|
Post Last Edit by Goldkey at 23-11-2010 23:43

Dari Joh ke Bangi VII
Sebelum 22 tahun dulu
hidupku di desa bersama ibu
abang dan juga adikku
ibu tak tahu membaca
apa lagi menulis mengira
hanya kata-kata
menyuburkan rasa cinta
kepada ilmu
membakar semangatku
cari ilmu
namun tidak semudah catatan ini.
Dalam serba kekurangan
aku perlu kuatkan perjuangan
gunakan segala peluang
dalam kemarau kemudahan
syukur
ada bantuan dari abang-abang
yang mengajar tanpa harapkan ganjaran
aku termasuk golongan cerdik dalam pelajaran
kuasai pengajaran.
Kejayaan
generasi awal belajar ke luar negara
membarakan lagi azam di dada
jika mereka boleh berjaya
aku pun tentu boleh berjaya
kena lipat ganda usaha
jangan leka
baca, baca dan baca
sehingga tepu minda
daki tangga ke puncak menara.
Atas jerih perih berjurai air mata
susah payah ibu tercinta
aku capai jaya
dengan berkat doa
kepada yang Esa.
~Goldkey~
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 24-11-2010 08:21
Jerkah Setinggan 72
Aku sedia kikis parut-parut sengsara
membiarkan pedih dalam bara dan makna;
aku ingin cuba himpun debu-debu bahagia
dari sisa-sisa duka, cebis-cebis nestapa.
Tanahair ini terlalu indah untuk ditirani
oleh rasa terlalu cemburu, atau, lebih sedih,
oleh dendam dangkal tuju tanpa teraju
atau cakap-cakap gunung, isinya lembah sampah.
Aku tak akan berjogaton bersama tedung,
menyengat semangat, menjentik
jengking murka, mendakwa
orang lain berdosa bila negara gempa.
Aku akan membersihkan parit,
menanam betik, ubi dan ulam raja;
menternak itik, keli dan angsa
untuk bersedia di cabar bencana-
dan melebarkan upih terbuang,
menyambungnya dengan jerami kusut, jika
tempat teduh memang dijangka tiada.
Aku harap cicit-cicit kita bukan
penyangak-penyangak belot mudah menanggalkan
sauh, meninggalkan pelabuhan bangsa-
mengibarkan bendera lanun, memuja
negara lain begitu indah, mengutuk
negeri ini lubuk setan, sarang puaka,
ketika bijih, getah dan minyaknya
mula tinggal habuk dan ulat tanah.
Aku harap kecintaan mereka terus menyala,
hati nuraninya syahdu ke martabat pertapa
sehingga tak mereka tergesa menyergah
semangat 45, menara parlimen, sebaliknya
sedia perjuang keadilan, bermaruah,
tanpa poster racun, sepanduk lipan,
tanpa mencemar perli diri kaum siapa.
Aku harap jerung-jerung wartawan yang
santai mengilai di bar hotel mewah di tengah
wiski, rengek Reggie dan ratu-ratu nafsi,
tak akan jadi wangsa belian menelex
berita kacukan, esei ramalan ke
AW, NW, TM atau FEER, menghebohkan sini
jutawan DEB berganda, kaum lain sengsara,
padahal aku, 72 tahun, bangsat merempat
dari kuarters keretapi, kandang PWD,
ke desa setinggan kini.
Tapi aku sendiri masih tetap megah di sini
biar paling akhir diembuni bahagia,
biar menerima hanya kerak-kerak harta,
atau langsung tak mewarisinya.
Warga waja tetap bahagia di bumi derita;
warga badut petualang utama meninggalkannya.
Di desa setinggan ini akan kubangunkan
lebih banyak kandang, akan kusangkutkan
pembesar suara raksasa untuk melaungkan:
Aku menyebelahi tanah air dengan segala
kebahagiaan dan kesengsaraannya.
Lebih baik bermula dari neraka, buka
sebaliknya;
sengsara pun, masih di gomol akrab bumi mulia.
1984
Petikan
Sasterawan Negara
A. Samad Said
Belada Hilang Peta |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 30-1-2011 23:23
Ayam
Bermacam ragam
tidur dalam reban
bawah pohon durian
pagi-pagi cari makan
keliling kampung mengawan
berkokok megah tanda kekuasaan.
Bertelur sebiji riuh sakan
tapi kesian
telur diambil orang
buat telur mata
bukan nama telur mata ayam
telur mata kerbau dinamakan.
Musim raya kesian ayam
jadi bahan buat rendang
masa ini lari lintang pukang
dihambat orang
sampai ke jamban
akhirnya jadi sembelihan.
Ayam! Ayam! Ayam!
ada maruah bukan murahan
ada 'ayam kota' tak duduk bersarang
jual 'daging mentah' secara haram
dilaknat Tuhan
haram jadah minta dijauhkan.
~Goldkey~
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Pujian
Pujian buat insan
berhati girang
naikan semangat berjuang
dalam kepayahan
tidak terasa perit kejerihan
kata-kata jadi perangsang
lebih bermakna dari seguni wang
itu pentingnya sebuah persahabatan
nikmat dan rahmat anugerah Tuhan
dari akrabnya persaudaraan
tambah keimanan
teguh ketakwaan.
~Goldkey~
|
|
|
|
|
|
|
|
Gigih...................... |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih......................
sayawifenikmie Post at 24-11-2010 10:40 
Terima kasih atas komen dan sokongan
beri saya kemenangan bila ada yang datang bertandang
membaca puisi yang saya garapkan
moga ada hikmah dalam menyampaikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 24-11-2010 12:07

