CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jac_diehard_fan

FILEM GENG : PENGEMBARAAN BERMULA - UPIN IPIN

[Copy link]
Post time 14-3-2009 06:40 PM | Show all posts

Reply #1028 ehsanazharLCP's post

Hi orang Les Kopak, tahniah atas kejayaan filem korang
korang takde ke cadang nak buatkan Upin Ipin ni jadi game?
masuk game utk PC ke, Nintendo DS ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2009 07:22 PM | Show all posts

Balas #1066 reasweet\ catat

kt panggung mana tu??
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 11:42 PM | Show all posts
a'aa la... kanak2 half price.. cuba bayangkan... 5 juta * 2.. kira average 8-10 juta gak colllection citer nih..

egdewasa dua-mak ayah / anak2 ada 4 org)..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 12:05 AM | Show all posts
senaraikan yg terkini panggung yg masih tayang upin dan ipin...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 12:15 AM | Show all posts
Geng masih ditayangkan sempena cuti sekolah!!

14 March, 2009

Sebulan berlalu setelah detik 12.02.2009. Mungkin ada yang tertanya-tanya adakah filem ini masih lagi ditayangkan? Berita baik buat peminat animasi tanahair kerana anda masih berkesempatan lagi untuk menonton filem ini sepanjang cuti persekolahan yang telah pun bermula hari ini. Berikut adalah senarai panggung wayang seluruh negara yang masih lagi menayangkan filem ini:

TGV


TGV Bukit Raja
TGV Mines
TGV KLCC
TGV 1 Utama
TGV Kinta City
TGV Seremban 2
TGV Tebrau City
TGV Kepong
TGV Cheras Selatan
TGV Bukit Tinggi, Klang
TGV Seberang Prai City

GSC

GSC Midvalley Megamall, Kuala Lumpur
GSC Pavillion KL, Kuala Lumpur
GSC 1 UTAMA (NEW WING), Petaling Jaya
GSC Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
GSC Alamanda Putrajaya, Putrajaya
GSC Cheras Leisure Mall, Kuala Lumpur
GSC Summit USJ, Petaling Jaya
GSC IOI Mall, Puchong
GSC SHAW Centrepoint, Klang
GSC Central Square, Sungai Petani
GSC Queensbay, Pulau Pinang
GSC Sunway Carnival, Prai
GSC Terminal 1, Seremban
GSC Mahkota Parade, Melaka
GSC Dataran Pahlawan, Melaka
GSC Pelangi Leisure Mall, Johor Bahru
GSC Summit Parade, Batu Pahat
GSC Berjaya Megamall, Kuantan
GSC 1Borneo, Kota Kinabalu

MBO

MBO Ampang - Galaxy Ampang
MBO Melaka - Melaka Mall
MBO Batu Pahat - Square One

Cathay Cineplex

Cathay Cineplex - Damansara
Cathay Cineplex - City Square
Cathay Cineplex - Prangin Mall

Kami juga akan meneruskan roadtour kami di panggung GSC,TGV dan MBO disekitar Kuala Lumpur. Bagi yang tidak tahu, dalam acara Geng Roadtour ini anda akan berpeluang bergambar dengan maskot Upin & Ipin serta beramah mesra dengan krew yang bertanggungjawab menghasilkan Geng: Pengembaraan Bermula!

Masa: Sabtu (5:30pm - 7:30pm)
Tempat: GSC Midvalley

Masa: Ahad (12pm - 2pm)
Tempat: GSC Alamanda, Putrajaya

Masa: Isnin (7pm - 10pm)
Tempat: GSC Pavillion, Kuala Lumpur

Apa lagi? Jangan lepaskan peluang ini. Mari kita serbu panggung beramai-ramai untuk menonton filem Geng: Pengembaraan Bermula. Kutipan sekarang mencecah RM5.8 juta! Mengalahkan kutipan dalam negara Jangan Pandang Belakang.


