|
[MERGED] Pengalaman menghantar anak ke sekolah cina
[Copy link]
|
|
faralina, biasanya cikgu tadika akan buat pemerhatian dan bagitau kita samada anak bersedia masuk sjkc atau tidak. Kita kena rajin berbual dengan cikgu tanya perkembangan anak. Apa kelemahan atau kelebihan anak. Ada anak cepat menghafal, cepat dapat karakter Cina tapi pendiam, tak mau berbual. Ada anak tak seberapa akademik, tapi cepat berkawan dan cepat menguasai bahasa pertuturan. Ada yang boleh kuasai keduanya, dan ada yang tak mahu langsung seperti anak kedua saya. Kalau kes terakhir tu barulah kita risau anak tak boleh masuk sjkc, bagi kes yang lain insyaaallah anak boleh teruskan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya ada 5 anak, 4 masuk sjkc, sorang je tak masuk sebab tak boleh bawa masa tadika. Tapi alhamdulillah dia pula yang cemerlang bahasa Arab, dan atas usaha sendiri, dia masuk kelas bahasa Jepun pula. Rajin dia mengulangkaji simbol2 bahasa Jepun. Kata Aisyah, bahasa Jepun ada 3 sistem tulisan, dan satu darinya ambik dari tulisan cina. |
|
|
|
|
|
|
|
faralina04 replied at 6-3-2017 03:26 PM
next year anak saya year1..masuk sjkc yak chee... mcm2 perasaan skrg ni..takut ade risau ade smpai m ...
saya tgh survey kindy utk anak bongsu ni. abg2 dia both pg Genius Aulad. tp utk si bongsu ni nak masukkan dia ke SJKC. Qdees ok ke utk prepare mandarin dia? |
|
|
|
|
|
|
|
sama la.. pernh gk cita2 nk msukan anak skola cina tp mcm xmampu je.. sbb mmg kena tough skit kan dri segi masa, mkn dan belajar... lgpun ioulss ni bekerja so mcm sush lak nk pantau.. nk g office pun dri rumh dah 40mnt baru sampai.. lg nk uruskan ank2 rse mcm xterkejar...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak tanya otai2 sini.. betul ke kalau nk masukkan anak sekolah cina darjah satu ada syarat kena masuk tadika cina dr umur 5 tahun? Maksudnya kalau i masukkan anak umur 6 thn sekolah tak terima? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aurorae at 21-8-2017 08:09 PM
ramai juga di sini yang masukkan anak2 ke tadika cina bermula 6 tahun, sebab masih tak pasti nak masuk SJKC atau tak sebelum ini. Kita lebih kenal anak kita. Kalau nampak macam dia boleh belajar dengan cepat dan boleh sesuaikan diri dengan suasana baru dengan mudah, takde masalah nak bermula dari umur 6 tahun. Anak pertama saya sempat masuk tadika cina 6 bulan sahaja, di akhir tahun cikgu tadika akan nilaikan samada dia bersedia atau tidak untuk masuk sjkc. Jadi saya teruskan sebab cikgu kata dia boleh buat.
Kalau cikgu kata anak kita tak mampu untuk masuk sjkc, jangan degil dan paksa anak kita masuk juga, sebab nanti dia yang tanggung dan boleh jadi depressed.
4 orang anak saya masuk sjkc, cuma seorang sahaja tak masuk selepas kami buat perbincangan dengan cikgu. Dia memang nampak depressed even masa di tadika lagi. Bila tukarkan ke tadika Islam, terus bersemangat dan jadi aktif di sekolah.
|
|
|
|
|
|
|
|
aurorae replied at 21-8-2017 08:05 PM
ramai juga di sini yang masukkan anak2 ke tadika cina bermula 6 tahun, sebab masih tak pasti nak ...
