|
LOVE YOU MR ARROGANT ISTANA 33 (TAHNIAH LYMA DRAMA PILIHAN DFKL!)
[Copy link]
|
|
kisah zara lak..
Mara dengan Love ZaraZya FC
Tempoh 10 tahun berjuang membina nama dalam industri lakonan tanah air dengan penuh kesabaran dan nekad menggunakan laluan yang betul nyata memberi impa k mendalam pada pelakon meningkat naik, Zara Zya.
Pada usia yang kini mencecah 29 tahun, Zara Zya mengakui sudah mampu tersenyum puas dengan segala pencapaian yang diraihnya dalam sekelip mata tanpa pernah diduga.
Mengakui bukan mudah baginya berada pada tahap sekarang, Zara Zya berkata, dia pernah dipandang rendah suatu ketika dulu.Apatah lagi, dengan sikapnya yang pemalu.
Di kala mengimbau kenangan lalu, Zara Zya mengakui pelbagai kesukaran pernah dihadapi dalam usaha mengetengahkan bakat lakonannya di persada industri hiburan tempatan.
"Dulu, mahu dapatkan tawaran berlakon bukan senang. Saya pernah ada pengalaman diajak berhibur ke karaoke sekiranya inginkan sesuatu watak. Namun, syukur saya waras berfikir dan tidak mahu mengambil jalan mudah.
"Saya kuatkan hati dengan pergi ke setiap sesi uji bakat lakonan dan pada masa sama menga mbil peluang mengenali semua penggiat seni ditemui. Pada saya, ia cara paling baik daripada mengorbankan harga diri," katanya.
Jelasnya lagi, dia tahu kejayaan seseorang takkan datang bergolek tanpa usaha. Sebagai manusia biasa, dia sering mengingatkan diri supaya tingkatkan kesabaran dan sedia memperbaiki apa saja kelemahan.
Mengulas dirinya yang kini dihimpit populariti, pemilik nama sebenar Zainurul Razia Mohd Zainuddin itu mengakui dia masih Zara Zya yang dulu.
Katanya, dia tidak pernah sesekali menganggap diri sebagai artis dikenali ramai. Baginya, kehidupan diteruskan seperti biasa.
Memaklumkan dia juga bukan wanita kaki sosial, Zara Zya berkata apa yang berubah dalam kehidupannya sekarang adalah keterbatasan masa untuk diluangkan bersama keluarga.
"Sebelum ini, saya ada banyak masa bersama keluarga. Tetapi, sejak aktif dalam lakonan dan menang anugerah pula, tawaran berlakon tak putus diterima.
Sekali gus, ia membuatkan jadual saya padat dan terlalu sibuk.
"Saya mula merindui saat indah bersama keluarga" katanya yang merangkul anugerah Top Top MeleTOP (Wanita) dan Artis Baru MeleTOP di Anugerah Meletop Era (AME), baru-baru ini.
Bahkan, Sabtu lalu gandingan mantapnya bersama Azlee Khairi dalam drama adaptasi novel popular, Love You Mr Arrogant melayakkan mereka dipilih memenangi anugerah Hero & Heroin Pilihan di Anugerah Drama Festival Ku ala Lumpur (ADFKL).
Drama yang berjaya mencetuskan fenomena dalam kalangan penonton tempatan itu juga dinobatkan sebagai Drama Pilihan ADFKL sekali gus menewaskan saingan rapat iait u drama Sebe Sebenarnya Saya Isteri Dia arahan Raja Ahmad Alauddin.
Turut dicalonkan dalam Top 5 kategori Artis Baru Wa nita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2013 (ABPBH 2013) yang akan berlangsung pada April ini, Zara Zya berkata, dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang.
Katanya, soal kemenangan diserahkan sepenuhnya pada ketentuan Ilahi dan bergantung pada undian yang dilakukan ahli kelab peminatnya, LoveZaraZyaFC yang diterajui Noor Haslinda Sharudin sebagai Presiden, sejak penubuhannya pada November, tahun lalu.
Menganggap kejayaannya merangkul beberapa anugerah pada tahun ini sebagai penghargaan peminat ke atas lakonannya, Zara Zya berkata kini tanggungjawabnya se makin besar. Katanya, harapan peminat pada mutu lakonan dipersembahkan sudah tentu agak tinggi.