Berniaga
Amalan Rasul kita
mulia di sisi agama
banya rezeki datang dari niaga
haruslah kaya yang gigih berusaha
jangan dikhianati timbangan niaga
berlebihlah dengan niat menyedekahkannya
ingat sebahagiannya bukan hak kita
cukup haul keluarkan zakat cuci harta
bantu yang kurang berada
pahala berganda
murah rezeki sepanjang masa
rahmat dikurnia
dari punca tak disangka-sangka
atas kehendak yang Esa.
~Goldkey~
|
|
|
|
|
|
|
|

Ayam II
Ayam dalam taman
terkurung agaknya tiada laman
bau udara kurang menyenangkan
angin tak ingin nak bertiupan
diblok hutan batu berderetan
kesian
ini kerja menyalahi undang-undang
boleh adu sama kementerian perumahan
jiran-jiran kurang kepekaan
keselesaan tetanga kiri kanan depan belakang
kurang didikan sivik bukan alasan
tak hormat hak orang
malang!!!
~Goldkey~
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 24-11-2010 13:17

Dari Joh ke Bangi VIII
Ibu sempat merasa
gajiku yang pertama
tak lama bersama aku untuk membalas jasa
ibu tak panjang usia
pergi meninggalkan aku selamanya
tinggalkan segala kenangan tak mungkin kulupa.
Bersama pemergian bonda
lahir putri pertama
seakan menganti kasih bonda
mengubat pilu di dada
sempat bonda
hadiahkan 60 ringgit buat cucuanda
katanya “ buat beli rantai, hadiah dari dia”.
Dua tahun lamanya
aku memujuk hati menerima
ibuanda tercinta sudah tiada
adakala mengundang air mata
sebak mengenang kasihnya bonda
kepada kami empat bersaudara
moga tempatmu di syurga
dirahmati yang Esa.
Kini hanya
doa kupanjatkan sentiasa
buat bonda dan ayahanda
seperti mana yang dipinta
kenang mereka walau di mana jua
moga kita ditakdirkan akan berjumpa
di alam abadi kekal selamanya
bersama golongan yang bertakwa
InsyaAllah.
~Goldkey~
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 24-11-2010 14:01
Dari Joh ke Bangi IX
Daerah ini
pertama kali kujejaki
masih sunyi
hutan sana sini
belum banyak industri
damai dan murni
tiada pencemaran menyelubungi.
22 tahun telah pergi
Bangi kini
tidak lagi sunyi
rumah mengantikan hutan suci
industri tumbuh cepat sekali
kenderaan berganda setiap hari
kesesakan tak dapt nak elak lagi
kedamaian Bangi kian pergi.
Namun
aku mensyukri
kebahagian meniti hari
kujumpa di sini
punyai isteri
yang sangat mengerti
yang sangat memahami
kemampuan keluarga kami
setakat ini.
Jika nanti
ada lebihan rezeki
atas usaha dan kerajinan diri
akan kusediakan yang lebih lagi
untuk keselesaan seisi
yang penting kesihatan diri
mampu beribadat kepada Ilahi
yang memberikan rezeki
dan kebahagiaan hati
kepada kami.
~Goldkey~
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 24-11-2010 20:53

