CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NIXAR

[Tempatan] PRK Kajang. Update : Khalid akan kekal MB melainkan Azmin lepaskan jawatan ADUN

[Copy link]
Post time 29-1-2014 11:52 PM | Show all posts
Alasan bodo.. Bung Nuar buleh jer jadi Punaisihat bergaji "RM1" jerr kalo ada serangan2 yang "luar Biasa" kununnnnyaaaa

Tak perlu bertanding pun buleh bagi nasihat kat Mr Khalid ka apa kaa .. mula-mula pusing sana sini.. skang bagi alasan bodo pulak sambil menyalahkan orang laeeennn.. taktik Bung Nuar memanipulasikan keadaan dan akai2 sejengkal macai2 nyaa buleh diduga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2014 11:53 PM | Show all posts
Kalau dah politician tu haruslah putar2 dan belit2..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 11:58 PM | Show all posts


Dinasour yg MABUK kuasa
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 12:03 AM | Show all posts
Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Pakatan bermaksud satu muafakat
Tapi bertindak sendirian melulu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Sesuka hati melepaskan mandat
Semata melempias agenda tertentu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 12:03 AM | Show all posts
Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Jangan serabutkan rakan dan rakyat
Kerana berbalah sesama puakmu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Kalau pun sudah berasa kuat
Janganlah sampai rakyat jemu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 12:06 AM | Show all posts


Nasrudin Hassan · 202,870 like this
January 28 at 1:31pm ·

Kajang Pak Malang

1. Tetiba jer ada pilihanraya kecil. Tidak ada kematian dan tidak ada keuzuran. Sesaja jer letak jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain. Macam main - main jerr !

2. Pilihanraya ni sebahagian dari perjuangan. Bukan untuk melampias agenda peribadi atau kelompok tertentu. Bukan juga tempat untuk test power atau test market dan bukan juga untuk test drive. Jauh sekali menjadi papan catur untuk kick out rakan seperjuangan.

3. Pilihanraya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan pemimpin telah dipilih dengan penuh pengorbanan dan kepercayaan. Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar . Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda.

4. Malang bagi ADUN Kajang yang mengabaikan amanah dan mempersiakan kepercayaan rakyat kepada beliau. Lebih malang kerana game ini dilihat cuba untuk mengkangkungkan rakyat. Sudahlah rakyat berhempas pulas mengharungi musim buka sekolah dengan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barang yang melambung , kini wang, masa dan tenaga mereka mahu dihabiskan pula untuk pilihanraya kecil yang malang di Kajang.

5. Roadshow GST, mobilisasi TURUN seperti tiada makna bagi mereka. Saat rakyat marah isu kos hidup dan derita dengan isu barang naik, mereka alih tumpuan yang menambah perit dan jerih rakyat. Momentum hilang. Akhirnya rakyat berkata, kami bertarung untuk hidup. Kamu bertarung sesama sendiri untuk merebut jawatan. Lebih parah apabila tindakan yang dibuat langsung tidak dirundingi dan dibincang terlebih dahulu dengan rakan - rakan kompenan Pakatan Rakyat. Langkah diambil bukan sahaja tiada keberkatan kerana mengenepi prinsip muafakat tetapi juga ia satu tindakan memudharatkan rakyat dan mengkhianati amanah rakyat. Hukumnya haram bertindak begini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2014 12:06 AM | Show all posts
M.A.C.A.I = Mempercayai Apa Cakap Anwar Ibrahim
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 12:08 AM | Show all posts
Saiful Nang
160,191 likes · 13,948 talking about this


KRONIKEL POLITIK RIMBA

Berkenaan status saya tentang DSAI dalam post sebelum ini. Sekarang baru ada masa nak jelaskan.

Kita sudah sakit politik lama dah. Barisan sana dan Pakatan sini bertanding bukan untuk menunjukkan mereka terbaik TETAPI untuk menunjukkan keburukan lawan. Ia bukan satu fenomena demokrasi yang baik.

Apabila saya kata saya tak setuju dengan PRK Kajang yang dipermainkan atas survival politik seorang individu bernama DSAI, itu tidak bermaksud saya menjadi penyokong tegar DSN dan Barisan beliau.

Jika orang tanya, adakah saya kenal DSAI secara peribadi. Saya akan jawab, saya tidak kenal beliau secara peribadi sepertimana kebanyakan anda di sini juga. Termasuk sebahagian yang tak kenal DSN secara peribadi tetapi dah hentam beliau habis-habisan.

