CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI IX, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 8-11-2010 06:01 PM | Show all posts
Sapa ada facebook... boleh add Ustaz Kazim.
Banyak ilmu boleh dimanafaatkan.

http://www.facebook.com/pages/Us ... ias/125074957541518
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2010 06:18 PM | Show all posts
Sapa ada facebook... boleh add Ustaz Kazim.
Banyak ilmu boleh dimanafaatkan.
ustaz Post at 8-11-2010 18:01



Jazakallah ustaz..
Perasan tak ustaz kazim ni suka nyanyi..especially lagu Hindustan..     
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 08:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 8-11-2010 20:12


Hari Wukuf 15 November






JEMAAH haji mengelilingi Kaabah di Mekah, Arab Saudi kelmarin.


RIYADH - Mengerjakan haji di Mekah, Arab Saudi akan bermula pada 14 November selepas pihak berkuasa memutuskan
tarikh sambutan Hari Raya Aidiladha ialah 16 November selepas anak bulan kelihatan di negara itu.

Menurut agensi berita AFP, lebih 1.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia sudah berkumpul di Mekah dan Madinah
di barat Arab Saudi bagi mengerjakan haji.

Beberapa pegawai menganggarkan kira-kira dua juta penganut Islam akan mengerjakan haji tahun ini.

Menurut agensi berita Bernama, Mahkamah Agung di Riyadh, Arab Saudi mengumumkan
bahawa hari wukuf ialah pada 15 November bersamaan 9 Zulhijjah dan
Hari Raya Aidiladha bagi negara itu adalah pada 16 November.

Menurut Saudi Press Agency, yang dilaporkan oleh akhbar Saudi Gazette, 1 Zulhijjah ialah semalam.

Sementara itu, Gabenor Mekah, Putera Khaled Al-Faisal, berkata. semua projek besar yang dilaksanakan tahun ini di tanah suci telah mencapai kejayaan besar bagi memberi manfaat kepada rakyat dan golongan ekspatriat.

Katanya, antara projek penting adalah pengenalan perkhidmatan tren baru, pembinaan Jambatan Jamarat, projek saliran air hujan dan banjir serta projek perkhidmatan ambulans udara oleh Pihak Berkuasa Bulan Sabit Merah.

Putera Khalid berkata, banyak projek telah dilaksanakan di Mekah bagi menangani masalah hujan dan banjir serta persediaan telah dibuat bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.

Walaupun perkhidmatan tren baru itu beroperasi pada kapasiti 30 peratus sahaja namum ia memberi kesan besar kepada sistem pengangkutan bagi jemaah haji, katanya, yang juga pengerusi Suruhanjaya Tinggi Bagi Pemantauan Pengangkutan Jemaah Haji.

Semasa tinjauan itu, Putera Khaled menaiki tren di Stesen No.1 di Arafat sehingga ke Stesen Jamarat di Mina.

Sejumlah 780,000 jemaah dijangka menggunakan sistem tren tersebut. Kira-kira 44,000 jemaah haji akan menaiki bas setiap jam dan masa perjalanan antara Arafat dan Muzdalifa akan dipendekkan dari lima jam kepada 20 minit sahaja, kata baginda.

Dalam pada itu, jemaah haji akan menikmati akses Internet tanpa wayar secara percuma di kawasan tempat suci apabila syarikat Mobily menyediakan perkhidmatan WiFi percuma kepada semua pelanggan telekom. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 08:16 PM | Show all posts
Nak tanya pada sesiapa yg tau..
Kalau ikut Kosmo kat atas..
Arab saudi dah tetapkan Wukuf 15 November dan Aidil Adha 16 November.
Malaysia kalau ikut kalendar Raya Aidil Adha 17 November..
Kalau kita nak kerjakan Puasa Sunat Arafah..tarikh mana yg perlu kita ambil..
Ana Musykil...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 09:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by Rosputih at 8-11-2010 21:12
masa ni tak ramai org tawaf ke? Dpt pulak rakam byk gmbar, jarak dekat pulak tu. Anyway, TQ byk2 ...
frapamocha Post at 8-11-2010 00:48


Frapamocha,

Selepas Ramadan  jemaah mula berkurangan, walaupun masih ramai orang bertawaf tapi tidaklah padat sangat dan masih ada ruang.
Sebenarnya saya mengambil gambar ini pun secara kebetulan saja dan menggunakan hp yang memang sentiasa berada di dalam bag sandang.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 09:54 PM | Show all posts
Salam semua,

Buat adotzz...apa yang saya dpt tahu pihak travel agency masih menunggu hingga minggu depan, kalau lepas raya haji visa masih tak dikeluarkan bermakna umrah ziarah akan di batalkan. Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2010 10:15 PM | Show all posts
Salam,

