CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: deaf4ever

Berita Hari Ini - 2005

 Close [Copy link]
matz_rockz This user has been deleted
Post time 11-11-2005 09:59 PM | Show all posts
kat TEKKA MALL....business not so good...ada 4 to 5 tutup kedai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2005 08:36 AM | Show all posts
Edisi Timur: Mimpi tidur dekat mayat berbungkus

Oleh Alias Abd Rani

MARANG: Pemandu bas ekspres yang terbunuh dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Zainuddin Mat, 43, sempat menceritakan mimpi aneh tidur di sebelah mayat berbungkus kepada isterinya, Natrah Shafiee, 33, tiga hari sebelum kejadian.

Menurut Natrah, arwah suaminya menceritakan dia didatangi mimpi ngeri sebelum menasihatkannya bahawa itu sekadar mainan mimpi.

揝aya tidak menyangka mimpi ngeri yang dicerita tiga hari sebelum kejadian akhirnya membawa petanda buruk kepada kami enam beranak,
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2005 08:38 AM | Show all posts
Edisi KL: Hamba seks Datuk
Oleh Zainal Zawawi Mohamed
[email protected]

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus syarikat pembinaan bergelar `Datuk
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2005 08:39 AM | Show all posts
Edisi Utara: Si tua diliwat, dibunuh
Oleh Zulfa Mohamad
[email protected]

NIBONG TEBAL: Perjalanan seorang warga emas yang berbasikal untuk pergi menoreh getah berakhir dengan tragedi apabila dia ditemui mati dalam keadaan bogel di sebuah ladang kelapa sawit dekat Jalan Kerian Kedah, di sini, semalam.

Mangsa, seorang lelaki berusia 64 tahun dipercayai turut diliwat sebelum dibunuh berdasarkan kesan darah pada duburnya.

Polis Forensik turut menemui tisu dengan kesan mani kira-kira 100 meter dari tempat kejadian sekali gus mengundang kemungkinan mangsa diliwat.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Superintendan Khaw Kok Chin, berkata mayat mangsa ditemui beberapa pekerja ladang yang melalui tempat kejadian pada jam 9 pagi lalu menghubungi polis.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa tinggal di Jalan Gajah Mati, Sungai Bakap, di sini, dan keluar jam 3 pagi semalam dengan menaiki basikal ke ladang getah kira-kira tujuh kilometer dari rumahnya.

Polis turut menemui basikal mangsa yang masih dalam keadaan baik dekat tempat kejadian tetapi tidak menemui sebarang senjata yang digunakan suspek.

揚olis masih menyiasat sama ada mangsa diliwat sebelum dibunuh dan sedang menunggu keputusan bedah siasat yang dilakukan di Hospital Sungai Bakap untuk tindakan lanjut.

揔es disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana pemeriksaan mendapati terdapat kesan cekik di leher mangsa, selain kesan cedera di dahi manakala kedua-dua matanya bengkak,
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2005 08:42 AM | Show all posts
LIMA ANGGOTA KELUARGA DIPENJARA KERANA BELASAH LELAKI DALAM KES ROGOL
Oleh
Khalid Khamis

LIMA anggota sebuah keluarga dihukum penjara dan rotan kerana membelasah seorang lelaki dan adiknya yang dituduh merogol salah seorang anggota keluarga tersebut.

Tertuduh, yang mengaku bersalah, tidak dapat dinamakan untuk melindungi identiti mangsa seks di bawah umur itu.

Mereka adalah ibu saudara mangsa dan suaminya, sepupu suami wanita itu, dan dua lagi bapa saudara mangsa.

Keempat-empat tertuduh lelaki masing-masing dipenjara 18 bulan dan dikenakan enam sebatan kerana merusuh.

Wanita itu pula dipenjara enam minggu kerana bersubahat.

Dua daripada lelaki itu dan wanita berkenaan dijatuhi hukuman Selasa lalu dan seorang lagi dikenakan hukuman kelmarin.

Dua lagi lelaki sedang diburu polis - seorang tidak hadirkan diri ketika hukuman dijatuhkan dan seorang lagi belum dapat dikesan.

Pada 26 Jun lalu, keenam-enam anggota keluarga itu membelasah dengan menerajang, menumbuk dan menyelar dua beradik berusia 31 tahun dan 27 tahun dekat Blok 141, Jalan Bukit Merah.

Serangan itu berlaku selepas mangsa seks membuat laporan polis terhadap salah seorang adik-beradik itu yang dituduh merogolnya.

Ibu saudara mangsa seks itu mengumpulkan suami, adik-beradik dan seorang sepupu untuk bersemuka dengan lelaki tadi.

Apabila lelaki itu menafikan tuduhan, beliau dibelasah sehingga mengakibatkan kecederaan di kepala, tangan, jari dan tubuh.

Abangnya turut tercedera di muka apabila cuba membantu.

Akibatnya, kedua-dua adik-beradik dikejarkan ke Hospital Besar Singapura (SGH).

Menurut fakta yang diperolehi Berita Harian, wanita itu memainkan peranan sebelum serangan bermula dengan berkata: 'Jangan banyak cakap, kasi aje dia.'

Ketika dihubungi, polis menyatakan kes rogol itu masih disiasat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2005 11:37 AM | Show all posts
Kuih lekat di mulut:
Budak maut terkena kejutan elektrik kolam air pancut
Laporan RASHIDI KARIM

KANGAR: Kuih yang dimakan masih terlekat pada mulut seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang terbunuh akibat terkena kejutan elektrik di kolam pancutan air berlampu Taman Rekreasi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di belakang Istana Arau, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, Mohd Adib Osmi meninggal dunia akibat terkena kejutan elektrik ketika mencuci tangan di kolam pancutan air sedalam kira-kira 0.3 meter itu selepas membeli kuih di pasar malam berhampiran.

