Aku mndi ok je....cuma air dia pekat rasa klorin je.....kalo nk mndi air brsih dtg hr selasa la sbb isnin dia ttup tukar air baru.....kalo hr sbtu ngan ahad tu mmg air stok2 dh kotor dh.....
salam karambunai..
bleh tolong aku tak...
aku bru belajar swimming gak...tp dengan chinese instructor la...kelas tu campur skali ngn budak2 n dewasa...ade dlm 20 org gak total...
soklan yg aku nak tnya...
1. dia ajar free style dulu....selalu dia tegur aku sbb tak gerak kaki( scissor ) ...mcm mane nak prctise bagi besar sikit bukaan kaki tu? penat weh.....
2. mcm mane nak tahan nafas lame skit dlm air? kalau free style tu, dia ajar aku gerakan kaki n tangan je...maybe dia nmpak aku tak pickup lagi kot... so utk amik nafas dengan cara menoleh kepala tu aku x yakin lagi....then aku rase aku tenggelam lah.. bukan subsurface...
3. macam mane nak bagi synchronize kaki n tngan untuk berenang katak tu? breaststroke kan? bila aku start gerak tngan kaki terus tak bergerak... n jadi kelam kabut....
4. lpas tu backstroke style...aku terus jdi dependent kepada board... klu takde board mesti tenggelam.. paling seksa.. air masuk hidung..... ade tak teknik tersendiri untuk floating muka ke atas????
5. last skali, water treading... smpai skrng aku tak jadi lagi wat water treading... dah mcm2 teknik aku tngok di youtube tp x jadi jgk. kadang2 mcm give up... ade tips tak???
sori bnyk soklan..thnks untuk sape yg tolong jawab utk aku yg beginner ni....
so aku belajar kat pool yg takat leher aku je... lebih dr tu tak berani...seronok sngt tengok life guard kat pool tu swim.
macam mane ni? dah dua bulan aku gi ni...tp cam skit je improvement....
salam karambunai..
bleh tolong aku tak...
aku bru belajar swimming gak...tp dengan chinese instructor la...kelas tu campur skali ngn budak2 n dewasa...ade dlm 20 org gak total...
musafir_665 Post at 24-5-2012 09:35 PM
salah satu kesalahan yang biasa dibuat ialah mencampurkan dewasa dan kanak-kanak. Kedua dua adalah berbeza dari segi bentuk tubuh mahupun akal fikiran. Kalau hendak belajar swim, anda tak digalakkan mencampurkan dewasa dan kanak-kanak sekali. total 20 org yang belajar serentak dengan seorang instructor adalah amat mustahil bagi mereka yang baru belajar berenang kerana hanya berapa minit sahaja diperuntukkan untuk seorang individu kepada sorang mahupun dua, tiga instructor renang.setidaknya 1 instructor paling banyak boleh concentrade dengan 3 students.
1. dia ajar free style dulu....selalu dia tegur aku sbb tak gerak kaki( scissor ) ...mcm mane nak prctise bagi besar sikit bukaan kaki tu? penat weh.....
aik, dia tegur? kenapa bukan dia yang betulkan kaki kamu? tak kira lah dia ajar freestyle mahupun breast stroke dahulu, tetapi sebagai instructor, dia perlu tahu apa kesalahan yang menyebabkan kaki kamu tidak bergerak. Dan dia perlu betulkan sebelum pergi ke step yang lain. Praktis yang paling berkesan ialah dengan memegang tangan di tepi kolam, apungkan badan, dan buat kicking. kerap membuat kicking boleh mempercepatkan proses kaki bagi mereka yang baru belajar.
mcm mane nak tahan nafas lame skit dlm air? kalau free style tu, dia ajar aku gerakan kaki n tangan je...maybe dia nmpak aku tak pickup lagi kot... so utk amik nafas dengan cara menoleh kepala tu aku x yakin lagi....then aku rase aku tenggelam lah.. bukan subsurface...
ya, dengan keadaan kaki yang kurang bergerak, selalunya instructor tidak akan melangkah step yang berikutnya iaitu breathing. macam mana nak tahan nafas lama sikit? ok, first pastikan kamu relax, di mulakan dengan stream line dan start kicking, hembuskan nafas pelahan-lahan melalui idung. tapi kena praktiskn selalu.
3. macam mane nak bagi synchronize kaki n tngan untuk berenang katak tu? breaststroke kan? bila aku start gerak tngan kaki terus tak bergerak... n jadi kelam kabut....
aik, freestyle tak lepas lagi dh pergi ke breast stroke ker? breast stroke adalah satu teknik berenang yang sangat teknikal, salah aje buat, selama-lamanya lah salah. kalu nak terangkan dekat sini agak susah untuk saya untuk terangkan melainkan mengajar sendiri.
4. lpas tu backstroke style...aku terus jdi dependent kepada board... klu takde board mesti tenggelam.. paling seksa.. air masuk hidung..... ade tak teknik tersendiri untuk floating muka ke atas????
sepatutnya jikalau badan masih tidak dapat imbang mahupun timbul dan mahupun begerak, jangan sesekali menggunakan kicking board sebab bagi mereka yang baru belajar amatlah tidak digalakkan menggunakan kicking board kerana mereka akan bergantung sepenuhnya pada benda tu. ada teknik dia. cara pegang kick board tu. pegang sahaja dihadapan kick board, kamu akan timbul lah muka itu melainkan kamu nak tenggelamkan muka.
5. last skali, water treading... smpai skrng aku tak jadi lagi wat water treading... dah mcm2 teknik aku tngok di youtube tp x jadi jgk. kadang2 mcm give up... ade tips tak???
ya water treading memang memakan masa yang agak lama bagi mereka yang baru belajar. teknik dia sangat simple. pergi ke tempat yang dalam, pegang tepi kolam, praktis tangan dan kaki serentak. kaki yang sebaiknya ialah menggunakan kaki gaya breast stroke, tangan hanya halakan kebawah. ikut pergerakan, kaki pastu tangan kaki pastu tangan. cuba lepaskan pelahan2 dari tepi kolam dan cuba kedua dua tangan. kalu rasa tak boleh pergi balik ke tepi kolam. Sebenarnya susah nak terangkan didalam ni melainkan tunjuk didepan sendiri, satu aje, jangan panik, kalau panik badan akan jadi berat.
ok sebenarnya cara terbaik untuk kamu mahupun forummer sekalian, kalu boleh elak dari belajar swim dengan kuantiti orang yang banyak, kesian korang sebab instructor tu tak menang tangan nak ajar semuanya. belajar berenang ni sepatutnya kamu relax, dan yang terbaik adalah 1 on 1. walaupun agak mahal berbanding belajar ramai-ramai, 1 on 1 lebih berkesan!. sebab kalau belajar ramai-ramai dengan harga yang lebih murah, korang boleh bandingkan hasilnya. tolak tambah sebenarnya sama aje harga untuk 1 on 1 dengan belajar ramai2. tq