CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

BORAK KOSONG, CHAT, GOSSIP, ULASAN, LUAHAN, DAN BERSANTAI VOLUME 41

 Close [Copy link]
Post time 20-12-2021 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 20-12-2021 04:24 PM
Best ke Spiderman tu kaka? Iols last follow pun yang Andrew Garfield berlakon. Lepas tu tak tengok ...

Ada ni Andrew Garfield...tiga2 ada Spidey ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2021 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 20-12-2021 05:36 PM
Selangor ke KL ada yg xde air...huhu...

Haah. Rumah makcik lepas je banjir surut tak ada air dengan elektrik. Dugaan sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 08:42 PM | Show all posts
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 20 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
  • Kes sembuh : 3,810 kes (2,638,191 kes kumulatif, 96.9%);
  • Kes baharu : 2,589 kes (2,721,544 kes kumulatif);
  • Kes import : 46 kes (35 warganegara; 11 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 2,543 kes [2,427 warganegara (95.4%); 116 bukan warganegara (4.6%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 379 kes (307 kes disahkan COVID-19; 72 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 210 kes (142 kes disahkan COVID-19; 68 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 6,082 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 3 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 5,831 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 251 kluster.
Daripada 2,589 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
  • 66 kes (2.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 2,523 kes (97.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR DAN JANGKITAN COVID-19 DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan sehingga kini, kejadian banjir telah melanda lapan (8) buah negeri di Semenanjung Malaysia iaitu di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Melaka.
Berikutan daripada banjir yang melanda, sebanyak 72 fasiliti kesihatan telah terjejas di mana 43 di negeri Pahang, 20 di Selangor, lapan (8) di Kelantan dan satu (1) di Negeri Sembilan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak lapan (8) buah fasiliti kesihatan terputus hubungan namun masih beroperasi dan 21 buah fasiliti kesihatan tidak dapat beroperasi iaitu 20 di Selangor dan satu (1) di Negeri Sembilan.