Tq sis aurorae di atas pencerahan. Decide nak hantar dia tadika cina next year masa umur dia 5 tahun. Sekarang ni dia di tadika brainy bunch. Cuma ada sedikit kerisauan takut dia lupa pasal doa2 harian & zikir yang di pelajari di tadika lama walaupun kat rumah mmg ajak dia solat sama2 & dedahkan dia sikit2 zikir harian. Sis dulu ada ke ambil ustazah ajar di rumah or ajar sendiri di rumah bab2 agama ni? |
|
|
|
|
|
|
|
SooAh, tak kira sekolah mana anak kita pergi, sebenarnya cara hidup di rumah dan cara ibubapa didik anak banyak pengaruhi karakter anak tu nanti. Jangan berhenti ajar dia tentang agama di rumah, solat subuh dan maghrib bersama2, baca Iqra dan Quran lepas maghrib. Ajar satu ayat atau satu benda satu hari pun takpe, asalkan berterusan. Yang lain2 macam doa tu boleh baca masa kita buat benda tu, contohnya masa naik kereta minta anak2 baca ramai2 doa naik kenderaan.
Semasa anak2 umur tadika, selain tadika cina, kami masukkan ke kelas fardhu ain sahaja di tadika islam. Kelas fardhu ain biasanya pada pukul 3-5 pm. In between, kami letakkan di transit untuk rehat tidur dan makan tengahari. (boleh pilih nak transit di tadika islam atau di tadika Cina).
Masa sekolah rendah, sebelah petang hantar anak ke sekolah agama, 2 atau 3 jam sehari. Transit kami letak di tadika Cina, jadi ada cikgu untuk tolong dia siapkan homework esp bahasa Cina. Homework lain2 kalau masih belum siap, boleh sambung di rumah. Kena pastikan van sekolah ambil dan hantar dia ke tempat2 yang betul tu tiap2 hari. Saya memang call cikgu cina di transit tiap2 hari untuk pastikan anak dah pergi sekolah agama tau belum. Anak2 memang penat, sekejap je masa rehat dia. Sebab tu kalau susah cara macam ni, ambil ustazah datang ke rumah pun baik juga. 2 kali seminggu untuk ajar perkara2 basic yang kita pun tak reti ajar macam quran, tajwid dan fekah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Top Languages Employers Want You to Know
Not surprisingly, increasing your career prospects is one of the best aspects of speaking several languages. With worldwide trade ever on the increase, being multilingual is one of the best ways to give yourself an edge in the business world – employers are much more likely to hire you if you are able to communicate with their foreign partners in their native language.
Naturally, the best languages to learn for getting hired, vary from country to country and industry to industry. While taking a look at a list of your country’s main trade partners might give you an idea of what employers would be most interested in, there are certain languages that can help you in nearly every business sector.
1.Mandarin
With China’s influence on world economy rising by the year, speaking Mandarin is one of the best ways you can remain competitive through the changing business climate. The country is already the second-biggest economy in the world and, although it has a lot of catching up to do, China is projected to overtake the current leader – the United States – by around 2030.
Although the Chinese speak hundreds of different dialects, Mandarin is the official language and spoken by around 1 billion people. Although it is often considered one of the hardest languages for native English speakers, learning Mandarin is an investment that will pay off in the long run.
2. English
While China might be gaining ground, the United States and the Eurozone still lead world trade and these regions are very much English-centric. English is also the lingua franca around the wor
ld and used for international business communication more often than not. Even in non-English speaking countries, many of the international corporations use the language in their day-to-day communication.
The only reason why English isn’t at the top of this list, is its wide prevalence – while knowing English is almost mandatory in international business, it is so common that speaking it will not give you much of an edge.
3. Arabic
Knowing Arabic will open many doors if you’re looking to do business in the Middle East. Naturally, this language is especially important for the petroleum industry and diplomats, but Arabic is also the official language of many of the emerging economies around the world. Additionally, the oil-rich Gulf countries are currently investing heavily in transport and construction, leading to numerous lucrative opportunities in the region. All of this means that the possibilities this languages grants are only increasing.
