CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KuPaNG

[KEDAH] Baling

[Copy link]
Post time 2-9-2009 12:43 PM | Show all posts
aku dulu dok kat parit panjang selama 5 taun...
mmg besh area sana..
org kata apa hati tenang...
mmg x tipu ampa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2009 10:27 AM | Show all posts
baling...dlu aku sek men kat sem baling,,uih nostalgia tul,,
lani adik lak skolah kat model khas charok nau,,,


skolah ataih bukit di kelilingi kehijauan utan,,, chewah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 06:30 PM | Show all posts
Aku amik lesen qeyta kat tempat aku 3 kali pon xlepas dah la tempat aku amik lesen kat kl ni macam celaka, dia bantai det aku sampai rm2000 smata-mata nak amik lesen qeyta ja, pa kejadahnya....... Aku amik plak kat Baling n lepas, yeaaaahhhh, bayaq seratuih ja kat abang lesen qeyta pasai aku dah lepas ujian kelayakan test n tukaq kawasan test...... Sanggop aku sewa homestay situ smata-mata nak perabeh buang amik lesen qeyta, meluat dok tahan lama-lama.....

Baling bagi aku yang orang luaq ni Ok la..... aku suka pekan Baling, n kawan aku masa amik lesen qeyta kat KL yang xlepas tu pon orang Baling gak.... Awal2 dlu aku ingat dia orang Kelantan dok perli aku cakap campoq2 slang Kedah, nyaris aku nak boh penumbok muka dia wooo macam dok perli aku ja, pasai aku cakap kedah time tu, malas nak pedo gigi..... nasib dia kata dia mai Baling...... kalu dak aiiii, kena dahhh....
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2009 05:36 PM | Show all posts
baling...dlu aku sek men kat sem baling,,uih nostalgia tul,,
lani adik lak skolah kat model khas charok nau,,,


skolah ataih bukit di kelilingi kehijauan utan,,, chewah..
pu3teja Post at 3-9-2009 10:27


pak cik pong sekolah men balig gak
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2009 01:17 PM | Show all posts
kawan aku ada di baling...Sajan dan Lan Baling............
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2009 05:10 PM | Show all posts
Kampung aku Kg. Weng
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2009 10:14 PM | Show all posts
Dari Blog Yb Zul....cerita tentang kampungnya di Baling

Salam 2 all.

