|
dah pening sgt ar tuhhh....
Yen_Aireena Post at 2-4-2010 15:22 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
mau tak poning, dulu 1, sekarang ber2... akan datang ber3 pulak,... kalo masuk 4 harus pitam.....!![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
1081# logy
konfius ni. nasib bek cepat tsedar.
wakakkaka. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa dekat Klang...kawan aku kata dailognya berbunyi begini..
Remy : hye, I love you...
Tiz: [terkedu kononnyer la....}"
...unfortunately dia pon tak ambek bideo.. gambo jerr..
mnaa Post at 1-4-2010 23:49 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
ntah2 terkedu btul...![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kredit to: www.hmetro.com.my
Debaran anugerah pertama
Oleh Murshid Eunos
2010/04/04
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SEKELIP mata hidupnya berubah, laluan kerjayanya bergerak pantas. Pendek kata, payahnya sebentar, namun habuan yang dimiliki berjaya membawa namanya, Siti Zaqyah Abdul Razak atau sapaan komersial, Tiz Zaqyah melonjak ke depan.
Ternyata, watak Nur Amina menerusi drama rantaian 'berhantu', Nur Kasih membuka ruang untuknya melangkah luas. Benarlah kata orang, rezeki seseorang itu tidak dapat dijangka.
Belum sempat meninjau jauh, bakat dan pesonanya memancing produksi drama siri Spa Qistina untuk mewarnai jalur penceritaannya.
Kesinambungan musim pertama dan kedua yang dulunya mengangkat nama Spa Q di TV3 dan kini beralih ke pakej Tayangan Hebat Astro, sekali gus melengkapkan lagi portfolio gadis kelahiran Kuala Lumpur ini sebagai artis.
Bijak menyusun bicara seraya melemparkan senyuman, nyata Tiz yakin mempamerkan transisi tersendiri dalam lakonannya menerusi peluang keemasan ini.
"Menyelit di antara nama hebat seperti Fasha Sandha, Nanu Baharuddin, Faradhiya, Badrul Muhayat, Sheila Mambo dan beberapa yang lain adalah satu peluang yang sangat saya nantikan. Alhamdulillah, rezeki untuk saya tampil berbeza dalam lakonan sentiasa terbuka meskipun masih setahun jagung dalam lapangan seni lakon.
"Watak Maya adalah satu cabaran buat saya kerana ia bukan sembarangan karakter. Pastinya ia jauh tersasar daripada persepsi penonton yang tidak jemu-jemu mengikuti perkembangan saya sejak Nur Kasih. Maya lebih dekat dengan jiwa saya kerana permainan emosi dan penghayatan watak lebih menjurus kepada personaliti sebenar saya ketika kecil," kata anak bongsu dua beradik ini.
Spa Qistina yang mengekalkan pengarahnya sejak musim pertama, Apache dan masih menterjemah penulisan Rina Khan ke layar kaca itu terkenal dengan suntikan kewanitaan.
Tidak hanya 'menjual' barisan pelakon hebat, malah drama 13 episod ini kuat daripada aspek penceritaannya. Elemen kontroversi dan konflik penuh merentasi setiap sudutnya. Itu belum lagi tempias nilai seksi penuh ghairah yang bagai terikat dengan drama ini yang banyak menampilkan kisah kekeluargaan dan dendam.
Bagaimanapun, pandangan seumpama itu tidak sesekali dibalas senyuman tanda setuju oleh Tiz yang bakal menjengah usia 22 tahun pada Oktober depan. Sebaliknya, pelakon ini yang terlebih dulu mencipta nama menerusi drama bersiri Impian Illyana punya definisi sendiri berlandaskan mata bundarnya dalam menggambarkan inti pati Spa Qistina.
"Mungkin segelintir penonton melihat drama ini sebagai karya prestij penuh gaya. Sarat dengan konflik, cetusan kontroversi daripada aspek pemakaian pelakonnya yang lebih berani. Namun jika diperhati dengan teliti, drama ini menjurus kepada sentimen kekuatan seorang wanita dan pergolakan yang berlaku.
"Seksi adalah subjektif. Yang cuba ditampilkan adalah kelembutan dan nilai seksi seseorang wanita secara dalaman, termasuk lentuk bicaranya, karakter setiap satunya serta gaya pemikiran dalam berdepan setiap konflik. Itu lebih tepat bagi menggambarkan keseksian yang ada," katanya yang mengakui tidak pernah berkunjung ke spa atau pusat rawatan sebelum ini.
