CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V174'

[Copy link]
 Author| Post time 10-1-2023 04:09 PM | Show all posts

Mekanisme kawalan harga dikaji elak bekalan kurang


SALAHUDDIN Ayub ketika sidang akhbar selepas menyampaikan amanat pada Majlis Amanat Tahun Baharu KPDN Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

    Oleh AMREE AHMAD
    10 Januari 2023, 3:39 pm

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal mengumumkan mekanisme bersesuaian bagi menggantikan kaedah kawalan harga.

Perkara itu dimaklumkan menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang mengulas gesaan Persekutuan Peniaga Barang Runcit Malaysia untuk menangani isu kekurangan bekalan.

“Kita memang ada kaji pelbagai mekanisme yang terbaik dan saya akan mengumumkan dalam masa terdekat, insya-Allah,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan KPDN serta menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2023 di sini hari ini.

Minggu lalu, presiden persatuan tersebut, Hong Chee Meng ketika diwawancara sebuah akhbar Cina tempatan menyarankan agar kerajaan menghapuskan sistem kawalan harga dan mendakwa kesemua produk ada masalah kekurangan stok selama ini merupakan barang yang dikawal harga tetapi isu ini tidak pula dialami oleh barangan tanpa kawalan.

Antara contoh yang berlaku ialah minyak masak paket satu kilogram bersubsidi apabila masih lagi tidak cukup sedangkan bekalannya adalah berlebihan di pasaran seluruh negara.

Situasi itu ujar Chee Meng disebabkan sifat semula jadi pengguna tempatan yang suka membeli barangan harga murah dikawal kerajaan dan peniaga pula tidak pula boleh kawal.

Mengulas lebih lanjut, Salahuddin bagaimanapun enggan memberi bayangan apakah bentuk mekanisme yang sesuai bagi menggantikan sistem kawalan harga siling ketika ini.

“Saya cuma boleh kata bahawa kajian mengenai perkara berkenaan (mekanisme kawalan harga barang bersubsidi) telah dilakukan lebih setahun dan masih diteliti KPDN,” katanya.

Ditanya rungutan dalam kalangan pengguna mengenai isu minyak masak bersubsidi yang kurang, beliau berkata, secara keseluruhan bekalan stok berkenaan adalah amat cukup.

Sebaliknya jika berlaku isu tersebut, ia hanya melibatkan lokasi tertentu dengan aduan kes yang diterima bahagian penguatkuasaan KPDN membabitkan tempat berkenaan sahaja.

Justeru, beliau meminta pengguna yang memang betul ada menghadapi masalah stok produk itu kurang agar segera mengadu kepada pihak kementerian untuk diambil tindakan.

Bahkan beliau memberi jaminan bahawa semua aduan yang dihantar itu akan dilayan dengan serta-merta oleh penguat kuasa KPDN terus ke lokasi sasaran dimaklumkan pengguna.

Menyentuh isu bekalan telur ayam import dari India, Salahuddin berkata, setakat ini hanya rangkaian pasar raya Mydin di seluruh negara yang didapati menawarkan produk tersebut.

“Pihak kerajaan membenarkan kemasukan telur itu untuk mengatasi masalah kekurangan tetapi selepas tiga minggu dilaksanakan, tidak semua premis runcit ada jual telur ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau akan berbincang balik dengan pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi mencari punca sebenar serta kaedah yang lebih baik selepas ini. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... lak-bekalan-kurang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2023 04:09 PM | Show all posts
semoga bekalan makanan dan harga dapat di kawal oleh pihak yg berkenaan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2023 04:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2023 04:10 PM | Show all posts
page baru lagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 04:10 PM | Show all posts
mattzzx replied at 9-1-2023 06:08 PM
matt tak slim pun
tapi matt tak ada berazam nak slim kan badan
mattt hepi dengan keadaan matt s ...

alhamdulillah klu mcm tu.
yg penting hidup sihat.
cara hidup sederhana
dan tau makanan apa yg terbaik utk dimakan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 04:11 PM | Show all posts
mattzzx replied at 9-1-2023 06:10 PM
yelah kat malaysia ni banyak bangsa, keturunan, negeri
setiap negeri ada loghat masing2
dalam satu ...

ini betul.
kira bertuah juga kita hidup kt mesia yg ada perbagai kaum
tp kaum lain jgn lebih2 dah la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-1-2023 04:12 PM | Show all posts
Edited by mattzzx at 10-1-2023 04:13 PM


Kes semakin menurun, tiada gelombang baharu



ZALIHA Mustafa pada Sesi Libat Urus Menteri Kesihatan bersama Media di Kementerian Kesihatan, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

    Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
    10 Januari 2023, 3:29 pm

PUTRAJAYA: Kes jangkitan Covid-19 yang semakin menurun dan tiada varian baharu dikesan sejak setahun lalu.