Persetingganan
Satu fenomena di bandaran
yang menjadi masalah kerajaan
bukan tersorok dalam hutan
tapi tumbuh di celah-celah metropolitan
didirikan atas tanah milik orang
hak individu atau kerajaan
setinggan tak hairan
dibinanya rumah haram
waktu siang lapang
malam tumbuh macam cendawan
biasanya tempat golongan bawahan
tak mampu miliki rumah idaman
kerja gaji harian
cukup makan
bulan-bulan tiada simpanan
cari jalan senang
tinggal di kawasan setinggan
susun atur lintang pukang
tiada sistem perparitan
sampah buang dalam longkang
bau busuk bukan kepalang
serangga membiak penyakit datang
hidup tak keruan
api air belum tentu dipasang
bergelap minum air "hitam"
anak-anak nak belajar tak tenang
pelbagai gangguan jadi alasan
bila prestasi tak cemerlang
disalahkan pula kerajaan
menganaktirikan setinggan
tanya pada diri satu soalan
kenapa jadi demikian?
jangan asyik harapkan orang
nak ubah nasib malang
sendiri kena gerakkan
baru masalah hilang
tak begitu tuan!!!?
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dilema
Dilema dalam keresahan
Tidakku temu jalan penyesaian
Berlangkah kuambil mencari laluan
Terhenti di hujung menyerah kekalutan
Hendak diterus tiada tujuan
Apalah erti tanpa impian
Terus mengharap ketemu penyelesaian
Mencari sinar menuju kebahagiaan
Hendakku lari tiada kekuatan
Kakiku berat hendak tinggalkan
Redup memandang jalan di hadapan
Masih mencuba hingga ke hujung jalan
Tersasar pandangan ke satu persimpangan
Hendak kuhampiri takut terkenan
Langkah kuambil mengikut laluan
Dibawa arus mencari kedamaian
Andai kasih masih tersisa
Akan kubajai menjadi cinta
Biar Bahagia milik bersama
Setelah kecewa hati merana
~GRP~
24 November 2010
8.20 pm
comic_comot |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 24-11-2010 21:59

Lambaian hati
Hati tidak perlu mata
untuk melihat yang di sana
hati tak perlu bersuara
untuk melaungkan kata puja
hati memberi rasa
yang di sana sentiasa ada jiwa
hati mengiringi doa
agar yang di sana sihat sejahtera
itulah hati kita
berharga.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Kecantikan tak kekal lama
Kecantikan idaman manusia
buat mata menjojol terpana
adakah ianya kekal lama?
atau sementara usia dara?
kecantikan rohani kekal ke hujung nyawa
itu sebaiknya dikejari manusia
hiasi hati dengan doa
tahtakan jiwa dengan takwa
kerna itu nilaian yang Esa
moga kita diterima
menghuni syurga
yang kekal selama.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Pujian
Pujian buat insan
berhati girang
naikan semangat berjuang
dalam kepayahan
tidak te ...
Goldkey Post at 24-11-2010 10:28 
Suka dipuji?
Ramai orang suka dipuji....kita juga? Mahu kembang kuncup hidung bila dengar diri dipuji.
Tidak salah kita memuji Cuma pujian ini kadang-kadang mampu menjatuhkan seorang daie
Bila dipuji Mulanya malu-malu…cuba menafikan..cuba merendah diri..
Tetapi Apabila terlalu kerap dipuji… Dia jadi makin dahaga dipuji..mendambakan pujian orang
Jadi Pujilah sahabatmu seadanya Jangan berlebih-lebihan
Pujian di belakangnya lebih baik dari memuji dihadapannya
Pujian boleh sebabkan kita jatuh tersembam dari jalan dakwah yang murni
Pujian mampu Menyebabkan seorang Daie longlai
berdoalah :
”Ya Allah, janganlah kau hukum kami di atas apa yang mereka katakan,sesungguhnya mereka tidak mengetahui.Malah jadikanlah kami lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan. Ameen.”
~GRP~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Dari Joh ke Bangi X
Di tanah Bangi
aku di kurniakan sepasang putra putri
jadi permata hati menguji diri
putraku anak istemewa berhati suci
mungkin kami juga istemewa di sisi Ilahi
dipilih membawa amanah ini
meraka hadir sebagai penyeri
bukan sebagai bebanan di hati.
Bukan sedikit ujian punyai anak istemewa
dari lahir hadapi masalah kesihatan
ulang alik kami ke hospital saban bulan
sampai kini masih ada rawatan
syukur umurnya panjang
masalah jantung dan leukemia hilang
aku percaya ini semua ujian Tuhan
kesabaran memihak kami sekarang.
Kini kedua putra putri
sihat menyeri
mengikat kukuh
kasih sayang antara kami
terima kasih Ya Rahman
terima kasih Ya Rahim
dari kurnia-Mu
aku belajar erti kesabaran
aku belajar erti meredhai
ketentuan Ilahi.
~Goldkey~
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 28-11-2010 00:25