Unfortunately, Arabic is also notoriously difficult for English-speakers but the benefits of learning it will definitely outweigh the costs. As there is a demand for Arabic-speakers that is currently not being met, knowing this language will greatly increase your career prospects. Although Arabic-speaking countries have widely different dialects, knowing Modern Standard Arabic is a great starting point for business.
4. Spanish
Behind Mandarin, Spanish is the language with the second highest numbers of native speakers, uniting most nations in Central and South America. More importantly, in many of these countries, English is not widely known. So, if you are looking to do business in Latin America, speaking Spanish is vital. In addition, it is also the biggest minority language in the United States – with the exception of only seven states, Spanish will be the most common second language you’ll come in contact with throughout the country.
The good news for prospective learners is that Spanish is a relatively easy language. You will find a lot of the vocabulary similar, or at least recognisable, and, unlike number one and three on this list, Spanish uses the Latin alphabet, is completely phonetic, and does not present many challenges in pronunciation.
5. French
Sadly, French has fallen from grace in the last couple of centuries. It used to be the uniting language of European aristocracies and the go-to diplomatic language of the world until English took over. Nonetheless, French is still spoken by over 75 million people and is the official language in some the most important international organisations, such as the European Union, NATO, and OECD.
One of the reasons French is expected to remain important in the world is that it is also widely spoken in Africa, due to the long history of colonisation. With many African countries on the list of the fastest growing economies (and populations), French can be the natural gateway into this region for people who feel less up to the challenge of learning Swahili or Arabic.
6. Japanese
With one of the biggest economies in the world and a notoriously reclusive culture, knowledge of Japanese is a must if you’re looking to take advantage of the opportunities this high-tech country offers. Japan leads the world in robotics and scientific advancement but due to the complicated language, the demand for Japanese speakers far outreaches the supply.
With the Japanese population expected to shrink, the country faces some tough decisions going forward and, while it has been reluctant to accept much immigration in the past, this policy might be forced to end. If and when that happens, knowing Japanese will open many doors in this advanced and innovative nation.
Conclusion
While the most beneficial foreign language to learn might depend on which country and what sector you are working in, there are some choices that can open doors across the globe. Focusing on languages with a high number of speakers and promising business opportunities will definitely help to keep you competitive in the global economy.
https://www.lingholic.com/top-la ... s-want-you-to-know/
Author bio: This post was written by Liisi – a language enthusiast herself, she is also the co-founder and marketing whiz at Teacher Finder – a platform that helps language lovers find private teachers quickly and easily. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tahu di negara China, bahasa kebangsaan iaitu Mandarin dikenali sebagai Putonghua.
Patutlah masa kami dapat customer China pertama dulu, kami tanya, dia boleh berbahasa Mandarin tak? Dia tanya balik, apa itu mandarin? Dia tak faham apa kami cakap. Tapi bila Sarah cakap mandarin dengan dia, boleh pula berkomunikasi. Maknanya dia tahulah berbahasa mandarin, cuma dia guna nama lain. Yang kelakarnya bila kami tanya apa bahasa yang dia guna ketika tu, dia cakap bahasa Cina. Aduhh... taulah bahasa Cina. Bila kami kata bahasa yang dia guna itulah mandarin, dia masih lagi tak faham atau tak dapat terima.
Tak lama kemudian, semasa rajin surf suratkhabar South China Morning Post, barulah dapat tahu, di negara China, mereka panggil bahasa kebangsaan mereka sebagai Putonghua, bukan mandarin.
Putonghua ini basicnya dari dialek utama di Beijing dan utara China iaitu Mandarin.
Macam bahasa kebangsaan Indonesia dinamakan bahasa Indonesia, tapi asasnya diambil dari bahasa Melayu. Begitu juga bahasa kebangsaan kita diambil dari dialek Melayu Johor-Riau yang lain bunyinya dari melayu utara dan pantai timur.
