|
[Tempatan]
PRK Kajang. Update : Khalid akan kekal MB melainkan Azmin lepaskan jawatan ADUN
[Copy link]
|
|
abgboroi posted on 29-1-2014 05:50 PM
kalau ikut jalan kolej darul hikmah tu...x payah tol pun melah...tu pun kalau nak save sangat laa ...
jalan liku2 pastu jem jugak dkt area tmn seri wirani yg bawah pencawang letrik bersimpang siur tu...x kuasa aku |
|
|
|
|
|
|
|
katanye che det nk tumbangkn jib
tspi napa nk jd mb selangor
ai x paham |
|
|
|
|
|
|
|
Ahli PAS diminta akur sokong Anwar di DUN Kajang
Astro Awani | Kemas kini: Januari 29, 2014
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menggesa ahli parti Islam itu supaya merapatkan barisan dan memberikan sokongan penuh kepada calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang nanti.
Mohamad yang juga mesra dengan nama Mat Sabu membuat gesaan itu ketika ada suara-suara dalam PAS yang mempertikaikan kewajaran ADUN Kajang daripada Parti Keadilan Rakyat, Lee Chin Cheh letak jawatan dengan alasan "demi kepentingan politik".
Beliau menegaskan Pemuda PAS tidak akan memulaukan kempen pilihan raya kecil Kajang biarpun Pemuda PAS Selangor mengancam akan berbuat demikian.
"Itu pandangan peribadi mereka," katanya kepada wartawan dalam satu sidang media bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR pada Rabu.
Mat Sabu menambah pandangan peribadi ahli PAS tidak mencerminkan pendirian rasmi parti.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasruddin Hassan Tantawi adalah antara pemimpin kanan PAS yang lantang membidas PKR dan menyifatkan tindakan mengkhianati pengundi sebagai satu perbuatan haram.
"Saja-saja letak jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain. Macam main-main saja!" tulis Nasruddin di laman Facebooknya pada Selasa.
Kata beliau, pilihan raya kecil bukan medan untuk menguji kekuatan atau populariti, jauh sekali medan untuk menyingkirkan rakan seperjuangan — merujuk kepada krisis dalaman PKR Selangor.
Chin Cheh mengosongkan kerusinya melalui sepucuk surat yang diserahkan kepada Speaker DUN Selangor pada Isnin dengan alasan bagi membolehkan parti memilih orang lain untuk berkhidmat dengan lebih baik.
Tindakannya mengejutkan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dan mendapat kecaman banyak pihak termasuk badan pemantau pilihan raya, Bersih 2.0.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyeru pemimpin dan anggota PAS supaya tidak membuat sebarang kenyataan spekulasi berhubung kekosongan kerusi DUN Kajang dan kedudukan Menteri Besar Selangor.
Beliau memberitahu Harakah Daily bahawa PAS dan Pakatan Rakyat sehingga kini tidak pernah membincangkan isu berhubung kedudukan jawatan itu sebaliknya hanya isu kekosongan DUN Kajang.
"Secara amalan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat, mana-mana kerusi yang dikosongkan atas apa juga sebab sekalipun, calon yang akan mengisi kekosongan itu adalah daripada parti yang bertanding di kawasan itu sebelumnya.
"Oleh kerana DUN Kajang pada pilihan raya umum lalu ditandingi oleh calon PKR, maka calon yang dipilih untuk mengisi kekosongan itu mestilah daripada PKR," katanya.
Tambah beliau, siapa pun yang dinamakan oleh PKR, calon itu akan disokong oleh Pakatan Rakyat.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga pengerusi Pakatan Rakyat Selangor pada Selasa mengumumkan Anwar sebagai calon bagi kerusi DUN Kajang.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada 5 Februari ini bagi menentukan kedudukan kerusi itu dan seterusnya menetapkan tarikh penamaan calon dan pilihan raya.
Berita mula diterbitkan pada: Januari 29, 2014 22:41 (MYT)
Tag: PAS, Kajang, DUN, Selangor, Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim, PKR
BERITA BERKAITAN
Kabinet teliti pelan penyatuan nasional
Nik Aziz tidak tahu-menahu strategi DUN Kajang
Prof Mansor: Rakyat harus berani melangkau dimensi politik
Rafizi Ramli mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Yusmadi: Hak pembangunan rakyat bukan lagi monopoli parti politik.
