aku pun setuju dgn ko...sbb tu annuar jeng tak guna props manusia kot?...die nak penonton terpukau ...
delima Post at 14-2-2011 17:31
tak tau ler nape.... kalo sebut AZ terasa jek aku mcm nak menyamp0k..
serasa aku lagi rela nengok AZ nyanyi sengsorang kat pentas - dr dibawak selori manusia jd prop - mcm x sesuai ngan um0q dier yg dah terlebey suda itew....
time dier nyanyi kat esplanade singapore time tu jek yg best... lelain tu *sigh* mak aih! lotih...den dongar.... (tp tetap lagu sedetik lebey itu aku layan- dah nama feminat kan.....)
tak tau ler nape.... kalo sebut AZ terasa jek aku mcm nak menyamp0k..
serasa aku lag ...
damia76 Post at 14-2-2011 22:17
ko ni bekas kipas susah mati die ke?....
aku minat gak dgn lagu2 die....tak dinafikan vokal die mmg sedap dan power....skrg mmg dah kurang sikit....cuma lagu die ala2 monotonous sikitla....hampir smua lagu die melodi mcm nak sama je....die mmg takde stage performance....kalo masuk AF harus kena kritik....die nyanyi mcm kayu je atas pentas....mata pejam pulak....kalo adlin mmg tak suker kot....hehe....
teringat dgn apiz yg terpaksa nyanyi lagu die masa konsert final.....bila aku dpt tau apiz akan nyanyi lagu tu mmg frust sbb lagu tu mmg tak sesuai utk konsert final....dahlah apiz kena menari.....kalo AZ sendiri yg perform pun blm tentu die akan menari.....mmg nampak semput sikit sbb die yg pertama nak nyanyi selepas perform utk opening....dahlah lagu bunkface yg dorg nyanyi masa pembukaan lagu rancak dan kena menari jgk....adehhh...aku rasa giliran pada mlm final pun mcm dirancang....sajer bagi apiz perform dulu dgn alasan peratusan undian apiz utk konsert 9 aderlah yg paling tinggi...suka suki dorg je buat keputusan mcm tu sedangkan konsert2 yg sblm tu takde pulak kriteria mcm tu....dahlah dorg reset undi tu semula....mcm2 penipuan berlaku masa tu.....gara2 nak menjuarakan pelajar pilihan asteruk dan tenaga pengajar....
YA RASULALLAH...YA HABIBALLAH.....KAMI RINDU PADAMU...SALAM 3ALAIK!!!,,,SELAMAT MENYAMBUT MALIDURRASUL BUAT KPH AND FANS HAFIZ YG LAIN!!!...SEMOGA MENDAPAT SYAFAAT DI AKHIRAT KELAKK!!!..SELAWAT BANYAK2....
Anna Raffali PETALING JAYA: Pemenang Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25) menerima habuan masing-masing pada Majlis Penghargaan Raikan Pemenang AJL25 di Seri Pentas, TV3, di sini, Isnin.
Penyanyi Ana Raffali menerima cek sebanyak RM35,000 apabila lagunya, Tolong Ingatkan Aku, menjadi juara AJL25.
Begitu juga dengan Meet Uncle Hussein dan Black yang mendapat tempat kedua menerima cek sebanyak masing-masing sebanyak RM15,000 diikuti pula dengan pemenang tempat ketiga, Hafiz, menerima cek sebanyak RM12,000 dan RM10,000 sebagai vokal terbaik.
Selain itu Faizal Tahir menerima cek sebanyak RM10,000 untuk kategori persembahan terbaik.
Pemenang-pemenang menerima cek yang diserahkan oleh ketua Pegawai Operasi< Rangkaian televisyen, media prima Berhad, Ahmad Izham Omar. Foto TheStar SAM THAM
Menurut Ana, wang yang diterima itu akan dibahagikan kepada kumpulan pemuziknya, The Marheins serta orang terdekat yang banyak membantu Ana dalam penghasilan lagu tersebut.
Begitu juga dengan Meet Uncle Hussein, wang yang diperoleh itu akan digunakan untuk penggunaan projek-projek terbaru kumpulan tersebut.
Pendekatan kumpulan kami ialah, kerja sama-sama dan hasil yang diperoleh juga akan digunakan bersama.
"Duit yang diterima itu kami akan belanjakan untuk projek baru kami pada tahun ini dan sedikit sebanyak ia mengurangkan beban kami dari segi pengeluaran modal," kata Taja, selaku ketua kumpulan MUH.
Faizal pula bercadang untuk memberi wang kemenangan tersebut kepada kumpulan pemuziknya, Royal FT Force.
Turut hadir untuk menerima wang kemenangan ialah komposer Ajai dan Sheikh Qalam yang mencipta lagu Noktah Cinta.
AJL25 yang berlangsung pada 9 Januari lalu itu berjaya meraih jumlah penonton sebanyak 4.2 juta dan ia juga memperlihatkan antara penganjuran program terbaik sempena meraikan ulang tahun jubli perak stesen televisyen tersebut.
Credits : mStar Online
p/s: hurmmm......sayang apiz tak dapat hadir.......