Hampir semua kaum Cina di Malaysia berasal dari selatan China, jadi dialek mereka lain seperti Hokkien, Cantonese dan Hakka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aurorae at 29-6-2018 02:04 PM
Ingat lagi tak anak ke3 saya bernama Sarah? Sarah dah berusia 17 tahun, kini bersekolah di Sydney. Sarah baru aje berjaya masuk state level pertandingan Chinese Recitation ( non-Chinese category).
Dah 5 tahun Sarah tinggalkan sekolah Cina, jadi banyak yang dia sudah lupa dan sebutan Cinanya sudah agak pelat. Tapi masih boleh difahami agaknya sebab tu terpilih masuk state level pula. Sebelum ni Sarah practise sorang2 kat rumah, hopefully lepas ni cikgu bahasa Cina akan coach dia dan betulkan sebutan2 yang masih pelat. Mudah2an Sarah berjaya ke peringkat seterusnya.
Komen penting yang Sarah dapat ialah sebutannya yang tak berapa tepat. Tapi bila Sarah present depan rakan Cina dari Malaysia, dia komen sebutan Cina Malaysia dan Cina tanah besar memang tak sama. Jadi Sarah kena berlatih bahasa Cina ikut stail tanah besar punya.
update hari ni, 17 Jun 2018, Sarah berjaya menang peringkat negara Australia dan akan ke China untuk peringkat dunia. Insyaallah 9-12 Ogos ni kami suami isteri akan temankan Sarah ke Beijing untuk pertandingan akhir nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru terjumpa thread ni. Akak ada experience dgn 2 anak perempuan ke SJKC. Yg adik tadika seawal 3 tahun di Tadika yg jadikan BC sebagai salah satu subjek. Kakak start 5 tahun di tadika yg sama. Belajar basic menulis & menyanyi lagu cina di tadika. Setahun kemudiantukar ke tadika cina. Masih lagi x berapa dpt kuasai Mandarin. Cuma kalau lagu tu laju je menghafal. Utk lebih memudahkan mereka faham Mandarin, kami masukkan dia mandarin class di MRC. Seminggu 2 kali je class. Disana diajar kejadian characters. Perkataan hujan tu mcmana asalnya. Matahari tu mcmana asalnya. Setiap satu character bahasa Cina mmg ada sejarah. Bila belajar, anak2 ni lebih cepat kenal character & mudah faham. Bila masuk Tahun 1 ke SJKC KongMin, adik & kakak mmg x confident blh survive dlm enviroment gitu. Utk batch kakak, ada hampir 300 org pelajar dan budak Islam hanya 8-10 org saja. Batch adiknya pulak lebih kurang 280org mendaftar dan murid Islam hanya 12 org, lebih ramai dari batch kakak. Fisrt day sekolah, di dewan GB dah pesan.. Kalau anak x blh nak cope dgn kejidupan di sjkc ni, dinasihatkan dipindahkan ke SK. Kalau tak nnt anak2 yg rugi sbb ketinggalan. Anak2 akak mmg risau bila dengar tu. Menangis dlm dewan diam2 sambil peluk Suami akak. Akak pesan anak2 satu je. Berani bercakap dlm Mandarin. Kalau x tahu perkataan yg nak digunakan, tanya laushe.Dan jgn ckp Melayu atau english kecuali semasa matapelajaran tu saja. X sampai sebulan anak2 dah fasih. Kuncinya kita kena yakinkan anak dgn kebolehan mereka utk menguasai bahasa. Masuk tahun 2, anak2 akak dikenali oleh parents classmates diaorg sbb kalau dengar suara aje mmg org akan ingat budak cina yg bercakap tu. Since si kakak mmg muka mcm cina sikit ikut belah akak so mmg org ingat dia cina. Adik pulak ada muka jawa sikit ikut suami akak so org akan jadi sgt impress. Akak dulu fasih berbahasa Jepun dan eornah ke Jepun utk exchange program di sana. Belajar bahasa Jepun so mmg Kanji character tu sama dgn character BC. Situ dah blh bantu anak2 tp sayangnya sebutan mmg berbeza. Nak tak nak akak un terpaksa beli kamus dan akak gunakan utk pantau anak2 buat homework yg bertimbun di rumah. Kadang2 ada juga buat emergency calls kat cikgu MRC diaorg utk minta tolong.