CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: djflux2000

[Tempatan] Gempa di Kota Kinabalu

 Close [Copy link]
Post time 7-6-2015 11:50 AM | Show all posts

Ada Mayat Dikhuatiri Tak Dapat Dikeluarkan
Diterbitkan: Sabtu, 6 Jun 2015 9:42 PM


KUNDASANG: Anggota pasukan menyelamat dan mencari insiden gempa bumi di Gunung Kinabalu khuatir tidak dapat mengeluarkan beberapa mayat dari kawasan kejadian pada Sabtu kerana sesetengahnya telah dihempap dengan bongkah batu yang sangat besar.

Masalah kedua ialah, helikopter tidak dapat merapati kawasan kejadian kerana faktor cuaca dan juga keadaan muka bumi yang berbahaya.

Para penyelamat yang baru turun dari kawasan kejadian sempat memberitahu kepada para pemberita mereka yang helikopter berhadapan dengan kesukaran untuk turun di kawasan yang dikhaskan kerana faktor cuaca dan juga muka bumi.

Mereka juga berkata terdapat mayat mangsa yang berada dalam keadaan yang teruk dihempap bongkah batu yang besar malah ada di antaranya masih tersepit di celah-celah bongkah berkenaan.

Dan mereka berhadapan dengan kesukaran untuk mengeluarkan mayat-mayat berkenaan kerana batu yang menghempap mangsa terlalu besar dan berat untuk dialihkan.

Keadaan sekitar yang semakin gelap lebih menyukarkan keadaan.

"Kami dapat melihat bahagian anggota mangsa di bawah serpihan bongkah batu itu," kata salah seorang daripada mereka.

Daripada 19 mayat yang telah ditemui, 11 telah berjaya dibawa keluar dan diterbangkan dengan segera ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2015 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 7-6-2015 11:50 AM
Ada Mayat Dikhuatiri Tak Dapat Dikeluarkan
Diterbitkan: Sabtu, 6 Jun 2015 9:42 PM


Malas ckp malas. Senang.  Lol
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2015 11:55 AM | Show all posts
Kesimpulannya kurajaan meishia failed amat dlm pengurusan bencana alam..

Ummah dan kurajaan fefeeeling dipayungi rahmat elohim sehingga buat2 xtahu psl bala elohim..chooiii laknat sngtt sis

Duit yang duk tabur kepada sambutan purayaan menari2 pakai baju warna warni pprt ittew saban tahun xbleh ke ration kepada SAR dan warning system.

Ko ingt duduk dalam shorga firdausi ke nk aman2 jah sis.sedar diri tuh sikit dunia dah nk kiamat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2015 11:56 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2015 12:00 PM | Show all posts
famri7 replied at 7-6-2015 11:55 AM
Kesimpulannya kurajaan meishia failed amat dlm pengurusan bencana alam..

Ummah dan kurajaan fefee ...

Setuju dgn famri7. Sebhgian peruntukan kewangan utk buat citrawarna (yg pd pandangan auntie sgt memboringkan tu) jika disalurkan utk pengurusan bencana alam, lagi bagus. Great idea famri7.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2015 12:05 PM | Show all posts
revolusi_30 replied at 7-6-2015 11:53 AM
Malas ckp malas. Senang.  Lol

Yup! diorang memang malas nak terbangkan jentolak kat atas gunung tuh tuk alihkan bongkah batu tu untuk ambik mayat. Mungkin kau boleh bagi idea macamana nak trasport krane ker jentolak ker kasi naik atas gunung tu untuk alihkan batu sebesar rumah. Atau pun kau rasa diorang patut ramai2 berganding bahu sama2 angkat bongkah batu sebesar rumah tu dengan kederat diorang sendiri baru boleh dikatakan rajin???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2015 12:06 PM | Show all posts
Edited by Syd at 7-6-2015 12:08 PM

Banyak mayat tak sempurna akibat dihempap batu
07 Jun 2015 12:53 AM












- See more at:

Eddy Julah

RANAU 6 Jun – “Cukup hiba, banyak mayat dalam keadaan tidak sempurna akibat dihempap batu.”
Demikian diceritakan oleh seorang malim gunung, Karim Soriew, 35, yang menyertai operasi mencari dan mengesan baki 17 lagi mangsa yang dikatakan terkandas di Gunung Kinabalu.

“Saya tidak mampu kutip cebisan daging dan anggota badan mangsa kerana tiada sarung tangan. Saya cuma mengangkatnya sahaja di dalam bungkusan,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia sejurus tiba di Timpohon Gate dekat sini hari ini.

Karim memberitahu, laluan pendakian ke Gunung Kinabalu juga rosak dengan laluan-laluan bertangga patah dihempap batu besar.

“Di atas sana, sentiasa ada gegaran. Penginapan pondok di Panar Raban juga musnah dihempap batu,” ujarnya.
Berkongsi cerita sama, Eddy Julah, 21, juga melihat cebisan daging dan anggota badan sepanjang mengikuti operasi itu.