Maka, dari manakah sumber pertimbangan saya? Saya juga sama seperti anda yang boleh menilai "input" dan memproses input dengan mantik (mungkin sebahagian anda tak sampai ke situ memikirkannya). Seperti anda memasukkan air ke sebatang paip sepanjang 1 meter. Anda masukkan air jernih dan bila keluar dari paip itu, air menjadi kuning. Mantiknya, ada bahan warna kuning di dalam paip itu yang telah mengkuningkan air yang asalnya jernih. Itu beza dengan mereka yang tak gunakan mantik, mereka akan mula menyalahkan penuang air, atau mencari telahan mengikut jalan susah pula selepas itu.

Tak susah untuk jadi bijak. Hanya perlu membuat pertimbangan tanpa dipengaruhi oleh sesiapapun. Dalam kondisi hari ini yang mana berita benar dan palsu bercampur aduk seperti adunan warna dalam kek lapis Sarawak, anda pun tak pasti mana betul dan mana silap. Maka, nilaikan input dengan sebaik-baiknya. Membaca Harakahdaily tidak menjadikan anda penyokong PAS, membaca Utusan Malaysia tidak menjadikan kita penyokong BN. Dalam hati kita ada secebis pertimbangan yang Allah panggil sebagai "Furqan". Gunakan furqan itu untuk membuat pendirian sendiri dan bukan menyandarkan pendirian anda pada pendirian orang lain.

Sama seperti saya di sini, saya menyatakan pendirian saya sendiri dan bukan pendirian akhbar-akhbar dan blog-blog yang saya intai.

Tidak ada salah DSAI nak jadi MB Selangor. Soal yang menjadikan saya dan rakyat Kajang khususnya naik marah apabila platform pilihanraya menjadi satu yang boleh diperkotak-katik sahaja untuk menjelmakan misi individu ini untuk menjadi seorang Menteri Besar. Mandat yang sudah diberi kepada ADUN sedia ada masih belum tamat, dan ADUN itu pula terpaksa memberi laluan kepada DSAI.

Saya rasa, cukup di situ dahulu saya menyatakan point kemarahan saya kepada individu bernama Anwar Ibrahim ini.

Dalam keadaan Malaysia memerlukan pembelaan dalam pembangunan ekonomi dan survival nasional dalam berdiri kita di atas peta dunia, ada orang-orang bermisai kucing yang cuba membuat jenaka. Orang yang sama juga menyelar pelbagai pembaziran seterunya, orang itu juga mengsahajakan pembaziran mandat rakyat Kajang untuk memberi laluan kepada beliau untuk mencapai aspirasi peribadi.

Saya geleng kepala kuat-kuat dan menampar pipi beberapa kali. NYATA...ini bukan mimpi. Saya masih harap, DSAI tak buat kerja bodoh begini dan banyak hormat mampu beliau kembalikan


SAIFUL NANG
Tok Mudim
Sungai Ramal Dalam, Kajang
Mantan De-Facto Puchong Jaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2014 12:09 AM | Show all posts
Saiful Nang
160,191 likes · 13,948 talking about this

Anda tahu tak? Saya tak perlu please sesiapa bila nak tulis pendirian saya. Samaada saya nak puji atauk kritik Parti Kangkung ataupun Parti yang satu lagi. Yang jelas, anda sendiri boleh lihat, semalam saya potong kangkung ramai yang bersorak seronok. Hari ini, saya kritik parti satu lagi yang nak buat PRK kerana nak jadi MB baru Selangor.

Jika awak nak kata

"Saya lost Respect dengan SN"
"You lost my respect..."
"I unlike you now..."
"Saya menyesal LIKE SN..."

Atau segala yang semaksud dengan yang di atas, mari saya nak tanya..."Sejak bila saya kempen untuk suruh anda respect saya? Sejak bila saya terasa terkilan awak nak hilang respect? bila masa saya paksa awak untuk like page saya?". Jika tiada, maknanya anda tiada hak nak cakap macam ayat-ayat di atas.

Saya cakap apa yang saya rasa bukan apa yang awak nak dengar. Saya tak jadi lebih kaya dengan facebook ini....jika awak nak UNLIKE page ini beramai-ramai hari inipun, saya tak akan terjejas

Sila unlike. Saya pun ada masalah diikuti oleh orang-orang yang suka benda yang dia nak suka sahaja.