Atas nama pembangunan
Hidrosfera
dikotori dengan sisa-sisa toksik perindutrian
baja kimia, racun serangga dan sisa tanah sektor pertanian
pembinaan rumah, chalet dan hotel pelancongan tingkatkan hakisan
najis ayam, itik dan babi di kandang penternakan di buang ke perparitan
tauke balak haram menebang hutan
mengundang hakisan
menjejaskan kawasan tadahan
air di empangan semakin kurang.
Atmosfera
Makin kaya dengan bahan ampaian
indutsri melepaskan asap hitam
tak kurang motor dan kenderaan
hutan dibakar tukar jadi ladang
diburukan dengan kejadian alam
letupan gunung berapi dan kebakaran hutan
datang jerebu tak nampak jalan
banyak aktiviti tak boleh berjalan
pelbagai penyakit pernafasan menyerang.
Biosfera
habitat flora dan fauna makin kurang
tak hairan kalau binatang masuk bandaran
mencari makanan yang semakin kurang
proses keseimbangan alam kian terancam
natijahnya manusia hilang kesejahteraan
mementingkan ekonomi dan kekayaan
tergadai kesucian alam sekitar warisan
generasi akan datang menerima kesan
tiada sumber meneruskan kehidupan
mewarisi alam yang ketandusan.
Usahalah baiki dan pulihara persekitaran
kuatkuasakan undang-undang dan peraturan
denda, kompaun dan saman jalankan
tingkatkan pemantauan dan rondaan
laporan impak alam sekitar sediakan
lakukan strategi pengurusan
pelbagai teknik dan kaedah lestari boleh digunakan;
pembenihan awan,
kitar semula bahan,
rawat sisa toksik sebelum buang,
tebang reput ganti pembakaran,
guna tenaga alternatif yang mesra alam,
guna baja organik dan biologi kawalan,
tingkatkan langkah pendidikan
perkenalkan subjek kesedaran menjaga alam
kempen dipergiatkan
kerjasama serantau dipereratkan
lestarikan alam dalam pembangunan!!!
~Goldkey~
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BUAT SESEORANG YANG KUNAMAKAN KEKASIH
Akan kupintal awan gemawan
menjadi tali kasih
buat penambat rindu
pada cinta sayang
yang mula cambah ini.
Akan kuanyam angin yang singgah
menjadi warkah rindu berjela
lalu kutitip pada unggas
tanda keharuanku
padamu kekasih.
Demikian kusisir hujan yang membatu
lalu kujalin pada hati yang berarak
moga berpadu segala janji
kau, aku.
Dan hari-hari yang berlalu
menjadikan aku seorang perindu
rindu rasa
rindu rupa.
~GRP~
Wak Jono |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 25-11-2010 21:56
Obor Hemah
Guru adalah awan indah terbang rendah
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah:
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.
Guru - satap ganti ketika pondok bocor,
kitab sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia - sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara darma,
memesan angin menghikmahkannya.
Guru adalah penelaah yang tekun
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah,
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia;
ia mengemudi biduk, melepaskannya
atas lambungan laut, merangsang
manusia menyelami rahsia khazanahnya.
Guru - minda segar dan kukuh akar
menghidupkan batin yang bersih
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan
walau diambilnya kembali semua buku
sempat ditinggalkan asas ilmu.
Guru adalah batin suci hati nurani,
penjujung budi, manusia yang takwa,
obor hemah kehidupan bangsa.
1988
Petikan
Sasterawan Negara
A. Samad Said
Belada Hilang Peta |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Aku bangga jadi Guru
Aku bangga jadi guru
itu pilihan hati dari dulu
tak pernah sekali rasa jemu
mendidik anak bangsa perkaya ilmu
biar badan kian lumu
namun semangat tetap dipacu
hantar anak didik ke mercu dirgahayu.
Biar cemuhan datang melutu
tidak sekali mematahkan kuku ilmu
kian tabah merancang pelan baru
menghadapi kerenah yang kurang ilmu
salah guru kian diburu
bukan datang untuk berganding bahu
menyelesaikan masalah remaja zaman maju.
Keikhlasan usah diragu
mendidik jadi tanggungjawabku
akan diberi dengan semangat jitu
pendidikan sepanjang hayat amalan guru
sentiasa bermaklumat itu perlu
memudahkan didikan setiap waktu
aku bangga jadi guru
ramai anak didik kutemu
terharu
dengan lafaz terima kasih cikgu!!!
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|