miawpink posted on 13-11-2013 09:40 AM
masak yang sedap sikit la..
tapi senang
goreng senang sangat
nah miaw
cucur meggi: karangkraf
Waktu memasak : 20 minit
Saiz hidangan untuk : 4 orang
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket mi maggi kari
- 4 biji bawang merah | ditumbuk
- 2 tangkai daun bawang | dihiris
- 100gm daging kisar
- 3 biji telur
- 100gm tepung jagung
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Rebus mi maggi dan toskan.
2. Masukkan ke dalam bekas bersama telur,daging kisar, daun bawang dan bawang,
3. Kemudian masukkan tepung jagung dan perencah maggi. Gaul sekali. Bentukkan adunan.
4. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng adunan tadi sehingga kekuning-kuningan.
5. Angkat dan bolehlah dinikmati.
Last edited by suterabiru123 on 13-11-2013 10:01 AM
|