CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI IX, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 6-11-2010 04:16 PM | Show all posts
Sujud syukur
ustaz Post at 6-11-2010 15:06



   

Alhamdulillah..
Mesti pertama kali sampai di Tanah Suci...
Teringat kat Kakak Ipar semasa bawa dia pi Umrah Tahun lepas..
terkejut juga..
Elok flight selamat mendarat di Airport Jedah...
Dia terus dtg kat saya peluk dan cium tangan saya sambil ucap terima kasih..
Alhamdulillah dapat sampai kat sini..
Kalau nak harap duit gaji sendiri tak tau bila..
Segalanya adalah dgn kehendakNYA..
Lahaula Wala kuwata Illahbillahialanliyilanzim..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2010 04:18 PM | Show all posts
Kita sama2 doakan agar hussain dan keluarga dapat menunaikan haji sebelum sambung belajar.
ustaz Post at 6-11-2010 14:50



  Amin..Amin ya Rabbalalamin ..  
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2010 04:20 PM | Show all posts
Monorel Haji siap untuk mulakan operasi...
ustaz Post at 6-11-2010 15:11



Alhamdulillah...Alhamdulillah..   
Insyallah kita orang dapat menikmati kemudahan ini utk Haji nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2010 04:23 PM | Show all posts
Reply 1067# ustaz


   

Ini mesti penerbangan Haji yang terus masuk ke Mekah..
coz dah berpakaian Ihram dari Komplek Haji lagi..
Alhamdulillah..  
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2010 04:28 PM | Show all posts
Tandas di Mina...

Jemaah Malaysia berkongsi dgn Jemaah Thailand.

Masalahnya... kekadang tu jem ...
ustaz Post at 6-11-2010 16:05



Saya ada dengar cerita dari kawan sama kelas saya belajar (lelaki)..
Tak tau betul ke tidak..
Ada kejadian tandas di Mina tu runtuh..jerlus..
Mati jemaah yg ada dalam tandas tu  ...
Astagfirullahaalanzim..   
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2010 04:32 PM | Show all posts
Reply 1078# ustaz


Semua youtube di atas koleksi Ustaz ke..?
Semua youtube tu Haji pakej ke muasasah...?
Rasanya Haji akan datang ni..saya mungkin ikut Muasasah coz ramai..
Kita orang dekat 10 orang..sekarang tinggal 8..2 dah meninggal aaccident kat Madinah..
Nak tanggung ramai pulak..
Tak taulaa..tengok nanti..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2010 04:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 6-11-2010 16:39

Jazakallah kat CL..PDKM.

Gambar tandas di Arafah..

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2010 04:46 PM | Show all posts
Ada kejadian tandas di Mina tu runtuh..jerlus..
Mati jemaah yg ada dalam tandas tu  ...
aziefa Post at 6-11-2010 16:28


Saya tak pasti jemaah Malaysia.


Tapi tahun lepas memang ada 2 orang jemaah Indonesia mati jerlus ke dalam tandas.
Kisahnya ada 3 orang ni... mereka berebut2 nak gunakan tandas.
Entah macamana, tandas tu runtuh, akibatnya 2 meninggal, seorang masuk hospital gara2 berebut nak gunakan tandas.


Moga ini jadi suatu pengajaran buat kita... ini semua ujian Allah... jangan sampai Allah turunkan musibah angkara perangai tak elok kita. Nauzubillah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2010 04:53 PM | Show all posts
Buat mereka2 yang tak tahu, lantai tandas di Arafah, Muzdalifah & Mina adalah diperbuat dari fibreglass(gantian kaca). Ada lubang dalam tanpa air, kalau jenguk pun tak nampak apa... nampak gelap je. Bau pun takde. Buat mereka2 yang jenis penggeli... tandas tu ok je, tak seteruk seperti yang disangkakan.

Cuma hari2 suasana macam ini:


Tandas lelaki ok lagi... tandas perempuan barisan dia lagi panjang pasal orang perempuan lama sikit di tandas.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2010 04:57 PM | Show all posts
Satu lagi perkara menarik adalah masa bercukur... saya cukur awak, awak cukur saya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2010 05:02 PM | Show all posts
Seperkara menarik adalah semasa kelambu kaabah diganti. Ketika itu para jemaah tengah berwukuf di Arafah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2010 06:55 PM | Show all posts
Reply 1088# ustaz


   
Moga ini jadi suatu pengajaran buat kita... ini semua ujian Allah... jangan sampai Allah turunkan musibah angkara perangai tak elok kita. Nauzubillah


Nauzubillah...
Dugaan utk mendapat Haji Mabrur..
Kena banyak bersabar..dan sentiasa beristighfar..
Minta Allah pelihara diri kita..
"Ya Allah KAU peliharalah segala urusan kami..
Jangan KAU serahkan pada nafsu kami walau sekelip mata sekalipun"
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2010 08:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 6-11-2010 20:40

INFO HAJI

90 peratus jemaah haji M'sia wajib bayar dam
Nov 2, 10 2:18pm  

Kira-kira 90 peratus daripada 26,000 jemaah haji Malaysia yang memilih mengerjakan ibadah haji Tamattuk pada musim haji ini dikehendaki membayar dam mengikut syarat-syaratnya.

Pengurus Besar (Bimbingan) Lembaga Tabung Haji (TH), Tengku Aziz Raja Abdullah berkata dam yang wajib dibayar itu ialah dengan menyembelih seekor kambing atau satu pertujuh bahagian seekor lembu.

