CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: friedfishsoup

Borak2 forumers thread bloggers No.4 (Off topics only)

 Close [Copy link]
Post time 14-5-2017 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 13-5-2017 07:45 AM
Alhumaira ada wat sale hari ibu ni, iols mmg pkai shawl alhumaira yg deluxe ngn essential tu utk kal ...

Suchi, i da pergi sale alhumaira tu hari jumaat lps.. Yg basic essential ade bnyk color lg. Tp yg deluxe n lain2 tggl 1, 2 color je..
Hampa i..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2017 05:05 PM | Show all posts
uols. kat mana lagi ada jual baju kurung budak2 via website? radiusite ada yg cantik tp saiz byk da abes plak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2017 06:00 PM | Show all posts
lady_sarah83 replied at 13-5-2017 12:35 AM
Gin, bleh share seller handbag bdk yg comei2 tu x

sebenarnya bukan untuk budak2, tapi kalau gegirl atas 25 tahun pakai, macam manusia "istimewa" pulak kalau rupanya sebab tu i beli untuk budak2. pattern comel2, ada yang literally bentuk icecream cone, bentuk cupcake, bentuk kotak susu. ada juga yang berbulu2, cheap looking, still. ada juga rivetted bagpack yang anakku jual rm40 i jumpa harga bawah rm15
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2017 06:33 PM | Show all posts
zetty1978 replied at 13-5-2017 09:53 PM
Ot drpd kisah2 sblm ni .. nak minta tlg sket ni .. @ginbug ye yg kawin with Mexican? Hubby iols nk k ...

rule of thumb is that, di mana ada expat/kedai2 artisanal, disitu jugalah yang selamat. jangan merayap, u. i bukan nak takut2 kan u, tapi laki i sendiri suruh i bersumpah (sebelum pergi mexico) yang no matter how angry i get with him, i tak boleh cabut naik teksi malam2. make do of that information as u wish. bukanlah nak kata tak boleh berjalan2 langsung, tapi bila hari dah gelap, u pun kena pandai2 curfew diri sendiri.

btw, area u nak pergi tu jauh sangat dengan tempat i biasa pergi (cholula, puebla, mexico city).  taco, walaupun dia guna daging selain dari babi, memang dia masak guna lard pun. same goes with other typical mexican food, termasuk lah yang jenis kerepek2 tu. kalau i balik mexico, i memang tak bermimpi sangat la nak makan mewah melainkan i rajin masak. u beli je roti tortilla dia. selalu dia jual in kg, tapi boleh je kalau u beli cukup2 untuk beberapa hari u duduk dekat sana. roti2 dan kek dia (melainkan yang beralkohol) pun i rasa confident nak makan kalau tak berdaging (macam pan de dulce), cuma yang tak best nya ialah roti2 mexico ni manis tahap potong kaki. u boleh prepare tortilla ikut kesesuaian u sendiri. mexican food pun basically just consist of different combos of sandwiches+sauce. cheese dan sayur murah, cuma seafood (at least, dekat puebla) almost berganda dari harga tesco malaysia. mungkin monterrey murah sikit, sebab dekat dengan laut. pasal makan ni, u jangan risau sangat lah, monterrey dekat dengan usa, jadi insyaallah dia tak se-darurat area laki i. u cuma kena pujuk tekak u yang u tak boleh makan gulai lemak cili api buat masa beberapa hari tu


untuk ikan pulak, mak mertua i sendiri masak ikan letak wine, jadi i tak boleh cakap yang cooked fish di sana halal dimakan (looking at her as a benchmark). kalau dia ada serve shrimp cocktail pun, obviously kita tak boleh makan. tapi dekat sana banyak buah-buahan sedap. makan dengan gula/garam + serbuk cili. gula2 dia (yang tak ada gelatin) pun boleh makan. u enjoy ja ya apa ada dekat situ. soak in the culture, sebab bab makanan dah sah2 kena berlebih kurang

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2017 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ginbug replied at 14-5-2017 01:33 PM
rule of thumb is that, di mana ada expat/kedai2 artisanal, disitu jugalah yang selamat. jangan mer ...