Menurut Zara Zya lagi, kejayaannya memenang i beberapa anugerah itu turut dijadikan pemangkin semangat kepadanya untuk terus mempersembahkan mutu lakonan yang berkualiti untuk peminatnya.
Selesa luangkan masa dan lebih dekat bersama peminat Selain bakat, disiplin dan komitmen yang bagus ditonjolkan dalam lakonan, sokongan kelab peminat turut diakui Zara Zya penting dalam membantu kejayaannya untuk membina nama dan meraih populariti.
Justeru, bagi mengucapkan terima kasih di atas sokongan padu kelab peminatnya, Zara Zya turut mengambil pendekatan meluangkan masa hujung ming gu bermain bowl ing di Ampa ng Super Bowl, Ampang Point, kelmarin.
Disertai kira-kira 200 orang peminatnya pada majlis ramah mesra Rawk & Bowl bersama LoveZaraZyaFC itu, pelakon kelahiran Lenggong, Perak it u dilihat mudah didekati dan begitu disenangi ramai. Bahkan, dia juga tidak sombong apabila diminta merakamkan gambar bersama.
"Segala kejayaan yang saya peroleh kini adalah atas bantuan kelab peminat LoveZaraZyaFC yang begitu setia memberikan sokongan kepada saya. Jujur saya katakan, tak sangka juga ada peminat.
"A patah lagi, suka dan duka saya selama sedekad berjuang membina nama dirasakan cukup berbaloi dengan adanya sokongan tak berbelah bahagi diterima daripada peminat saya.
"Bagaimanapun, pembabitan saya dalam bidang seni terutama lakonan bukanlah bertujuan mengejar populariti.
Saya berlakon kerana minat dan ingin menonjolkan bakat seni dimiliki," katanya yang ba ru selesai berlakon drama Tanah Kubur arahan Rash id Sibir.
Sedar dia seakan agak `terlewat' membina namanya pada usia yang makin menghampiri 30-an, Zara Zya berkata, tanpa sokongan padu peminat pasti dia takkan berada pada tahap yang baik seper ti sekarang.
"A papun, saya sesekali takkan mendabik dada atau lupa diri selepas meraih pelbaga i kejayaan. Pada saya, segala dimiliki ini adalah kerana sokongan peminat yang mener ima ba ik kehadiran saya dalam industri.
"Ditambah juga, sudah rezeki saya mendapat kepercayaan untuk melakonkan watak Zaara Amirah dalam drama diminati ramai itu. Apapun, saya sangat bersyukur ke hadrat Ilahi," katanya.
Jika drama Love You Mr Arrogant di TV3 men ampi lkan Zara Zya dalam sisi lakonan yang baik, kemunculannya menerusi drama Puteri Malam di TV9 pula memberi peluang kepadanya menjaya kan watak antagonis.
Mengakui puas melakonkan watak Puteri dalam drama it u yang mengheretnya melakonkan watak sebagai gadis liar, Zara Zya memaklumkan ia bu kan kara kter yang mudah kerana cukup berbeza dengan perwatakan dirinya yang sebenar.
Memaklumkan dia seorang ya ng suka mencabar diri sendiri, gadis manis lu lusan Diploma Teater di Akadem i Seni Budaya dan Wa risa n Kebangsaan (ASWARA) ini berkata, watak Puteri dilakonkan itu memberi kepuasan.
32
|
|
|
|
|
|
|
|
santapan pagi terakhir...
kisah tn director..
Sentuhan Eoon buat `rating' mencanak
Majlis penganugerahan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) menyaksikan drama Love You Mr Arrogant dipilih sebagai Drama Pilihan berdasarkan undian peminat, barubaru ini.
Drama yang berjaya menarik tontonan lebih 4.6 juta penonton turut mengangkat pelakon lelaki utama Azlee Khairi sebagai Pelakon Lelaki Pilihan.
Malah drama 26 episod itu juga melayakkan gandingan Azlee dan pelakon utama wanita Zara Zya sebagai Hero dan Heroin Pilihan.
Drama arahan Eoon Suhaini itu diadaptasikan dari novel Love You Mr Arrogant terbitan Karya Seni yang ditulis oleh Aliesha Kirana.
