|
aku sambung sikit lagi>>>>> bg suspen sikit!
Esoknya semasa sarapan aku makan smbil terus berfikir ttg semalam.
"Lama-lama cepat tua kalau mengerot aja dahi" Azam menegur bila menyedari perubahanku. Aku cuba untuk senyum tp tawar terasa.
"Semalam Dtk Hashim call, dia jemput makan malam kat rumah dia hari Jumaat malam, untuk kita dan anak beranak dia aja" kataku sambil mencari sesuatu di wajah Azam tetapi tiada sebarang perubahan. Dia terus makan sambil membelek2 surat khabar hari itu.
"Don't you have anything to say?" tanyaku sambil mataku masih memerhatinya.
"Dah lama dah dia jemput, entah dah berapa kali, abang aja yg malas, itu yang dia call Ijah tu" ada sedikit senyuman di bibirnya tanpa tiada syak wasangka. Aku mengeluh tiba-tiba.
"What's wrong?" tanya Azam tepat memandang ke wajah ku. Kalaulah dia tahu perangai anak Datuk Hashim, bosnya tak tahulah apa yg akan berlaku. Lama aku memandangnya tanpa kata, sesungguhnya aku benar2 mencintai lelaki ini setulus hatiku. Dia sudah cukup sempurna untukku. Ya Allah, Kau tetapkan lah iman ku.
"I love so much," kataku kepadanya, sambil juga mengingatkan diriku. Azam memandang ke mataku dgn tenang dan redup, ditariknya aku duduk dekat padanya sambil memelukku dgn mesra.
"Belum kena tinggal dah mcm ni, kalau ikutkan hati nak suruh berhenti aja, ikut abg next year. Abg tak sukalah Ijah mcm ni, muka monyok, tension, baru nak bermesra-mesra dah terlena penat. Sayang pulak pelajaran dah masuk tahun dua kan, ini kan cita2 Ijah. Sabarlah sikit" bahagianya aku bersama lelaki ini. Terlalu bersabar, memahami dan melayani kerenahku, sesungguhnya aku mmg beruntung. Melihat jam di tangan aku terus bangun menciumnya pantas. Beg di kerusi terus saja ku capai segera.
"Dinner jgn lupa Friday night" kataku tersenyum kpdnya.
"I'll send you today" langkahku terhenti, aku berpaling memandang wajahnya sekadar inginkan kepastian.
"What did you say?" tanya ku.
"You've heard" dgn selamba dia mencapai kunci di atas meja dan keluar mendahului aku. Entah mengapa jantungku bergetaran menari-nari pantas sekali.
"Anniversary ke 3 abg nak kasi kereta tak nak, sekarang ni kan dah berebut-rebut pula" katanya seperti merungut2.
"You know what? Kalau kongsi kereta kasih kita sentiasa kuat, kalau drive lain2 kereta terasa jauh pulak." Entah mengapa itu yg aku terfikirkan pagi itu. Azam segera menjeling, memandangku sebentar, seperti ada yg bersarang di fikirannya.
"Lagipun I like this car, banyak kenangan" kataku sambil tersenyum menjelingnya. Di dalam kereta itulah kadang-kadang menjadi tempat dia melepaskan rindu bila berpisah sebentar ketika bekerja di luar daerah. Sesekali aku yg akan menjemputnya dr airport, masuk saja ke dalam kereta tentulah walaupun tak lama mahu juga tubuhku dipeluk ciumnya.
"I bought this car just before we got married" katanya dgn senyuman yg manis meleret. Patutlah masa dia hantar aku pulang ke rumah arwah emak sebulan sebelun menikah keretanya lain dan bila hari kahwin aku nampak kereta ini pula.
"La, kenapalah tak hadiahkan aja, buat belanja kahwin" kataku mengusiknya. Azam hanya tergelak kecil mendengar.
Kereta Alfa Romeo putih itu mmg selesa dan sedap dipandu, cuma spare part nya mahal kata Azam kpdku dulu.
"How is your study?" tanya Azam tiba2, tk pernahpun dia bertanya soalan itu sebelum ini.
"All right I guess" jawabku sedikit gusar, adakah dia cuba menangkap sesuatu?.
"Jawapan standard student" katanya, seakan membenamkan cubaanku. Lama kami berdiam, bagai sama2 memikirkan sesuatu, seperti ingin bertanya tapi tak tahu bagaimana caranya. Takut kalau2 ada yg terluka. Akhirnya persolan itu bagai terlerai, aku cuba bertenang.
"So, Fariz tu your lecturer now?" akhirnya teka teki ku kian hampir, dia sudah mula mencucuh api sumbu yg belum menyala. Aku sudah kepanasan tiba-tiba, takut dia sudah mula menghidu resahku selama ini.
[ Last edited by blingblings at 31-1-2009 11:47 PM ] |
|