Wow .. thanks alot for the info @ginbug .. appreciated very much .. iols x pg .. my husband n his colleague je .. 28 hrs total nk gi from our place .. transit kt London n Dallas br gi Monterrey .. iols risau my husband nk gi Mexico je .. tau la kan mcm2 berita menakutkn kt sana .. psl foods tu yg kesian kt my husband je laa .. bila baca ur info nmpk gaya mmg nk kn packing siap2 apa yg patut laa from here .. kih kih kih .. don't worry .. weols lg byk mkn shawarma drpd masak lemak cili api so x kisah la apa mknn pun as long as halal dimkn  
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2017 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgh menonton abpbh ni. Habis semua tekaan iols x kena
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2017 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Duta lover replied at 13-5-2017 10:54 AM
Tula. Esp musim raya. Lgla mata kita ni kena awas dgn anak anak..kalau kt rumah sendiri..ada safet ...

Betul tu Duta, mak sendiri memang tak akan sama dengan mak mertua kan waima baik mcm mana pun. Normal lah rasanya. Lagipun mak kita kandungkan kita 9 bulan, lahirkan kita...jadi bila kita ni terdetik hati rasa risau je pun dia boleh tau. Tuh yg "dah, ko pergi tgk anak ko.. xpyh tunggu kat dapo". Even bila dah tua nih pun time demam atau tak sihat, boleh pulak tiba2 je nanti muncul kat rumah (alhamdulillah rezeki I duduk dekat dengan rumag mak. 5 mins away la gitu) sambil bwk makanan sebab dia tau anak dia tak makan lagi...(tak larat nak masak oii time demam...tidor tu lagi nikmat).
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2017 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
setori_mori replied at 13-5-2017 11:01 AM
I baru belajar shopping dekat shopee. Baju budak like OMG murahhhhhhhh. Dah la design hipster2 tu th ...

Selamat berbelanja.. i tgh cari magnetic palette nk buh eyeshadow campur2 ni.. selain dr tu baju la bag anak la.. seme park je dulu dlm cart.. rasa2 berduit je baru beli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2017 12:47 AM | Show all posts
zetty1978 replied at 14-5-2017 06:54 PM
Wow .. thanks alot for the info @ginbug .. appreciated very much .. iols x pg .. my husband n his  ...

btw i dah double confirm dengan laki i. kan i cakap, monterrey dekat dengan usa, makanya dia patutnya lagi maju dari puebla, kan? laki i cakap, tu SALAH BESAR. in fact, northern mexico terkenal sebagai tempat yang berbahaya disebabkan dia dekat dengan usa. kiranya, negeri2 tu strategik untuk cartel bertapak untuk seludup barang ke usa. i assume nanti laki u dan delegasi dia akan duduk dekat area hotel, kan? stay area situ melainkan ada kerja. what i said about self-curfew during the night remains. in fact, laki i pesan, kalau ada orang biadap ke apa2 dekat sana, jangan layan. terus pergi. contohnya, dekat traffic light ada budak kecil baling batu ke kereta u. jangan layan, kena terus gerak. cartel memang banyak cari peluang nak bergaduh, apatah lagi kalau kita rupa orang luar. budak kecil pun kita tak boleh percaya. lagi satu, laki i cakap, tak rugi kalau u bawak earplug. sebab culture area cartel ni u tahu la, pasang lagu kemain kuat.