Kali ini saya ingin memperkenalkan kampung saya untuk tatapan saudara/i. Kampung saya namanya Kampung Gabus, terletak didalam mukim Pulai, Baling, Kedah. Jaraknya dari pekan Baling dalam 6 km. Dari pekan Kupang dalam 7 km.
Kalau daripada Butterworth, sebaik keluar dari Lebuhraya Plus, ambil exit Grik/ Timur (selepas sahaja melepasi Masjid Seberang Jaya). Dari situ jaraknya lebih kurang 95km, melalui Lebuhraya Kulim Butterworth Expressway (KBE) dengan tol dua kali. Tiba di exit Kupang, keluar dan ambil jalan utama ke Baling sehingga bertemu Pekan Pulai (lebihkurang 7km dari exit Kupang tadi). Dari Pekan Pulai masuk ke sebeblah kanan menuju ke Telok Sera, dalam 2 km akan ditemui sebuah jambatan. Betul-betul sebelum jambatan itu ada simpang ke kiri melalui tepi sungai (dalam gambar), masuk dalam 50 meter ada lorong kekiri naik keatas, akan nampak rumah berbumbong hijau.
Kalau teringin melalui jalan kampung, saudara/i boleh keluar di exit Parit Buntar/ Bandar Bharu atau Jejawi/ Sg. Bakap dan cari saja jalan menuju ke Pekan Kulim. Bila tiba di Pekan Kulim, cari jalan menuju Lebuhraya Grik/ Timur, dan bila masuk lebuhraya itu ikut sahaja panduan saperti diatas. Walaupun sedikit jauh (akan ambil masa lebihkurang 2 jam) tapi perjalanan merentasi pelbagai kampung dan pekan koboi sangat menyeronokkan.
Atau saudara/i boleh mengambil jalan lain iaitu keluar di exit Kuala Kangsar dan terus menuju ke Grik (keluar sahaja tol ambil pukul 12 jalan terus sahaja). Selain menjimatkan tol, saudara/i akan terpegun dengan keindahan alam semula jadi sepanjang perjalanan lebih kurang 2jam daripada tol Kuala Kangsar ke Baling itu. Jangan lupa singgah makan ikan sungai di Restoran Tasik Raban. Lepas tu dalam perjalanan ke Lenggong singgah beli ikan pekasam kampung..sedap giler sheh. Lepas Pekan Grik, dalam 1 km akan ditemui sebuah round about. Sebaik sahaja lepas round about, dalam 50 meter ada pusingan kekiri ditulis "Baling", ambil jalan itu. Dari situ ke Baling dalam 25-30minit, dan saudara/i pasti akan terpesona dengan pemandangan hutan dan gunung ganang serta air terjun sepanjang perjalanan merentasi 11 buah jambatan..subhanallah, memang mengkagumkan. Sebaik tiba exit ke Pekan Kupang, keluar dan ambil jalan utama ke Baling dan ikutlah panduan saperti diatas.
Kampung saya dikenali sebagai Kampung Gabus, asal nama dari pokok gabus. Terdapat sebuah sungai yang merentasi kampung ini iaitu Sg. Gabus, dan rumah saya terletak berhampiran sungai ini. Kalau tidur malam boleh dengar simfoni air jeram yang ori. Pemandangan dari rumah saya hijau keliling. Sebelah kanan rumah ada kebun getah, dan kebanyakan penduduk sini adalah penoreh getah. Sebelah kiri rumah penuh dengan pokok buah saperti rambai, dokong, dan durian. Termasuk 3 pokok durian tua yang setinggi lebih 100 kaki yang berumur pun hampir 100 tahun. Tapi isi durian dia cukop power..
Bagi yang berminat dengan mandi sungai, punyalah dekat, bunyi bersin pun boleh dengar. Airnya sejuk sebab fresh dari gunung; taklah dalam. Paling dalam pun takat dada itik je! Yang paling syok baring kat batu-batu jeram tu..sambil mata tengok ke langit biru..memang ni'mat tak terkata. Tambah kalau time tengahari yang panas. Sepanjang sungai ni banyak pokok pinang, kebanyakannya ditanam oleh Allahyarhamah Tok Pah saya.
Tidor dirumah saya tak payah air-con, dia punya sejuk kalah air-con, tambah time pagi. Kena hari berkabus, pakai menggigil lah kalau tak berselimut. Waktu malam saya cukup enjoy tengok kelip-kelip yang masih lagi ada disini, walaupun tak sebanyak macam di Kuala Selangor. Tapi kekadang geng "hidung-kembang" pun mai juga, dia suka menyondol kat busut kecik hujung tanah rumah saya sambil lari masuk parking kat dalam kebun getah tu.
Saya ingat dulu time kacik-kecik, rimau pun ada. Masa tu kampung kami kira dalam hutan jugaklah. Nak masuk dari jalan besar Baling pun jalan tanah merah. Kalau time nak melepas waktu malam paling problem. Kena bawak jamong sabut kelapa atau kain burok rendam minyak tanah. Pegi kat tepi sungai angkat kain tutup kepala, tengah dok melepas dengar rimau bersin kutu lari berterabur yop. Jamong kemana, kain kemana!!
Tapi hari ni rimau dah tinggal kat zoo jer..kalau nak ada pun yang spesis kecik dipanggil kucing. Saya ni suka bela kucing, jadi berlambaklah kucing kat rumah ni. Macam-macam kaler ada. Sekali tu masa singgah di R & R Rawang, ada 6 ekor anak kucing baru beranak depa nak campak, saya ambik dan bawak ke Baling. Sekarang dah bercucu cicit dema yop.
Tidor malam disini memang syok, walaupun senyap sepi, tapi simfoni unggas dan cengkerik cukup mengasyikkan. Bersahut-sahutan sampai ke pagi. Kalau jenis yang berminat dengan bintang, malam yang pekat likat membolehkan kita melihat taburan bintang dilangit yang tak akan dapat kita lihat di bandar.
Waktu pagi cukup syok berjalan keliling kampung. Dalam keadaan kedinginan pagi, dan kekadang dengan kabus, pekena roti canai atau kopi-o pekat di kedai berhampiran memang syok. Dengan pemandangan Gunung Baling yang hampir perfect, memang suatu pengalaman yang sukar dilupakan.
Bila berada di Baling, jangan lupa pergi berkelah di Lata Bayu, lebih kurang 15 km dari rumah saya. Satu kawasan air terjun yang "picture-perfect". Juga jangan lupa pergi mandi kolam air panas semula jadi di Legong, lebih kurang 25 km dari rumah saya. Kolam ini dibuka 24jam. Kalau bab kedai makan, jangan risau jangan kuatir, kedai makan, warung & restoran 24 jam bersepah. Daripada makanan kampung hingga ke mamak piaw, termasuk masakan ori siam memang banyak. Jangan lupa pekena nasi gulai batang pisang, masakan ori Baling. Ada sebuah warung di Kupang yang masih menjual lauk kawah ni, memang bila dah kena mesti mai balik punya!
Juga jangan lupa kalau mai Baling ziarahlah maqam para syuhada Memali di Parit Panjang, lebih kurang 20km dari rumah saya (ikut jalan Kg. Sirako, iaitu jalan lama ke Alor Setar). Juga Kampung Memali, tempat sejarah hitam negara bila ulama' Asy Syahid Ustadz Ibrahim Mahmood @ Ibrahim Libya dan anak-anak muridnya dibunuh kejam.
Bagi yang berminat dengan barang siam, boleh ke Betong, Siam yang terletak dalam 30minit perjalanan daripada Baling. Macam-macam ada. Tapi di pekan Baling pun banyak kedai menjual barangan Siam. Tapi kalau sahaja seronok nak seberang sempadan no problemo..
Well, begitulah serba ringkas kampung saya. Bagi yang berminat nak merasa suasana hidup di kampung, kami ada juga buat home-stay dirumah saya. Just drop by and you are more than welcome to stay over. But better kalau saudara/i email dahulu so that kami boleh buat preparation. Bukan apa, ramai budak-budak hari ni tak dapat lagi merasa suasana hidup di kampung. Jadi home-stay ini akan menjadi pengalaman yang insyallah akan memberi mereka kenangan yang takkan dapat dilupakan.
Adios.
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
03 Syawal 1430 / 22 Sept 2009
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 04:15 PM | Show all posts
996# adzril