1.0 PERKHIDMATAN PENJAGAAN PRIMER DI PUSAT PEMINDAHAN
Pasukan perubatan ditempatkan di PPS bagi memantau kesihatan mangsa-mangsa banjir. Sehingga tengah hari tadi, sebanyak 78 mangsa banjir telah diperiksa dan diberi rawatan pesakit luar di PPS. Daripada jumlah tersebut, 13 kes dalam kategori penyakit berjangkit (lima (5) kes acute respiratory infection (ARI), lapan (8) kes skin infection) dan 65 adalah penyakit tak berjangkit. Tiada kes acute gastroenteritis (AGE), tifoid, kolera, hand foot mouth disease (HFMD), leptospirosis, denggi atau penyakit berjangkit lain dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir setakat ini.
2.0 PESAKIT BERISIKO YANG TERJEJAS BANJIR
Terdapat satu (1) kes ibu mengandung (antenatal). Tiada kes posnatal atau pesakit yang menjalani rawatan dialisis dilaporkan dari negeri yang dilanda banjir.
3.0  PERKHIDMATAN KESIHATAN DI PUSAT PEMINDAHAN
3.1 AKTIVITI KESELAMATAN BEKALAN AIR MINUM
Bagi memastikan sumber air adalah selamat untuk digunakan oleh mangsa banjir, sebanyak 70 aktiviti pengambilan sampel air dijalankan dan tiada pelanggaran terhadap parameter pH, klorin dan kekeruhan (NTU).
3.2  AKTIVITI KAWALAN VEKTOR
Aktiviti kawalan vektor yang dijalankan adalah bagi memastikan tiada penyakit bawaan vektor berlaku di PPS. Sebanyak 48 buah PPS telah diperiksa dan tiada tempat pembiakan Aedes dikesan. Sebanyak 427 bekas telah diperiksa dan tiada PPS disembur kabus.
3.3 AKTIVITI KESELAMATAN MAKANAN
Sebanyak 45 buah PPS dilawati dan didapati 34 buah PPS memuaskan dari segi premis penyediaan makanan.
3.4 AKTIVITI PENDIDIKAN KESIHATAN
Jumlah harian aktiviti pendidikan kesihatan di kawasan dilanda banjir yang dijalankan pada hari ini ialah enam (6) ceramah, 631 nasihat individu, 355 tunjuk cara, 21 perbincangan kumpulan, 14 banting, 96 poster, enam (6) banner dan 842 risalah diedarkan di kawasan banjir dan di kawasan dilanda banjir.
4.0 PEMATUHAN SOP PENGURUSAN COVID-19 DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA
Pengurusan mangsa banjir adalah mematuhi Garis Panduan Pencegahan dan Pengurusan COVID-19 di Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Bencana dan Garis Panduan Pengurusan Bencana Semasa COVID-19.
KKM juga menjangkakan bahawa kemungkinan berlakunya peningkatan kes COVID-19 berikutan SOP yang tidak dapat dilakukan sepenuhnya sewaktu proses menyelamat dilakukan. Walau bagaimanapun, KKM sekali lagi ingin menasihatkan orang ramai supaya:
  • memaklumkan status risiko COVID-19 kepada agensi tindak balas sekiranya disahkan positif COVID-19 atau dikenal pasti sebagai kontak rapat agar tindakan sewajarnya dapat diambil semasa proses pemindahan dan penyelamatan;
  • sentiasa patuh kepada SOP dan amalan norma baharu semasa proses pemindahan dan sepanjang tempoh berada di PPS;
  • sentiasa memakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal dan maklumkan kepada petugas atau pasukan perubatan di PPS sekiranya mengalami gejala COVID-19; dan
  • elakkan dari berkumpul beramai-ramai dalam kalangan mangsa banjir dan amalkan mencuci tangan menggunakan hand sanitizer atau sabun terutamanya apabila pergi ke tempat menjadi gunasama seperti tandas.
KKM telah menyediakan pasukan perubatan di PPS terutama di PPS yang besar, membekalkan ubat-ubatan asas, cecair pembasmi kuman dan pelitup muka kepada mangsa-mangsa banjir di PPS. Ujian saringan COVID-19 dilakukan juga ke atas mangsa banjir sebelum memasuki PPS bagi mengesan awal jangkitan COVID-19 serta memastikan tiada penularan berlaku di PPS.
Memandangkan terdapat juga mangsa banjir yang telah mendapatkan perlindungan di masjid-masjid, stesen LRT, pusat membeli belah dan sebagainya, KKM ingin menasihatkan urusetia atau sukarelawan di pusat perlindungan tersebut agar dapat menjalankan ujian kendiri air liur RTK Ag kepada setiap individu yang berlindung dan mengasingkan kes yang dikesan positif COVID-19 secepat mungkin. Seterusnya, sila maklumkan  kepada Pejabat Kesihatan Daerah anda dengan menghubungi talian hotline yang disediakan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline supaya langkah pengesanan kontak rapat dapat dijalankan segera.
Keselamatan setiap individu yang terlibat dalam bencana banjir ini adalah yang paling utama. Justeru, KKM faham sekiranya pematuhan SOP kesihatan awam tidak dapat dipatuhi sepenuhnya sewaktu menyelamatkan nyawa, tetapi KKM berharap agar semua individu yang terlibat sama ada mangsa banjir, anggota sukarelawan atau anggota penyelamat dapat cuba mematuhi SOP sebaik mungkin untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19 di PPS. Sehubungan itu, KKM akan terus memantau jangkitan COVID-19 di PPS dan melakukan penilaian risiko dari semasa ke semasa. Untuk maklumat lanjut mengenai pencegahan dan pengurusan COVID-19 di PPS, anda boleh merujuk Annex 41 di https://covid-19.moh.gov.my/garis-panduan/garis-panduan-kkm atau https://covid-19.moh.gov.my/garis-panduan/garis-panduan-kkm/ANNEX_41_GARIS_PANDUAN_PUSAT_PEMINDAHAN_SEMENTARA_MANGSA_BENCANA_BAGI_MENCEGAH_COVID-19_28112021.pdf .
Akhir kata, KKM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang saling berganding bahu tanpa mengira bangsa dan agama dalam menangani bencana yang melanda negara kini. Semoga Malaysia mampu bangkit dengan lebih teguh selepas cabaran ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM juga ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit,dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn); dan
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
20 Disember 2021 @ 7:30 petang.
LAMPIRAN 1
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN
PADA 19 DISEMBER 2021
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
PAHANG1.00
PULAU PINANG1.00
NEGERI SEMBILAN0.99
TERENGGANU0.97
JOHOR0.97
WP KUALA LUMPUR0.97
PERAK0.96
MELAKA0.96
SELANGOR0.95
WP LABUAN0.95
PERLIS0.93
KEDAH0.90
KELANTAN0.90
WP PUTRAJAYA0.89
SABAH0.84
SARAWAK0.74
MALAYSIA0.92