again, about food, dekat costco ada jual kosher food. nak kepastian, boleh tanya sendiri samaada makanan yang disediakan tu kosher. kalau laki u nak pergi market pula, samaada pergi dengan guide yang disediakan, atau pun laki u kena praktikkan nasihat dekat perenggan atas ni. pasal makanan halal ni, laki i dah text kawan dia yang duduk sana, tapi i agak pasti yang kawan dia ni tak tahu pun "halal" tu apa


seafood dekat sana mahal, tapi cheese dia murah. kalau laki u dapat beli quesillo (aka queso oaxaca) dari kedai2 biasa (maksudnya, bukan dari chainstores macam oxxo, costco, walmart etc), memang cukup heaven dah tu. selain tortilla beli secara timbang, quesillo ni pun berbaloi dibeli banyak2 (last time i checked, 1 kg quesillo boleh dapat rm16).


specialties food monterrey ni lebih tuju ke arah usa, yakni anything barbequed and grilled, and rinsed down with beer. tak rugi mana pun kalau tak dapat rasa makanan sana. ada banyak kedai sushi dekat sana, tapi usual common sense still applies. yang mana diperap/diragui macam unagi tu, sila2 lah faham status nya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 12:48 AM | Show all posts
nut.legacy replied at 14-5-2017 11:42 PM
Selamat berbelanja.. i tgh cari magnetic palette nk buh eyeshadow campur2 ni.. selain dr tu baju l ...

i jumpa. rm30 gitu. tapi i dilema. kalau i letak pot dalam palette tu, cemana nak tayang i pakai abh bila mekap time travel
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 01:28 AM | Show all posts
selesai place order. shopee ada bagi extra rm7 discount untuk first 100 customers. nasib baik i install dekat tab juga, kalau tak i pun tak perasan ada diskaun. code dia ialah JOLLYRAYA, for purchase with preferred seller, with orders above rm50
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 09:30 AM | Show all posts
ginbug replied at 14-5-2017 04:48 PM
i jumpa. rm30 gitu. tapi i dilema. kalau i letak pot dalam palette tu, cemana nak tayang i pakai a ...

i jumpa dalam rm26.10... tp tu la tgh berkira2 nk beli bila sbb aritu sephora mmg koyakkan poket i..

btw gin, u skang menetap kat Malaysia la kan? once in a while je u balik Mexico.. suka bile u update pasal life kt sana.. sbb dah biasa dgr org malaysia g australia, london etc.. so pegi country mcm Mexico sgt fascinating for me la...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 10:00 AM | Show all posts
barang shopee aku dah sampai...yahuuuuu..hehe
order 2/5 sampai 12/5 (10 hari)
shop superseller.my
barang2 semua puas hati
baju2 baby untuk anak buah semua quality okay.cantik2 & comel2 semua
panties, sport bra, bangle, rantai silver, makeup brush, beauty blender semua pun okay
cuma mainan jeee tak berapa nak okay
i dok ingat besar, sekali sampai kecik cinonet je...haha patut lee harga rm4.00
pastu cincin2 hipster aku beli semua kecik & finishing tak berapa nak cantik..haha ni silap sendiri sebab pilih size paling kecik (confident lebih niii)
tak tahu ring size tapi gatal jugak nak beli gitu laa jadi...haha
gaji next month nak shopping tapestry pulak...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 11:29 AM | Show all posts
nut.legacy replied at 15-5-2017 09:30 AM
i jumpa dalam rm26.10... tp tu la tgh berkira2 nk beli bila sbb aritu sephora mmg koyakkan poket i ...

i dengan laki i memang based in malaysia. cuma, kadang2 kena pjj sekejap2. nasib baik laki i kerja dengan company biras i, jadi dia ada leniency untuk stay sini quite long, handle partnership dekat sini. yang pedih ulu hati tu, bila mendengar dia dengan colleagues dia kutuk johor, negeri mak i (one of the partners is in there) i mean, hello, negeri chuols pun sikit jahhh upgrade dari india. not to mention u can always hear police siren when u call anyone from there. disebabkan johor buruk, penuh dengan illegal immigrants, dan berbahaya, most of his colleague anggap satu malaysia pun macam tu


pasal magnetic palette tu, i ada jumpa semurah rm7. tapi palette yang tu ala2 colourpop magnetic palette. yang i cari ni ala2 zpalette, kosong jah. boleh tak i nak tunggu harga dia jadi rm15+ macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 11:31 AM | Show all posts
shityfans replied at 15-5-2017 10:00 AM
barang shopee aku dah sampai...yahuuuuu..hehe
order 2/5 sampai 12/5 (10 hari)
shop superseller.my
...

