|
RIANZ PARADISE VOL. 61 - VOTE ABPBH & LAGU2 BARU RIZ & NADIA
[Copy link]
|
|
Originally posted by sweetmm at 3-2-2009 11:23 PM ![](http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
Okler ish brutal betul korang tu; akhirnya kisah Nad & Ed berakhir..................
He stands there watching her standing in her glories, she screams but the screams turns dead after she sees ...
horaaaaaaaayyyy...they are together....at last:pompom:
thank you sooooooooooo much KS :kiss: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hanyadiriku at 3-2-2009 11:24 PM ![](http://eforum9.cari.com.my/images/common/back.gif)
org kata nak tackle anak, pikat maknya... x sangka exgf nih guna cara nih nak balas dendam kat Ijah
mak azam nih nampak mcm dah kurang sayangnya pd Ijah... teringat camne dia dok marah2 Ij ...
itulah dilema menantu mertua |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by joenjohana at 3-2-2009 11:31 PM ![](http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
horaaaaaaaayyyy...they are together....at last:pompom:
thank you sooooooooooo much KS :kiss:
sib baik.. kalau tak.. ada yg laki kena tido luar.. sbb bini moody hangen satu badan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1048 sweetmm's post
yahoooo yabeda beduuuuu.....sukerrrr ending dier....TQSM kak s..........................inderella..... ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hanyadiriku at 3-2-2009 11:32 PM ![](http://eforum9.cari.com.my/images/common/back.gif)
i suspek mak azam mula termakan kata si exgf azam tuh
fariz dah balik kat exdia....so dia ??? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hanyadiriku at 3-2-2009 11:34 PM ![](http://eforum9.cari.com.my/images/common/back.gif)
sib baik.. kalau tak.. ada yg laki kena tido luar.. sbb bini moody hangen satu badan
bahaya nihhh |
|
|
|
|
|
|
|
smlm tidur.....nah>>>
Kata-kata mertuaku sedikit sebanyak menyentuh hatiku, tambahan pula bukan kehendakku di atas kehilangan cucu pertamanya. Kalau ikutkan hati mmg aku tak mahu meneruskan pelajaran lagi bila keadaan yg sudah berubah tapi Azam yg tak benarkan. Bukan aku yg tak mahu anak tapi Azam yg mahu aku tumpukan kpd pelajaran. Mengapa Azam langsung tak membelaku? Nampak sangat bahawa aku yg bersalah, yg jahat. Mengapa nama Noraisyah disebut-sebut? Nama itu bagai duri dalam daging, dibiarkan menanah, direntap pula sakit tak terhingga.
Sejak aku sihat dan keluar dari hospital, tak pernah sekali pun dia menziarahi di rumah kami, sedangkan dia beria-ia datang melawatku, dua kali. Aku ingat ketika di ambang maut itulah dia meminta aku berundur memberi laluan untuknya, peluang kedua untuk mendapatkan Azam kembali. Perempuan hipokrit, mungkin juga dia tak sangka aku masih hidup, sihat walafiat. Aku bangun kembali dr tidur yg lama kerana cintaku untuk Azam, tak akan aku benarkan dia berada lagi di dalam hidup kami walau dalam mana-mana kehidupan sekalipun.
Aku langsung tak bersuara tentang apa yg ku dengar baik di depan mertua ataupun di depan suamiku. Tujuanku hanya untuk menyelesaikan apa yg ku lakukan kini, tak lama pun lagi tamatlah pengajian ini. Selepas itu aku tak mahu lagi ada salah faham, terutama di antara suamiku dan emaknya. Aku mahu suamiku bahagia, biar dia yg tentukan, samaada nak izinkan aku bekerja ataupun tidak. Bukan hanya suamiku dan emaknya yg sudah sekian lama menunggu tapi aku juga, mana ada ibu yg tak mahu anak termasuk aku. Aku juga pernah melaluinya, aku terlalu rindu dengan kehidupan dulu, ada anak yg bergerak di dalam rahimku bagaikan wujudnya satu hubungan istimewa antara kami walaupun hanya sekejap. Berusia dua puluh dua tahun mungkin masih lagi terlalu muda untuk beranak tapi aku sudah hampir enam tahun hidup bersama Azam, aku sendiri sudah sabar-sabar lagi, dia juga tentulah lebih-lebih lagi.
Tanpa pengetahuan Azam aku membuat pemeriksaan sendiri untuk memastikan kesihatanku, kesuburanku dan tiada lagi sebarang kaedah merancang kehamilan yg ku gunakan sejak sekian lama. Kini aku bebas, rasa tenang begini tanpa rasa takut bila kedatangan haid itu lambat walaupun beberapa hari. Itulah yg menjadi igauanku selama ini, takut-takut terlekat di kala keadaan yg tak mengizinkan.
Selepas beberapa hari latihan praktikal di hotel terkemuka di Kota Kinabalu itu tamat aku sudah dihubungi untuk segera menghantar segala butiran dan perlu menyelesaikan beberapa perkara penting berkaitan dgn pengajian yg hampir tamat. Aku tak dapat bertangguh lagi, berhari-hari aku tunggu Azam pulang, kerja di luar daerah itu sudah berhari-hari. Telefon bimbitnya masih tak dapat dihubungi, entah message yg ke berapa yg ku hantar langsung tak berbalas. Message di bilik kawalannya sudahpun ku tinggalkan tp katanya dia masih ada tugas dan mungkin hanya akan pulang dalam beberapa hari lagi. Aku tinggalkan pesanan di pejabatnya ttg pemergian ku ke K.L, sepucuk surat ku tinggalkan di bilik kami dan message ke handphone juga. Aku terbang ke K.L membawa dokumen2 penting menyelesaikan pengajianku, memastikan rumah sewa kami sudah bertukar tuannya dan mengambil wang deposit yg masih tertinggal. Banyaknya perkara yg perlu ku selesaikan sendiri. Kalau dulu Azam yg uruskan tapi kini tugas itu terpaksa ku galas bila dia terlalu sibuk dgn kerja2nya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|