VIDEO BERKAITAN
Taklimat khas jentera pilihanraya PKR
Liga Super: Selangor rampas takhta liga
ADUN Kajang letak jawatan: Reaksi orang ramai
Kajang trending: Reaksi pelbagai di media sosial
Rekod keputusan PRU13 DUN Kajang
Kajang: Bandar satay
Syarat utama lantikan Menteri Besar Selangor
Guan Eng enggan ulas lanjut
BN sedia letak calon bertanding di Kajang
PRK DUN Kajang : SPR mesyuarat 5 Februari
Anwar Ibrahim calon ADUN Kajang
Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... dun-kajang-29147?cp |
|
|
|
|
|
|
|
unhas posted on 29-1-2014 10:14 PM
boleh tak siapa explain kenapa khalid kena letak jawatan? kalau kat artikel tu tulis sebab pkns dan ...
khalid tu tak pegang jawatan dlm parti tapi jadi MB
sedang azmin timbalan presiden pkr, ketua pkr selangor lagi
azmin yg buat kerja2 politik bertahun2 tapi yg dpt jawatan org lain
dah tu khalid hanya pikir pentadbiran negeri sahaja sdg yg buat kerja2 politik tak dijaganya dgn baik
peruntukan untuk kawasan pun sampai wakil2 rakyat pr buat memo kpd khalid mintak bagi
org politik ni bila dah merintah tentulah harapkan pulangan alih2 dpt habuk jer... merabanlah dia..
bagus macammana pun dia sebagai MB tapi kalau bab politik dia tak jaga baik akan bagi kesan juga pada parti dan kerajaan dia
macam kat kawasan lama khalid di ijok tu org2 dia sendiri tak puas hati cara dia pimpin parti kat situ dan protes
jadi pada saya kalau kerajaan tu nak stabil pentadbiran kena jaga baik bab politik pun gitu juga
|
|
|
|
|
|
|
|
tebuanharimau posted on 29-1-2014 11:15 PM
hai dino
dari citer DUN Kajang dah jadi citer benda lain
biasa la ade iklan... ade gangguan yg tak perlu...
|
|
|
|
|
|
|
|
salah satu untungnya ada prk ni...
hajat ameno untuk naikkan harga barang lagi bulan ni terbantut sekejap....
kena postpone sehingga selepas prk..... |
|
|
|
|
|
|
|
kali ni iol konsep tunggu & lihat je |
|
|
|
|
|
|
|
MelahJanda posted on 29-1-2014 10:53 PM
katanye che det nk tumbangkn jib
tspi napa nk jd mb selangor
ai x paham
kalau ikut apa yg rafizi kata ini langkah jaga2
sebab kalau najib tumbang akibat desakan madey dan gengnya yg akan ganti dia ialah yg lebih keras serang selangor dgn isu2 agama dan bangsa
khalid tak berapa nak pandai dlm kendalikan hal2 macam ni
dgn adanya anwar di dalam diharap benteng lagi kuat
sama ada alasan ini boleh pakai ke tidak kita pikir sendirilah..
org politik ni pandai bagi macam2 alasan dalam tindakan2 mereka
lagipun macam tak kena ajer bila org telanjangkan strategi sendiri pada musuh..
|
|
|
|
|
|
|
|
yg tak suka Khalid Ibrahim hanya PENCACAI2 POLITAIK ja
kalau Khalid Ibrahim lemah dlm politik, sokonglah dia.... apa kejadahnya ada parti kalau nak harapkan semua benda perlu org tu libatkan diri
kalau tgk situasi sekarang pun, rakyat pun dah meluat dgn kepolitikan yg melampau
zaman demonstrasi pun makin kurang.... yg paling hangat hanya pada Blackout saja
Anwar Ibrahim telah melakukan kesilapan besar
harap2 tindakan dia kali ini tak menamatkan riwayat politik dia terus
silap percaturan masih lagi ingin memainkan sentimen, orang Cina akan sokong PR
rakyat semakin berhati2 membuat pilihan |
|
|
|
|
|
|
|
petola posted on 29-1-2014 11:31 PM
kalau ikut apa yg rafizi kata ini langkah jaga2
sebab kalau najib tumbang akibat desakan madey da ...
jwtn yg anwar pegang skrg tak cukup kuat ke? tak paham aaa....
|
|
|
|
|
|
|
|
ok iols da paham
pandai gk ek diorg ni main belit2 mcm movie tamil
pening org umno yg tak pandai pikir
harharhar |
|
|
|
|
|
|
|
MelahJanda posted on 29-1-2014 11:44 PM
ok iols da paham
pandai gk ek diorg ni main belit2 mcm movie tamil
pening org umno yg tak pandai p ...
cite la kak melah..... ni psl bijan nak kena humban ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
samada anwar menang atau kalah di dun kajang sebenarnya x jadi masalah pun
strategi la |
|
|
|
|
|
|
|
MelahJanda posted on 29-1-2014 11:45 PM
samada anwar menang atau kalah di dun kajang sebenarnya x jadi masalah pun
strategi la
strategi ape weh....
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa org PAS pun tak paham strategi nih... |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah nk pahamla...kutuk je mcm biasa, barney:lol |
|
|
|
|
|
|
|
MelahJanda posted on 29-1-2014 11:49 PM
tak payah nk pahamla...kutuk je mcm biasa, barney:lol
ni buat takleh tido lena nih...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|