|
Covid-19: 1,348 kes baharu, enam kematian
MUKHRIZ MAT HUSIN | | 03 Mei 2022
KKM merekodkan 1,348 kes baharu menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini adalah sebanyak 4,413,847.
SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,348 kes baharu menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini adalah sebanyak 4,413,847.
Menurut data di portal CovidNow, daripada kes yang dilaporkan, sebanyak empat kes merupakan kes import jangkitan dari luar negara.
Dalam pada itu, sebanyak enam kes kematian baharu akibat Covid-19 setakat tengah malam Isnin.
Dari kes berkenaan, terdapat satu kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 35,555 orang daripada 4,413,847 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.
Sementara itu, sebanyak 4,727 kes aktif dilaporkan menurun, menjadikan jumlah kes aktif di negara ini adalah sebanyak 36,440 kes.
Di samping itu, 22 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 44 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Selain itu juga, sebanyak 6,074 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kes sembuh di negara ini adalah sebanyak 4,378,864.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... aharu-enam-kematian
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
|