taken from gengmovie.blog.friendster.com

[ Last edited by  JUSTcircle at 15-3-2009 00:18 ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 12:54 PM | Show all posts
Kutipan filem Geng boleh cipta rekod baru
Oleh Akmal Abdullah


DALAM industri filem ketika ini, sebenarnya ramai terkejut dan tidak menyangka kutipan filem animasi, Geng: Pengembaraan Bermula mampu mencapai kutipan lebih RM6 juta sehingga tayangannya pada Jumaat lalu. Filem yang dihasilkan oleh sekumpulan anak muda ini juga kini mampu mengalahkan filem box-office lain sebelum ini iaitu Sembilu 2 yang pernah meraih kutipan tertinggi di Malaysia - RM6.2 juta pada era pertengahan 1990-an serta dua lagi filem lain, Jangan Pandang Belakang serta filem Cicakman.

Filem itu bertahan lebih sebulan di pawagam sejak ia mula memasuki pawagam di seluruh negara sejak 12 Februari lalu. Usah terkejut kerana filem animasi ini masih terus ditayangkan termasuklah sempena musim cuti persekolahan yang bermula esok. Maknanya, kutipannya juga akan lebih meningkat lagi dan tidak mustahil sehingga selesai tayangannya kelak, ia mampu meraih hampir RM7 juta. Jika berhasil, ia satu rekod baru dan sejarah baru juga tercipta dalam industri filem kita iaitu sebagai filem tempatan paling tinggi kutipannya berdasarkan tayangan di pawagam dalam negara dan mengikut skim Syarat Wajib Tayang.

Filem yang berkisar daripada animasi siri TV, Upin dan Ipin itu terus mendapat sambutannya dengan purata sehari kutipannya sekitar RM100,000. Inilah penangan hasil anak muda kita. Walaupun baru setahun jagung berada dalam industri filem tetapi mereka yang terdidik menerusi ilmu filem dan teknologi ICT mempunyai idea bagus dan hasil filem ini juiga bermutu dan menarik ramai penonton. Ia mampu mengalahkan kutipan filem lain yang dihasilkan oleh profesional yang jauh lebih berpengalaman.

Syabas buat team produksi atas kejayaan ini. Tahniah juga kepada masyarakat kita yang memberi penghargaan dan sokongan cukup baik untuk filem ini dengan membantu mencatat kejayaan menerusi kutipan. Kejayaan ini bukan sekadar box-office tetapi jauh lebih bererti kerana hasil kerja filem animasi 3D ini boleh dibanggakan, malah mampu memperkenalkan industri filem Malaysia di pasaran luar negara.

Meskipun sewaktu tayangan filem ini bermula pada tengah bulan dan ia bukan dalam musim cuti perayaan tetapi hasilnya memang mengejutkan. Bayangkan kalau filem ini ditayangkan musim cuti panjang persekolahan pada Disember lalu, barangkali kutipannya tentu jauh lebih bagus, mungkin mencecah sampai RM10 juta, siapa tahu?

Saya sendiri yang menonton filem ini di pawagam pada minggu ketiga tayangannya di GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, juga terkejut kerana mendapati masih ramai penonton yang memenuhi pawagam, malah saya sekeluarga terpaksa menunggu tayangan sebelah malah malam kerana tiket tayangan untuk sebelah siang sudah habis ditempah.

Jelas, penangan Geng: Pengembaraan Bermula bukan sembarangan. Perhatian harus diberikan kepada team anak muda yang hasilkan produksi filem animasi ini kerana mencipta sesuatu yang tidak dijangka. Ramai yang tak jangka ia boleh mendapat sambutan begitu hebat memandangkan filem animasi sebelum ini seperti silat Legenda, Putih dan Budak lapok kecundang di pawagam. Finas sebagai badan pembangunan filem nasional, harus membuka mata dan memberi sokongan padu kepada mereka untuk menghasilkan karya seterusnya apatah lagi mereka kini bersiap sedia untuk menghasilkan pula judul Upin & Ipin The Movie.

