CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bawangkecik

[Tempatan] Polis masih siasat kehilangan Acap

 Close [Copy link]
Post time 12-4-2019 11:13 AM | Show all posts
ell768 replied at 12-4-2019 11:09 AM
sesuatu kan...160 org polis tu start pancarian esok..berbau ikan sgt..sebelum2 ni ada ke sampai be ...

sebelum nih mmg tak seramai itu..

sebab tak se hot viral mcm kes acap nih..

polis mmg beratkan kes2 menarik.. dari dulu2..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2019 11:13 AM | Show all posts
gebugebas replied at 12-4-2019 10:58 AM
Kan..siap duk meroyan tp org xreply komen die..pastu sbk jdi batu api

kan...  kalau dah kaki gado memang cenggitu...  menyampah jadinya sebab thread kali ni takde pun nak gado2 ke apa...  aman2 jak sambil bergurau senda...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 11:14 AM | Show all posts

sebenarnya kebanyakan movie ni based on true story cuma ending letak - tiada kaitan hidup mati - sebab nak elak saman...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
newyork replied at 12-4-2019 11:11 AM
Scary culik utk apa? Terpikir ada ritual pelik2 kat kg tu... mohon jangan lah...

Eh, iols tak rasa ada ritual pelik kampung tu. iols bersangka baik. Mostly orang islam kat situ. Plus, ritual yang sukarelawan buat before this pun mereka marah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 11:14 AM | Show all posts
NURMIMIE replied at 12-4-2019 11:13 AM
sebelum nih mmg tak seramai itu..

sebab tak se hot viral mcm kes acap nih..

pulak..nak kene sensasi baru nak angkut ramai2 wat keje ke?isk..mcm2 hal..tapi makin menarik kes ni..kalau betul laa spekulasi2 yg terbaru ni..mmg mcm dalam movie..apa2 hopefully acap tu selamat..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
newyork replied at 12-4-2019 11:11 AM
Scary culik utk apa? Terpikir ada ritual pelik2 kat kg tu... mohon jangan lah...

Sebab org kg pon mencurigakan..xbgi azan .xbgi ktuk gong..pastu ckp nti depa hntr acap balik..jauhne spekuan ai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2019 11:15 AM | Show all posts
Kerusijati replied at 12-4-2019 11:11 AM
cikcur tu ape...sorry tak khatam lg kamus porem

bersiar siar..

berpoya poya

pokoknya aktiviti suka2
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 11:15 AM | Show all posts
prizadane replied at 12-4-2019 11:10 AM
Hehe..uols kena bagi info slot mana. Haha.. itulah, maybe pdrm dah keluar statement la tu. tapi wo ...

haha...sorry chuolss...next time iols kena mentioned betul2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2019 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 12-4-2019 11:13 AM
kan...  kalau dah kaki gado memang cenggitu...  menyampah jadinya sebab thread kali ni takde pun n ...

Harini xnmpk die kat sni..so kalo die msk provoke kite jgn layan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 11:16 AM | Show all posts
ell768 replied at 12-4-2019 11:14 AM
pulak..nak kene sensasi baru nak angkut ramai2 wat keje ke?isk..mcm2 hal..tapi makin menarik kes n ...

tak semestinya sensasi..

'kes menarik' itu sendiri ada beberapa klasifikasinya..

bergantung pada kes lah juga..

kes acap nih dah viral merata.. hilang dah lama.. clue belum dapat2..

pelbagai spekulasi wujud..

polis cuma menjaga kerisauan awam
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 11:16 AM | Show all posts
Remyda replied at 12-4-2019 11:13 AM
Oic. Thank u atas info. Dia habaq apa lagi

berita dia pendek gitu je...pencarian masih diteruskan katanya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 11:20 AM | Show all posts
Penulis adalah Pakar rekreasi lasak di Malaysia, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Pendidikan Sultan Idris

Sumber : https://www.bharian.com.my/kolum ... rlu-jadi-pengajaran

Kehilangan Acap perlu jadi pengajaran

Minggu ini sudah masuk minggu ketiga kehilangan pelari Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan atau Acap. Pelbagai usaha pencarian dilaksanakan oleh pihak berkuasa dan sukarelawan yang berkampung di kaki Bukit Batu Putih, namun usaha gigih ini masih belum membuahkan hasilnya.