Bapa mangsa, Osmi Ismail, 45, dari Kampung Belakang Istana, pengsan selepas melihat mayat anak bongsunya terapung dalam kolam itu.

Mayat mangsa hanya dikeluarkan sejam kemudian selepas kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong bekalan elektrik.

Osmi berkata, anaknya yang juga murid tahun lima di Sekolah Rendah Kebangsaan Tengku Budriah, di sini, tidak menyedari kolam yang baru siap dibina beberapa bulan lalu itu mempunyai arus elektrik.

揔etika minum di sebuah kedai di Pekan Arau, saya dimaklumkan rakan supaya melihat Mohd Adib di kolam itu. Ketika itu, orang ramai menghalang saya daripada mengangkatnya dan saya menjerit sekuat hati sebelum pengsan.

揚aling menyedihkan apabila diberitahu keluarga bahawa kuih yang dibelinya di pasar malam berhampiran masih terlekat pada mulut ketika mayatnya diangkat keluar dari kolam,
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-11-2005 09:21 AM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 13-11-2005 11:37 AM
Kuih lekat di mulut:
Budak maut terkena kejutan elektrik kolam air pancut
Laporan RASHIDI KARIM

KANGAR: Kuih yang dimakan masih terlekat pada mulut seorang kanak-kanak  ...



sedih eh mati kena karen..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2005 09:25 AM | Show all posts
smalam ada ceta more and more budak2 lelaki and pompuang pegi minum kat night spot la

so cakap la, skali belanja can reach up to $100
then interview orang pompuang, minum 6 glasses, dorang ingat ok, tapi actually 5 glass dah kira considered drinker la.

then apa aku heran..

interview orang minum kul 7pagi, nama Islam gitu.

Then photo pun tunjuk 4 budak melayu ngah minum, tiga lelaki satu pompuang. Cek wei, ntah2 ada muka korang kenal ke..:cak:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2005 09:31 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 14-11-2005 09:25 AM
smalam ada ceta more and more budak2 lelaki and pompuang pegi minum kat night spot la

so cakap la, skali belanja can reach up to $100
then interview orang pompuang, minum 6 glasses, dorang inga ...

suratkhabar mana?..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2005 09:40 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 14-11-2005 09:31 AM

suratkhabar mana?..



omputeh, sunday times...


good artikel la
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2005 09:44 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 14-11-2005 09:40 AM



omputeh, sunday times...


good artikel la

nanti aku baca...

kisah budak sarawak jatuh dlm periuk kuah laksa pun sedih.. tapi aku syukur dia meninggal.. bukan takde belas.. tapi dari anak ni merana.. cacat.. lebih baik dia pergi.. dijanji syurga
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 14-11-2005 09:45 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 14-11-2005 09:25 AM
smalam ada ceta more and more budak2 lelaki and pompuang pegi minum kat night spot la

so cakap la, skali belanja can reach up to $100
then interview orang pompuang, minum 6 glasses, dorang inga ...



sekarang macam coomon thing....budak2 muda in schoool go TOGOK....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2005 09:49 AM | Show all posts
Fuyooo... ni dah kira keluarga samseng ni....
Originally posted by iansuryani at 12-11-2005 08:42 AM
LIMA ANGGOTA KELUARGA DIPENJARA KERANA BELASAH LELAKI DALAM KES ROGOL
Oleh
Khalid Khamis

LIMA anggota sebuah keluarga dihukum penjara dan rotan kerana membelasah se ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2005 10:11 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 14-11-2005 09:44 AM

nanti aku baca...

kisah budak sarawak jatuh dlm periuk kuah laksa pun sedih.. tapi aku syukur dia meninggal.. bukan takde belas.. tapi dari anak ni merana.. cacat.. lebih baik dia pergi.. dij ...



ha ah, also bleh bantu mak bapak dia nanti kat akhirat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2005 10:14 AM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 14-11-2005 09:45 AM



sekarang macam coomon thing....budak2 muda in schoool go TOGOK....



ya, ada parents kasi duit
ada buat keja part time
ada pasal bapak kat kedai kopi minum beer, so anak pun join in minum
ada pasal kat dalam esbok kat rumah tin beer berderet, so anak pun dari kecik dah ikut...

ni smua aku cakap keluarga melayu la
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2005 07:39 PM | Show all posts
Originally posted by sutera_abadi at 15-11-2005 09:49 AM
Fuyooo... ni dah kira keluarga samseng ni....

kalau betul yang kena pukul tu kaki rogol.. that family buat ok apa.. bunuh sekali pun takde.. menyusahkan orang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-11-2005 10:41 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 15-11-2005 07:39 PM

kalau betul yang kena pukul tu kaki rogol.. that family buat ok apa.. bunuh sekali pun takde.. menyusahkan orang



seriousnye bebual..sebelum kasi polis, kasi keropok teruk2 dulu..

Spore nye sistem, penjenayah kat jel smua dilayan ngan baik, makan minum tanggung, sakit ada doktor, tak kena hujan ada tempat teduh, siap ada blanket lagik...


tu sebab Mat drugs semua keluar, tekan dadah balik, pasal nak masuk balik Hotel California. KNN betul!!!
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 16-11-2005 06:00 AM | Show all posts
anyone dah update this....EDDIE GUERRERO wrestler WWE passed away......
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2005 07:30 AM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 16-11-2005 06:00 AM
anyone dah update this....EDDIE GUERRERO wrestler WWE passed away......

dah baca haritu.. aku tak minat dia lah.. dia nampak tua for his age eh
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 16-11-2005 08:15 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 16-11-2005 07:30 AM

dah baca haritu.. aku tak minat dia lah.. dia nampak tua for his age eh



ko suka siapa ???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.057178 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list