Ikuti temu bual wartawan RAP, Michelle Gun ([email protected]) bersama Eoon yang berkongsi cabaran yang dilalui ketika menghasilkan drama berkenaan dan perkembangan kerjayanya.
RAP: Tahniah Love You Mr Arrogant dipilih sebagai Drama Pilihan pada Anugerah DFKL. Boleh kongsi perancangan anda seterusnya?
EOON: Buat masa sekarang, saya sibuk menyiapkan drama Jika Itu Takdirku dan kerja penggambaran selesai pada hari ini.
Selepas ini, saya merancang menghasilkan telemovie berjudul Titisan Keinsafan yang mengetengahkan mengenai keinsafan dan agama.
Filem ini mengenai seorang pemandu lori yang berperwatakan baik di hadapan keluarga namun sebenarnya adalah kaki perempuan, suka berjudi dan mabuk. Lelaki ini kemudian insaf selepas menghidap sakit jantung dan mula mendekati diri dengan agama.
Kerja penggambaran filem ini dijangka bermula pada 2 Mac selama tujuh hari dan dibintangi pelakon Rita Rudaini dan Sharnaaz Ahmad.
Selain telemovie, saya juga akan mengarahkan drama baru adaptasi novel Jauh Dari Cinta yang mengisahkan mengenai percintaan sedih. Drama ini juga menampilkan Azlee dan Atikah Suhaimee sebagai watak utama. Azlee dipilih kerana kejayaannya membawa watak dalam Love You Mr Arrogant cuma karakternya dalam drama terbaru ini berbeza.
RAP: Sebelum ini, pernah terlintas dalam fikiran drama Love You Mr Arrogant mendapat sambutan hangat?
EOON: Saya tidak menyangka drama ini mendapat rating tinggi malah terkejut apabila episod pertama mencecah tontonan sebanyak 1.9 juta. Jujur kata saya memang gementar ketika episod pertama ditayangkan di TV3 kerana mengetahui penonton masih rindu drama Cinta Jannah.
Pada masa itu saya takut mendapat komen negatif dari penonton namun gembira kerana episod awal Love You Mr Arrogant mendapat sambutan memberangsang- kan sehingga `trending' di laman sosial. Syukur kerana saya juga dapat barisan pelakon yang hebat sekali gus menjayakan drama ini.
Drama ini mungkin tidak akan menang anugerah kalau bukan kerana sokongan berterusan peminat.
RAP: Adakah perkara menarik yang berlaku di sebalik tabir?
EOON: Banyak antaranya gara-gara menggunakan nombor telefon saya dalam episod pertama Love Your Mr Arrogant, saya menerima ribuan panggilan daripada peminat setiap hari sehingga telefon bimbit hampir rosak! Perkara ini terjadi ketika salah satu babak dalam episod berkenaan memerlukan Zara menyebut nombor telefonnya.
Disebabkan kami terlupa membeli kad SIM untuk babak itu, saya menggunakan nombor telefon bimbit sendiri.
Peminat yang menghubung saya terdiri daripada pelbagai negara termasuk Indonesia, Brunei dan pelajar Malaysia di Dubai semata- mata mahu bercakap dengan Zara selain memberi pandangan mereka mengenai drama ini.
Saya memang tidak menyangka Love Your Mr Arrogant mendapat perhatian dari Indonesia dan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara yang menonton drama ini menerusi laman web Tonton.
Ini mungkin kerana saya menggunakan beberapa lagu Indonesia dalam drama berkenaan.
Sehingga sekarang saya sering diganggu oleh peminat namun tidak bercadang bertukar nombor telefon kerana sudah lama menggunakannya.
RAP: Apakah cabaran dihadapi ketika pembikinan drama itu?
EOON: Cabaran utama adalah menterjemahkan novel Love You Mr Arrogant kepada drama. Saya ada baca novel itu dan mendapati jalan ceritanya menarik.
Oleh kerana tidak mahu jalan cerita drama itu klise seperti dalam novel, saya mengambil pendekatan dengan membuat sedikit perubahan pada watak.
Saya cuba memikirkan bagaimana untuk menghasilkan adegan menarik.
Sebelum itu, saya ada menonton filem Korea yang mengisahkan mengenai seorang lelaki kaya yang angkuh untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai ciri-ciri lelaki berperwatakan sedemikian.