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 08:42 PM | Show all posts
BlackOpium replied at 20-12-2021 04:42 PM
Haah. Rumah makcik lepas je banjir surut tak ada air dengan elektrik. Dugaan sungguh.

semoga dipermudahkan Nya...


Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 08:46 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 20-12-2021 09:46 PM




KES BAHARU MENGIKUT MUKIM NEGERI KEDAH (20/12/2021)
BALING - 12
BAKAI 1
KUPANG 3
PULAI 8
BANDAR BAHARU - 21
BAGAN SAMAK 7
RELAU 7
SERDANG 7
KOTA SETAR - 39
BUKIT LADA 1
BUKIT PINANG 2
DERGA 3
GAJAH MATI 1
JABI 2
KANGKONG 1
KOTA SETAR 1
KUALA KEDAH 1
LANGGAR 3
MERGONG 4
PADANG LALANG 1
PENGKALAN KUNDOR 8
PUMPONG 3
SUNGAI BARU 2
TELOK KECHAI 3
TITI GAJAH 3
KUALA MUDA - 61
BUJANG 1
BUKIT MERIAM 5
GURUN 10
KOTA 2
PINANG TUNGGAL 4
SEMELING 1
SIDAM KIRI 7
SIMPOR 1
SUNGAI PASIR 9
SUNGAI PETANI 21
KUBANG PASU - 24
GELONG 2
JERLUN 2
JITRA 1
KEPELU 7
MALAU 1
NAGA 1
PELUBANG 2
PERING 2
SANGLANG 1
SUNGAI LAKA 1
TEMIN 3
TUNJANG 1
KULIM - 81
BAGAN SENA 1
JUNJONG 4
KELADI 9
KULIM - 19
LUNAS 7
MAHANG 2
NAGA LILIT 19
PADANG CINA 4
SIDAM KANAN 8
SUNGAI SELUANG 2
SUNGAI ULAR 6
LANGKAWI - 15
AYER HANGAT 1
BOHOR 1
KEDAWANG 1
KUAH 5
PADANG MATSIRAT 6
ULU MELAKA 1
PADANG TERAP - 7
BELIMBING KANAN 1
BELIMBING KIRI 5
KURONG HITAM 1
PENDANG - 6
BUKIT RAYA 2
PADANG KERBAU 3
RAMBAI 1
SIK - 4
JENERI 1
SIK 2
TELOI 1
YAN - 7
SALA BESAR 1
YAN 6
JUMLAH KES - 277


