelaki yang menarik ma..sangat menarik….”Farah mula bercerita sambil mengukir senyum. Wajah Asmara terbayang dimatanya.
“Dia kacak….lemah lembut…seorang yang penyayang….”
“Mana Farah tau dia penyayang…..”,tanya Rahayu menguji.
“Farah nampak cinta yang mendalam dalam mata dia ma….sebenarnya dia sakit tadi…dia macam tak sedar apa yang dia cakap…dia minta Farah tak tinggalkan dia..dia rindu…entahlah….Farah simpati sangat….. dia macam dah kehilangan orang yang sangat dia sayang..tapi dia masih tak dapat melupakannya…”
“ Pada dia kenangan itu sentiasa hidup maa…” sambung Farah sambil memandang tepat ke mata Rahayu.
“Apa rasanya ada kenangan ma….”, Farah membuka mulut bertanya lagi. Airmata mula bergenang dikelopak matanya. Rahayu tersentuh…dia segera memeluk Farah namun dia masih berdiam….tidak mempunyai sebarang jawapan bagi soalan Farah itu.
“Seluruh hidup Farah hanya berkisar pada 2 tahun kebelakangan ini sahaja. Farah tak ingat di mana Farah pernah belajar…siapa kawan-kawan Farah…Farah tak tahu apa apa tentang diri Farah sendiri….kenapa Farah tak ada ingatan itu maa…..”, tutur Farah. Dia mula menangis.
“Walau betapa pahitnya kenangan itu…Farah tetap mahu mengingatinya ma…”, sambung Farah lagi. Dia melepaskan pelukan erat Rahayu. Dia memandang ibunya mengharap pengertian.
“Farah cemburu pada Asmara…dia masih hidup dengan kenangan lalu…walaupun…kenangan itu amat menyakitkan…”, Farah berkata lagi, airmata mengalir laju. Entah kenapa hidupnya dirasakan kosong.
Rahayu terpana mendengar nama itu disebut Farah. Dia menggenggam erat jari-jemari Farah. Dia cuba bertanya mendapatkan kepastian.
“Asmara ?”, tanya Rahayu perlahan.
“Oh…lupa Farah….nama lelaki tu Asmara….pengarah urusan Malik Holdings….”
Bagaikan kilat menyambar tepat kedadanya, Rahayu bungkam. Ya Allah...sajauh mana kami membawa Farah pergi…mengapa jalan ini juga yang kami temui. Dadanya tiba-tiba sesak…rasa rindunya pada Asmara menyala. Kenapa kau masih mengingatinya Asmara…, hatinya merintih. |
|
|
|
|
|
|
|
pompuan tu rasanya kawan baik MF....dan MF mmeng tau SJ dtg dgn kawan baik dia ...tapi MF tak tau ya ...
oddxx Post at 3-1-2011 08:44 
rujuk quote sendiri...
sorry geng ..dpt salah info ..bukan kawan baik MF ...anak Rohana Jalil. Sorry ya.... |
|
|
|
|
|
|
|
rujuk quote sendiri...
sorry geng ..dpt salah info ..bukan kawan baik MF ...anak Rohana Jal ...
oddxx Post at 3-1-2011 11:56  oddxx......mana ko dpt info ni......ohhhh dia ngan anak rohana jalil le......rasanye dia tu penyanyi baru kot klu tk salah le.....ada masuk paper baru ni..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|