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab makanan, kantin sekolah ada juga menjual kuih muih dari penduduk Melayu sekitar kampung tu. Tp yg dimasak didlm canteen mmg Cina tukang masaknya. So, GB pesan elok anak2 dibekalkan makanan utk eaktu rehat. Buat permulaan akak ke sekolah setiap hari pada jam 9pagi dan bawa bekal anak2. Ramai je chinese parents yg mmg buat begitu. Selain kami blh menunggu anak2 keluar utk waktu rehat, murid yg makan makanan sendiri disediakan ruang makan yg lain dan bukan di kantin sekolah. Ada disediakan satu ruang makan istimewa. So yg beli makanan di kantin makan berasingan dari yg bawa bekal. Kat situ dah memudahkan kami sbb x risau anak terbeli makanan yg dimasak oleh non muslim. Selain dpd tu, mmg kami dah latih anak2 utk tidak berkongsi makanan yg dibawa oleh kawan2 non muslim. Cuma kadang2 kalau akak ada masa akak akan sediakan makanan lebih sedikit dan nnt beri kawan2 sekelas anak2 ni makan. Berlainan bekas dari anak akak. Air oun akak x benarkan diaorg kongsi dgn non-muslim. Ni antara perkara yg suami akak awalnya x setuju akak htr anak2 ke sjkc. Katanya tadika dah cukup. Hampir setahun sblm daftarkan anak ke sjkc tu mmg akak kena justify kenapa akak nak htr anak2 perempuan ke sekolah cina. Anak2 lelaki pula mmg ke sekolah agama private. Alhamdulillah, 7 tahun akak berulang-alik ke sjkc untuk htr makanan waktu rehat & lunch kalau mereka kena stayback. Ttg solat, pelajar Islam blh silat di bilik Agama yg kecil tu. Walau sizenya mmg sesuai utk pelajar yg x lebih 10 org dlm satu masa, selepas kelas terakhir waktu persekolahan, murid2 diajar utk susun kerusi meja di tepi bagi memberi ruangan utk mereka solat. Alhamdulillah. |
|
|
|
|
|
|
|
Tentang bab agama, selain didikan dirumah, anak2 juga menghadiri kelas KAFA dan cemerlang dlm UPKK. Akak rasa time management tu sgt penting. Dan priorities kena betul. Alhamdulillah di kawasan perumahan kami ada sekolah KaFA 2 sessi. Semasa anak2 lower primary di SJKC bagi sessi petang, mereka attend KaFA waktu pagi. Habis KAFA jam 10:30, balik rumah mandi, makan dan bersiap utk ke sjkc sessi petang. Jam 12 tghari diaorg dah duduk di dewan sekolah dan membaca buku. Di sekolah tu mmg tak ada kelihatan budak merayau atau bermain2 bila sampai sekolah. Peraturan dibuat dan dikuatkuasakan dgn tegas. Ada seorang dua cikgu yg bertugas sambil pegang rotan didepan. Tp biasanya anak2 akak antara yg terawal sampai disekolah dan cikgu pun x sampai di dewan lagi. Tp akak mmg seronok tgk suasana di sekolah tu. Baik waktu sblm kelas bermula atau selepas habis waktu sekolah, mmg tak ada murid lari2 x tentu arah. Kalau berjalan naik ke kelas pun elok je dlm barisan dan dlm keadaan berjalan. Tp bukan jalan berlenggang kangkung. Jalan pantas. Murid2 dididik akan kepentingan masa. Tp biasa la.. ada juga beberapa ekrat murid terejal dimana2 pun tp x seterejal murid SK. Akak berani ckp sbb akak dulu pun seorang guru sekolah rendah Mmg bab disiplin sgt berbeza.
