CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ainnymidie

[Merged]All About Kisah Seram Highway/Jalan Plaza Tol

  [Copy link]
Post time 26-3-2009 09:30 AM | Show all posts
aku ada pengalaman kat highway....cerita ni berlaku 6 tahun lepas...aku dan hubby dlm perjln nak balik ke penang dari alor setar...kejadian ni berlaku selepas tol gurun tepat pukul 12.00 mlm.....telah menjelma 2 ekor anjing berwarna putih sedang duduk betul2 di atas highway dengan matanya yg bersinar dan kemerah-merahan....hubby aku hentikan kereta dan kami hanya memandang ke arah anjing2 tersebut............selepas 10 minit anjing2 tersebut beredar dan terus hilang dlm kegelapan mlm menghala ke arah ladang kelapa sawit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2009 09:45 AM | Show all posts
Originally posted by bedahs at 26-3-2009 09:30
aku ada pengalaman kat highway....cerita ni berlaku 6 tahun lepas...aku dan hubby dlm perjln nak balik ke penang dari alor setar...kejadian ni berlaku selepas tol gurun tepat pukul 12.00 mlm..... ...


kat area gurun memang dah terkenal... jalan lama n jalan highway sama je..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 09:51 AM | Show all posts
kejadian lain pulak betul2 kat perwaja steel sepupu aku naik motor dl perjlanan ke alor setar terjumpak cik pon tengah betul2 bertenggek atas divider
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 09:57 AM | Show all posts

Balas #761 bedahs\ catat

  ish seramnyerr
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 10:14 AM | Show all posts

Dari email : Kemalangan di KM148

Ni aku dapat dari email. Kisah accident kat KM148 PLUS. Misteri ke??

Note: Aku copy and paste dari email yang aku dapat. no more no less. Dan ini bukan pengalaman aku. Pada aku cerita ni ada misteri.

*************************************************************************************************************
KM 148 (Lebuhraya Utara Selatan) hala ke JB

*Bukan meminta simpati, sekadar peringatan untuk semua pengguna lebuh raya utara selatan...

Jam 1.50 Petang
....

Pada hari isnin 9-3-2009 baru ini saya melalui jalan dari KL ke JB, setibanya di antara Tangkak dan exit Pagoh KM 148 kereta yang saya pandu tiba2 hilang kawalan, berpusing dan berhenti selepas seketika berpusing didalam longkang besar di tepi h/way tersebut. Mungkin akan ada suara" nakal menyatakan saya memandu laju, mmg patut la termasuk dalam longkang tetapi semasa kejadian tersebut saya hanya memandu pada 100km/j sahaja...


Semasa itu yang bermain difikiran adakah berlaku mechanical failure? tayar pancit ke? atau tayar tidak mencengkam jalanraya akibat waterpool dibahagian tertentu h/way tersebut...

Alhamdulillah keluarga saya selamat, anak yang sedang bermain2 dibelakang...... dengan izin Allah side curtain terbuka dan menghalang muka anak saya dari terkena cermin tingkap. (VOLVO FOR LIFE) hehehehe



Terima Kasih tidak terhingga pada Dino & Yambest yang sanggup datang dari JB....

Yambest - Terima Kasih tolong bawakkan barang2 aku n hantar adik2 ipar aku ke airport - sempat lagi diorang naik flight ke Sarawak

Dino - Terima Kasih amik aku kat tepi jalan h/way (bahaya tu melintas h/way) - masuk tangkak buat report polis, hantar aku ke bengkel pastu hantar balik ke JB........ takziah juga (mak dino sendiri accident n sekarang ni ada hosp. - patah tulang bahu n rusuk)


Jam 2.30 petang


Seketika selepas mengambil gambar kereta saya dan setelah menghubungi polis serta PLUS sebuah kereta Peugeot berwarna silver dari lane kiri didepan mata saya juga berpusing nampak macam gerak perlahan je semasa berpusing. Saya nampak dengan jelas kerana ketika itu saya duduk berhampiran dengan kereta anggaran kelajuan kereta tersebut hanyalah pada 60-70km/j sahaja... Anggaran kerosakan hanyalah sekitar RM2000- RM3000 sahaja, roda kiri hadapan serta fender kiri sahaja......... Adakah kebetulan mechanical failure atau kecuaian saya dan pemandu kereta kedua ini?




Jam 3.20 petang


Polis penyiasat trafik dari Balai Polis Tangkak sampai...


Ketika saya dan 2 orang adik ipar saya berbual dengan owner kereta yg kedua, sebuah Honda City juga berpusing dan melayang kearah kami yg sedang berbual di seberang longkang. Dalam keadaan kucar kacir tersebut kami cuba lari dari arah kereta yg datang dan spontan terus melompat menyeberang longkang h/way tersebut. Keadaan kereta Honda tersbut agak teruk dan nampaknya body Honda ni ringan melayang terus menyeberangi longkang dan melanggar 2 tiang kebun diberhentikan oleh pokok2 kecil seolah2 belukar diseberang longkang tersebut...

Adik ipar saya cedera akibat terjatuh semasa melompat......