SAIFUL NANG
Al-Gojo
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 12:15 AM | Show all posts
DrAzman Ibrahim

Saya pun tak tahu sebab dan puncanya. Ia urusan dalaman PKR. Kalau ditanya apakah saya akan pergi bertugas masa PRK nanti. Sejujurnya saya jawab, tidak pergi! Tapi ini bukan pandangan parti. Ia hanya pandangan Azman bin Ibrahim dengan sebab dan alasan tersendiri.



Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 12:23 AM | Show all posts
Noh Omar buta sejarah, kata Syed Rosli
FMT Staff
| January 29, 2014

BN tidak seharusnya cepat melatah dengan situasi ini.

PETALING JAYA: Bekas calon Ketua Pemuda Umno 2013, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail bertanya adakah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar buta sejarah?

Katanya,   BN sendiri pernah melakukan perkara yang sama seperti dibuat oleh PKR semalam yang mengadakan pilihanraya kecil tanpa disebabkan oleh kematian wakil rakyatnya.

“Pada pandangan saya kenyataan beliau di Sinar Harian adalah lebih kepada naif dan berpura-pura bodoh. Jangan jadi melayu mudah lupa seperti yang selalu Mantan Perdana Menteri kita nyatakan iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad.

“Mengadakan pilihan raya kecil untuk menggantikan khidmat menteri besar telah dilakukan sebelum ini di Selangor. Ia telah ditetapkan pada tahun 1997 apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk (kini Tan Sri) Abu Hassan Omar menggantikan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

“Dr Mahathir Mohamad memilih beliau selepas Muhammad terpaksa meletak jawatan berikutan dua pertuduhan di mahkamah Australia berikutan kegagalannya mengisytiharkan tunai RM2.4 juta ketika meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada Disember 1996.

“Abu Hassan, yang menjadi timbalan ketua perhubungan Umno Selangor, meletak jawatannya dari Kabinet dan sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor untuk bertanding kerusi DUN Permatang, melalui pertukaran secara langsung dengan kerusi yang disandang Datuk Jamaluddin Adnan.

“Permatang adalah dalam kawasan Parlimen Kuala Selangor.Barisan Nasional mengekalkan kedua-dua kerusi, Permatang dan kerusi Parlimen Kuala Selangor pada pilihan raya kecil yang diadakan pada 29 Mei 2007. Abu Hassan kemudiannya mengangkat sumpah pada 6 Jun 1997,” jelas Syed Rosli.

Tambahnya lagi, jika BN bimbang akan berlaku pembaziran, BN boleh memilih untuk tidak meletakkan calon dan memberikan kemenangan percuma kepada Anwar.

Tindakan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan turut  dipertahankan Syed Rosli yang juga Penolong Setiausaha Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan.

Beliau  menyifatkan tindakan Lee itu  sebagai pengorbanan peribadi bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diwar-warkan bakal mengambil alih tugas menteri besar dari Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau yang lantang bersuara mengkritik kerajaan berkata Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya cepat melatah dengan situasi ini.

“Saya membaca kenyataan Noh Omar mengenai perletakan jawatan Adun Kajang iaitu Lee Chin Cheh yang beliau sifatkan seperti mengkhianati amanah pengundi di situ. Beliau juga menegaskan bahawa masa pilihan raya umum (PRU) yang lepas,banyak janji Pakatan Rakyat (PR) di Selangor masih belum ditunaikan.

“Saya rasa bukan setakat PR tetapi BN juga gagal menunaikan janji dalam manifesto seperti janji untuk menurunkan harga kereta dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sepatutnya akan diberi RM1,200 tetapi sebaliknya hanya akan memberi RM650 sahaja, ini adalah contoh janji yang ‘dicapatikan’ oleh BN,” katanya menerusi satu kenyataan.

Syed Rosli turut menyoal adakah Noh sendiri menembual pengundi di Kajang sebelum menyatakan bahawa pilihan raya kecil (PRK) di Kajang nanti hanya akan membuang masa mereka.

“Ada tidak Noh Omar bertanya pada pengundi-pengundi Dun Kajang semua ini hanya membuang masa? Jikalau tidak jangan mudah melatah kerana memalukan kami pemimpin akar umbi Umno di Selangor.

“Kita tunggu sahaja pada masa keputusan PRK nanti dan lihat sendiri berapa peratusan pengundi yang keluar mengundi,jikalau ianya dibawah 30 peratus maka ianya benar pengundi tidak sokong PRK tersebut.