Berbalik kpd didikan agama.. Since kami mmg beratkan kedua2 sjkc & KAFA, semasa anak2 dlm Tahun 5, awal2 tahun tu akak dah buat surat dan jumpa laushe serta GB dan minta anak2 dikecualikan dari sebarang aktiviti koku sepanjang tahun supaya mereka blh concentrate utk UPKK. Alhamdulillah, walau ada sedikit arguement dari pihak sekolah ttg mana lebih penting, mereka setuju dgn permohonan kami. Anak2 dikecualikan dari aktiviti koku selepas sekolah dan Alhamdulillah yg kakaknya berjaya dgn 7A1B(B=Bahasa arab) dan adik scored 8A’s. Gb dan cikgu2 pun turut berbangga.
Lupa nak inform. Selain KaFA, anak2 juga dihantar ke kelas tahfiz pd hujung minggu dan semasa cuti sekolah. Tuition tambahan akademik mereka hanya di MRC utk Bahasa Cina kekal sebanyak 2 kali seminggu sahaja. Waktu cuti sekolah, akan dimasukkan kelas intensif Sains & Maths in mandarin. Diaorg x masuk kelas art, music, kumon ke apa tu semua. Kami masukkan yg perlu sahaja.
So, Alhamdulillah.. anak2 meninggalkan SJKC mereka dgn keputusan yg cemerlang dan menjadi kebanggaan SJKC KongMin. Selepas UPSR, mereka ke SMK dan ambil mata pelajaran Bahasa Arab pula.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pd akak bagusnya SJKC KongMin ni ialah cara mereka mendisiplinkan anak2 murid mmg tip top. Cara belajar pun lain di sjkc ni. Cara menghormati ibu bapa pun lain. Bkn semua product mereka jadi tip top tp majoriti mmg elok disiplin dan berani bersuara dgn cara yg sesuai.
Masalahnya bila anak2 akak ke SMK ialah Matematik dan disiplin budak2 dari SK. Sikap suka berebut, berlari walau dah sekolah menengah, mengambil harta org lain sesuka hati tu sgt diaorg x suka. Sbb selama di sjkc kalaua da yg ambil harta org, mmg zas kena rotan. Kalau berlari dan berebut, sebatu dah kena jerit dek cikgu sambil cikgu buat libas2 rotan. Bila kelas Matematik, anak2 ni cepat dpt solvekan tp masalahnya bila cikgu suruh ke depan dan terangkan jalan penyelesaian kpd seluruh kelas. Mmg diaorg explain dlm bahasa Cina je walau sorang oun x faham apa yg diaorg explain tu.. Indirectly, satu kelas seronok sbb dpt dengar anak2 akak ckp bahasa cina.
Alhamdulillah mereka cemerlang di sMK juga dan sampai la ni masih diingati oleh juniors sebagai kakak2 legend sbb satu2nya adik beradik yg berbahasa cina piaw di sekolah tu.. Skrg ni si kakak tgh menanti utk panggilan ke uni utk buat degree. Asasi pun baru habis sebulan lepas. Adik dlm Form 5 dan akan ambil sPM tahun ni. Dan mereka masih menulis dan berkomunikasi dlm BC sesama sendiri ataupun di sekolah. Yg sedihnya budak2 cina sendiri ramai yg x tahu nak converse in Mandarin. Nak tulis jauh sekali. Dan anak2 akak pula yg ajar kawan2 cina diaorg. Lagi satu, bila ada kelebihan BC ni, ianya jadi ice breaker dgn org baru..
