CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Amandaminaj96

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI VOLUME 35

 Close [Copy link]
Post time 20-5-2021 01:55 PM | Show all posts
https://www.malaysiakini.com/news/575364

Keputusan sama ada kerajaan persekutuan akan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh (lockdown) dijangka akan dibincangkan esok.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Takiyuddin Hassan berkata, perdana menteri akan mempengerusikan sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) Covid-19 di Putrajaya.
"Itu antara langkah-langkah yang perlu difikirkan oleh pihak MKN, pilihan-pilihan yang kita ada. Sebelum ini kita laksanakan PKP, PKPB, PKPP dan sebagainya. Itulah langkah-langkah yang perlu diambil sama ada secara keseluruhan atau bersasar.



"Ia mungkin akan diputuskan esok ada sidang MKN, ia mungkin akan dibincangkan di sana yang melibatkan perdana menteri dan semua menteri besar serta ketua menteri.
"Akan dibincangkan (esok) untuk diputuskan," katanya pada sidang media ketika hadir sama ke mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri Kelantan yang dipengerusikan Menteri Besar Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darulnaim Kota Bharu, hari ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2021 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
.    .       .       .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
.       .        .      .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 03:46 PM | Show all posts
keypochino replied at 20-5-2021 10:43 AM
haha boleh sgt.. combo dgn kek buah keypo kasi


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 03:55 PM | Show all posts
Web KKM

Kenyataan Akhbar KPK 20 Mei 2021 – Hari Hipertensi Sedunia 2021[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON MAY 20, 2021
KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
SEMPENA SAMBUTAN HARI HIPERTENSI SEDUNIA 2021
Hari Hipertensi Sedunia pada tahun ini disambut pada 20 Mei 2021 dengan tema Tekanan Darah Terkawal, Hidup Lebih Sejahtera (Measure Your Blood Pressure Accurately, Control It, Live Longer) yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit hipertensi (tekanan darah tinggi) di kalangan masyarakat Malaysia. Hipertensi merupakan penyumbang utama kepada penyakit kardiovaskular, strok, kegagalan buah pinggang dan seterusnya kematian pramatang di seluruh dunia. Hipertensi juga dikenali sebagai “pembunuh senyap” (silent killer) kerana ia sering tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala, dan ramai yang masih tidak menyedari mereka menghidapi hipertensi.

Kawalan tekanan darah yang baik juga adalah sangat penting terutamanya ketika pandemik COVID-19. Ini adalah kerana pesakit-pesakit yang mempunyai komorbiditi seperti hipertensi, kencing manis dan penyakit jantung adalah lebih terdedah untuk mendapat kesan yang lebih mudarat sekiranya dijangkiti penyakit COVID-19. Analisis kepada data pesakit kritikal yang dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan menunjukkan bahawa sebanyak 58.3% pesakit yang dirujuk kepada rawatan kritikal mempunyai sejarah penyakit hipertensi dan hampir separuh (49.4%) daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Selain itu, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 menunjukkan bahawa prevalen hipertensi di kalangan penduduk Malaysia dewasa berumur 18 tahun dan ke atas adalah 30.0% atau kira-kira 6.4 juta orang dewasa. Amat membimbangkan juga, daripada jumlah tersebut adalah dianggarkan 50% tidak mengetahui diri mereka menghidap penyakit hipertensi di mana ini mungkin disebabkan mereka tidak pernah menjalani pemeriksaan kesihatan.
Sempena Hari Hipertensi Sedunia tahun ini, saya ingin menyarankan kepada seluruh rakyat Malaysia agar mengambil langkah-langkah berikut:
  • Kawal berat badan
      Kekalkan berat badan ideal. Berat badan berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah;
  • Hadkan garam
      Hadkan pengambilan garam tidak melebihi 1 paras sudu kecil sehari bagi mengurangkan risiko hipertensi, sakit jantung dan strok;
  • Elakkan alkohol
      Pengambilan alkohol secara berlebihan adalah dikaitkan dengan penyakit hipertensi;
  • Tangani stress
      Mengurus dan menangani stress dengan baik secara tidak langsung mengurangkan tekanan darah tinggi seterusnya mencegah komplikasi;
  • Sentiasa aktif
      Lakukan aktiviti fizikal atau senaman pada intensiti sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 5 hari seminggu;
  • Tidak merokok
      Jika anda seorang perokok, berhenti merokok. Sekiranya anda bukan perokok, jangan mulakan tabiat ini; dan
  • Periksa tekanan darah
      Lakukan saringan kesihatan dan periksa tekanan darah secara berkala kerana penyakit hipertensi biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala.
Semoga dengan peningkatan tahap kesedaran dan pengetahuan orang ramai terhadap kepentingan pemeriksaan tekanan darah dan bahaya penyakit hipertensi kepada kesihatan mampu mengubah tingkah laku rakyat Malaysia untuk mencegah dan mengawal penyakit hipertensi. Seterusnya ini akan mengurangkan risiko kematian pramatang akibat penyakit jantung dan strok di kalangan rakyat Malaysia.
Saya ingin terus mengingatkan semua pihak bahawa ‘Kita Masih Belum Menang’. Teruskan mengamalkan norma baru bagi menangani pandemik COVID-19. Kita jaga kita.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
20 Mei 2021








Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 20-5-2021 12:34 PM
Maybe mmg xleh simpan mod. Since simpan dlm kedap udara pun leh keras. Kena buat jgklah, hahaha

Tula.. buat byk2 nk meniag ok la.. ni jenuh gak nk mengabiskan nnt.. hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2021 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 20-5-2021 12:35 PM
Wah, lumayan nih kekekeke

Haha seriously teringat kat sche kalau sebut kek buah.. tp keypo suka lagi carrot cake.. sedapnyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 20-5-2021 01:01 PM
erkkk... hahahah... ikan apa pun klu masak x sedap no point gak... apalah netizen ni

Kan.. tu yg compared sampe paling kayangan la apa la.. mcm2.. tp bak kata u, kalau msk xsedap, guna ikan paus pun xde beza.. ye dak hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2021 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 20-5-2021 01:55 PM
https://www.malaysiakini.com/news/575364

Keputusan sama ada kerajaan persekutuan akan melaksanaka ...

Kne decide cepat.. sbb variant kali ni laju..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 20-5-2021 03:41 PM
Kne decide cepat.. sbb variant kali ni laju..

Sekrg rajin marathon The Rookie lak...nanti nak cuba Elementary
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 04:43 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 04:53 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 20-5-2021 03:54 PM
keypochino replied at 20-5-2021 10:41 AM
haha pi la upload kat fb.. buat la #laksaviral hahaha

Japni male cousin sibuk nanye sapa ada gambo laksa...share kat WA grup...rupanya nak buat lawak laksa guna ikan mahal- ikan kelisa katanya, kome
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 20-5-2021 11:16 AM
Wah, ini mmg betul sedap ni ketupat hang, sbb byk permintaan. Ala, hang buat la masa opah tido, ke ...

Muahahaha.. X larat... Aku masak suka2 saja.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 05:29 PM | Show all posts
seribulan replied at 20-5-2021 04:43 PM
Sekrg rajin marathon The Rookie lak...nanti nak cuba Elementary

best ke The Rookie?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Br nk mkn ni. Ni kira lunch + tea + dinner terus. Den order dimsum. Asal order je, ujan. Sian rider. Sib baik x lebat. Den dah out of bottle kaca nk bancuh teh utk depa. Bg yg lain je la
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 05:33 PM | Show all posts
seribulan replied at 20-5-2021 04:53 PM
Japni male cousin sibuk nanye sapa ada gambo laksa...share kat WA grup...rupanya nak buat lawak la ...

baik ckp ikan paus terus... sekampung boleh mkn.. haa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2021 05:41 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 05:42 PM | Show all posts

Best...rookie police umur 40 tahun...pelakonnya yg hero siri Castle...lawak...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 20-5-2021 04:32 PM
Br nk mkn ni. Ni kira lunch + tea + dinner terus. Den order dimsum. Asal order je, ujan.  Sia ...

Ni dinner mi kari telur & ayo oren + lemon
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 05:46 PM | Show all posts
keypochino replied at 20-5-2021 04:33 PM
baik ckp ikan paus terus... sekampung boleh mkn.. haa

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Johor Zaiton Ismail meminta netizen bertenang daripada terus bertikam lidah mengenai isu cara penyediaan 'laksa'.




Katanya, pertelagahan itu dapat dielakkan sekiranya individu tertentu pada awalnya memberi pandangan secara baik dan tidak membuat perbandingan kurang sihat berkaitan cara penyediaan makanan tradisional itu.








Gambar hiasan/RASA








Ia berikutan perkongsian pendapat seorang wanita berkaitan bahan penyediaan makanan tradisional itu di laman sosial, baru-baru ini.




"Secara tradisi, penyediaan laksa memang berbeza di beberapa negeri dan misalnya di Johor, ikan tenggiri menjadi bahan utama dan saya yakin begitu juga dengan negeri lain, makanan itu disediakan mengikut citarasa dan memiliki keistimewaannya.




"Misalnya selain ikan tenggiri, saya pernah mencampur beberapa jenis ikan untuk direbus bagi menyediakan laksa untuk seisi keluarga dan hasilnya enak.




"Apa yang penting penyediaan makanan itu secara sihat dan bersih.
















"Tidak salah wanita itu memberi pandangan tetapi ia seharusnya dikongsi secara baik dan tidak membuat perbandingan hingga mengguris dan menjejaskan sensitiviti netizen lain," katanya.








Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:55 PM GMT+8 , Processed in 1.612136 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list