Lihat dari penjuru tinggi, terserlah diari seni pelakon yang kini turut menghiasi skrin drama bersiri Asmaradana di TV3, ia bergerak bagai berlari dari kaki bukit terus ke puncaknya. Tiada henti dan terus menjuarai liganya sendiri.
Bagaimanapun dalam pada meraikan rezeki yang mencurah, gadis murah senyuman dan bijak mencuri perhatian ini tetap dihujani kritikan. Malah, lebih membuat dirinya bingung apabila ramai peminat mula mempersoalkan ketulusan jiwanya selepas berjaya menambat hati mereka dengan tampil ayu bertudung dalam Nur Kasih.
"Entahlah, sukar untuk saya jelaskan atau luahkan. Perasaan saya berkecamuk setiap kali memikirkan persoalan itu. Maklumlah, segala peluang dan tawaran yang datang hari ini adalah kerana impak besar drama itu. Penonton dan peminat tidak henti-henti memberi sokongan pada saya hingga sekarang.
"Namun apabila kredibiliti dan keikhlasan saya dipersoal sebegitu, saya hanya pasrah dan terus percaya akan niat saya. Sebagai pelakon, saya akur dengan setiap kehendak watak. Sebelum itu pun saya pernah tampil dengan imej tidak bertudung, namun tidak pula dipersoalkan kerana impaknya tidak sehebat Nur Kasih.
"Saya hanya mahu peminat dan penonton menerima diri saya yang sebenar. Sejujurnya, saya ingin mereka nilai dan lihat bakat lakonan saya dan bukan saya sebagai Tiz Zaqyah. Setiap kali berlakon, saya ingin penonton merasai perasaan sebenar lakonan saya kerana kesannya lebih mendalam buat saya sebagai pelakon," katanya.
Senyuman dan gembiranya makin meleret apabila buat pertama kali namanya tersenarai untuk Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 bagi kategori Artis Wanita Baru Popular dan Pelakon Drama TV Wanita Popular.
Percaya atau tidak, dengan hanya lesen populariti drama yang ditonton lebih lima juta orang setiap minggu itu, Tiz Zaqyah bakal pamer cetusan warnanya sendiri malam ini.
"Alhamdulillah, saya berpeluang untuk turut sama merasai debaran malam ini di puncak Genting Highlands. Pastinya saya bersyukur dengan rezeki yang datang. Namun untuk yakin akan membawa pulang kemenangan itu tidak pasti kerana saingan yang ada juga sengit buat saya.
"Nama saya tersenarai sebagai lima teratas sudah memadai. Usia pembabitan saya masih baru dan apa yang ada di depan mata sekarang jauh lebih berbaloi bagi saya," katanya.
Laluannya bagai tiada perhentian. Tawaran datang bersilih ganti. Namun Tiz yang mengakui tiada episod cinta yang singgah dalam sanubarinya saat ini hanya mengharapkan sebuah ruang baginya berehat seketika. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kredit to: www.hmetro.com.my
Debaran anugerah pertama
Oleh Murshid Eunos
2010/04/04
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SEKELIP m ...
hijau88 Post at 4-4-2010 11:13 AM ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
sexy tiz dlm metro... |
|
|
|
|
|
|
|
hrp2 mlm ni tiz ade bawa blk trofi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang seksi..tp gmbr yg jd cover tu aku suka..haha..
Harap2 begitu juger |
|
|
|
|
|
|
|
Memang seksi..tp gmbr yg jd cover tu aku suka..haha..
Harap2 begitu juger
nazihamrun Post at 4-4-2010 12:05 PM ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
aku pun suka gak gmbr tuhh.... |
|
|
|
|
|
|
|
InsyaALLAH... harap2 mlm ni Tiz bw balik ke 2-2 trofi kan. |
|
|
|
|
|
|
|
apsal lipstik tiz cam comot td dlm melodi...? |
|
|
|
|
|
|
|
1091# Yen_Aireena
uiks... Tiz ada dlm Melodi?
apa crita?
huhu. |
|
|
|
|
|
|
|
1091# Yen_Aireena
uiks... Tiz ada dlm Melodi?
apa crita?
huhu.
hijau88 Post at 4-4-2010 01:21 PM ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
intw masa kt tour abp di klang.. ckp psl peluang die mlm nie.. die ckp x tau ar.. sbb ie artis baru.. x smpi sethn pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hadiah RM330,000 menanti pemenang
2010/04/04
KUALA LUMPUR: Aizat, Faizal Tahir, Nabil, Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi lima nama disebut-sebut sebagai calon bakal menjulang trofi utama, Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 menjelang acara kemuncaknya, malam ini.
