CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: YgBenar

[Tempatan] Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan

[Copy link]
Post time 15-12-2024 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
piahsemah replied at 15-12-2024 01:30 PM
Kes apa ni uols

I tetap salah kan luncai dlm kes ni

Baby dia stillborn lepas tu dia pula patah rusuk ke apatah so dia sue obgyn dia tu la kes 2010 tp 2014 baru awarded.   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2024 02:04 PM | Show all posts
Implikasi cerita ni lepas ni haram dah sebarang spital or klinik bersalin swasta nak terima golongan sebegini yang takde checkup pape main terjah je pastu memakan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 15-12-2024 02:08 PM
gelenyah replied at 15-12-2024 02:04 PM
Implikasi cerita ni lepas ni haram dah sebarang spital or klinik bersalin swasta nak terima golongan ...


Setuju. elok jugak tu elak future masalah macma ni pengurus jenazah ngo yg lebih sudu dr kuah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut si cai2 tu kena saman
Xde ke org cek status badan kebajikan dia
Ada tauliah betul2 ke
Ni macam semberono aje sebar video mandikan jenazah

Kata dpt duit derma org..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 02:50 PM | Show all posts
makiting replied at 15-12-2024 02:46 PM
Patut si cai2 tu kena saman
Xde ke org cek status badan kebajikan dia
Ada tauliah betul2 ke

baca fb and tt dr jacknaim kata nak saman cacai kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsamz replied at 15-12-2024 02:50 PM
baca fb and tt dr jacknaim kata nak saman cacai kan

Harap dpt bg pengajaran pada yang lain

Dia punca semua fitnah dan Aib org terbukak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2024 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
eSZack replied at 13-12-2024 08:14 AM
Aduhai
Rilek la
Semua orang faham

Meols post sampai ke Insta, panggil tivi 3 suma ka untuk besar2kan hal ini penuh ketidakrilekan? 1 post ja meols reply motif udak dikata besar2kan hal?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Naya Hospital Razif terima bini dia ni bersalin...lain kali kalau org tu x de history pregnancy monthly checkup jgn terima terus.....x de hospital yg nk bunuh anak org atau bunuh org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2024 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 kalau dia laki bini nk bersalin pi kpj ,mau ke kpj terima ...serius baby cacat sb ko laki bini x pernah buat monthly checkup..x ambil vitamin dan ubat2an masa mengandung...naya baby
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko ingat mana2 hospital swasta hospital kebajikan ke..boleh keluarkan mayat baby dan keluar bersalin tanpa bayar penuh dulu..pi la cuba hospital swasta mahal yg lain mcm kpj atau mana2 swasta
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk cara bapa baby ni mengutuk hospital boleh tahu cara dia menjawab doktor..mungkin sb tu doktor tu ckp kasar..mungkinlah pada pandangan aku
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
dr jacknaim nk hantar LOD kat 1chai.hrap dr tu teruskan.
ckap besar btl,fitnah org
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 15-12-2024 03:35 PM
Tgk cara bapa baby ni mengutuk hospital boleh tahu cara dia menjawab doktor..mungkin sb tu doktor tu ...

Tu lah kan. Mmg dlm hidup ni nak tlg pon kene tgok org tu patut di tlg ke tidak. Kalau jenis checkup anak dlm perut pon tanak buat, boleh bajet perangai tu mcamana. Ujung2 yg tlg tu lah yg salah.

Baca kes Dr Imelda pnh terima kes ni gak, ujung2 dia tgung hutang 50k dan xde pom igt nak byr balik ke atau ckp tq kat Dr Imelda.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
NazRysha replied at 15-12-2024 12:30 PM
aku pun meluat cikgu tu
sejak pencen ni dia suka menunggang isu semasa
dia tulis dulu

Hahaa cikgu ni caca marba dah. Cara berckp pon konfiden abes. Segala isu dia dia nak tunggang. Ye la nak releven kene buat posting kt fb 5 6 kali sejam.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 15-12-2024 03:32 PM
Agak2 kalau dia laki bini nk bersalin pi kpj ,mau ke kpj terima ...serius baby cacat sb ko laki bini ...

tak hinginle kpj nak terima
deposit dulu cerita
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 15-12-2024 05:57 PM
Tu lah kan. Mmg dlm hidup ni nak tlg pon kene tgok org tu patut di tlg ke tidak. Kalau jenis check ...

Naya Hospital Razif..dah la ada kematian lagi....serius naya..kos rawatan peralatan, ubat bukan murah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2024 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
MelahJanda replied at 15-12-2024 06:06 PM
tak hinginle kpj nak terima
deposit dulu cerita

Tau x pe..lepas tu mengutuk teruk Hospital Razif...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
tak sabar nk tau hasil siasatan polis. nk tau perempuan misteri yg beranak ni.
muda ke.. tua ke.. betul.ke dh mengandung 3 kali.
jenuh gak kot jd mcm kes zayn.
sampai ari ni mcm² benda terbongkar. belum bicara lg tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 15-12-2024 05:57 PM
Tu lah kan. Mmg dlm hidup ni nak tlg pon kene tgok org tu patut di tlg ke tidak. Kalau jenis check ...

Mcm.melepas anjing tersepit....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Apabila kematian (bukan kes jenayah) di hospital kerajaan berlaku, mayat akan dihantar ke jabatan forensik. Walaubagaimanapun, jabatan ini hanya bertanggungjawab terhadap prosedur daftar mayat, simpan mayat dan serah mayat. Ritual terhadap mayat adalah tanggungjawab keluarga.

