CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI IX, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 1-11-2010 02:05 PM | Show all posts
Saya baru pulang dari kenduri doa selamat sepupu nak pergi haji... banyak tip saya berikan... tapi a ...
ustaz Post at 30-10-2010 21:37


kelakarlah ustaz ni..... betol jugak tidor dlm sleeping bag ni terpelihara drpd aksi2 yg boleh memalukan. Skrg ni cuaca mcmana kat sane?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2010 02:11 PM | Show all posts
Reply 992# jellybee


    Salam perkenalan kpd Jellybee. Tepeklah gmbar2 lama dan cerita pengalaman masing2, boleh dijadikan panduan utk akak yg sdg membuat persiapan dari segi fizikal dan mental. Nmpaknya AJK tetap disini semua dah menunaikan haji dan juga umrah beberapa kali. Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2010 02:40 PM | Show all posts
Salam Semua



Kalau tengok dari perjalan haji ni, bagi kebanyakan jemaah negara lain dorang dari Makkah-Mina-Arafah-Mudzaliffah-Mina-Makkah

Jemaah M'sia pula, Makkah-Arafah-Mudzaliffa-Mina-Makkah
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2010 02:46 PM | Show all posts
Reply 1002# frapamocha
Nmpaknya AJK tetap disini semua dah menunaikan haji dan juga umrah beberapa kali. Alhamdulillah.


Salam frapamocha

AJK sapa tu. Alhamdulillah rezeki Allah swt berikan. Insyaallah giliran frapamocha pun akan tiba jua. Ada yang awal tahun gi umrah tup tup hujung tahun dapat panggilan haji. Ada juga pi Umrah tahun ni tahun depan gi Haji pula. Ada yang gi umrah sekali tahun depan gi Umrah lagi . Kadang kadang tu rasa nak gi tempat lain tapi hati berkira baik gi Umrah lagi he he.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2010 03:18 PM | Show all posts

an

Post Last Edit by aziefa at 1-11-2010 15:20

Tiba tiba je teringat makan Nasi apa ye..bersama Ikan Goreng.
Berhenti makan semasa Perjalanan dari Madinah ke Mekah..
Sedap pulak tu..






Kak Aily..kak hajar..jellybee..jemput makan sekali..
Penangan rindu kat Mekah Madinah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2010 05:24 PM | Show all posts


Maut selepas hantar ibu tunai haji


2010/10/29
TANJUNG KARANG: Seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang sejurus menghantar ibunya di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, untuk mengerjakan haji, maut selepas kereta yang dinaikinya terbabas di Kilometer 26 Jalan Klang-Teluk Intan, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, Mohd Fauzi Wiyabzi, 21, yang duduk di sebelah pemandu meninggal dunia di tempat kejadian. Jurucakap polis berkata, pemandu kereta, Mohd Amzyar Tiajupdi, 21, cedera dalaman, manakala seorang lagi penumpang, Ahmad Ramzan Sarie, 21, patah tulang rusuk. Mohd Amzyar kini koma dan dirawat di Hospital Sungai Buloh manakala Ahmad Ramzan dirawat di Hospital Tanjung Karang.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika hujan renyai dan tidak menolak kemungkinan kereta dipandu laju sebelum terbabas ke kanan jalan dan melanggar konkrit berdasarkan keadaannya yang remuk teruk di bahagian depan.

Difahamkan, ibu mangsa menaiki penerbangan ke Makkah jam 1 pagi sebelum semua mangsa yang juga sahabat baik itu pulang ke rumah masing-masing di sini.

Mayat mangsa yang berasal dari Taman Wawasan, Tanjung Karang dihantar ke HTK untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk pengebumian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2010 06:02 PM | Show all posts
Innalilahiwaiinailaihirojiun.
Bagaimanalah perasaan ibu bila menerima berita ini..
Sudah pasti berita ini dapat diterima apabila dia sampai di Jedah...
Allahuakbar..Moga Allah memberi kekuatan dan ketabahan pada ibu berkenaan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2010 08:22 PM | Show all posts
W.salam frapamocha.

