|
huh ntah tahun bila baru nak jumpa yg sesuai...
org lain buat pilem boxoffice pun xsusah nak cari heroin
~Gimik semata2~ |
|
|
|
|
|
|
|
Sinopsis citer Aduh Saliha! (dipetik dari KOSMO 23-3-2007)
Aduh saliha mengisahkan tentang kumpulan Gagak Kayangan dengan Man hero selaku vokalis telah menerima tawaran mengadakan persembahan yang lumayan daripada individu yang pelik.
Terdesak mendapatkan sumber kewangan, mereka menerima tawaran tersebut namun tersesat dalam hutan dan daerah yang begitu misteri sewaktu perjalanan ke lokasi yang dijanjikan.
Akhirnya mereka bertemu sebuah kampung dan di sini Man Hero bertemu seorang gadis :cak: lalu jatuh cinta dengan si rupawan bernama Saliha ini.
Lalu mereka bercinta tetapi terhalang kerana Man Hero sebenarnya secara tidak sengaja masuk ke dalam dunia 'lain' dan perlu keluar sebelum pukul 12.00 malam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1122 kekekek's post
apsl aku rasa cam hampeh jer jln cite... adeih m nasir die biar btul |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dino at 23-3-2007 02:36 PM
apsl aku rasa cam hampeh jer jln cite... adeih m nasir die biar btul
Komedi seram maaa...bukan citer hindustan. ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
cam cinderella.. ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kekekek at 23-3-2007 02:37 PM
Komedi seram maaa...bukan citer hindustan.
baca sinopsis cam kelakar je ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dulu lepas merah..mnasir nak buat citer nama gagak kayangan... dia gunak citer ni kot...pastu olah2 sikit... |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha..aku jumpa artikel ni....
sampai sudahh lah tak jumpa heroin... sejak jan 1998 tu...!!
UTUSAN 28 Jan 1998
Gagak Kayangan belum ada heroin
KEGAWATAN ekonomi tidak dijadikan alasan oleh pengarah M. Nasir untuk menangguhkan pembikinan filem terbarunya berjudul Gagak Kayangan dan dia sebaliknya akan memulakan penggambaran sekitar April depan. Namun,sebagai seorang pengusaha filem, dia turut mengambil kira faktor tersebut dan melakukan mengikut kemampuan diri apatah lagi filem itu diterbitkan oleh syarikatnya sendiri iaitu Luncai Emas Sdn. Bhd. ''Kalau mahu tunggu ekonomi pulih kita tidak tahu bila masanya, jadi saya akan tetap meneruskannya,''kata M.Nasir mengenai filem yang bakal menampilkan Azhar Sulaiman, Norman Hakim dan Hattan itu. Dia juga pada awalnya bercadang mengundang Awie sebagai salah seorang pelakon utama, namun kerana penyanyi yang membintangi filem Merah arahannya itu mempunyai komitmen lain, dia terpaksa membatalkannya.
Apabila ditanya mengenai pelakon wanita yang akan menyerikan filem itu M.Nasir berkata dia belum lagi bertemu dengan pelakon yang sesuai untuk membawakan watak utama. Ujibakat yang diadakan juga mengecewakannya. ''Apabila filem ini bakal dimulakan penggambaran,barulah saya boleh pastikan siapakah yang akan dipilih sebagai pelakon wanita utama,'' kata M.Nasir semasa ditemui baru-baru ini.
Apabila ditanya pendapatnya mengenai terdapatnya filem Melayu yang sukar mendapat tempat di kalangan penonton, M. Nasir berkata, ia adalah kerana terdapat sesuatu yang tidak sesuai pada filem itu. ''Mungkin ada sesuatu yang tidak kena pada filem itu membuatkan peminat tidak menerimanya. ''Banyak filem yang bagus, tetapi filem yang bagus juga mungkin terdapat sesuatu yang tidak kena dan ia tidak mendapat tempat di pawagam,'' ujar M.Nasir lagi. Untuk itu, katanya, dia juga turut membuat penilaian daripada filem-filem lain agar apa yang akan dihasilkannya bakal mendapat tempat. ''Untuk menghasilkan filem yang kena dengan selera semua orang, saya harus menilai sama ada cerita itu bersesuaian atau sebaliknya dan saya tidak mahu membohongi diri saya sendiri,'' katanya. Penilaian tersebut penting kerana terdapat banyak golongan dalam masyarakat yang mempunyai cara tersendiri untuk menilai sesebuah filem,'' katanya.
Menjadi tugas yang sukar bagi setiap penerbit untuk memenuhi kehendak semua pihak kerana terdapa tsesetengah elemen yang tidak boleh berjalan serentak, katanya lagi. Malah,kadang-kadang untuk menekankan sesuatu aspek membuatkan aspek lain terpaksa dikorbankan.
[ Last edited by mendonan at 23-3-2007 04:43 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1128 mendonan's post
tapi aduh saliha ni loloq yg tulis kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Cess.....dah 10 tahun carik heroin. Sah la sifu tu cerewet nak mampos. ![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Ujibakat yang diadakan juga mengecewakannya. ''Apabila filem ini bakal dimulakan penggambaran,barulah saya boleh pastikan siapakah yang akan dipilih sebagai pelakon wanita utama,'' kata M.Nasir semasa ditemui baru-baru ini.
........................
ayat repeat...hehehee |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1129 mendonan's post
mungkinkah sejarah berulang kembali ?
Tertangguh selama SEPULUH tahunnnn..
Gagak kayangan:1998 - 2007...
Aduh saliha:2007 - ??
M.Nasir ni ada penyakit ape nih ... susah benar nak carik heroin, fobia ke apa nih?
Mmg nak kena debih dia nih :@ |
|
|
|
|
|
|
shawie This user has been deleted
|
Reply #1129 mendonan's post
masyaAllah, sah sifu ada penyakit ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shawie at 23-3-2007 05:28 PM
masyaAllah, sah sifu ada penyakit
cikgu marlia...kejutkan laki mu itu....![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tak per lar m.nasirrr
:lol
agak nyer m.nasir nih saje jek, dia sengaje mencari ruang nak memperjelaskan secare terperinci psl saliha dia nih, esok-esok dah dpt lagik senang jawapan dia - si polan ni lah yg memenuhi ciri saliha- jadik tok sah fenin pale dah menjawab kot ade pulok yg sebok dok tanye kenape si polan nih dan bukan si polan tuh |
|
|
|
|
|
|
|
pasal gagak kayangan yg nak buat masa 1998 tu aku rasa tertangguh bukan sebab heroin sgt....
tp mungkkin sebab isteri mnasir meninggal tahun tu... ![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mendonan at 24-3-2007 08:02 PM
pasal gagak kayangan yg nak buat masa 1998 tu aku rasa tertangguh bukan sebab heroin sgt....
tp mungkkin sebab isteri mnasir meninggal tahun tu...
OIC. Sumber inspirasi dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|