Berdasarkan novel, jalan ceritanya sangat klise iaitu perempuan kampung dipaksa berkahwin dengan lelaki kaya yang sombong.
Satu lagi cabaran iaitu pemilihan lokasi penggambaran sesuai dengan konsep urban yang ditonjolkan dalam drama berkenaan. Selain lokasi, barisan pelakon yang dipilih perlu memiliki wajah kacukan, tampan dan cantik, sesuai dengan konsep urban.
RAP: Bagaimana dengan tajaan. Adakah mudah bagi drama tempatan?
EOON: Untuk menghasilkan drama ini berdasarkan novel berkenaan, saya juga menitik berat rumah dan kereta yang akan digunakan ketika penggambaran.
Memang susah untuk mendapatkan rumah dan kereta mewah yang menepati watak drama berkenaan.
Namun saya bernasib kerana ada pihak sudi menaja kereta mewah itu sekali gus ia memudahkan tugas saya. Memang penajaan dapat membantu pembikinan sesebuah drama atau filem.
RAP: Mudah bagi Zara dan Azlee mendapatkan keserasian?
EOON: Sebenarnya, pada awal penggambaran, Zara dan Azlee belum dapat keserasian namun selepas beberapa episod, barulah mereka dapat menyesuaikan diri. Bagaimanapun, saya lega kerana tiada babak dipotong atau penggambaran semula.
RAP: Apakah kelemahan yang anda rasakan dapat diperbaiki dalam Love You Mr Arrogant?
EOON: Ada beberapa babak yang saya rasa kurang berpuas hati namun tidak dapat dielak kerana hujan. Salah satu daripadanya adalah babak di kawasan pantai serta bandar Pulau Pinang yang memerlukan penggambaran pada waktu malam.
Hujan sepanjang malam menyebabkan kerja penggambaran terganggu dan saya tidak dapat pemandangan cantik seperti dimahukan.
RAP: Pada pendapat anda, apakah kebaikan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL)?
EOON: Anugerah DFKL ini bagus untuk menghargai bakat pe- ngarah baru kerana mempunyai kategori untuk drama serta filem pendek.
Ada ramai pengarah baru dan anugerah seperti ini membantu penggiat seni bebas membantu menaikkan nama mereka dalam industri perfileman tempatan.
32
|
|
|
|
|
|
|
|
pauliza posted on 26-2-2014 08:18 AM ![](static/image/common/back.gif)
Dalam BH pun keluar statement sama jah..iols rasa tu interview masa press conference kot..hahaha.. ...
Ni jahh ku capture....
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Selamat pagi semua!
nak breakfast sambil baca gosip ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
aincomey posted on 26-2-2014 08:47 AM ![](static/image/common/back.gif)
Selamat pagi semua!
nak breakfast sambil baca gosip
pagi ...slmt membaca dgn jayanya...
|
|
|
|
|
|
|
|
hrezkh posted on 26-2-2014 08:33 AM
santapan pagi terakhir...
kisah tn director..
Punah ler impian nk tgk abam berlakon drama bersiri dgn kaka..huhu...abam belakon dgn atikah suhaimi sapa pulak ni??haha...boleh sakit jantung kita semua risau takut abam tersangkut dgn bdk atikah ni la pulak |
|
|
|
|
|
|
|
OSEMMM posted on 26-2-2014 08:33 AM
Ni jahh ku capture....
gambo & dailog aku bg mlm ni... |
|
|
|
|
|
|
|
zuri154 posted on 26-2-2014 08:58 AM ![](static/image/common/back.gif)
gambo & dailog aku bg mlm ni...
Ai...ai....chip....munk... ![](static/image/smiley/default/icon_lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
OSEMMM posted on 26-2-2014 08:33 AM ![](static/image/common/back.gif)
Ni jahh ku capture....
Iols suka statement abam.... koner baik punya... actually abam nak ckp mcm ni "buat masa ni saya tiada hubungan dengan sesiapa, saya nak tumpukan dengan kerjaya".... iols yakin lagu kehilangan tu ditujukan untuk kaka, abam memang ade cinta dgn kaka, kaka bagus eregen dengan abam, tapi dlm hati melonjak2... obies k... antara meletop ngn dfkl, kaka jd 2 org yg berbeza.... ekekeke...