Kalau ikut apa yg ustaz dan kawan2 lain cadangkan sprt makan banyak suplement mmg boleh membantu terutama sekali Vitamin C ambil yang 1000mg. Buat latihan senaman berjalan setiap hari, yang selebihnya banyakkan berdoa kpd Allah s.w.t.

Dari segi mental pulak mmg kena banyak sabar...sabar...sabar...yang lainnya hanya berserah kepada Allah s.w.t.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2010 08:22 PM | Show all posts
Tiba tiba je teringat makan Nasi apa ye..bersama Ikan Goreng.
Berhenti makan semasa Perjalanan dari ...
aziefa Post at 1-11-2010 15:18


Alhamdulillah amin...amin..amin...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2010 08:30 PM | Show all posts
Maut selepas hantar ibu tunai haji


2010/10/29
TANJUNG KARANG: Seorang lelaki yang dalam pe ...
aziefa Post at 1-11-2010 17:24


Inalillahiwainalillahirajioun.....

Salam Aziefa,

Dugaan paling hebat bagi seorang ibu...sebagai seorang ibu saya juga turut sedih terharu dan sebak bila membaca berita kemalangan tersebut. Bagaimana pula perasaan ibu tersebut ye?...

Semoga ibu berkenaan di beri ketabahan dan kekuatan emosi bila menerima berita sedih tersebut....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2010 09:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 1-11-2010 21:24

Untuk para Perindu Kedua Kota Suci..

Salam gambar terbaru Imam Muda Aran dan Imam Muda Asyraf bersama krew penerbitan
di Puncak Bukit Khandamah di pinggir kota suci Mekah.
Jangan lupa saksikan siaran pertama KHABAR HAJI pada hari Ahad 7 November, jam 10 mlm
secara langsung dari Arab Saudi kerjasama antara Astro Oasis Malaysia dan Iqraa TV Arab Saudi.



Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2010 09:27 PM | Show all posts
Inalillahiwainalillahirajioun.....

Salam Aziefa,

Dugaan paling hebat bagi seorang ibu...s ...
jellybee Post at 1-11-2010 20:30



Walaikumusalam..
Terasa sangat coz kita pun ada anak yg sebaya umur..awal 20 an..   
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2010 09:51 PM | Show all posts
Assalamualaikum jemaah di thread Umrah dan Haji,
Kak adalah silent rdr, dah lama mengikuti perkemba ...
frapamocha Post at 27/10/2010 14:07



Waalaikumsalam frapamocha,

salam perkenalan dan selamat dtg ke rumah yg penuh barakah ini..sama2 la kita mengambil manfaat dr thread ni..
Alhamdulillah thread ni byk membantu saya dan juga rakan2 lain mengenai panduan haji dan umrah...gambar2 yg menarik serta pengalaman yg menggamit kenangan dan kerinduan kami terhadap 2 kota suci ini..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2010 10:00 PM | Show all posts
seronoknya membaca pengalaman ibu Ros, Acikjie, Ustaz dan yg lain2 mengerjakan haji...
terima kasih upload gambar2 yg menarik...wlupon belum kesempatan menunaikan haji..tp dgn gambar2 yg ada ni dpt juga menggambarkan keadaan semasa haji...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2010 10:01 PM | Show all posts
Maut selepas hantar ibu tunai haji


2010/10/29
TANJUNG KARANG: Seorang lelaki yang dalam pe ...
aziefa Post at 1/11/2010 17:24



Innalillah wainnalillahirojiun..

semoga ibunya tabah menghadapi setiap dugaan yg dtg..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2010 10:07 PM | Show all posts
Tiba tiba je teringat makan Nasi apa ye..bersama Ikan Goreng.
Berhenti makan semasa Perjalanan dari ...
aziefa Post at 1/11/2010 15:18



sedapnya...selamat menjamu selera..
sedulang tu acikjie mkn berdua je ke?? hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2010 10:32 PM | Show all posts
Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom told the Dewan that Tabung Haji (Pilgrims Fund) from this year barred newly-returned pilgrims from the Holy Land from re-registering for the Haj.