Bersamalah kita berdoa agar dia berjaya ditemui seterusnya dapat kembali bersama keluarga tercinta. Dewasa ini, acara larian lasak semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini didorong oleh penerapan budaya hidup sihat, kemeja-T dan medal kejohanan yang menarik serta trend semasa dalam kalangan masyarakat masa kini.

Sehubungan itu, tidak mustahil saban minggu pelbagai kejohanan larian dianjurkan di seluruh negara. Antara acara larian lasak yang popular di Malaysia ialah Borneo Ultra Trail Marathon, Deuter Trail Run dan Gopeng Ultra Trail.

Kejohanan Gopeng Ultra Trail (GUT19) sudah masuk edisi ketiga dan amat popular dalam kalangan penggiat rekreasi lasak di negara kita. Tambahan pula ia dianjurkan di Sungai Itek, Gopeng yang menjadi lokasi utama aktiviti whitewater rafting di Malaysia. Maka, tidak mustahil kejohanan ini berjaya menarik penyertaan lebih 500 peserta dari dalam dan luar negara.

Insiden kehilangan Mohammad Ashraf sewaktu menyertai GUT19 ini ternyata menyedarkan rakyat Malaysia, terutama golongan penggiat mengenai risiko yang wujud dalam aktiviti rekreasi lasak yang mencabar ini.

Melalui artikel ini, saya akan mengupas tujuh perkara yang dapat kita jadikan iktibar dalam insiden GUT19 ini. Aktiviti rekreasi lasak termasuk trail run adalah aktiviti berisiko tinggi. Aktiviti itu dilaksanakan di alam semula jadi, membabitkan aktiviti larian lasak, mendaki, dan meredah hutan dalam lingkungan yang luas (antara 10km hingga 100km).

Risiko aktiviti rekreasi lasak

Risiko adalah sebahagian elemen penting dalam aktiviti rekreasi lasak. Tanpa risiko, aktiviti rekreasi lasak hanyalah aktiviti santai tanpa sebarang cabaran. Program yang terlalu tinggi risikonya berbanding kemahiran peserta akan mengundang kemalangan; manakala program yang terlalu rendah risikonya berbanding kemahiran akan mengundang kebosanan.

Untuk menjamin kepuasan dan keselamatan peserta, risiko dalam sesuatu kejohanan rekreasi lasak haruslah terkawal dan bersesuaian dengan tahap kemahiran peserta. Kepentingan penilaian risiko tahap risiko sesebuah kejohanan rekreasi lasak boleh diukur dengan menggunakan Risk Assessment & Management System (RAMS) yang dibangunkan oleh Haddock pada 1993.

Sistem ini membolehkan penganjur mahupun peserta untuk menganalisis elemen penyebab kemalangan (manusia, alam sekitar dan peralatan) dan seterusnya merancang langkah pencegahan. Saya ingin mencadangkan agar semua penganjur dan peserta supaya mengambil inisiatif memahirkan diri dengan analisis RAMS ini demi meminimumkan risiko kemalangan dalam aktiviti rekreasi lasak.

Sekiranya berlaku kemalangan dalam penganjuran kejohanan, pihak penganjur pastinya dipertanggungjawabkan ke atas insiden berkenaan. Pastikan peserta sudah mengisi borang lepas tanggung (indemnity form), dilindungi dengan insurans khas aktiviti rekreasi lasak, serta arif mengenai tahap kesukaran kejohanan yang akan mereka sertai.

Pastikan peserta melaksanakan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Pada masa hadapan, pemeriksaan kesihatan secara rawak juga boleh dilaksanakan oleh pihak penganjur seperti diamalkan dalam penganjuran kejohanan rekreasi lasak di peringkat antarabangsa.

Kepentingan Teknologi Insiden GUT 2019 menyedarkan kita bahawa ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yang menyertai aktiviti larian rekreasi lasak. Kehadiran seramai 800 penyelamat di segenap inci Bukit Batu Putih dan Sungai Itek, Gopeng masih gagal untuk menemui mangsa.

Sehubungan itu, sudah tiba masanya untuk penganjuran kejohanan rekreasi lasak di Malaysia menggunakan sistem radio-frequency identification (RFID) dan penjejak GPS seperti Tech4Race bagi membolehkan penganjur menjejak lokasi peserta.

Penggunaan teknologi ini pastinya akan membabitkan kos, namun menjimatkan masa memproses keputusan serta memudahkan kerja menyelamat.