Kes baharu COVID-19 Selangor 20.12.2021 sehingga 12.00 tengahari – 380 kes (36 komuniti, 2 penjara, 13 import A)
???? GOMBAK 69
Batu 37
Saringan Bergejala 6
Saringan Kontak Rapat 30
Saringan Tempat Kerja 1
Hulu Kelang 7
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 5
Kuang 3
Saringan Kontak Rapat 2
Saringan Tempat Kerja 1
Rawang 12
Saringan Kontak Rapat 11
Saringan Tempat Kerja 1
Setapak 4
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 3
Import 6
Saringan PMA - Istanbul 1
Saringan PMA - Madinah 2
Saringan PMA - Turkey 1
Saringan PMA - Arab Saudi 1
Saringan PMA - Kenya 1
???? HULU LANGAT 104
Ampang 20
Saringan Bergejala 9
Saringan Kontak Rapat 11
Beranang 2
Saringan Kontak Rapat 2
Cheras 20
Saringan Bergejala 8
Saringan Kontak Rapat 12
Hulu Langat 5
Saringan Kontak Rapat 5
Kajang 35
Saringan Bergejala 10
Saringan Kontak (Kluster Industri Persiaran Usahawan Tiga 2) 1
Saringan Kontak Rapat 22
Saringan pekerja 1
Saringan Pra-Penerbangan 1
Penjara 1
Saringan OKT 1
Semenyih 21
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 19
???? HULU SELANGOR 30
Batang Kali 1
Saringan Kontak Rapat 1
Hulu Yam 1
Saringan Kontak Rapat 1
Serendah 28
Saringan Kontak Rapat 28
???? KLANG 80
Kapar 12
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 11
Klang 65
Saringan Bergejala 8
Saringan Kontak Rapat 48
Saringan pekerja 3
Saringan SARI 6
Import 3
Saringan Kontak (KlusterLayar Nilam 16 (Import A)) 2
Saringan PMA-Arab Saudi 1
???? KUALA LANGAT 25
Jugra 2
Saringan Kontak Rapat 2
Penjara 1
Saringan OKT 1
Tanjung 12 (1) 17
Saringan Bergejala 6
Saringan Kontak Rapat 10
Saringan pekerja 1
Tanjung 12 (2) 1
Saringan Bergejala 1
Telok Panglima Garang 1
Saringan Kontak Rapat 1
Import 3
Saringan PMA - India 2
Saringan PMA - Mekah 1
???? KUALA SELANGOR 33
Bestari Jaya 1
Saringan Kontak Rapat 1
Ijok 21
Saringan Bergejala 6
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak Rapat 14
Jeram 6
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 3
Saringan pekerja 1
Kuala Selangor 3
Saringan Bergejala 1
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak Rapat 1
Tanjung Karang 2
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak Rapat 1
???? PETALING 3
Damansara 1
Saringan SARI 1
Petaling 1
Saringan SARI 1
Sungai Buloh 1
Saringan SARI 1
???? SABAK BERNAM 6
Pasir Panjang 4
Saringan Bergejala 4
Sabak 2
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 1
???? SEPANG 30
Dengkil 13
Saringan Bergejala 5
Saringan Kontak Rapat 8
Labu 12
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 9
Saringan pekerja 2
Sepang 4
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak (Kluster Persiaran Semarak) 1
Saringan Kontak Rapat 2
Import 1
Saringan PMA-Pakistan 1

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 09:29 PM | Show all posts
Bencana Negeri Selangor di talian 03-50350920, ataupun nombor-nombor yang tertera di bawah.

i) Majlis Perbandaran Klang  - 03-3374 8845
ii) Majlis Bandaraya Shah Alam  - 03-5522 2787
iii) Majlis Perbandaran Kuala Langat  - 03-31822566
iv) Hospital Tengku Ampuan Rahimah  - 03-3323 9478
v) Pejabat Kesihatan Daerah Klang  - 03-3323 9554
vi) PDRM Klang Selatan  - 03-3372 2222
vii) PDRM Klang Utara  - 03-3291 3344
viii) Jabatan Kebajikan Masyarakat  - 03-3341 3703
ix) Jabatan Kerja Raya  - 03-3371 4040
x) Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor  - 03-3371 2464
xi) Angkatan Pertahanan Awam  - 03-3371 0820

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-12-2021 10:10 PM | Show all posts
BlackOpium replied at 20-12-2021 01:39 PM
Betul tu uols. Rakyat jaga rakyat sekarang ni. Kesian tengok yang terperangkap atas bumbung dah be ...

Ameen. itulah harapan iols . semoga ada sinar baru pada tahun 2022 nanti. Stay safe to you too.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 05:13 AM | Show all posts
BlackOpium replied at 20-12-2021 01:39 PM
Betul tu uols. Rakyat jaga rakyat sekarang ni. Kesian tengok yang terperangkap atas bumbung dah be ...

terkejut saya tengok
tak sangka begitu buruk
sy orang kelantan agak biasa dengan banjir, tapi tidak pernah rasai banjir teruk
harap surut cepat, dan tidak ada Taun ke Typhoid ke, Dysentery etc
air2 kotor tu tentu akan buat ramai orang dapat kudis2 di kaki etc
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2021 07:59 AM | Show all posts
BlackOpium replied at 20-12-2021 04:42 PM
Haah. Rumah makcik lepas je banjir surut tak ada air dengan elektrik. Dugaan sungguh.

