|
HARAP HARAP LAGU DIA DITERIMA RAMAI. |
|
|
|
|
|
|
|
mau mmg bes...
x sia-sia ai menyokong dia selama ini |
|
|
|
|
|
|
|
actually semalam dapat amik 1 keping gambar Mau. Sessi bertemu peminat semalam pun ada yang kecewa tak dapat jumpa bebudak tu. Staff astro kata sessi foto untuk wartawan jer...kedekut betul tapi ada yang curi-curi amik. Saya dapat jumpa Mau sekejap ucap tahniah pastu dia dah kena panggil. Tapi mmg tak sangka Mau sangat baik budi bahasanya. Sentiasa senyum jer. Siapa benci Mau sebab cerita kat diari tu tak tahulah. In person dia cukup pandai melayan peminat walaupun sekejap. Mau smart dengan kot...hmm. Gambar nanti minta member tepekkan. |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe saya dah tepek gambar Mau amacam encem tak? |
|
|
|
|
|
|
|
tq for d pix...smart ler hero jazz malaya... |
|
|
|
|
|
|
|
SARA ....HERO JAZZ MALAYA |
|
|
|
|
|
|
|
BETUL SARA TANPA SPEC LEBIH MACHO... |
|
|
|
|
|
|
|
WELCOME GOGO...I PUN MINAT ADIRA SHE SO SWEET.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Dermawan at 28-5-2010 13:50
Jumaat Mei 28, 2010
Maulana AF8 Ingin Sahut Cabaran Adlin: Jazz Bukan Muzik 'Mainstream'
PENGKRITIK tetap Akademi Fantasia 8, Adlin Aman Ramlie khabarnya pernah mengatakan bahawa muzik jazz bukanlah muzik mainstream.
Maulana yang menduduki tempat keempat tidak bersetuju dengan pandangan Adlin.
Ini menguatkan azamnya untuk membuktikan pandangan juri tersebut adalah meleset sama sekali.
"Saya betul-betul nak ketengahkan muzik jazz. Saya nak sahut cabaran Adlin bahawa muzik jazz ini bukan muzik mainstream.
"Saya harap dapat ketengahkan muzik jazz dengan cara saya yang tersendiri. Bukan jazz yang berat. Saya akan mudakan dan tampankan jazz ini," katanya kepada mStar Online baru-baru ini.
Pelajar Diploma Reka Bentuk Industri, Universiti Teknologi Mara Shah Alam ini ditemui seusai konsert akhir AF8 selesai.
Maulana memberitahu, dia sangat bertuah kerana dapat mengetengahkan muzik jazz ini di bawah naungan Pengetua AF8, Cikgu Norman Abdul Halim.
"Dulu, mungkin konsep AF dulu lain, macam-macam muzik. Tapi kali ini, mulai minggu ketiga, mereka dah tentukan aliran muzik... Jadi, saya sangat beruntunglah pada AF8 ini," jelasnya.
Maulana amat yakin jazz berpotensi diangkat ke peringkat mainstream seperti yang dibuktikan oleh penyanyi jazz terkenal, Datuk Sheila Majid.
Katanya, dia mampu membawa muzik jazz sehingga 'meletup'.
"Jadi, kenapa saya tak bolehkan? Kalau orang lain boleh lakukannya, saya turut boleh lakukannya," katanya dengan penuh keazaman.
Akui Maulana, dia amat terpengaruh dengan penyanyi handalan jazz seperti Michael Bubley dan Frank Sinatra.
"Untuk memastikan impian saya tercapai, saya kena ubah sikap, rendah diri, jangan cakap besar dan kena tahu berkomunikasi kerana saya kini menjadi figura awam," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Dermawan at 28-5-2010 14:07
Khamis Mei 27, 2010
"Saya Kalah Bukan Kerana Bossy" - Maulana AF8
Maulana ketika majlis pelancaran album AF8 Hits di The Curve, semalam
FINALIS Akademi Fantasia 8, Maulana menafikan sekeras-kerasnya punca kekalahannya menjadi juara adalah ekoran sifat bossy-nya yang dipaparkan dalam Diari AF8.
Dia yang dilantik sebagai ketua di kalangan pelajar AF8 berkata, pada mulanya dia menjangkakan hanya akan mendapat tempat kelima.
"Sebenarnya, saya bukan bossy. Sejak kecil, dalam apa-apa pasukan pun, saya mesti menjadi kapten atau ketua. Saya dah cakap dengan Cikgu Norman supaya jangan melantik saya menjadi ketua.
"Nanti nampak saya seolah-olah beri arahan ini dan itu kepada rakan-rakan saya. Jadi bila Cikgu dah berikan tugasan, takkan saya nak menolak. Nanti orang kata macam saya tak ada adab," katanya ketika ditemui selepas konsert akhir AF8, Sabtu lalu.
Peserta dari Johor Baru ini memberitahu dia tidak tahu isi kandungan diari yang ditayangkan kepada umum.
"Kita lalui tempoh 12 jam dalam akademi, tapi yang keluar kat Diari AF8 pula 30 minit. Jadi mungkin ada benda-benda yang menampakkan saya kurang ajar.
"Tapi itulah...kalau saya tak berpura-pura, saya jadi diri saya sendiri, mungkin orang nampak saya di Akademi kurang ajar," ujarnya lagi.
Sambil menegaskan yang dia bukan seorang yang hipokrit, Maulana berkata: "Kalau saya berubah di luar, mungkin orang akan lebih hormati saya.
"Daripada saya berpura-pura jadi baik di dalam akademi tetapi huhahuha di luar, orang tentu tak percaya saya...Saya bukan seorang hipokrit," tegasnya.
Ditanya tentang perasaannya hanya menduduki tempat keempat, Maulana berkata, dia bersyukur.
"Tak kisah. Saya bersyukur dah masuk ke final. Dari minggu pertama, saya berada di tangga tercorot dan bila dah sampai ke final, saya kira dah jadi satu platform yang besar untuk saya (mengembangkan kerjaya seni)," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
trima kasih daun kladi dermawan...
ssunggohnye u amat dermawan tepek article...
pasal maulana...;) |
|
|
|
|
|
|
|
trima kasih daun kladi dermawan...
ssunggohnye u amat dermawan tepek article...
pasal maulana...
sarajevo Post at 28-5-2010 15:59
no prob.......... sharing2 katanya |
|
|
|
|
|
|
|
AF8 HITS LAUNCHING ALBUM@CURVE
Credit: Azlan Daniel
|
|
|
|
|
|
|
| |
|