cincin kecik takpe chuols. buat la jadi knuckle ring. setakat ni, cincin single (bukan set) yang i dengan kawan i beli, kebanyakan nya besar2, tapi masih boleh pakai. kalau beli yng set jah ada kecik, itupun sebab dia memang jenis knuckle rings
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 11:46 AM | Show all posts
uols...nak tanya...ai noob sket pasal barang kemas...my mom berikan her gelang berlian...the problem is, cangkuk gelang tu patah..so boleh ke bawak mana2 kedai emas utk buat balik cangkuk gelang tu???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2017 12:08 PM | Show all posts
ginbug replied at 15-5-2017 03:29 AM
i dengan laki i memang based in malaysia. cuma, kadang2 kena pjj sekejap2. nasib baik laki i kerja ...

wahh.. murah sangat tu... kalo u ok je tunggu xpe.. i ni sejenis manusia yg mudah teruja.. kalo dah suka brg tu.. kdg dan2 tu nk order..tu hubby iols bising.. kalo dia x bg dia kata i muncung aje.. (which is true)... so skang ni gigih cari brg murah so bole justify kt dia.. jaket bebulu tu dia x tgk lg..hihihih..

ye la sana mmg2 kita dgr.. kalo dgr citer pasal kartel sana mmg seram.. (pengaruh movie ok?).. kemain kutuk johor... tp tu adatlah bangsa asing kalo keje sini.. i pun perasan benda cmni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak share...I baru guna vit c serum ni dua hari (pakai time malam je..) sekali pagi td bgn nampak kulit muka jadi bright, mcm br lepas exfoliate muka dan pakai mask padehal br bgn tidor tu dan basuh muka dgn air je. I am hoping that in a few weeks, bintik2 hitam di hidung akan kurang dan pores di pipi mengecil    i beli serum ni kat Hermo. Main pilih je. Naseb la serasi (i terpengaruh dgn layering skincare routine koreans...berangan nk buat gitu gak   )

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
potpetpotpet replied at 14-5-2017 01:52 PM
Suchi, i da pergi sale alhumaira tu hari jumaat lps.. Yg basic essential ade bnyk color lg. Tp yg  ...

Iols g smlm kt bangi beli yg essential je 2 pcs mustard n purple.
Ade selai je tinggal yg premium tu pun yg display.. kaler deep emerald tu mulanya mcm nak tp iols kalo blh nk beli color yg mmg iols hunting kan.

Iols mencari royal blue terang bunderang.. taknak royal blue yg kelam.

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
judicata replied at 14-5-2017 05:05 PM
uols. kat mana lagi ada jual baju kurung budak2 via website? radiusite ada yg cantik tp saiz byk da  ...

G butik terus leh pegang2.. yg radiusite yg baju raya budak  yg plain ade satu design tu je tak igt nama apa kain dia sedap sbb cotton sesuai tuk budak terutama hok kecik peluh berlemoih ni. Yg lain2 material cam tuk org tua sesuai la.
Iols  g radiusite bangi smlm, try yg caramelo kurung yg printed tu yg baru bunga2 tu
Muat elok tp rasa mcm boring sbb design ala2 tulip peplum.. sbb tahun ni rasa nk pkai kurung moden simple kain selisih depan mcm acik2 gomen pkai g kije tu jer.. malas nk pesyen2 beria. Konsep less is more gituhhh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.334591 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list