Proses menuntut mayat di hospital pula memerlukan waris yang sah untuk datang membuat tuntutan jenazah. Mereka perlu sediakan dokumen rasmi termasuklah salinan kad pengenalan dan bukti sebagai waris (surat kahwin dan sebagainya).Jika waris tidak datang menuntut waris boleh melantik wakil secara bertulis untuk menuntut jenazah tersebut.

Jika tiada waris yang sah datang menuntut jenazah melebihi 3 hari untuk jenazah muslim dan 14 hari dari tarikh mayat didaftarkan di mortuari, maka statusnya akan menjadi ‘mayat tak dituntut’. Perlu diingatkan bahawa, ada juga kes berlaku di mana mayat disimpan lebih lama atas permintaan pihak keluarga.

Pada waktu ini, pihak hospital akan melakukan beberapa usaha seperti;

1. Meminta bantuan polis untuk mengesan waris

2. Melihat rekod-rekod perubatan sedia ada

3. Melakukan iklan di media sebagai usaha terakhir untuk mengesan waris.

Jika usaha tetap gagal, maka pengarah hospital bertanggungjawab untuk menyempurnakan mayat tersebut. Bagi mayat islam  yang tidak dituntut akan dirujuk kepada pihak berkuasa agama Islam untuk diuruskan.

Untuk jenazah bukan islam, ia dirujuk kepada pihak berkuasa tempatan.

Sekiranya ada permohonan dari Fakulti Perubatan untuk mayat tidak dituntut, Pengarah Hospital mempunyai kuasa untuk menyerahkan mayat yang tidak dituntut tersebut kepada   Universiti untuk tujuan pembelajaran Fakulti Perubatan.

Mayat yang disimpan di mortuari akan disimpan di dalam suhu 2-8 darjah.  Ini adalah suhu optimum penyimpanan mayat untuk memperlahankan proses pembusukan mayat. Suhu yang rendah perlu diguna bagi memastikan mayat tidak rosak.

Peti sejuk yang diguna bukanlah peti ais untuk menyimpan sayur dan daging di dapur. Sebaliknya ia adalah peti mayat khas.

Orang yang biasa menguruskan kes begini pasti tahu bahawa jenazah perlu dikeluarkan terlebih dahulu dan memastikan suhunya sudah okay untuk diuruskan.

Tetapi, perlu diingat juga bahawa mayat akan kelihatan dalam keadaan tangan mengeras dan kelihatan “terlaku beku”. Sebenarnya, apabila seseorang meninggal, otot akan mengalami pengerasan dan keadaan ini dipanggil sebagai rigor mortis. Ditambah dengan suhu sejuk di peti mayat, kesan ini akan tampak lebih ketara. Untuk kanak-kanak, kesan ini pasti lebih ketara kerana memang sifat mereka dilahirkan dalam keadaan sendi tubuh yang belum terbentuk sempurna. Sendi lembut ini memang menyebabkan anggota badan bayi dalam keadaan bengkok.

Ada yang tanya, “kenapa begitu kejam pakaikan pampers kepada bayi? Kenapa tak mandikan dan kafankan sebelum masuk peti sejuk?”

Baik

Pertama kita kena ingat. Proses memandi dan mengapankan jenazah adalah langkah sebelum menanam mayat. Bukan untuk dimasukkan ke dalam peti mayat.

Kedua, sebelum mayat dimasuk ke dalam peti, staf di wad akan melakukan prosedur yang dipanggil sebagai last office. Untuk mayat biasa, biasanya mereka akan balut tubuh dengan linen putih setelah kotoran dibersihkan. Rongga tubuh akan disumbat dengan kapas. Anggota badan biasanya diikat kerana proses rigor mortis akan menyebabkan anggota tubuh membengkok dan mengganggu ruangan dalam peti mayat.

Untuk bayi, sesetengah tempat akan pakaikan baju bayi termasuk pampers baru atas beberapa faktor. Pertama dari segi kosmetik supaya penerimaan keluarga tidak terkejut apabila melihat bayi.

Kedua, usus dan perut jenazah akan menggelembung sebaik proses kematian berlaku akibat tindakan bakteria dalam usus yang menghasilkan gas. Proses ini menjadi lebih cepat jika mayat tidak disejukkan dengan secukupnya. Ada masanya, staf akan ambil kira bahawa peti akan mengalami kerosakan teknikal. Jika suhu menjadi panas, ada risiko gas tersebut dikeluarkan sebagai cairan atau tahi. Adalah menjadi amalan sesetengah tempat untuk meletakkan pampers bagi memastikan kotoran ini tidak meleleh ke merata tempat dan pastinya menimbulkan rasa tidak nyaman kepada keluarga.

Apabila mayat dikeluarkan dari peti, sememangnya keadaan mereka tidak sama seperti mayat yang baru meninggal. Apatah lagi jika mayat mempunyai kecacatan atau mati disebabkan pelbagai penyakit yang merubah keadaan mayat.

Kerana itu, hanya waris sah dan pengurus mayat profesional yang akan mengendalikan jenazah selepas diberi taklimat oleh staf forensik. Apa-apa bentuk gambar dan video adalah dilarang bagi menjaga aib mayat.

Kita boleh lihat sendiri kejadian viral baru-baru ini apabila ada pihak tidak bertanggungjawab melakukan viral keadaan bayi yang dikeluarkan dari peti sejuk dan merakam proses memandikan mayat. Ia menyebabkan masyarakat awam yang jahil tentang perkara ini menjadi emosional dan menyebar pelbagai fitnah, salah-faham dan berita tidak betul.

Kerana itu, adab dalam menguruskan jenazah sangat penting, apatah lagi dalam kalangan orang islam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.385233 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list