dah ada ke belum?
“Jangan Main-Main Joy Revfa” - Hafiz Hamidun Beri Amaran[size=0.688em]Diterbitkan: Khamis, 14 September 2017 12:00 PM
[size=0.75em]Hafiz Hamidun tetap curiga dengan perkahwinannya manakala Joy Refva pula bertegas perkahwinan mereka sah. FOTO: Mohd Al Qayum Azizi
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]SHAH ALAM: Penyanyi Hafiz Hamidun memberi amaran agar isterinya, Siti Arifah Mohd Amin mengambil serius terhadap permohonan faraq nikah (perpisahan sementara) difailkan wanita itu di mahkamah. [size=0.98em]Hafiz, 33, berkata, sikap sambil lewa Siti Arifah atau Joy Revfa, 30, terhadap kes itu menyebabkan banyak masalah timbul sehingga mengelirukan keadaan. "Sebenarnya kes ini boleh diselesaikan dengan cara baik tetapi dia memilih untuk memfailkan di mahkamah. "Apabila dia pergi ke mahkamah dan buat sidang media jadi saya akur dan perlu ikut saluran undang-undang juga.
"Tetapi saya bagi amaran! Jangan main-main! Kejap kata nak selesai dengan baik, tiba-tiba failkan di mahkamah. Sekejap tidak mahu datang, tiba-tiba muncul. "Satu sahaja saya minta daripadanya agar serius mengenai kes yang dia sendiri bawa ke mahkamah walaupun dia tegaskan pernikahan kami sah," katanya.
[size=0.938em][size=0.75em]Hafiz Hamidun (kiri) mahu kes ini selesai segera.
[size=0.98em]Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menangguhkan permohonan faraq nikah difailkan Joy terhadap Hafiz pada 18 Ogos lalu. [size=0.98em]Peguam syarie, Aznir Suhaida Dolah yang mewakili Joy memaklumkan anak guamnya mempunyai kes permohonan pengesahan pernikahan dengan suami terdahulu iaitu Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini. [size=0.98em]Hakim Syarie, Muhamad Hisyam Zakaria, menetapkan 9 November depan untuk sebutan semula kes tersebut. [size=0.98em]Dalam pada itu, Hafiz berkata dia tidak pernah berasa menyesal dengan apa yang berlaku sebaliknya menggangap ia satu proses pembelajaran buatnya dan tauladan buat masyarakat. [size=0.98em]"Tiada apa yang ingin saya malu atau kesalkan apabila perkahwinan kami menjadi buah mulut sebaliknya berasa positif dengan apa yang berlaku.
[size=0.938em][size=0.75em]Joy Refva hadir bersama peguamnya ke mahkamah. FOTO: Mohd Al Qayum Azizi.
[size=0.98em]"Banyak yang saya belajar dan apa yang berlaku diharap juga dapat menjadi tauladan kepada orang lain," katanya. [size=0.98em]Saya Tetap Yakin Nikah Sah! – Joy Refva [size=0.98em]Sementara itu, Joy ketika ditemui di mahkamah yang sama pula memberitahu dia tetap dengan pendiriannya bahawa perkahwinan bersama Hafiz adalah sah. [size=0.98em]Bagaimanapun, Joy memilih untuk mengunci mulutnya mengenai kemelut rumah tangganya kerana menghormati mahkamah. [size=0.98em]"Tiada apa yang boleh saya katakan kerana kes pun sudah berjalan dan biarlah mahkamah menentukan segalanya. [size=0.98em]"Tetapi saya tetap dengan pendirian bahawa perkahwinan kami adalah sah," ujarnya. [size=0.875em]Tags / Kata Kunci:
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... Bi8LOAEBkvDZq57Y.99
|