Pemenang kategori utama ini akan diumumkan pada majlis yang akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, bermula jam 9 malam ini. Ia akan turut disiarkan secara langsung menerusi TV3, stesen radio Hot FM dan laman web rasmi, NSTP e-media.
Daripada lima nama berkenaan, tiga daripadanya pernah memenangi gelaran tertinggi itu, manakala dua lagi adalah muka baru dikatakan bakal mencipta kejutan, terutama Aizat yang dianggap mempunyai potensi cerah untuk kategori Bintang Paling Popular dan kategori Penyanyi Lelaki Popular.
Pemenang Bintang Paling Popular 2009 bakal membolot hadiah keseluruhannya bernilai hampir RM330,000 iaitu kenderaan Nissan X-Trail berharga RM130,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd; barang kemas bernilai RM150,000 tajaan Habib; perabot mewah bernilai RM30,000 tajaan Empire Classic Furniture dan pake penginapan mewah bernilai RM18,000 di Palace of The Golden Horses.
Selain lima nama berkenaan, Aznil Nawawi, Stacy, Maya Karin, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Yuna, Black, Akim, Hafiz, Fara Fauzana, Scha Alyahya, Tiz Zaqyah dan Liyana Jasmay juga calon kesukaan ramai yang dijangka bakal membuat kejutan malam ini bagi beberapa kategori tertentu. |
|
|
|
|
|
|
|
bosan ni....tak de keje....
Masih popular
Oleh Zubir Mohd Yunus
2010/04/04
pix_gal0
Memori indah bintang paling popular: Siti Nurhaliza bertegas untuk tidak mahu namanya dicalonkan dalam ABPBH 2010
KINI masanya sudah tiba - Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 - Puncak Kegemilangan, menempa fenomena baru apabila seorang lagi Bintang Paling Popular 2009 bakal dinobatkan malam ini! Pentas prestij ABPBH 2009 di Arena of Stars, Genting Highlands - Kota Keriangan akan menjadi saksi siapakah artis yang mampu mempertahankan gelaran berkenaan atau mungkin ada kejutan - muka baru bakal menjulang trofi yang berpaksikan populariti itu!
Pastinya artis yang pernah bergelar Bintang Paling Popular sebelum ini seperti Datuk Siti Nurhaliza, Mawi dan Saiful Apek mempunyai peluang cerah mempertahankan gelaran berkenaan apabila terus tercalon sebagai finalis ABPBH 2009 menerusi kategori masing-masing. Namun, adakah Nabil yang pernah bergelar Bintang Paling Popular 2008 mampu mempertahankan trofi yang pernah dimenanginya? Segala-galanya akan terjawab beberapa jam saja lagi.
Tidak dinafikan, muka baru yang begitu menyerlah sepanjang 2009 seperti Aizat, Yuna, Faizal Tahir, fizz Fairuz dan Remy Ishak mempunyai peluang cerah membuat kejutan besar sekiranya peminat mahu menobatkan salah seorang daripada mereka sebagai Bintang Paling Popular yang baru. Justeru, Siti, Mawi, Saiful, Nabil, Yuna, Aizat, mahupun Faizal Tahir adalah antara calon Top 5 ABPBH 2009 yang berpotensi besar dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2009! Pun begitu, ABPBH 2009 mungkin meninggalkan sejarah manis buat Siti Nurhaliza apabila bakal menjadi tahun terakhir baginya untuk hadir sebagai finalis selepas membuat kenyataan akan ‘bersara’ daripada menyertai edisi ABPBH selepas ini. |
|
|
|
|
|
|
|
abang aidil....
Fizz jawab tuduhan
Oleh Zubir Mohd Yunus
2010/04/04
Dramatis popular didakwa persoal kerja pengarah
EMPAT tahun lalu tidak ramai kenal siapa Fizz Fairuz, namun selepas meledaknya drama bersiri, Nur Kasih di TV3, namanya mencetus fenomena baru apabila kemasyhurannya naik mendadak seiring populariti drama itu. Fizz terus menjadi rebutan produser drama.
Namun, apabila nama berada di puncak, kadang kala kealpaan melanda diri sehingga Fizz didakwa kononnya sudah lupa daratan, selain tegar mempersoalkan kredibiliti pengarah. Berdasarkan sumber, ketika Fizz membintangi drama bersiri terbarunya, Gerak PGM di markas polis marin Pulau Pinang, dia dikatakan mempersoalkan kredibiliti pengarah bersama drama berkenaan, James Lee dan Raymond Sekhon , kononnya tidak membuat ‘homework’ dalam tugasan mereka! Khabarnya Fizz mengadu dengan penerbit, Asia Media Content (AMC) kononnya pengarah berkenaan gagal menyiapkan kerja dengan sempurna.