Ok dah tak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 08:00 AM | Show all posts
farhana008 replied at 20-12-2021 09:10 PM
Ameen. itulah harapan iols . semoga ada sinar baru pada tahun 2022 nanti. Stay safe to you too.
...

Tinggal berapa hari tahun 2021 ni...Happy NY 2022...hohoho...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 08:01 AM | Show all posts
ipes2 replied at 21-12-2021 04:13 AM
terkejut saya tengok
tak sangka begitu buruk
sy orang kelantan agak biasa dengan banjir, tapi tida ...

Rumah kakak lori tangki mai hantaq ayaq...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 21-12-2021 07:59 AM
Ok dah tak tu?

Alhamdulillah, dah okay. Cuaca pun dah okay, dah nampak matahari. Syukur sangat.
Semoga keadaan mangsa2 banjir yang lain pun bertambah baik hendaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 21-12-2021 05:13 AM
terkejut saya tengok
tak sangka begitu buruk
sy orang kelantan agak biasa dengan banjir, tapi tida ...

Yup, betul tu. My sister ada rasa gatal2 dekat kaki and tangan lepas dia cuci air banjir. Nasib baik dah okay.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 21-12-2021 07:56 AM
Alhamdulillah, dah okay. Cuaca pun dah okay, dah nampak matahari. Syukur sangat.
Semoga keadaan ma ...

Dah nak masuk tahun 2022...Happy NY
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 01:45 PM | Show all posts
songket_merah replied at 19-12-2021 01:15 PM
nampak ni gayakan kita kena PKP kembali lah

Hari ni ...

Pada 21 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,140 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,724,684 kes.


Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: covidnow.moh.gov.my


Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 21-12-2021 08:25 PM


Kes baharu COVID-19 Selangor 21.12.2021 sehingga 12.00 tengahari – 736 kes (721 komuniti, 1 penjara, 14 import A)
???? GOMBAK 127
Batu 48
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 44
Saringan Tempat Kerja 2
Hulu Kelang 20
Saringan Kontak Rapat 19
Saringan Tempat Kerja 1
Kuang 9
Saringan Kontak Rapat 8
Saringan Tempat Kerja 1
Rawang 24
Saringan Kontak Rapat 18
Saringan SARI 1
Saringan Tempat Kerja 5
Setapak 20
Saringan Kontak Rapat 20
Import 6
Saringan PMA - Madinah 3
Saringan PMA - Sudan 1
Saringan PMA- Arab Saudi 2
???? HULU LANGAT 139
Ampang 26
Saringan Bergejala 7
Saringan Kontak Rapat 19
Beranang 4
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 2
Cheras 17
Saringan Bergejala 7
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak Rapat 9
Hulu Langat 5
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 3
Saringan SARI 1
Kajang 75
Saringan Bergejala 24
Saringan Bergejala (Kluster Industri Persiaran Usahawan Tiga 2) 1
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak (Kluster Industri Dua Jalan Sepuluh MIEL) 1
Saringan Kontak (Kluster Industri Persiaran Usahawan Tiga 2) 1
Saringan Kontak Rapat 43
Saringan Pekerja 1
Saringan Pekerja (Kluster TB Bandar Puteri) 1
Saringan SARI 2
Penjara 1
Saringan OKT 1
Semenyih 8
Saringan Bergejala 3
Saringan Kontak Rapat 5
Import 3
Saringan PMA - UAE 1
Saringan PMA-Thailand 1
Saringan PMA-USA 1
???? HULU SELANGOR 41
Ampang Pechah 5
Saringan Kontak Rapat 5
Batang Kali 2
Saringan Kontak Rapat 2
Hulu Bernam 3
Saringan Kontak Rapat 3
Hulu Yam 3
Saringan Kontak Rapat 3
Kalumpang 2
Saringan Kontak Rapat 2
Rasa 1
Saringan Kontak Rapat 1
Serendah 25
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 24
???? KLANG 33
Kapar 4
Saringan Kontak Rapat 4
Klang 29
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 27
Saringan Pekerja 1
???? KUALA LANGAT 15
Tanjung 12 (1) 10
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 9
Tanjung 12 (2) 3
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 2
Telok Panglima Garang 2
Saringan Kontak Rapat 2
???? KUALA SELANGOR 48
Bestari Jaya 4
Saringan Bergejala 4
Ijok 22
Saringan Bergejala 10
Saringan Kontak Rapat 12
Jeram 6
Saringan Bergejala 6
Kuala Selangor 10
Saringan Bergejala 6
Saringan Kontak Rapat 4
Tanjung Karang 6
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 4
???? PETALING 258
Bukit Raja 32
Saringan Kontak Rapat 32
Damansara 77
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 64
Saringan Pekerja 11
Petaling 77
Saringan Bergejala 4
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak Rapat 63
Saringan Pekerja 8
Saringan SARI 1
Sungai Buloh 67
Saringan Bergejala 3
Saringan Kontak Rapat 45
Saringan Pekerja 19
Import 5
Saringan PMA- Indonesia 1
Saringan PMA- Perancis 2
Saringan PMA- UAE 1
Saringan PMA- Vietnam 1
???? SABAK BERNAM 10
Pasir Panjang 8
Saringan Bergejala 8
Sabak 1
Saringan Kontak (Kluster Jalan Empat Bernam) 1
SungaiPanjang 1
Saringan Bergejala 1
???? SEPANG 65
Dengkil 51
Saringan Bergejala 4
Saringan Kontak Rapat 9
Saringan Pekerja 2
Saringan PPS 36
Labu 13
Saringan Bergejala 5
Saringan Kontak Rapat 2
Saringan Pekerja 1
Saringan PPS 5
Sepang 1
Saringan Kontak Rapat 1