Bagi yg nak masukkan anak ke sjkc, plan well & will need more sacrifice than ke SK. Anak2 in syaa allah akan lebih kuat survivalnya di kemudian hari. As for zaman anak2 akak tu, satu kali tak siap homework, terus cikgu call parent! q. Yg si kakak x suka menulis tp mmg hantu membaca.. Bila ada homework yg kena salin2 karangan ni mmg tulisan dia cakar ayam. Bkn x dibentuk tp dah pelbagai cara akak dan suami buat, masih gitu. So, akak biasa la dipanggil ke sekolah sbb tulisan dan sekali tu sbb x siapkan karangan. Alasan si kakak, penat tulis dari pagi sampai ke tengah malam |
|
|
|
|
|
|
|
Satu nasihat akak kpd yg nak htr anak2 ke sekolah Cina ni, niat tu kena betul. Tindakan pun kena betul juga. Maksud akak kalau anak x blh nak cope di sekolah, baiklah tukar ke SK. Kalau tak nnt anak2 akan ketinggalan sbb x blh cope.. Dan ada yg x blh tahan dengan bebanan kerja sekolah di sjkc ni.. Mmg banyak homework setiap hari. Kalau cuti sekolah, dia ounya homework tu dah blh pinjam karung hadiah santa claus dah! Kesian diaorg. Kita la yg kena beri sokongan dan motivate supaya diaorg x give up. |
|
|
|
|
|
|
|
Akak mmg berharap anak2 sambung terus ke sekolah cina bila masuk menengah tp disebabkan dlm daerah kami hanya ada satu je SMjkc dan sekolah tu pun GB x recommend, tu yg masuk ke SMK. Dan masa tu budak sjkc ni masih x layak mohon waima ke sekolah kluster sekalipun tp akak pergi jumpa kerani di PPD, then pergi ke bahagian sekolah menengah dan akhirnya jumpa Pengarah sbb akak sgt memilih sekolah anak2 ni. Nak masukkan dlm kluster je oun dah hazab masa tu.. Mohon utk MRSM, depan mata anak akak borang dia digumpal dan dicampak ke dlm tong sampah. Yg Adik pulak terpkasa daftar ke sekolah SMK biasa dulu dan buat rayuan. Barulah dpt ke sekolah pilihan akak & suami. SMK yg adik hadiri tu, masa awal tahun tu ada kes budak terjun dari tingkat 3 dan mati disitu juga! Nasib baik akak berjaya pindahkan dia ke sekolah yg mmg pilihan tu. Walau kurang disiplin budak2nya tp at least tiada pernah ada kes student bunuh diri kat sekolah. Paling2 budak lelaki bergaduh bertumbuk belakang kuarters guru yg tidak berpenghuni tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
terimakasih kak Leen sudi share pengalaman, banyak yang boleh dipelajari.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aurorae at 1-10-2018 07:24 PM
Anak ketiga saya Sarah terpilih jadi MC di Chinese Festival di Sydney. Festival ni disertai sekolah2 rendah dan menengah di Sydney. Sarah komen, sekarang barulah dia faham kenapa kami masukkan dia sekolah cina. Peluang dia terbentang luas dibandingkan budak2 lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak saya tahun depan umur 5 tahun. sekarang dia tadika di genius aulad. saya cadang nak hantar dia sjkc nanti bila darjah 1. so ingat tahun depan nak hantar ke qdees. tapi ayahnya tak setuju, sebab dia cakap anak saya dah selesa di genius aulad sekarang ni, n anak saya pun pelat. takut dia xleh cope tetibe nak belaja bahasa lain pulak..
n ayah dia pun cakap nanti takut kami xboleh commit dari segi masa or kewangan ke ape. sebab ayah dia jenis xsuka bagi anak tuition2 ni kalau kecik lagi sebab saya ada cakap kalau hantar anak tadika cina, kita kena bagi tution la kan sebab kita nak ajar pun xreti.
suami saya mix melayu india cina, tapi dia hanya boleh berbahasa melayu je sebab famili dia tak nak ajar bahasa lain di rumah. saya pulak nak anak saya bahasa lain dan environment lain sikit.
hmmmmm dilema2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|