"Jemaah haji boleh memilih dengan membayar sebanyak 350 Saudi Riyal (SR) untuk seekor kambing iaitu mengikut harga pasaran, bagi seorang.

TH cuma memberikan perkhidmatan yang boleh diwakilkan kepadanya mengikut Ju'alah (wakil yang dilantik)," kata Tengku Aziz kepada pasukan media TH yang membuat liputan Musim Haji 1431 Hijrah.

Beliau berkata TH menawarkan perkhidmatan bayaran dam di kaunter kewangannya di Mekah dengan memotong dari akaun simpanan atau membayar tunai bagi memudahkan
jemaah haji tidak perlu bersusah payah menguruskannya sendiri.

"Sebenarnya ada lima kategori jemaah yang mengerjakan haji Tamattuk tetapi tidak dikenakan dam.
Antaranya ialah mereka yang mengerjakan umrah dalam musim haji dan dia keluar dua marhalah (91 km) dari Tanah Haram atau lebih untuk berniat haji dan kemudian masuk semula ke Mekah untuk menunaikan haji," katanya.

Menurut Tengku Aziz jemaah haji tidak dipaksa mewakilkannya kepada TH dan boleh menguruskannya sendiri kerana perkhidmatan tambahan ini disediakan bagi membantu mereka yang sukar mencari kambing dan menyembelihnya.

Haji Tamattuk ialah jemaah haji yang menunaikan umrah dahulu dalam bulan haji dan kemudian mengerjakan haji pada tahun hijrah yang sama. Haji Qiran, jemaah haji mengerjakan umrah dan haji secara serentak dan mereka dikenakan dam.

Kira-kira 10 peratus lagi jemaah Malaysia yang mengerjakan Haji Ifrad iaitu menunaikan ibadah haji dahulu dan mengerjakan umrah kemudian tidak perlu membayar dam, kata Tengku Aziz.

Menurut beliau lazimnya pelaksanaan dam dijalankan setelah tamat musim haji oleh pejabat Konsul Haji Malaysia di Jeddah dan daging akan diagihkan kepada fakir miskin di Mekah.

"Saya harap jemaah akan mewakilkan pembayaran dam kepada TH supaya mereka dapat mengerjakan ibadah dengan tenang. InsyaAllah kami akan melaksanakan amanah ini dengan sebaik-baiknya," kata Tengku Aziz.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2010 09:06 AM | Show all posts
insyaallah hari nie akan berangkat.....
moga2 dimudahkan segala urusan dan kami semua sihat walafiat
semoga mendapat haji mabrur...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2010 11:07 AM | Show all posts
insyaallah hari nie akan berangkat.....
moga2 dimudahkan segala urusan dan kami semua sihat walafia ...
welds Post at 7-11-2010 09:06



Assalamualaikum welds,

Selamat berangkat ke tanah suci.....

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan , selamat dalam perjalanan, dikurniakan kesihatan yang baik
untuk beribadah dan kembali dengan haji mabrur kepada welds dan seluruh muslimin dan muslimat yang akan mengerjakan Rukun Islam yang Kelima....
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2010 11:24 AM | Show all posts
Post Last Edit by ustaz at 7-11-2010 11:29

Salam welds...

Selamat berangkat ke tanah suci...

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan , selamat dalam perjalanan, dikurniakan keafiatan untuk beribadah dan kembali dengan haji mabrur...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2010 11:37 AM | Show all posts
Reply  ustaz
Semua youtube di atas koleksi Ustaz ke..?
Semua youtube tu Haji pakej ke muasasah atau pakej ...
aziefa Post at 6-11-2010 16:32




Semua koleksi youtube adalah dari koleksi dari pelbagai orang. Tapi pada tahun 2007 di mana Jamrah belum siap sepenuhnya masa tu.


Ini video tahun lepas pula, jamrah dah siap sepenuhnya.  




Beza antara pakej dan muasassah... di Arafah dan Mina tidur atas carpet, takde tilam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2010 11:55 AM | Show all posts
Saya ada dengar cerita dari kawan sama kelas saya belajar (lelaki)..
Tak tau betul ke tidak.. ...
aziefa Post at 6-11-2010 16:28



Salam. masa saya pergi tahun 2007 mmg ada kejadian ni, 3 org serentak masuk dlm tandas. tak ingat indonesia ke thailand. tandas jerlus. ada yg meninggal. jemaah malaysia pun ada meninggal di mina masa ni, dlm khemah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2010 01:35 PM | Show all posts
Pada 2007 di Mina juga ada lagi cerita kematian.

Masa tu awal pagi, ramai tak bangun lagi. Saya ke tandas untuk menyiapkan diri untuk subuh. Sampai je ke tandas ada bunyi seorang wanita menangis teresak2, kuat pulak tu. Dari khemah jemaah Thailand. Pagi tu saya tanyalah ada bunyi orang nangis kat khemah dekat tandas. Ada org kata malam tu di terowong muassem blackout kejap. Jemaah panic dan ada yg mati kena pijak. Saya pun tak pasti kesahihan kisah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2010 11:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by Rosputih at 7-11-2010 23:57

border=0 />

Assalamualaikum semua,

Ketika menuju ke Hijir Ismail untuk solat sunat, bila berada terlalu hampir dengan Baitullah,  melihatkan keadaan mengizinkan, terdetik di hati untuk merakamkan gambar Baitullah dari jarak dekat untuk tatapan bersama.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.086741 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list