Gerak PGM yang mengandungi 13 episod, mula bersiaran di TV9 mulai 17 Mac lalu setiap Rabu, jam 9.30 malam selama sejam. Kata sumber sama, Fizz yang memegang watak sebagai Deputi Superintendan (DSP) Haikal juga dilaporkan mengingkari arahan pengarah apabila dia enggan menyarung lengkap pakaian seragam polis marin apabila diminta. Kononnya dia bersikap begitu kerana lebih mengetahui perihal sudut penggambaran berdasarkan pengalaman luasnya dalam lakonan.
Selepas campur tangan pihak atasan polis, khabarnya barulah Fizz mahu menuruti arahan pengarah.
Seperkara lagi menurut sumber dalaman yang terdiri daripada orang sekeliling, Fizz juga dilaporkan tidak mahu menanggalkan cermin mata hitamnya apabila dia dalam pakaian seragam polis marin. Hanya selepas berlaku pertikaian, barulah dia membuka cermin matanya itu.
Justeru, bersama beberapa dakwaan yang disampaikan kepada pihak media, sekiranya benar berlaku, ini jelas menunjukkan Fizz kini sudah jauh berubah berbeza dengan kemunculan awalnya di bidang lakonan apabila tidak menimbulkan sebarang masalah di lokasi penggambaran.
Fizz yang juga finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 kategori Pelakon TV Lelaki Popular tampil merungkai segala tuduhan negatif ketika dia membintangi Gerak PGM. Drama itu turut dibintangi Linda Hashim, Ashraf Muslim, Zul Huzaimy dan Irma Hasmie.
“Saya bukan pelakon utama, sekadar pembantu saja. Jadi, siapalah saya nak mempersoalkan banyak perkara. Perihal pakaian seragam, seluar yang disediakan senteng, baju kecil dan topi tak muat. Tak mungkin saya nak tunjuk sikap diva di set, saya hanya datang penggambaran untuk satu, dua babak saja. Tak ada masa saya nak tunjuk sikap diva.
“Saya dapat skrip, pemahaman kita lain, pengarah pemahamannya lain. Jadi, apabila kita berlakon, kita buat kelainan untuk menjayakan karakter. Saya dah bincang dengan penolong pengarah, kita nak shooting cepat, tak perlu tukar seluar sebab sudut penggambaran hanya nampak badan atas saja, iaitu babak duduk. Kalau nak kata saya persoalkan perkara itu (tak mahu menyarung lengkap pakaian seragam), semuanya sudah dipersetujui.
“Ashraf dan Linda pun tak tukar seluar, nampak atas saja. Kalau nak shooting untuk babak yang nampak semua badan, saya boleh tukar seluar. Kalau saya kata pengarah tak buat homework, itu kerja dia, takkan saya nak mempersoalkan kerja dia. Tak mungkin saya nak jatuhkan imejnya sebagai pengarah. Saya tak pernah cakap begitu. Begitu juga soal cermin mata, saya tak pernah pertikai arahan pengarah.
“Saya hanya datang shooting, call time pun tak bagi, dekat mana, saya nak pakai apa, bawa apa, semuanya tak diberitahu. Pihak produksi memang tak ada sistem. Mereka bagi alasan jadual kelam kabut sebab masalah artis, bagi saya itu perkara lazim. Tapi, kenapa boleh keluar cerita dalam produksi ke pengetahuan pihak media massa?
“Saya hanya mempertahankan diri, saya tak mahu orang pijak kepala saya. Biar kita saling hormat menghormati. Kalau saya menyombong, orang benci, susah saya nak bekerja. Kalau ada pihak bercerita perkara buruk saya, biarlah... dia bayar saya. Tak nak, tak perlu panggil saya berlakon. Bagi saya, kalau tak puas hati, cakap secara berdepan, jangan cakap belakang atau cuba memburukkan saya,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by logy at 4-4-2010 18:44
1087# Yen_Aireena
aku pun suka jugak..... tapi ader satu gambor yg dlm metro ahad tak leh blah...
boleh menyebabkan lelaki terembes....![](static/image/smiley/default/3drool.gif)
...
logy Post at 4-4-2010 06:41 PM ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
a'a.. ade gmbr lg 1 lg sexyy..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|