Lagi satu bila abam jumpa kaka, heols akan sakat kaka (bg anugerah dia kt kaka, ekekeke ini mmg klako), caring (betulkan mic), marah kaka dan flirting dgn kaka.... baru lah lengkap....
Walaupun abam sengal, tapi retis2 patut ikut cara dia, terutama nanas,... control diri depan public...
|
|
|
|
|
|
|
|
pauliza posted on 26-2-2014 01:14 AM ![](static/image/common/back.gif)
jahhh..xde maknanya indirectly nak bagi tau kaka heols single...hahaha..tak tahu kenapa instinct i ...
iols suker speku hengko ni...
betul jugak tuh tetiba 2 2 keluar statement yg mcm nak menafikan keadaankan..
malam dfkl tu sesuatu sangat....abam n kaka dua2 mcm happy terlebih...sebelom ni masa ASK & meletop abam macam mengelak dgn kaka...tapi masa dfkl ni dah x malu nak gambo berdua masa red carpet ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
OSEMMM posted on 26-2-2014 06:24 AM ![](static/image/common/back.gif)
Tp baguss jg theyols ngetag LU...mna tau satu hr ada yg ngetag tunjuk poto abam n gf baru....haaaa ...
kl yg ni haku bakor ig org yg ngetag tu ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
pauliza posted on 26-2-2014 08:53 AM ![](static/image/common/back.gif)
Punah ler impian nk tgk abam berlakon drama bersiri dgn kaka..huhu...abam belakon dgn atikah suhai ...
Someiii....weiii...ada ciri2 kesukaan abammmm....
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
hrezkh posted on 26-2-2014 08:52 AM ![](static/image/common/back.gif)
pagi ...slmt membaca dgn jayanya...
berpeloh den baco 3 artikel
|
|
|
|
|
|
|
|
emilia2649 posted on 26-2-2014 09:00 AM ![](static/image/common/back.gif)
Iols suka statement abam.... koner baik punya... actually abam nak ckp mcm ni "buat masa ni saya t ...
Haku suker statment ko...tp haku tkut abamm terrrsangkut kt atikah shuhaimi tuuuu...dh mcm mommia ku tgk retis tuu
|
|
|
|
|
|
|
|
pauliza posted on 26-2-2014 08:53 AM ![](static/image/common/back.gif)
Punah ler impian nk tgk abam berlakon drama bersiri dgn kaka..huhu...abam belakon dgn atikah suhai ...
ko jgn risau jah...haku yakin abam tu sebenarnye jenis setia...cume dgn momiya tu sbb momiya buat perangai moyan & xyakin xrespect dgn abam...kl momiya tu xmoyan sure dorang masih together2 lagik skrg dan mode pengamin tu pon off buat selama-lamanya
|
|
|
|
|
|
|
|
aincomey posted on 26-2-2014 09:04 AM ![](static/image/common/back.gif)
berpeloh den baco 3 artikel
Org yg menaip ku raser kejung jari jemari...kikiki...
|
|
|
|
|
|
|
|
emilia2649 posted on 26-2-2014 09:00 AM ![](static/image/common/back.gif)
Iols suka statement abam.... koner baik punya... actually abam nak ckp mcm ni "buat masa ni saya t ...
"Lagi satu bila abam jumpa kaka, heols akan sakat kaka (bg anugerah dia kt kaka, ekekeke ini mmg klako), caring (betulkan mic), marah kaka dan flirting dgn kaka.... baru lah lengkap.... "
Suka sangat dengan speku yg ini ![](static/image/smiley/onion/love.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
OSEMMM posted on 26-2-2014 09:03 AM ![](static/image/common/back.gif)
Someiii....weiii...ada ciri2 kesukaan abammmm....
xcomeyyyy pon
|
|
|
|
|
|
|
|
zuri154 posted on 26-2-2014 08:58 AM ![](static/image/common/back.gif)
gambo & dailog aku bg mlm ni...
jahhhh masih xboleh bukak webstagram ker?
|
|
|
|
|
|
|
|
aincomey posted on 26-2-2014 09:11 AM ![](static/image/common/back.gif)
jahhhh masih xboleh bukak webstagram ker?
Dari tilikan haku masih x blh boka...kikiki...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|