Post Last Edit by webxcrawler at 28-11-2010 17:38
KELAB RAGBI RACCOON (Raccoon RC) bakal menganjurkan kejohanan ragbi 10 sepasukan pada 27 dan 28 November 2010 di Universiti Multi Media Cyberjaya. Dua puluh empat (24) kelab sudah mengesahkan penyertaan bagi merebut tempat bagi kategori Cup, Plate dan Bowl. Menurut Pengarah Pertandingan Cyberjaya 10s Rugby Fest, Azizul Fadzli Samad berkata tujuan penganjuran kejohanan ini adalah untuk mempromosikan sukan ragbi di Cyberjaya termasuk memeriahkan kalendar ragbi 2010 di Malaysia. " Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Persatuan Ragbi Putrajaya (PRP) kerana banyak membantu kami menrealisasikan penganjuran ragbi 10 sebelah Cyberjaya ini. Terima kasih juga kepada Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Majlis Perbandaran Sepang, Universiti Multi Media, MMP Communications Sdn Bhd, Totall Field, Selamat Pagi Malaysia, Meja Sukan TV RTM, New Straits Times dan akhbar Sinar Harian," Ujar Azizul Fadzli Samad. " Terkini, kejohanan ini turut mendapat sambutan dari kelab-kelab ternama dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," Ujar beliau lagi. Kejohanan ini dilihat bakal membuka dimensi baru sukan ragbi di Cyberjaya dan orang ramai serta pihak media sekitar Putrajaya dan Cyberjaya di jemput memeriahkan festival ragbi ini yang julung kali diadakan ini. Kelab Ragbi Raccoon merupakan affiliate kepada Persatuan Ragbi Putrajaya (PRP) mulai tahun 2010. Mesyuarat Pengurus pasukan akan berlangsung di Universiti Multimedia pada hari Jumaat, 26 November 2010 jam 9 malam. - http://www.sukandaily.com.my/v3. ... ion=com_content&;view=article&id=7:cyberjaya-10s-rugby-festival&catid=1:berita-sukandailytempatan |