He said the fund now only allowed re-registration after five years so that more Malaysians had a chance to perform the pilgrimage.
-
BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 11:01 AM | Show all posts


Jemaah baru balik haji tidak boleh daftar semula

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menguatkuasakan larangan pendaftaran haji terhadap jemaah yang baru balik daripada menunaikan rukun Islam kelima itu bermula tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, langkah itu adalah komitmen Tabung Haji untuk meningkatkan peluang kepada umat Islam yang baru pertama kali hendak menunaikan fardu haji.

"Ini bermakna mereka yang telah pergi haji pada tahun lepas tidak boleh membuat pendaftaran baru kecuali selepas tempoh lima tahun. Ini adalah syarat baru yang diperketatkan," katanya sewaktu menggulung perbahasan Bajet 2011 peringkat Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Jamil Khir bagaimanapun berkata, terdapat sejumlah kecil yang diberi kelonggaran khususnya yang berkaitan keadaan berikut:

l Mengiringi mahram yang terpilih.

l Mengiringi warga tua yang diberi keutamaan berdasarkan garis usia tertentu yang diputuskan untuk tahun berkenaan.

l Bertugas.

Selain itu kata beliau, Tabung Haji juga telah mewujudkan dasar menghalang mereka di bawah umur 15 tahun daripada menunaikan haji dengan tujuan meningkatkan peluang kepada umat Islam yang telah lanjut usia berbanding yang belum baligh.

"Dasar ini telah dilaksanakan secara berperingkat pada tahun ini dan akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun depan," katanya.

Sementara itu Jamil Khir berkata, permohonan telah dikemukakan kepada kerajaan Arab Saudi supaya meningkatkan kuota jemaah haji Malaysia kepada 28,000 orang berdasarkan jumlah penduduk yang berjumlah 28 juta orang.

Katanya, pada masa ini kuota jemaah haji Malaysia ialah seramai 26,000 orang setahun iaitu kuota yang disepakati semua negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sejak 1981.

"Pada masa ini susunan 26,000 orang setiap tahun telah siap dibuat untuk 23 tahun ke hadapan berdasarkan jumlah pendaftaran yang diterima dan berpandukan prinsip yang mendaftar dahulu, didahulukan," katanya.

Dalam pada itu, beliau menolak cadangan supaya agihan kuota menunaikan haji dibuat mengikut negeri kerana jumlah pendaftaran semasa yang diterima melambangkan jumlah umat Islam di setiap negeri.

Secara lazim katanya, negeri yang mempunyai jumlah umat Islam yang ramai mempunyai jumlah pendaftaran haji yang tinggi berbanding negeri-negeri lain.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 11:05 AM | Show all posts
sedapnya...selamat menjamu selera..
sedulang tu acikjie mkn berdua je ke?? hehe
el Post at 1-11-2010 22:07



Assalamualaikum el..
Tak turun ke KL ke?
Kalau ke KL..call..teringin juga nak jumpa el..pakat dgn Kak Ros sekali..
Nasi tu Akak makan 3 orang..
Ikan habis..tapi nasi tak habis...banyak sangat..  
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 12:48 PM | Show all posts
Tiba tiba je teringat makan Nasi apa ye..bersama Ikan Goreng.
Berhenti makan semasa Perjalanan dari ...
aziefa Post at 1-11-2010 15:18


Salam Azie, Wau sedapnya, terasa lapar lah pulak ni.  memang waktu makan pulak tu.  Nanti nak cari kat sini.  Yang dekat bulan Pandan tu Al Rawsha tu akak dah pernah pergi makan, besar jugak restoran tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.060400 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list