CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI IX, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 4-11-2010 11:49 AM | Show all posts
Salam Kak Hajar

Terima kasih banyak2 paste gambar kenangan Kak Hajar semasa Haji. Gambar2 tu semuanya cantik cantik.

Betul cakap Kak Hajar,  tengok keadaan khemah di Arafah tu serba sederhana tapi kita tetap bersyukur janji dapat buat Haji sebab bukan kita tinggal lama pun disitu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2010 11:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by aily at 4-11-2010 11:57

Tengok dari Gambar Kak Hajar, saya pun ada juga bergambar kat tempat2 tersebut he he.
Yang peliknya kat Madinatul Hujjaj kena timbang tapi kalau sapa sapa keluar tru Madinah tak kena timbang langsung.

Kak Hajar, 2001 sudah ada package swasta ke? Akak ikut mana?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 12:04 PM | Show all posts
Assalamualaikum jemaah di thread Umrah dan Haji,
Kak adalah silent rdr, dah lama mengikuti perkemba ...
frapamocha Post at 27-10-2010 14:07


Salam perkenalan frapamocha.Semoga thread ini menjadi wadah untuk kita menimba serba sedikit ilmu dan pengalaman rakat rakan terdahulu mengerjakan umrah dan haji disamping juga kursus kursus umrah dan haji yang dihadiri dari semasa ke semasa.  Untuk yang dah pernah mengerjakan umrah dan haji dapat pula mengimbau kenangan silam serta berkongsi pengalaman.

Belajar adalah satu perkara baru, manakala pengalaman adalah satu kenyataan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 12:41 PM | Show all posts
Kak Hajar, 2001 sudah ada package swasta ke? Akak ikut mana?aily Post at 4-11-2010 11:54


Aily, package swasta tak pasti dah ada ke belum.  Akak ikut muasasah.
Akak tak jangka pun kena panggil sebab kalau ikut tahun masa daftar tu bukan tahun 2001, tapi dah rezeki kena panggil awal pulak. Nasib baik dah pergi kursus 3 tahun berturut turut sebelum dapat panggilan buat haji.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 12:59 PM | Show all posts
Reply 1040# hajar53


Assalamualaikum Kak hajar...
Jazakillah...banyaknya gambar...
Gambar gambar tu semua buat Azie mengingat kembali kenangan pi Haji..
Masyallah..rinduu..   
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 01:05 PM | Show all posts
Reply  aziefa


innalillahiwainnailaihirajiun......
Ibu dan anak, kedua2nya menerima seruan Ila ...
Hanni Post at 4-11-2010 10:21



Assalamualaikum hanni...
Betul hanni..
Keduanya Mendapat Panggilan Ilahi...
Sang anak telah menyahut panggilan Ilahi..pergi yg tidak akan kembali..
Sang Ibu...

      
Hambamu datang menyahut panggilanmu,
Ya Allah, Hambamu datang menyahut panggilanmu..

Segala galanya telah tercatat di Loh mahfuzh.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2010 01:07 PM | Show all posts
Reply 1040# hajar53


     

Ini Kak hajarkan..
So loving..Alhamdulillah..
Sayang Abang..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 01:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 4-11-2010 13:48

Dari Ustazahman..almakki..
Sebagai renungan..

Kembali ke rahmatullah semasa tawaf Umrah pusingan ketiga
almakki | October 31, 2010 | 10:15 pm

Ucapan syukur dan bertuah yang keluar dari mulutku apabila mendengar berita seorang jemaah tabung haji travel kembali ke rahmatullah semasa tawaf umrah pusingan ketiga awal pagi Ahad 31 oktober  semalam.

Beliau sangat beruntung dan sangat bertuah. Tidak dapat mati SYAHID di jalan Allah, tapi di pilih oleh Allah untuk meninggalkan bumi ini semasa UMRAH dan di dalam Masjidil Haram. Dan yang lebih utama di kawasan Kaabah Al Musyarrafah, di kawasan ‘EMAS 1.618′ – pusat bumi.