Atas pertimbangan dua faktor itu, maka, Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan negara tidak akan dilanda gelombang baharu Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sejak setahun lalu, belum ada varian baharu Covid-19 dikesan selain Omicron.

Beliau berkata, buat masa ini, data juga menunjukkan kes jangkitan harian dan kemasukan ke hospital semakin menurun.

“Setakat ini hanya Omicron sudah ada dalam persekitaran, kita sedang memantau rapi sekiranya ada varian baharu,” katanya dalam sesi taklimat khas bersama media di sini, hari ini.

Katanya, keadaan itu sekali gus memberi keyakinan bahawa program vaksinasi yang dilaksanakan ketika ini masih mampu memberi ketahanan dan perlindungan kepada setiap individu.

Bagaimanapun, Dr. Noor Hisham berkata, KKM akan sentiasa memperketatkan kawalan dan meningkatkan langkah pencegahan sekiranya berlaku lonjakan peningkatan kes termasuk kes import.

“Kita akan perketatkan kawalan dan tingkatkan langkah pencegahan kalau ada varian baharu yang dikesan iaitu selain Omicron, atau pun ada peningkatan (kes) di klinik-klinik sentinel, mahu pun pengesanan varian baharu daripada sampel air kumbahan.

“Kita juga melihat sekiranya penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) atau wad melebihi 30 peratus, ini akan kita ambil tindakan, setakat ini kurang 20 peratus penggunaan, kes kematian disebabkan Omicron pun tidak meningkat, kalau ada kita ambil tindakan lebih ketat,” katanya.

Pada masa sama, katanya, KKM juga akan memantau sebarang peningkatan kes di negara jiran dan jika ada lonjakan kes maka, kawalan sempadan akan diperketatkan.

Jelasnya lagi, sebarang keperluan untuk KKM mempertingkat tindakan daripada yang dilakukan ketika ini, perlu bergantung kepada data dan fakta.

“Dalam tempoh dua minggu ini kes semakin menurun, kurang 500 kes berbanding antara 3,000 hingga 4,000 kes beberapa bulan sebelum ini,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... a-gelombang-baharu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 04:15 PM | Show all posts
mattzzx replied at 9-1-2023 06:11 PM
mungkin dah jumpa tu
atau berita itu tak keluar kat sini

tak tau la matt
mmg takde berita pasal budak vietnam tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2023 04:15 PM | Show all posts
nti sambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2023 04:17 PM | Show all posts


SEEKOR gajah bertindak memecah tingkap dapur untuk mengambil makanan dalam kejadian di Felda Aring 8, Gua Musang, Kelantan.-UTUSAN/IHSAN PENDUDUK

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2023 04:19 PM | Show all posts

Kementerian Pendidikan kawal, pantau harga makanan di kantin sekolah 


FADHLINA Sidek (dua, kiri) beramah mesra dengan seorang murid ketika mengadakan lawatan ke sekolah yang terkesan banjir di SK Pulau Rusa, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI

    Oleh ZAID MOHD. NOOR
    10 Januari 2023, 3:04 pm

KUALA TERENGGANU: Kementerian Pendidikan sentiasa mengawal dan memantau harga makanan di kantin sekolah, seluruh negara.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, tindakan tersebut bagi memastikan pengusaha kantin sekolah mematuhi garis panduan harga makanan yang ditetapkan kementeriannya.

Sehubungan itu, menurutnya, pengusaha kantin sekolah perlu merujuk garis panduan yang ditetapkan berhubung kenaikan harga makanan di premis itu.

“Sekolah dan kontraktor (pengusaha kantin) tertakluk dengan garis panduan tersebut, jadi, kalau ada dakwaan itu (kenaikan harga makanan), mereka kena pergi kepada garis panduan yang dibuat.

“Pemegang taruh untuk isu harga makanan ini besar, bukan saja dengan kontraktor kantin dan pihak sekolah, tapi juga KPM, sebab nutrisi dan diet kanak-kanak kena tengok,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke sekolah yang terkesan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Rusa, di sini, hari ini. 

Akhbar ini sebelum ini melaporkan kebanyakan harga makanan di kantin sekolah naik sehingga 50 peratus apabila bermulanya sesi persekolahan baharu pada awal Januari ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah, Khairuddin Hamzah, berkata peningkatan harga itu bagi menampung kos operasi yang semakin meningkat, selain beberapa bahan asas yang menyaksikan peningkatan mendadak.

Fadhlina memberitahu, pihaknya juga sedang mengumpul aduan bagi siasatan berhubung kenaikan harga makanan kantin sekolah sejak sesi pembukaan sekolah baru-baru ini.

