Cerita mengenai adam dan aman yg baru kuar penjara selepas 5 tahun dalam tu ( scene ni ala2 KL Gangster tapi versi lawak)
diaorang nekad nak cuci tangan, so diaorang nak mintak restu dari ayahanda mat jambu yang kemudiannya meminta mereka menjadi bodyguard anak perempuan dia yg baru balik dr London, Suzana. Nak tak nak diaorang terima la kan dah ayahanda suruh..dah la Suzana ni cun..(erk.. bg aku tak la)
so cerita bermula bila mat jambu di bunuh oleh man cirit (tak dak nama lain ka), di depan su,aman dan adam..so diaorang pun lari setelah menjadi buruan man cirit n polis. Start dari ni la mcm2 terjadi utk diaorg pulihkan nama diaorg..
Bagi aku cerita ni lawak la jugak.. mmg boleh buat aku gelak..
Walaupun kdg2 mcm entah apa2 jek scene nyerk
and cerita ni ada twist nya jugak (tp leh teka laaaaa
)
suka tgk kamal adli dalam citer nie.. cuma bagi aku lakonan dia kdg2 agak 'over'
Hanis Zalikha pulak, bagi aku sangat la kayu.. macam tak kena jek dia berlakon..
Yang lain2 mcm biasa jek..
p/s: lagi 3 cerita aku dah review dlm thread masing2.. cuma yg ni aku tak jumpa thread... nnt kalo rajin aku review cerita lain2.. banyak dah tgk cuma tak rajin..
p p/s: tak sabar nak tgk ROCK OOOO! Hahahaha