“Noh Omar harus faham bahawa semua parti tetap tidak lari dari masalah dalam masing-masing. Sedangkan Umno sendiri pun ada masalah dalaman sendiri jadi Noh Omar perlu faham apa tindakan pimpinan PR lakukan ini mungkin untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka demi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat Selangor khususnya pengundi-pengundi,” tambahnya lagi.

Mengenai PRK Kajang, beliau berkata  jikalau Barisan Nasional masuk bertanding ianya sebenarnya akan merancakkan ekonomi setempat dan memberi peluang yang banyak untuk usahawan tempatan dan para peniaga untuk mencari lebih sedikit pendapatan mereka.

“Sebagai contoh para pengusaha Home Stay akan mendapat tempahan yang banyak dan juga pemandu teksi akan mendapat penumpang yang bertambah sempena PRK nanti, ini adalah sebagai contoh apa PRK boleh diterjemahkan juga sebagai menjana ekonomi setempat,” katanya.

Beliau turut menggesa pimpinan parti supaya tidak mengeluarkan kenyataan kurang cerdik pada masa akan datang.

“Rakyat Selangor bijak belaka dan mereka tahu menilai mana permata dan mana kaca. Berpolitiklah cara sihat dan profesional jangan malukan kami pemimpin diakar umbi ini dengan kenyataan bodoh dari pimpinan BN, khusunya Umno,” ujarnya.


apa kata macai2 felda pprt sekelian???
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 12:37 AM | Show all posts
PETALING JAYA: PAS has continued its attacks on PKR's move to force a by-election in Kajang by fielding its top leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, an attempt allegedly to replace its Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

PAS Dewan Ulamak information chief Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali said that the position of Mentri Besar was a decision made by the Islamist party, through its president Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

By right, the Mentri Besar position belongs to PAS as it held the majority of seats in the state with 15 seats , apart from its other ally, DAP, also with 15 seats. PKR has 13 seats.

"Continuously questioning Khalid as a Mentri Besar means that they are questioning our president's intelligence," said Khairuddin, in a strongly-worded statement Wednesday.

He blamed the latest fiasco on "some PKR leaders" who failed to fulfil their personal interests under Khalid, who was known to be firm in managing the state finance.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 12:44 AM | Show all posts
Ust Dr. Khairuddin at-Takiri
https://www.facebook.com/drtakiri/posts/743468675663165


Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa terkejut dan terkilan dengan perletakan jawtan tanpa alasan yang munasabah Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang Selangor, Y.B.Lee Chin Cheh. Tanpa ada berlakunya tsunami politik yang menggila, perletakan jawatan ini telah mewujudkan satu persepsi yang tidak baik kepada rakyat negeri Selangor terhadap kesepaduan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Rakyat akan meluat dan bosan dengan keletah politik rakus kuasa di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan merosakkan imej baik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor itu sendiri.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap perletakan jawatan ini sebagai satu pengkhianatan amanah yang telah diberikan oleh rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat serta membelakangkan semangat ‘syura’ di kalangan PR Negeri Selangor. Perletakan jawatan ini juga akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan tenaga-tenaga petugas parti apabila Pilihanraya Kecil terpaksa diadakan. Sepatutnya untuk penggal kedua pemerintahan, PR Selangor telah semakin mantap dalam meneruskan agenda membantu rakyat Selangor.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyifatkan tindakan ADN Kajang ini telah memberi peluang kepada musuh politik PR Selangor untuk menaburkan khabar angin dan fitnah berlakunya politiking dalaman PKR Selangor terhadap usaha untuk memberikan tekanan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim supaya melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.

Selain itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda ‘politik egois’ dan ‘besar kepala’ dengan membelakangkan PAS dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor. PKR Selangor berlagak seperti ‘boss besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor.

Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menuntut penjelasan yang munasabah daripada ADN Kajang terhadap perletakan jawatan beliau secara bertulis kepada Ketua Dewan pemuda PAS Malaysia dengan kadar segera. Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR.

Saudara Mohd Sany Bin Hamzan

Pengarah,
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia

28 Januari 2014
Perletakan Jawatan ADUN Kajang
Dikesali

1. Tindakan Bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh dari PKR yang meletakkan jawatan tanpa sebab yang munasabah sangat dikesali. Ia akan menyebabkan berlaku lagi pilihanraya kecil yang akan mengorbankan banyak masa, tenaga dan harta rakyat. PKR perlu memberikan penjelasan yang munasabah terhadap apa yang berlaku.

