CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: guvnor

Mari Berpantun...

 Close [Copy link]
Post time 27-5-2007 03:22 AM | Show all posts
anak kecil main jongkang-jongkit
bosan bermain mula berkejaran
bila kupandang bintang di langit
kenapa wajahmu yang kelihatan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2007 08:08 AM | Show all posts
ibu kaulah merupakan ratu hatiku
yg sentiasa menemani diri ini
sedih sungguh rasa hatiku
kerana sudah lama tak berpantun disini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2007 08:10 AM | Show all posts
pergi mengaji al quran ditemani cik tun
malangnya terlupa nak bawa rehal
bukan hatiku tak nak berpantun
tapi seber cari yang selalu buat hal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2007 08:15 AM | Show all posts
Originally posted by angel01 at 27-5-2007 03:22 AM
anak kecil main jongkang-jongkit
bosan bermain mula berkejaran
bila kupandang bintang di langit
kenapa wajahmu yang kelihatan?


pergi ke hutan nak mencari buluh rotan
malangnya tersesat sampai ke pekan lendu
kalaulah wajahnya yg selalu kelihatan
itu petandanya angel diserang penyakit rindu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2007 08:18 AM | Show all posts
Originally posted by masarju at 20-5-2007 07:25 AM
Bawa kereta mestilah berhati-hati
Ingin bersiar-siar bersama Noraini
Rindu pula rasa hati ku ini
Kerana dah lama x berpantun sini


htt ...


hajat dihati nak membeli emas
malangnya duitku dipinjam cik nini
samalah kita wahai cik mas
dah lama tak berpantun di sini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2007 06:54 PM | Show all posts
Originally posted by zetyaiman at 27-5-2007 08:10 AM
pergi mengaji al quran ditemani cik tun
malangnya terlupa nak bawa rehal
bukan hatiku tak nak berpantun
tapi seber cari yang selalu buat hal


penat berfikir mencari akal
ilham pun datang menerjah2
server porem asyik buat hal
bukan pantun je, meroyan pon susah :kant::kant:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2007 06:56 PM | Show all posts
Originally posted by zetyaiman at 27-5-2007 08:15 AM


pergi ke hutan nak mencari buluh rotan
malangnya tersesat sampai ke pekan lendu
kalaulah wajahnya yg selalu kelihatan
itu petandanya angel diserang penyakit rindu


berbantal lengan tidur tak lena
sejuk terasa mencari gebar
sakit rindu dah lamer terkena
sampai sekarang tiada penawar...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2007 10:33 PM | Show all posts
pergi ke kedai beli suratkhabar
singgah digerai beli sepera
masuk kat sini nak bertanya khabar
apa khabar semua orang Singapura??





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2007 10:49 PM | Show all posts

Reply #1048 masarju's post

dari Johor pergi Melaka
naik bas sambil berjaga
orang di sini sihat belaka
harap di sana begitu juga....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2007 11:03 PM | Show all posts
Ada lagu nama Mas Mona
Lagu dinyanyi oleh Anita
Selama ni Fatz pergi mana
Lama sungguh x dengar berita??





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2007 11:33 PM | Show all posts

Reply #1050 masarju's post

mencari kayu di dalam hutan
untuk dijual di dalam pekan
kejap ke utara kejap ke selatan
kerana tugas, terpaksa turutkan....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2007 03:36 AM | Show all posts
penat memilih calon bini
buat teman pak ali duda
rakan serumpun berkumpul di sini
ramaikah dari brunei dan singapura?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2007 10:48 PM | Show all posts
Originally posted by angel01 at 30-5-2007 03:36 AM
penat memilih calon bini
buat teman pak ali duda
rakan serumpun berkumpul di sini
ramaikah dari brunei dan singapura?


Rajin membaca harus disemai
Jangan hanya ingat nak main
Kat sini memang lah ramai
Kalau dibanding dgn bod lain
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 07:19 AM | Show all posts
anak gadis bersopan santun
suka makan jeruk buah kana
awal pagi ku mula berpantun
apa khabar sumer kat sana??





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 08:40 AM | Show all posts
Harum sungguh bunga melati
           Kembang setangkai diwaktu pagi
Hancur sungguh rasa dihati
          Sedang berkasih ditinggal pergi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 08:50 AM | Show all posts
Pulau Sipadan pulau Ligitan
        Tempat singgah raja Bulungan
Risau dibadan galau
ingatan
        Ingat  pungguk
rindukan bulan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2007 08:57 AM | Show all posts
Kelip-kelip  terbang ke  dusun,
      Tiba di   dusun memakan pala,
Tidak kumati kerana racun,
       Mati menanggung rindu asmara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 09:02 AM | Show all posts
Pukul gendang di pekan Labi
        Sampai bunyinya ke Bukit Teraja
Kasih sayang  jangan dihabisi,
        Sebesar rambut tinggalkan juga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 09:10 AM | Show all posts

Laut China Selatan airnya dalam
    Hendak mandi di Seri Kenangan
Sungguh pun remuk hati di dalam

    Namun di muka tidak dilihatkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 09:14 AM | Show all posts
Ke  kanan jalan pergi  Limbang,
      Ke kiri jalan  pergi  Muara.
Tangan kanan kuambil salam sayang
      Tangan kiri kuhapuskan  airmata,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.336959 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list