Insiden kehilangan peserta GUT19 ini memaparkan sisi murni dalam kalangan rakyat Malaysia. Di samping agensi kerajaan, pelbagai badan rekreasi lasak mahupun individu berusaha berkampung dan terbabit aktif dalam misi pencarian Mohammad Ashraf. Sukarelawan ini berkorban masa dan tenaga tanpa sebarang bayaran demi membantu misi pencarian.

Langkah pencegahan bersepadu

Walaupun misi rasmi ditangguhkan beberapa hari lalu, mereka masih gigih melaksanakan misi pencarian sama ada di darat mahupun di sungai. Inilah kemurnian nilai dalam kalangan rakyat Malaysia. Bersamalah kita mendoakan agar usaha murni pahlawan masyarakat ini membuahkan hasilnya.

Hakikatnya, insiden kehilangan Mohammad Ashraf dalam Kejohanan GUT19 seharusnya menjadi pengajaran kepada semua pihak termasuk diri saya sendiri. Insiden sebegini pernah dan mungkin berulang sekiranya langkah pencegahan yang bersepadu tidak dilaksanakan.

Di pihak kerajaan, kewujudan akta berkaitan rekreasi lasak bakal membolehkan langkah penguatkuasaan dilaksanakan secara sistematik dan berkesan. Pada pihak penganjur, pastikan semua aspek pengurusan risiko dirancang dan dilaksanakan dengan sempurna agar kemalangan dapat dielakkan, manakala pihak peserta perlu memastikan senantiasa cergas fizikal dan mental serta nilailah kemahiran berbanding cabaran yang bakal dihadapi.

Malang sememangnya tidak berbau, namun persediaan awal bakal membantu meminimumkan risiko kemalangan. Bersamalah kita berdoa agar Acap segera ditemui.

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
AwanCikDania replied at 12-4-2019 10:28 AM
Aunty D pergi sblm tu lgi.  Klu betul lah sheolss pergi.
Hihihi.

Heshe tak pegi mana
Dah disahkan oleh ofis heshe
Hebat tak pasukan csi bod ci
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
NURMIMIE replied at 12-4-2019 10:53 AM
so,

bomba pun buat kesimpulan acap ada KEMUNGKINAN kena culik ?

Biasa petunjuk kena culik ni org mintak tebusan or saksi nmpak kena culik..klau kena culik jin jembalang lain petunjuk plak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
newyork replied at 12-4-2019 10:01 AM
Kisah acap ni so sensasi.. kisah hassan ayat tak pulak..

Zaman hasan ayat
socmed tak meluas mcm skrg
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
tompie replied at 12-4-2019 10:47 AM
Illegal lodging ni penempatan haram mcm setinggan ke?
Ke illegal logging? potong balak secara har ...

Kahhhh salah kan auto correct henpon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2019 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 11-4-2019 01:33 PM

Thanks Eyansss.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul diculik agak sukar untuk dapat balik...

1-kes ni dapat liputan meluas.. sebarang langkah mengembalikan OH akan ditrace back oleh polis sampai penculik tertangkap..

2- acap berisiko terdedah pada ancaman penculik.. sebab dia ada segala maklumat sama ada diskripsi penculik, diskripsi tempat operasi penculik, diskripsi aktiviti haram/jenayah penculik.. no win win situation..

3- kalau penculik ada link dengan orang besar/ternama berkaitan aktiviti haram/jenayah, keadaan lebih sukar, rumit dan kompleks.. paham2 la dalam hutan.. biasanya hal balak, tanah, sumber asli berharga atau persembunyian..

4- ahli keluarga dia turut akan terdedah pada bahaya jika acap terlepas...

it's gonna be a long ride.. kalau kes culik lah..

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 11:29 AM | Show all posts
grouper replied at 12-4-2019 11:26 AM
Biasa petunjuk kena culik ni org mintak tebusan or saksi nmpak kena culik..klau kena culik jin jem ...

tapi kali ini, bomba ke polis tuh kata penculik tidak memintak wang tebusan..

so ada motif lain..

tuh yang masih mencarik dalam hutan sana..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
NURMIMIE replied at 12-4-2019 11:13 AM
sebelum nih mmg tak seramai itu..

sebab tak se hot viral mcm kes acap nih..

Cik mimi.. nape polis pergi announce, and siap ade date plak tu.. nape sabtu, kenapa bukan semalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.390134 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list