|
LOVE YOU MR ARROGANT ISTANA 33 (TAHNIAH LYMA DRAMA PILIHAN DFKL!)
[Copy link]
|
|
naimhana posted on 26-2-2014 12:13 AM
tudiaaa juyahan kaka zuri..
iols rs dia jwb memain mcm korang ckp td tu...ohbulan tu luruss pla ...
khennn ohbulan tu lurus...xkenal perangai abam yg sengal...padan muka abam..nak sengal sangat kan dah kena quote cenggitu
seronok weols bahankan borang J tu
|
|
|
|
|
|
|
|
aincomey posted on 26-2-2014 12:16 AM
khennn ohbulan tu lurus...xkenal perangai abam yg sengal...padan muka abam..nak sengal sangat kan ...
Hishh...bdk2 ni ngetag LU dgn citer lapok..x tau ker kiter bulletrain...dpt citer msih panazz jerr..
|
|
|
|
|
|
|
|
OSEMMM posted on 26-2-2014 12:23 AM
Hishh...bdk2 ni ngetag LU dgn citer lapok..x tau ker kiter bulletrain...dpt citer msih panazz jerr ...
sapa yg ngetag tu osemm?
kt fb lymalovers tu..teampengamin sakan punya dok ada. x kaber langsung dah..berbulu la momia
|
|
|
|
|
|
|
|
OSEMMM posted on 26-2-2014 12:23 AM
Hishh...bdk2 ni ngetag LU dgn citer lapok..x tau ker kiter bulletrain...dpt citer msih panazz jerr ...
tau xper...dok ngetag abam nyanyi...itu dah lama...dorang igt kiter xtau kot..padahal itu zaman kiter buta ig lagi (zaman konpius twitter dgn IG kekdahnye ) |
|
|
|
|
|
|
|
aincomey posted on 26-2-2014 12:06 AM
uolss punye speku 2 2 tu iols setujuk
1.dalam2 xhadap populariti...tapi suke org dok ngendeng k ...
jahhh..xde maknanya indirectly nak bagi tau kaka heols single...hahaha..tak tahu kenapa instinct iols macam konpiden je abam kaka in a relationship...lebih specific ..in a SECRET relationship...in a secret relationship at least sampai orang dah lupa abam pernah couple dgn momia..
kalau tgk ke ig momia tu..mcm momia tau something yg kita tak tau ..ataupun something yg kita pernah speku tapi takde hitam putih .so xtaulah benda yg kita speku tu betol ke tak..
hehe..iols selalu percaya orang boleh tipu dengan mulut tapi tak boleh menipu dengan pandangan mata .& tulah yg abam kaka dah lakukan masa dramafest..huhu..penat kita speku,entah2 baju sedondon tu memang diaorang dah plan..kalo tgk kt red carpet...abam ckp,saya suka sgt dgn baju saya ni...lebih krg cenggitulah..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
pauliza posted on 26-2-2014 01:14 AM
jahhh..xde maknanya indirectly nak bagi tau kaka heols single...hahaha..tak tahu kenapa instinct i ...
Ko jahhh..klu speku bt hati iols berbunga2....
|
|
|
|
|
|
|
|
aincomey posted on 26-2-2014 12:29 AM
tau xper...dok ngetag abam nyanyi...itu dah lama...dorang igt kiter xtau kot..padahal itu zaman ki ...
Tp baguss jg theyols ngetag LU...mna tau satu hr ada yg ngetag tunjuk poto abam n gf baru....haaaa kauuuu....
|
|
|
|
|
|
|
|
OSEMMM posted on 26-2-2014 06:21 AM
Ko jahhh..klu speku bt hati iols berbunga2....
Hahaha..aku mcm konpiden je jah kan??silap haribulan ada wartawan msk sini & cedok bulat2.habislah.haha
Iols buat speku ikut pandangan mata diaorang & bahasa badan diaorang yg nmpk obvious sgt skrg ni.hahaha..x dapat cover2 dah |
|
|
|
|
|
|
|
OSEMMM posted on 26-2-2014 06:24 AM
Tp baguss jg theyols ngetag LU...mna tau satu hr ada yg ngetag tunjuk poto abam n gf baru....haaaa ...