“Kalau ada aduan yang disifatkan sebagai mengganggu, sama ada memberi kesan kepada kontraktor kantin dan paling penting kepada kanak-kanak dan ibu bapa, kita minta kemukakan (aduan),” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata,  jumlah kerugian secara keseluruhan bagi sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir di seluruh negara masih belum diperoleh kementeriannya.

Bagaimanapun menurutnya,  peruntukan awal sudah disalurkan kepada sekolah yang teruk dan kritikal.

“Tahap kerosakan setiap sekolah di setiap negeri adalah berbeza, justeru, peruntukan untuk proses penyelenggaraan juga adalah tidak sama.

“Untuk SK Pulau Rusa ini misalnya, KPM memperuntukkan sebanyak RM150,000 untuk proses penyelenggaraan agar pelajar dapat belajar dengan selamat dan ceria,” katanya. –UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... -di-kantin-sekolah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2023 04:19 PM | Show all posts
semoga harga makanan disekolah2 tidak lah tinggi sangat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2023 04:41 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 10-1-2023 04:08 PM
klu cek guna online nmpk mcm bahaya sikit.
scammer ramai skrg ni.




tapi bank dah ada sop utk menjaga keselamatan sistem mereka
kes yg terlepas dari selamatan sistem mereka adalah sedikit saje

scammer tu ada di mana2 saje, mereka menunggu peluang saje
mereka mengambil peluang diatas kelalaian pengguna

biarlah kita bersederhana saje
sentiasa kita bersyukur diatas nikmat di terima
usah kita banding kan dengan kehidupan orang lain


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2023 04:43 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 10-1-2023 04:10 PM
alhamdulillah klu mcm tu.
yg penting hidup sihat.
cara hidup sederhana




hidup kita biar lah bersederhana saje
jangan berlebih2 dari segala segi
tak kira makan minum, berpakaian dll


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2023 04:48 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 10-1-2023 04:11 PM
ini betul.
kira bertuah juga kita hidup kt mesia yg ada perbagai kaum
tp kaum lain jgn lebih2 dah ...



memang lah bertuah
banyak budaya dan bahasa yg kita boleh belajar  dari mereka


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2023 04:51 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 10-1-2023 04:15 PM
tak tau la matt
mmg takde berita pasal budak vietnam tu

kita anggap budak tu dah meninggal lah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2023 04:57 PM | Show all posts
dah masuk waktu asar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2023 04:58 PM | Show all posts
Ceroboh Menara Merdeka 118: PNBMV tingkat kawalan keselamatan


Menara Merdeka atau PNB 118. FOTO ASYRAF HAMZAH

Kuala Lumpur: PNB Merdeka Ventures Sdn Berhad akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatan di menara Merdeka 118, di sini, susulan terdapat satu lagi rakaman video tular bangunan berkenaan diceroboh sekumpulan lelaki, baru-baru ini.

PNB Merdeka Ventures Sdn Berhad dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan insiden itu berlaku pada 1 Mei tahun lalu.

"Penceroboh terbabit sudah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan pada hari sama.

"Kami ingin menekankan bahawa aksi ini menyalahi undang-undang dan berbahaya sekali gus merisikokan keselamatan penceroboh dan pekerja di tapak pembangunan," katanya.

Menurutnya, pihak PNB Merdeka Ventures Sdn Berhad menyelar segala perbuatan haram yang dilakukan di tapak pembangunan ini untuk meraih keuntungan komersial dan populariti secara haram.

"Kami ingin menekankan bahawa tapak Merdeka 118 masih aktif dengan kerja-kerja pembinaan dan keselamatan adalah keutamaan kami.

"Justeru, PNBMV akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatannya. Menceroboh adalah kesalahan jenayah yang boleh dihukum oleh undang-undang dan sesiapa yang didapati bersalah atas perbuatan ini akan dikenakan tindakan sewajarnya," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan satu lagi video tular memanjat puncak menara berkenaan selepas dimuat naik seorang bekas anggota tentera Amerika Syarikat, Isaac Wright menerusi akaun YouTube miliknya 'Driftershoots'.

Dalam video berdurasi tujuh minit 19 saat yang dimuat naik pada 30 Disember lalu itu, ia mempamerkan dia dan rakannya menjejakkan kaki ke puncak menara Merdeka 118.

Sebelum ini, media melaporkan pasangan dari Rusia, Ivan Beerkus dan Angela Nikolau memuat naik rakaman dari puncak berkenaan di laman sesawang SkyscraperCity.com.

Pasangan itu dipercayai menggunakan dron untuk mengambil gambar dan memanjat tangga dari dalam menara itu untuk naik ke puncak.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kawalan-keselamatan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 04:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2023 05:08 PM | Show all posts
lagi 49 page
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.125080 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list