Beliau beralamat di Seri Kembangan, Serdang datang ke Mekah dengan KT 44 dan tiba di Mekah malam 31 Oktober 2010 Sabtu malam Ahad dari Madinah Al Munawwarah.
Nama jemaah yang bertuah ini ialah Borhan Bin Othman. berumur 54 tahun. Beliau meninggalkan seorang isteri Wan Salhah bt Megat Ahmad.
Pengurus Maktab 98, Tuan Haji Azlan Haron yang menguruskan jenazah beliau dari Masjidil Haram ke Hospital Syishah dan terus ke Masjid Jamik Tauhid untuk di mandikan berkata,”Allahyarham jatuh semasa tawaf pusingan ke 3″.

Ini terbukti semasa penulis mengiring jenazah dari Masjidil Haram selepas di solatkan selepas solat Asar ke perkuburan Syarayik, wajah beliau tidak di tutup. Allahyarham hanya di kafankan dengan kain ihram beliau dan di biarkan wajah beliau terbuka. Ini menandakan beliau telah mendapat SYAHID kecil kerana meninggala semasa di dalam IHRAM

Semasa penulis menyambut allahyarham di dalam liang lahad atau di dalam kubur, wajah beliau seperti tersenyum lebar. Hingga sekarang saya masih terbayang senyuman beliau. Alhamdulillah semoga beliau di tempatkan di syurga bersama Rasululllah SAW





Doakan semoga kita semua dapat mati syahid yang sebenar.
Kalau tak dapat, berilah kami seperti Allahyarham Borhan Bin Othman ini.


Ustaz Rahman ni juga yg sibuk ada semasa urusan Pengebumian Jenazah Adik Ipar dan Mak Usu saya di Perkuburan Baqi
yg kembali ke rahmatullah pada tahun lepas..
Moga Allah merahmati dan memberkati kehidupan Ustaz Rahman..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2010 02:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by aily at 4-11-2010 14:20

Reply 1048# aziefa


Salam Azie

Bertuah sungguh jemaah tersebut. Berkapan dengan kain ihram je. Menitis airmata akak tengok gambar tersebut nampak wajahnya sangat tenang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 02:37 PM | Show all posts
Reply  aziefa


Salam Azie

Bertuah sungguh jemaah tersebut. Berkapan dengan kain ihram je. Me ...
aily Post at 4-11-2010 14:19



Walaikumsalam Kak Aily..
Masyallah...
Bahagian yg Allah beri kepada hambaNYA..

"Ya Allah ..Kau akhirilah hidupku ini dgn Penghujung yang baik Husnul Khotimah..
Dan janganlah kau akhiri hidupku inidgn penghujung yg tidak baik Suul Khotimah..
Ya Allah ..Tuhan Yang Maha Pemurah..Maha Pengasih..
Perkenankalah permintaan hambaMU ini..Aminn..Ya Rabbalalamin.."   
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 09:48 AM | Show all posts
Sayu saya tengak jenazah arwah.

Ya Allah, matikan aku dalam keadaan mati yang terbaik di tempat yang terbaik.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 09:50 AM | Show all posts
Sesungguhnya hidup di dunia ini sementara sahaja bagaikan waktu antara azan/qamat dan solat. Semasa kita dilahirkan kita diazankan dan qamatkan... dan apabila kita mati, kita disolatkan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 01:47 PM | Show all posts
Reply 1035# Rosputih


   
Petang semalam di Makkah hujan turun dengan lebatnya bermula jam 5.30 petang berserta dengan guruh dan kilat lebih dari 2 jam lamanya.



Mekah dikejutkan dengan hujan lebat hampir dua jam03/11/2010 4:53pm


MEKAH 3 Nov. -
Kekerapan hujan dan banjir di Malaysia menjadi perkara biasa tetapi di Mekah
hujan merupakan perkara luar biasa dan dianggap rahmat Allah kerana bumi ambia ini jarang sekali menerima hujan.
Cuaca panas di tanah suci Mekah yang mencecah melebihi 41 darjah Celsius sejak dua minggu lepas
dikejutkan dengan hujan lebat hampir dua jam petang semalam.

