Gambar Sekitar Pelancaran Album Akim Ahmad
Pada jam 5 petang semalam, tercatat dalam diari penyanyi dan pelakon Akim Ahmad di mana akhirnya album pertama yang sekian lama ditunggu telah berada di genggaman peminat. Satu pelancaran album Akim Ahmad telah diadakan disaksikan oleh para media, keluarga dan peminat setia Akim Ahmad – Gafimers.
Budiey ucapkan tahniah buat Akim Ahmad atas kelahiran album ini. 
Setelah tiga tahun menceburi diri dalam industri seni suara, Akim Ahmad menarik nafas lega apabila albumnya berada di pasaran.
Namun, usaha tidak setakat itu kerana Akim kena buat promosi agar album ini mendapat perhatian ramai peminat untuk mendapatkannya.
Album ini mengandungi 10 buah lagu yang mana ada 7 buah lagu baru. Sebagai bonus, Akim Ahmad memberi 3 buah lagunya yang popular sebelum ini dalam bentuk akustik. Paling menarik, 4 daripada 10 buah lagu dalam album ini adalah nukilan dan garapan sepenuhnya oleh pelakon Hooree Hoore ini. Dua buah lagu ditulisnya pula mendapat sentuhan dari komposer terkenal iaitu Audi Mok, Kunci Demak dan Omar K. Lebih manis, Akim turut mengundang dua penyanyi terkenal Stacy dan Fiq untuk bergabung dalam lagu duet.
Kepada peminat, dapatkan album Akim Ahmad di pasaran. Budiey dah pun dengar dan Budiey rasa anda berbaloi untuk mendapat album ini kerana semua lagu best-best.   
 |