Jam 3.30 petang


Ketika kami membincangkan perkara2 yang perlu dilakukan selepas kejadian, tiba2 sebuah kereta Mercedes Benz S350 juga berpusing dan menghala juga ke arah kami nasib kami baik kerana kereta tersebut telah dihentikan oleh kereta Peugeot , jika tidak memang kami yg sedang berbual kena sapu dengan Merc tersebut............ Peugeot - telah remuk belakang, tepi dan hadapan (total loss).. Malang nasib pak cik tu... asal rugi 2k-3k terus total loss....


Pegawai penyiasat trafik terus mengarahkan bomba datang untuk melihat keadaan jalan serta kami diarahkan untuk berdiri jauh dari kawasan kejadian... Jawapan bomba - Jalan raya tidak mempunyai minyak............................ bomba terus pergi selepas tgk lokasi.......................?????


Persoalannya disini adakah betul diperkatakan bahawa jalan tersebut disabotaj oleh tow truck yang cuba mencari keuntungan? atau, kecuaian dari PLUS yg tidak menyelenggara jalan dengan baik? atau, benarkah dakwaan penduduk tangkak bahawa KM 131 - KM 168 mempunyai sesuatu yang aneh? misteri? penunggu?


entahlah.... mcm mana pun nasihat saya berhati2 lah dengan jalan tersebut...............................



Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 10:16 AM | Show all posts

Reply #1 duquesne's post

Dah lama citer ni, dah masih menjadi mister lagi kat aku..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2009 10:19 AM | Show all posts

Balas #2 princebrunei\ catat

betol ker?? nasib baik aku tak pernah kene kat sini...

yang kene pon tayar pecah jer sebab ada besi tajam tengah jalan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 10:22 AM | Show all posts
ada apa kt area situ ek..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2009 10:23 AM | Show all posts
dalam satu hari jer byk accident berlaku...mmg misteri...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 10:26 AM | Show all posts
Originally posted by bawanghitam at 26-3-2009 10:19 AM
betol ker?? nasib baik aku tak pernah kene kat sini...

yang kene pon tayar pecah jer sebab ada besi tajam tengah jalan..


Ntah la betui ke x, tapi sebelum ni pon ramai forumer kat situ pelik.. kat situ kan kawasan angin lintang gak.. aku teringat ada forumer citer kat situ keta dia tiba2 berkabus, dan nampak ada cik pon main kejar2.. kat benang mana ntah, aku dah lupe..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 10:31 AM | Show all posts
aku pun br dpt email yg sama.. tp klu tgk kat gambar yg di forwardkn tu, nampak mcm tgh ujan..

so, kesimpulan aku slippery road la agknye sbb kn ujan..

yg misteri pd aku, keta2 yg eksiden tu suma keta2 import..!! kira2 keta protong ni handling dia bagus la..hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 10:31 AM | Show all posts
Kawan aku penah accident dekat2 situ jugak dulu.. tapi area dah nak dekat exit Simpang Renggam. Dia kata, masa tu dia drive baru lepas hujan. Dalam 80 - 90 je sebab tayar keta botak sikit. Tiba2 dia nampak ranting kayu besar jugak la tengah2 jalan. Dia nak elakkan ranting tu, terus macam brake lock and berpusing.. tapi dia managed pusing kereta ke tepi jalan, langgar jugak la pagar kat situ.

Tak lama lepas tu ada la lori satu lalu, tapi dia perati ranting tu dah takde! Dia kata, dia pegi cerita kat plus ronda, plus ronda carik ranting tu, tak jumpa!
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 10:35 AM | Show all posts
hiway segitiga bermuda...???
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 10:39 AM | Show all posts
uikkk,dlm 1 ari jek tu byk xcident jdk..cam misteri gak ek
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 10:47 AM | Show all posts
Misterinya bomba tu kata takde minyak.. so apa punca skidding tu kan? Tayar botak? <- takkan la semua kereta tu tayar dia takde bunga langsung? Jalan licin?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 10:49 AM | Show all posts
fuhh..misteri tuh....agaknya anker kt situ cuma nk kete import je kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2009 10:50 AM | Show all posts
emmm klu ikut email tu baru jek berlaku??
tak kuar mana2 paper ke?

aku dh lama tak lalu situ sejak jln melaka dh cantik.. klu tak nk ke utara sure aku lalu pagoh nye..
dulu biasa jln situ smpai tengah malam pun.. tp alhamdullilah tak da apa2
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 10:52 AM | Show all posts
memang keras la kat situ yer...bahaya nie mesti kena selalu berhati2...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 10:58 AM | Show all posts

Reply #2 princebrunei's post

PB, kalau ikut cerita email tu, benda ni berlaku bulan 3 tahun ni.baru sangat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 11:05 AM | Show all posts
Originally posted by duquesne at 26-3-2009 10:14
Ni aku dapat dari email. Kisah accident kat KM148 PLUS. Misteri ke??

Note: Aku copy and paste dari email yang aku dapat. no more no less. Dan ini bukan pengalaman aku. Pada aku cerita ni ada m ...


first nak say thank pd duquesne cz bg tau ttg jalan tu...
  abg ipar n kaka aku balik kg akn ikot jalan tu...
so aku da tau nie,leh bg tau die n brhati2 dgn tmpt tu...

aku plk,x tau lar tmpt tu misteri or ape lar,
  but bg kite org islam,seelok2nyer sblum perjalanan bace lar yg patot,
n if tmpt tu misteri nak hampir ker kat tmpt tu,
bace lar ayat pelindung...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.291618 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list