Hujan bermula kira-kira 5.30 petang waktu tempatan (10.30 malam waktu Malaysia)
menyebabkan air melimpahi jalan-jalan di sekitar ibu kota Mekah, Aziziah,
Syisya dan beberapa kawasan persekitarannya.
Pasukan media Lembaga Tabung Haji (TH) yang dalam perjalanan ke Syisya kira-kira empat kilometer
dari pusat bandar Mekah menempoh perjalanan dalam hujan lebat disertai petir petang semalam.
Aliran trafik Kota Mekah yang sentiasa sibuk dengan kehadiran jutaan jemaah haji dari seluruh dunia
bagaimanapun tidak terjejas kecuali jemaah-jemaah yang hendak menunaikan solat di Masjidil Haram kelihatan terkandas.
Kota Mekah berdebu berikutan pembangunan pesat sekarang hilang sementara,
disebabkan hujan tersebut dan cuaca kembali panas seperti biasa hari ini. - Bernama

Pernah merasa pengalaman Hujan lebat di Mekah Umrah Akhir Ramadan..
Masa tu kawan Husband tengah tawaf ..
Tawaf dlm keadaan Hujan lebat..
Langit gelap..
Pengalaman pertama kali dia sampai di Mekah..
Dia macam tergaman..
Masyallah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 01:58 PM | Show all posts
Reply 1053# aziefa


Pernah merasa pengalaman Hujan lebat di Mekah Umrah Akhir Ramadan..
Masa tu kawan Husband tengah tawaf ..
Tawaf dlm keadaan Hujan lebat..
Langit gelap..
Pengalaman pertama kali dia sampai di Mekah..
Dia macam tergaman..
Masyallah...


Assalamualaikum Azie,

Rindu rasanya kerana lama tak sembang dan jumpa Azie...

Entah-entah ketika hujan lebat  itu kita sama-sama berada di dalam Masjidil Haram .....
tapi masa itu kita belum mengenali antara satu sama lain....

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 01:59 PM | Show all posts
Sesungguhnya hidup di dunia ini sementara sahaja bagaikan waktu antara azan/qamat dan solat. Semasa  ...
ustaz Post at 5-11-2010 09:50



   
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 02:02 PM | Show all posts
Reply  aziefa


Pernah merasa pengalaman Hujan lebat di Mekah Umrah Akhir Ramadan..
Masa tu ka ...
Rosputih Post at 5-11-2010 13:58



Assalamualaikum Kak Ros...
memang masa tu kita sama sama di Mekah..
kak Ros pi Umrah Sebulan ramadan.
Saya ambil Pakej Akhir ramadan..
Kak Ros beraya kat Mekah..
Saya pulak balik sehari sebelum Raya..
Kalau dah kenal..rasanya Insyallah tak lepas peluang kita dating..he..he..
Jealous Husain..Ustaz..ayahjoe..   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2010 02:09 PM | Show all posts
Reply 1056# aziefa


Waalaikumusalam Azie,

Betul tu Zie, kalau kita dah kenal masa tu mungkin kita duduk bersama ...
Teringat lagi suami dan jemaah lelaki bercerita ketka kami makan malam selepas hujan lebat tu..
mereka solat di dataran kaabah, bila sujud, air masuk hidung.....
ada yang sampai nak demam kerana bermandikan hujan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 02:26 PM | Show all posts
Reply 1052# ustaz

" Sesungguhnya hidup di dunia ini sementara sahaja bagaikan waktu antara azan/qamat dan solat. Semasa kita dilahirkan kita diazankan dan qamatkan... dan apabila kita mati, kita disolatkan."


Dan saat itu itu hari demi hari semakin menghampiri kita...
cukupkah bekalan yang akan kubawa?...


Subhanallah....
Allahu Akbar....
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 11:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 5-11-2010 23:15

Kemasnya pakaian Pramugari yang bertugas dalam penerbangan Haji..
Alangkah kemas sopannya kalau dikekalkan pakaian utk semua penerbangan MAS..


Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 11:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 5-11-2010 23:19

Seronok Pak cik Pak Cik Para Tetamu Allah ni..




Selamat berangkat Mengerjakan haji..
Moga mendapat haji Mabrur..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.066809 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list