Hahaha..sumpah pengsan wei kalo diaorg tag gmbr gf abam.huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Perghhh jahkeri semua...haha..bertabahlah dgn abam kesayangan weols..."saya sedang menilai beberapa calon " ...haha..tak menahan statement .kellas!!ayat ala ala hot stuff sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Paper berita harian.iols terpaksa besarkan mata baca di fb lyma.hehe |
|
|
|
|
|
|
|
pauliza posted on 26-2-2014 07:53 AM
Perghhh jahkeri semua...haha..bertabahlah dgn abam kesayangan weols..."saya sedang menilai beberapa ...
abam feferling penemuduga nk ambik org masuk keje"....
adoiii...tak bole la stetmen abam yg kuat berangan ni... gamaknya anak dara kt mesia ni sumer nk heols jd calon suami... |
|
|
|
|
|
|
|
pauliza posted on 26-2-2014 07:55 AM
Paper berita harian.iols terpaksa besarkan mata baca di fb lyma.hehe
jahhh... tolong kopipes stetment abam kuat perasan kt BH tu...
aku nk buat bahan kt ig... please jahhh... |
|
|
|
|
|
|
|
aincomey posted on 26-2-2014 12:16 AM
khennn ohbulan tu lurus...xkenal perangai abam yg sengal...padan muka abam..nak sengal sangat kan ...
Selama ni abam jarang diterjah reputzzz...jwb pon sengal mcm biasa laa...haaa sekali reputzz putaq alamm..haaa...padan muko ko ...abammm...jd bahan fan...sukerrr...
|
|
|
|
|
|
|
|
Haha..pi tgk kt ig lyma lover jah.aku baru baca kt situ.jap lg nk pi pasar.nanti aku beli |
|
|
|
|
|
|
|
pauliza posted on 26-2-2014 07:53 AM
Perghhh jahkeri semua...haha..bertabahlah dgn abam kesayangan weols..."saya sedang menilai beberapa ...
Abam nk bt lawak x kena tempat..wakaka...sekali tu br tau langit tinggi rendah...
|
|
|
|
|
|
|
|
OSEMMM posted on 26-2-2014 08:14 AM
Selama ni abam jarang diterjah reputzzz...jwb pon sengal mcm biasa laa...haaa sekali reputzz putaq ...
Dalam BH pun keluar statement sama jah..iols rasa tu interview masa press conference kot..hahaha..iols tetap pegang pada pendirian..abam nak coverline supaya tak nak kena gosip dengan kaka ...& nak cover their SECRET relationship supaya tak terkantoi terlalucepat..sekian yg arif.hujah saya.hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
pauliza posted on 26-2-2014 08:15 AM
Haha..pi tgk kt ig lyma lover jah.aku baru baca kt situ.jap lg nk pi pasar.nanti aku beli
tq in advance..!
|
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum & morning uolss..
nah santapan pagi ni
Formula menjadi
Oleh Muhamad Fairoz Azizan dan Syarrizuan Abdul Rashid
Berbekal rating 4.6 juta penonton yang menjadikan drama Love You Mr Arrogant produk terlaris tahun lalu, pengarahnya, Eoon Suhaini tidak sangsi karyanya muncul Drama Pilihan pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL), Sabtu lalu.
Selama ini, tidak pernah terlintas dalam fikiran Eoon drama itu yang dianggapnya satu percubaan dalam membawa konsep baharu dan `lari' daripada jalan cerita klise, mampu menambat hati penonton.
Eoon menyifatkan kekuatan Love You Mr Arrogant terletak pada skrip dan watak, selain keserasian dua teraju utama, Azlee Khairi dan Zara Zya. Selain itu, pengarah berbakat ini menyifatkan kejayaan drama terbabit berkat doa arwah bapanya.
"Selain watak Zara dan Irham, emosi memainkan peranan penting dalam perjalanan cerita ini. Untuk mencipta karakter Zara, saya memerlukan pelakon yang mampu bermain dengan watak itu hinggalah saya berjumpa Zara.
Pelakon serasi
"Walaupun ada beberapa masalah seperti lokasi kerana kita mahu tempat yang dibayangkan dalam novel, tetapi keserasian dua pelakon terbabit menghidupkan penceritaan.
Saya tidak menyangka, bukan saja diterima peminat novel, malah menambat hati penonton yang tidak pernah membaca novel berkenaan," katanya ketika ditemui sejurus DFKL berakhir di Royale Chulan Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Meletakkan dirinya sebagai pendatang baharu dalam dunia pengarahan, Eoon berkongsi kesusahannya ketika bekerja sebagai kru di belakang tabir hingga menyuntik semangat beliau untuk duduk di kerusi pengarah.
"Saya masih baru dan tak ralat kalau tidak dipilih sebagai Pengarah Pilihan. Kalau menang, saya akan takut dan risau sebab orang akan mempertikaikan kemenangan saya. Jadi, lebih baik saya tidak menang," katanya.