Terima kasih kak ros, kak Aily, kak hajar, ustaz dan kawan2 lain yang paste gambar dan video buat menjamu mata dan mengimbau kembali kenangan lama. Saya mmg selute pada mereka2 yang mmg rajin dan bersemangat merakam gambar2 dan video nie, sebab saya nie jenis penakut nak amek gambar dlm kawasan masjidil haram takut menganggu jemaah lain.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 08:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 9-11-2010 08:45



Salam bagi mereka yang terlepas menonton program KHABAR HAJI boleh saksikan
siaran ulangan jam 7.00pagi dan 12 tgh setiap hari.
Episod kedua ini memaparkan laporan Mekah hujan lebat, keajaiban Bukit Magnet Madinah
dan Kurma Nabi 'ajwa' dan berita terkini Jemaah Malaysia.
Siaran ini dipancar terus dari Kota Suci Mekah dengan kerjasama Iqraa TV Arab Saudi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2010 08:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 9-11-2010 09:02

DELETED...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 09:04 AM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 9-11-2010 09:09

Ketulusan Hati
:

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yang ku rasakan ini
Persembahan untuk diriMU
KAU dengarkan kasihku


MencintaiMU tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
MencintaiMU tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMU
Selalu

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 09:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 9-11-2010 11:15

Mudah mudahan bila mendengar Youtube ni membuat bertambah teruja lagi nak buat Haji..
Especially untuk Husain...

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 09:12 AM | Show all posts
Reply 1100# Rosputih

sgt jelas! Tima kasih ibu, kongsikan gambar2 baitullah dr jarak dekat.
Tertarik dgn gambar jemaah2 yg bergayut2 kat Multazam tu. Kalau diperhatikan, xde plak nampak jemaah2 dr malaysia yg buat mcm tukan.. Kebanyakkannya dr jemaah yg bergayut tu dr negara mana ye? N apakah hikmah amalan bergayut tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 10:43 AM | Show all posts
Post Last Edit by ustaz at 9-11-2010 10:44

Teringat pulak saya dengan hussain tersangkut kat Multazam sebelum subuh...
Masa jumpa hussain... hussain tengah beraksi spiderman kat bawah pintu kaabah...
masa tu hajat kami nak kucup hajar aswat...
masalahnya depan kita ada kaum muslimat tengah tolak menolak sambil terjerit2...
kita pun fikir... camna nak masuk ni?
agak lama kami kat situ... tak reti nak buat macamana...
dari tercegat tak buat apa2... kita pun berdoa je dah alang2 depan multazam.
Sekali polis yg tergantung kat atas tu lompat betul2 depan hajaral aswat dan hadang semua jemaah... memang ganas betul polis tu...

Itulah pengalaman saya berdating dgn hussain depan multazam.


Masa tu jugak kat sebelah kita ada seseorang ni... rupa dia macam pelakon antarabangsa... saya pun lupa sapa.

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 11:03 AM | Show all posts
Reply 1124# aziefa

Kat saudi waktu wukuf ditetapkan oleh pemerintah...
tiap2 tahun memang kena tunggu pengumuman tarikh...
kalau kita ingin berpuasa sunah arafah.... kita kena ikut tarikh tempatan kita...
tapi kalau kita ingin berdoa pada waktu wukuf, kita ikut tarikh dan waktu di Arafah.
Kerana waktu itulah langit terbuka luas utk doa2 dibawa naik ke atas.

Pernah terfikir tak kanapa lepas asar adalah waktu diharamkan kita solat sunat?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 11:09 AM | Show all posts
Reply  aziefa

Kat saudi waktu wukuf ditetapkan oleh pemerintah...
tiap2 tahun memang kena tungg ...
ustaz Post at 9-11-2010 11:03



Jazakallah ustaz..
Betullah tu..Saya ada jumpa dalam Youtube ni tengok minit 3.55 ..

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 11:11 AM | Show all posts
Reply 1133# ustaz


he..he...he..
Tak boleh nak bayangkan bila Ustaz..Husain jadi spiderman kat Kaabah..
Allahuakbar..janganlaa...   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2010 11:19 AM | Show all posts
Kalau kita pergi miqat di tanaim lepas asar atau lepas subuh (sebelum terbit matahari). Kita pergi sekadar niat ihram sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 11:23 AM | Show all posts
Reply 1131# aziefa


Husain....

   

Alhamdulillah berjaya..   
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 11:40 AM | Show all posts


Masyallah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 12:17 PM | Show all posts
Betul... tapi lebih elok kita pergi bersama-sama mereka sekiranya kita mampu.
Apa2 pun sekirany ...
ustaz Post at 8-11-2010 17:57



terima kasih ustaz..doakan sy dpt bwk mak sy pergi umrah thn depan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.229629 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list