2. Sejarah PRU ke 12 yang lalu telah menyaksikan beberapa wakil rakyat dari PKR melompat dan meninggal parti yang telah merugikan dan menggugat keutuhan Pakatan Rakyat. Sejarah PRU ke 13 pula dimulakan dengan perletakan jawatan ADUN.

3. Rakyat melihat situasi ini dengan penuh prihatin. Pergolakan kecil politik Selangor melibatkan jawatan Menteri Besar dan isu PKNS baru-bari ini ditambah pula dengan perletakan jawatan ini boleh memualkan rakyat di saat rakyat dibelenggu dengan pelbagai isu negara khususnya melibatkan peningkatan kos hidup.

4. Kegagalan kerajaan Barisan Nasional mengurus ekonomi negara sepatutnya menjadi fokus seluruh jentera Pakatan Rakyat untuk menyedarkan rakyat keperluan bersama Pakatan Rakyat. Sangat malang jika kita hanya dihanyutkan dengan isu politik picisan yang menggugat keyakinan rakyat terhadap keutuhan Pakatan Rakyat.

5. Nasihat ini saya lontarkan sebagai peringatan bersama seluruh warga Pakatan Rakyat khususnya para pemimpinnya.

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Pilihanraya kecil ciptaan sendiri. Nak habiskan wang rakyat ? Nak bazirkan masa rakyat ? Nak sia - siakan tenaga rakyat ?

Saat rakyat berhempas pulas mencari sesuap nasi berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi, kenaikan harga barang yang melambung. Tak pasal - pasal cipta pilihanraya kecil dengan drama realiti perletakan jawatan.

Permainkan amanah rakyat yang bekerja, berjuang dan mengundi separuh mati dalam pilihanraya yang lalu. Hanya berlalu beberapa bulan. Cipta pilihanraya kecil ... Ini tidak bagus ! Ini melampau !

Pas tu PAS ini apa ? Parti Tupper Ware ? Tak bincang sepatah ? Tak runding sikit pun ? Politik apa ini ? Cara dan skil mana digunakan ?

Pas tu nak suruh saya turun berkempen, nak suruh rakan - rakan pimpinan lain turun kempen. Kan dah elok - elok menang. Letak jawatan kenapa ?

Kerana ada yang nak jadi MB ? MB dah ada kan ? Jalan lah dulu. Itu persetujuan dari 3 parti. Kenapa tak sabar nak jatuhkan MB tu ? Dah habis pelan tindakan ? Sampai kena letak jawatan lalu mempertaruhkan masa depan ? Entahkan menang entahkan kalah ?

Kegilaan apa ini ? Sawan politik ?

Nasrudin Tantawi
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Baju hitam dah standby? Kang kalah leh wat drama blackout lagi... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 12:50 AM | Show all posts
tobby posted on 30-1-2014 12:06 AM
Nasrudin Hassan · 202,870 like this
January 28 at 1:31pm ·

Kalo dh muafakat knp x tanya bosnya tu?
penulisan juga mandat, xkn le xtau agendanya tu...
- pelik ek?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 12:51 AM | Show all posts
Sekurang2nya di sini aku dapat pelajari dan mengenali macai UMNO dan macai PKR.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2014 12:54 AM | Show all posts
tobby posted on 30-1-2014 12:08 AM
Saiful Nang
160,191 likes · 13,948 talking about this

Kalo bijak lg jimat, knp xde option menang tanpa bertanding?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 12:57 AM | Show all posts
tobby posted on 30-1-2014 12:09 AM
Saiful Nang
160,191 likes · 13,948 talking about this

Bijak hingga teremosi? Jebakan bijaksinun kot?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 01:05 AM | Show all posts
WOW !!!!!!!

I'm surprise U ...... bila mendapat berita yg Anwar bertanding .....

Hemmmmm..... lama2 pikir ..... baru paham akan maksud yg tersurat dan tersirat.....

MANTIK mengatakan HARUS .... so....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 01:33 AM | Show all posts
freebird posted on 30-1-2014 12:23 AM
apa kata macai2 felda pprt sekelian???

Hahahaha. Bila terdesak, mat jueboor gunakan juga skill yang dia amalkan waktu dalam be end.

So takde beza la mat jueboor even lepas kena tendang dari jawatan tokey ameno?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.147293 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list