Taktik dedah nombor telefon
Garagara watak Zara, Eoon tidak menyangka ramai yang cuba menghubungi Zara selepas dia menggunakan nombor telefonnya dalam episod pertama drama terbabit.
Bukan saja peminat di Malaysia, malah peminat di Indonesia dan Dubai turut menghubungi untuk bercakap dengan Zara.
Tidak risau nombornya didedahkan kepada umum, Eoon menganggap ia tindakan tepat bagi mendapat maklum balas penonton berhubung keberkesanan drama terbabit.
"Dalam episod pertama, Zara menggunakan satu lagi nombor telefon. Jadi saya tidak tahu nak letak nombor siapa. Saya letak nombor sendiri dan tak sangka, saya menerima banyak panggilan penonton yang mahu bercakap dengan Zara.
"Walaupun pada awalnya saya agak risau, tetapi hakikatnya ia amat bagus untuk saya tahu apa yang penonton mahu dan sambutan terhadap drama ini," katanya.
Fathia tak sangka Terkejut dengan kemenangan sebagai Pelakon Wanita Pilihan, Nur Fathia menganggap kemenangannya itu adalah penangan daripada drama Ariana Rose lakonannya.
Menurutnya, kejayaan pertama itu dianggap hadiah daripada peminat yang menyokong perjalanan kerjaya seninya.
Tidak meletakkan sebarang harapan bagi kategori itu, sebaliknya, Fathia membayangkan anugerah itu menjadi milik Zara atau Nabila Huda. Fathia menyangka kemenangannya adalah melalui drama Dalam Setiap Sujud, bukannya Diandra.
"Ariana Rose sangat membantu dalam kemenangan ini termasuk pementasan teater Bidasari. Dengan kemenangan ini, Fathia nak berehat sekejap sebab sudah lama tidak bercuti dan bersama keluarga serta rakan.
"Kehadiran Fathia dalam industri bukan sebab nak menang atau popular, tetapi mahu menunjukkan bakat dan cuba buat yang terbaik untuk peminat.
"Fathia berlakon sekadar mencari pendapatan sampingan. Fathia tak fikir akan demand atau meletak harga tinggi selepas kemenangan ini," katanya yang akan menjalani uji bakat dengan sebuah produksi filem dari Hollywood.
Azlee pernah sangsi
Si Mr Arrogant, Azlee Khairi pula tidak pernah menyangka watak dan drama lakonannya itu mencetuskan fenomena.
Azlee berkata, ketika dipanggil membaca skrip dan ditawarkan watak utama, beliau berbelah bahagi sama ada mahu menerima tawaran atau sebaliknya.
"Saya terkejut apabila melihat sambutan luar biasa penonton. Saya hampir menolak tawaran ini kerana hendak melakonkan watak daripada sebuah novel bukan perkara mudah.
"Syukur, inilah yang dikatakan rezeki. Saya bersyukur dan gembira dengan penerimaan semua pihak terhadap drama ini," katanya yang muncul sebagai Pelakon Lelaki Pilihan dan Hero Heroin Pilihan (bersama Zara) melalui drama Love You Mr Arrogant pada festival itu.
Pelakon lulusan diploma bidang perfileman Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu berterima kasih kepada peminat yang menyokong dan memilihnya memenangi trofi terbabit.
Ditanya mengenai dirinya yang tidak gemar publisiti, pelakon berusia 25 tahun itu berkata, cukuplah hebahan dan tumpuan diberi kepada produk lakonannya.
"Saya tidak suka keluar cerita dan gambar tanpa ada perkembangan mengenai kerjaya sebab ia tidak adil kepada peminat," katanya yang lebih berminat menjadi pengarah berbanding pelakon.
Kahwin jika ada calon sesuai
Azlee yang berasal dari Perak berkata, beliau sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga jika ada calon sesuai.
"Saya sedang meneliti beberapa calon. Kalau boleh, hari ini juga saya mahu menamatkan zaman bujang," katanya berseloroh.
Azlee turut memberitahu, beliau tidak meletak sasaran untuk berkahwin, namun mahu mengejar impian duduk di kerusi pengarah apabila usianya mencecah 30 tahun.
Mengulas mengenai hubungan cintanya dengan pelakon Zarina Zainordin, Azlee berkata, hubungan mereka sudah berakhir.
"Saya dan Zarina sudah tidak ada apaapa," katanya ringkas.
32
|
|
|
|
|
|
|
| |
|