Kejayaan Geng: Pengembaraan Bermula membuktikan bukan ukuran pengalaman yang menjadi isu, bukan juga bajet besar menjadi taruhan untuk melihat hasil filem yang baik dan diterima ramai penonton. Ada pihak yang memperlekeh sesuatu filem apabila karya itu mendapat kutipan box-office tetapi box-office yang diperoleh Geng: Pengembaraan Bermula membuktikan jika filem yang dihasilkan ada daya tarikan, elemen budaya, menghiburkan dan bersifat cerdik, masyarakat akan beri sokongan dan pengkritik juga akan memberi pujian.

Kejayaan filem terbitan Les Copaque ini menandakan masa depan perfileman nasional yang terus meyakinkan apatah lagi ketika ini juga beberapa filem bertemakan sejarah, mitos dan legenda semakin rancak untuk diterbitkan lagi. Semoga kejayaan manis ini akan dikongsi dengan filem berkenaan.


p/s: Tahniah kpd masyarakat....hehehe...   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2009 07:47 PM | Show all posts
a'ah tahniah jugak kat forumers cari
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 08:00 PM | Show all posts
memang best citer ni lah!
tak rugi duit tengok filem macam gini.

berkualiti yang amat jika hendak di bandingkan dengan filem2 sampah sekarang..
best best best!
aku dah sumbangkan duit aku supaya filem ini mencecahai 10 juta. hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2009 08:43 PM | Show all posts
aku pun banyak da menyumbang untuk filem ni...3kali tgk wayang tu..huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 09:50 PM | Show all posts
Originally posted by JUSTcircle at 15-3-2009 00:15
Geng masih ditayangkan sempena cuti sekolah!!

14 March, 2009

Sebulan berlalu setelah detik 12.02.2009. Mungkin ada yang tertanya-tanya adakah filem ini masih lagi ditayangkan? Berita baik  ...

selayang cineplex dah tak tayang keee
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 10:06 PM | Show all posts

Reply #1073 msafwan's post

terima kasih..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 10:16 PM | Show all posts

Reply #1076 Risma's post

ko tanya LCP krew...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 10:39 AM | Show all posts
Originally posted by jac_diehard_fan at 14-3-2009 16:58
gigihnye anti razak mohaiden neh

biase
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 11:10 AM | Show all posts
dh brape juta skang
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 12:51 PM | Show all posts
Bila la aku dpt gi tgk cite GENG nie dgn anak 2. Cian kat dieorg nak tgk tapi ayahnye x nak bawak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 01:16 PM | Show all posts

Reply #1081 syameen's post

ko jer lahbawak.. tak pun ko mintak la adik beradik ko bawakkan ko ngan anak2..

cam aku bawak kakak aku dan anak2nyer.. suami dia bg bawak sbb suami dia tahu, suami dia tak sempat nak bawak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2009 01:19 PM | Show all posts
nk tggu citer ni klua kt kirana...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 01:54 PM | Show all posts

Reply #1083 philipinoe2's post

aku harap kuar lambat lagik kat kirana tuh... sbb aku takut ada org rip then jual wat dvd cetak rompak..kat indon pun nak kuar bulan 9 nih.. lambat laik... hope peuang tk pencetak rompak nak amikhasil dorong nih dapat dikurangkan dari biasa2,,, huhu!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 03:20 PM | Show all posts
tahniah.....harap kutipan meningkat lagi....

nt buat film pasal upin & ipin plak..dgn geng budak2 sekolah dia pi rombongan melawat kl ker...melaka ker...pastu sesat...kena kidnap dgn penyangak...itu ini...last2 upin  ipin jd hero selamat kan kawan2....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2009 04:00 PM | Show all posts
25 aribulan last uols...cepat sape tak tgk lagik tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.223356 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list