aku org weng.. he3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2009 08:47 AM | Show all posts
baling...hehe laki aku org sana..1st time p sana punyala jauh rasa...lebih dr p penang ja (sbb penang ada hi-way)...yg perasan bila kt baling udara dia lebih segar compare ngn aloq staq nieh..berbukit bukau,byk kabus...indah pemandangan kt baling nieh
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 08:48 AM | Show all posts
1 lagi....org baling punya slang/loghat lg pekat n laen cket dr org2 area aloq staq nieh..hurmm kekdg xphm gk
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 02:04 PM | Show all posts
ramai jgk org baling kat sini nooo
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 02:15 PM | Show all posts
ramai jgk org baling kat sini nooo
limoais Post at 8-10-2009 14:04


sek org baling gak kaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 02:34 PM | Show all posts
yup...anak jati baling
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2009 08:48 AM | Show all posts
yup...anak jati baling
limoais Post at 8-10-2009 14:34


baling dok area mana niiiii
cek pun org baling gak
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 02:48 AM | Show all posts
Lokasi pekan Baling cantik. Bukit batu kapur sungai dan hutan. Cantik. aku suka.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 09:31 AM | Show all posts
Lokasi pekan Baling cantik. Bukit batu kapur sungai dan hutan. Cantik. aku suka.
belanga Post at 10-10-2009 02:48


sungai ada cantek lagi keeeeeeeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2009 08:44 PM | Show all posts
1016# Joe_Shaper

Tak tau la ayq cemana...tapi aku tenguk dari ataih reta tu nampak elok la pasai ada pokok buluh di tepinya dan ayaq pasang. Tak pernah la turun check..he he he...Tapi kualiti ayaq sungai2 di negara kita ni memalukan.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2009 10:07 AM | Show all posts
baling dok area mana niiiii
cek pun org baling gak
Joe_Shaper Post at 9-10-2009 08:48


dekat-dekat ngan pekan baling gak...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 12:50 AM | Show all posts
berlin mmg best..hahaha...yg tak best time depa wat wayang cina kat tokong bwh gunung tuh...memalam lak tuh...tapi..alah bisa..lama2 ok je...cuma dok pk caner hat depa dok kat rumah murah depan tuh and taman apa tuh...taman sepakat ke...mengadap tokong...msti lagi kuat banding dgn aku yang kat tepi sungai pekan tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 08:39 PM | Show all posts
Amboi tarak sapa2 ka orang Baling nak uplod gambaq terbaru dari daerah Baling mai sini bagi kita sama2 tengok keindahan alam sana?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.073274 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list