“Tak sanggup saya nak melihatnya. Keadaan amat menyedihkan. Semangat saya kuat untuk mengikuti operasi kerana seorang malim gunung dikenali sebagai Joseph adalah kawan baik kami. Dia masih belum ditemui.

“Dia banyak beri tunjuk ajar kepada saya selepas bergelar malim gunung tahun lalu. Apa yang terbentang di depan mata saya, cukup menyedihkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Keselamatan Malim Gunung, Christoper Peter Edi, 48, mengakui melihat sendiri salah satu puncak Donkey Ears Peak telah ‘patah’ dalam gegaran semalam.

“Ketika itu saya berada di puncak. Tiba-tiba bunyi retakan dan dentuman. Lantai gunung seakan beralun. Saya nampak ada pendaki yang terjatuh dan mayat bergelimpangan.

“Saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana keutamaan saya menyelamatkan mereka yang masih hidup. Kejadian ini cukup membuatkan saya trauma dan tidak mahu naik ke atas gunung buat masa ini,” tambahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2015 12:11 PM | Show all posts
pittjie replied at 7-6-2015 03:37 AM
tu la mimi. aku pun pk benda yg sama. if team SAR semua tu rasa dia org tak mahir jln naik gunun ...

Good  idea... Just to say million thanks to all MG yg bertungkus lumus...
Utk agensi2 yg so called rescue team... Sila ada rasa malu sikit...u hv been trained as rescue team???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2015 12:17 PM | Show all posts
janganla salahkan rescuer sahaja, mmg tiada siapa yg layak/mampu menjalankan kerja rescure selain Malim gunung.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2015 12:24 PM | Show all posts
Btw... Ada tak picca "rescue team" berselpie kt bwh tu... Iol kepingin mau nengok
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2015 12:35 PM | Show all posts
bluemenx replied at 7-6-2015 10:39 AM
andaikata heli dpt terbang atas 100FL ... berani selamatkan diri cara ni ?

Tingginya risk yang diambil bila penyelamatan   dilakukan lereng gunung spt ni.  tanpa tapak yang rata. Itu belum mengambil kira rotor yang boleh kena orang sekitar atau lereng tu sendiri.  pastinya boleh menyebabkan h ncana lain pula.   So jangan semata mata salahkan anggota sar. Didoakan yang terbaik untuk semua.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2015 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus betul PM Malaysia ni..
Waktu negara dilanda musibah banjir....dia leh gi main golf
Skrg sekali lagi negara dilanda musibah...dia leh lenggang2 gi ke Arab Saudi..
Langsung tak amik peduli dgn nyawa rakyat yg terkorban
Macam kan Sabah tu bukan sebahagian Negeri dlm Malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2015 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa la ketua SAR yg bijak bg arahan suruh pendaki tidur je kat puncak gunung. Esok baru turun. Selimut bg pun mcm lampin.

Dah la bg bantuan dgn heli pun mcm x ikhlas suruh pulak tidur kat situ. Mau nya gempa kuat sekali lagi habis semua ranap kena batu.

Bodoh x bertepi. Yg kata SAR x pandai naik gunung. Pi la ikut MG yg naik tu sekali.
Dlm berita Aus ada minah salleh tunjuk gambar SAR team duduk lepak kat bawah. Memalukan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2015 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
siputsedut replied at 7-6-2015 09:44 AM
Sis..kenapa ummah sabahan selalu rasa keseirangan in times of crisis? Sbb media coverage ke? Kelat ...

Apa itu keseirangan sis? Aiol BM 8. *ikon nanges*
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2015 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Fieza-mira replied at 7-6-2015 12:05 PM
Yup! diorang memang malas nak terbangkan jentolak kat atas gunung tuh tuk alihkan bongkah batu tu  ...

Sis x pernah dgr dynamic.  
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2015 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
PM Britain cancel trip dia ke middle east due to krisis banjir kt UK sanun
PM Malaysia negara dilanda gempa eh boleh g jln2 ke middle east

Hampeh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2015 12:51 PM | Show all posts
bukannye tak de pakar..
masalah birokrasi aja... tapi menyebabkan kehilangan nyawa

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2015 12:51 PM | Show all posts
Sunshine81 replied at 7-6-2015 10:45 AM
He said sadly: "When children get excited, they don't pay any heed to danger. And now she is gone. ...

Yes as a parents kita selalu dilemma....di kawal salah, di lepaskan pun takut salah. But to me for a 12 yrs old to go expedition MT kinabalu is abit tough lah. Kalau dah secondary cam ok juga....






Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2015 12:53 PM | Show all posts
Kesian budak2 sekolah tu
Tak blh bayangkn saat bongkah2 granit tu jatuh hempap diorg.
apalah perasaan parents diorg.
Anak2 kecil terkubur di kinabalu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2015 12:53 PM | Show all posts
Syd replied at 7-6-2015 11:49 AM
@chazey

mcm mana skrg?

Pagi tadi ada 10 kali gegaran kecil, sekarang tak rasa dah.
Ramai politicians datang semalam/hari ni.

Che Det
Ibrahim Ali
Hadi Awang
Anak Nik Aziz
Lim Kit Siang
Muhyiddin


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.553236 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list