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2021 07:10 PM | Show all posts


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 21 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
  • Kes sembuh : 4,278 kes (2,642,469 kes kumulatif, 97.0%);
  • Kes baharu : 3,140 kes (2,724,684 kes kumulatif);
  • Kes import : 58 kes (51 warganegara; 7 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 3,082 kes[2,910 warganegara (94.4%); 172 bukan warganegara (5.6%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 353 kes (275 kes disahkan COVID-19; 78 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 189 kes (125 kes disahkan COVID-19; 64 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 6,086 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 4 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 5,839 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 247 kluster.
Daripada 3,140 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
  • 64 kes (2.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 3,076 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR DAN JANGKITAN COVID-19 DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS)
Sehingga 21 Disember 2021, jumlah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi di seluruh negara adalah sebanyak 456 iaitu 280 di Pahang, 128 di Selangor, 28 di Kelantan, sembilan (9) di Melaka, enam (6) di Negeri Sembilan, tiga (3) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan dua (2) di Perak. Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir pula adalah seramai 71,320 orang.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan sehingga jam 12 tengahari 21 Disember 2021, terdapat penambahan sebanyak 86 kes positif COVID-19 telah dikenal pasti dalam kalangan mangsa banjir menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 267 kes. Daripada 86 kes yang dilaporkan positif pada hari ini, sebanyak 75 kes telah dikesan melalui saringan kemasukan ke PPS, manakala sebanyak 11 kes lagi adalah kes COVID-19 yang sedia ada dan sedang menjalani kuarantin sebelum kejadian banjir. Setakat ini tiada kejadian kes positif COVID-19 dilaporkan berlaku dalam kalangan mangsa banjir semasa berada di PPS. Kesemua 86 kes telah diasingkan daripada mangsa banjir yang lain iaitu sembilan (9) kes di tempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), 12 kes di hospital, 62 kes di PPS kuarantin, dan tiga (3) kes menjalani kuarantin di rumah.

Selain kes COVID-19, kejadian banjir juga berisiko meningkatkan kejadian penyakit berjangkit yang lain seperti keracunan makanan [Acute Gostroenteritis (AGE), tifoid, dan kolera], Hand Foot Mouth Disease (HFMD), leptospirosis, jangkitan saluran pernafasan akut (ARI), penyakit kulit,dan demam denggi. Sehingga 21 Disember 2021, sejumlah 203 kes ARI, 73 kes penyakit kulit, 19 kes AGE, 12 kes demam, dua (2) kes cacar air, dan 55 kes penyakit berjangkit lain yang melibatkan mangsa banjir telah dilaporkan ke Bilik Gerakan Banjir Kebangsaan. Walau bagaimanapun, tiada kes konjunktivitis, tifoid, kolera, hand foot mouth disease (HFMD), leptospirosis, dan denggi yang dilaporkan sehingga kini.

KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya sentiasa cakna akan risiko penyakit-penyakit berkaitan banjir yang mungkin terjadi dan sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan dengan sebaik mungkin dalam keadaan yang genting ini. Orang ramai dinasihatkan supaya:
  • Memaklumkan status risiko COVID-19 kepada agensi tindak balas sekiranya disahkan positif COVID-19 atau dikenal pasti sebagai kontak rapat agar tindakan sewajarnya dapat diambil semasa proses pemindahan dan penyelamatan;
  • Sentiasa patuh kepada SOP dan amalan norma baharu semasa proses pemindahan dan sepanjang tempoh berada di PPS;
  • Sebaik boleh, berusaha untuk memakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal, dan maklumkan kepada petugas atau pasukan perubatan di PPS sekiranya mengalami gejala COVID-19;
  • Elakkan dari berkumpul beramai-ramai dalam kalangan mangsa banjir dan amalkan mencuci tangan menggunakan hand sanitizer atau sabun terutamanya apabila pergi ke tempat menjadi gunasama seperti tandas;
  • Memakai kasut yang bertutup, seelok-eloknya kasut keselamatan sewaktu melakukan proses-proses pembersihan pasca banjir;
  • Elakkan daripada minum air dan makan makanan yang sudah tercemar; dan
  • Sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil, dan juga individu yang mempunyai komorbiditi.
Petugas perubatan di semua fasiliti kesihatan termasuk fasiliti kesihatan swasta, perlu lebih berwaspada akan gejala-gejala penyakit yang sering dikaitkan dengan kejadian banjir seperti yang disebutkan di atas, seterusnya melakukan pemeriksaan yang sepatutnya agar rawatan segera dapat diberikan. Selain menggerakkan petugas perubatan dan kesihatan ke PPS, KKM juga giat menjalankan pemeriksaan keselamatan bekalan air minum, aktiviti kawalan vektor, pemeriksaan keselamatan makanan serta pendidikan kesihatan di PPS bagi mengurangkan risiko penularan penyakit berjangkit yang berkaitan banjir.

KKM tidak menolak kemungkinan berlakunya peningkatan kes COVID-19 berikutan SOP yang tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya akibat bencana banjir yang melanda negara ini. Walau bagaimanapun, KKM akan sentiasa memantau keadaan ini dari semasa ke semasa dan menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan sebaik-baiknya agar penyakit berjangkit akibat bencana banjir terutamanya COVID-19 dapat dibendung. Untuk maklumat lebih lanjut dan kemas kini mengenai info bencana banjir, sila layari https://infobencanajkmv2.jkm.gov.my
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM juga ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit,dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn); dan
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
21 Disember 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN
PADA 20 DISEMBER 2021
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
PAHANG1.00
PULAU PINANG1.00
TERENGGANU0.99
WP KUALA LUMPUR0.97
NEGERI SEMBILAN0.96
JOHOR0.96
WP LABUAN0.96
PERAK0.93
SELANGOR0.93
MELAKA0.92
PERLIS0.92
KEDAH0.91
WP PUTRAJAYA0.91
KELANTAN0.87
SABAH0.84
SARAWAK0.75
MALAYSIA0.91




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2021 09:21 PM | Show all posts
seribulan replied at 21-12-2021 08:00 AM
Tinggal berapa hari tahun 2021 ni...Happy NY 2022...hohoho...

2 tahun hidup bersama covid 19 penuh kenangan pahit, manis dan duka. semoga kita semua kuat menghadapi hari2 mendatang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 09:28 PM | Show all posts
farhana008 replied at 21-12-2021 08:21 PM
2 tahun hidup bersama covid 19 penuh kenangan pahit, manis dan duka. semoga kita semua kuat mengha ...

Kini bersama banjir & tanah runtuh...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2021 04:14 AM | Show all posts
BlackOpium replied at 21-12-2021 09:00 AM
Yup, betul tu. My sister ada rasa gatal2 dekat kaki and tangan lepas dia cuci air banjir. Nasib ba ...

berjaga-jagalah
dysentery, cholera, worms
dan banyak lagi
dah surut kalau ikut Buletin Utama hari ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 3.544989 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list