SJKC anak saya ni masa Guru Besar lama dlu, sgt mementingkan result (res ...
pasal baca kamus, akak dah rasa semuanya... tak boleh bayang kalau dah tua2 macam sekarang kena ulang balik semuanya tu. Kena kuat semangat tidur pukul 1 pagi teman anak siapkan assignment. Bangun pula tengah malam/subuh nak susukan si bungsu, esoknya pukul 5 pagi dah bangun nak siapkan bekal dan sarapan, sebelum pergi kerja. Mungkin masa tu badan masih muda, tenaga masih kuat, sekarang ni akak asyik nak tidur dan rehat je. Mujurlah sekolah rendah oz sangat relax, bila dah high school baru nak mula stress.
Akak happy baca anak lady kelas pertama, bukan senang budak2 non chinese nak masuk situ, sebab based on exam bahasa china sahaja. Ramai budak melayu akan masuk kelas2 belakang yang ada ramai non chinese, dan keadaan tu buat mereka lagi susah nak berbual dalam bahasa china melainkan terpaksa.
Akak dulu takde group whatsapp. Mungkin sekolah anak2 lady ada buat group whatsapp dan boleh ibubapa tukar2 idea di situ.
dari pengalaman parents di sekolah anak akak, ada yang memang plan anak darjah 1- 5 masuk sjkc, darjah 6 di tukar kepada sk supaya anak dapat masuk sbp atau mrsm. Akak rasa itu salah satu cara termudah sebab parent tu cikgu sekolah kebangsaan, tentu dia lagi arif sistem pemilihan semua ni. Dalam thread ni belum ada lagi yang buat macam tu. Tapi dalam rekod sijil berhenti sekolah nanti, nama sekolah terakhir itu sahajalah yang ter catat.
Assalamualaikum, rndunya nak membaca n sharing dalam group ni
anak saya darjah 2 skrg dan masih di sjkc. result peperiksaan pun ok cuma bahasa mandarin selalu matematik selalu dapat C, tapi tak kisah la sebab anak saya pun belajar sendiri je tak tuisyen lagipun keseluruhan peratus dia meningkat.
kalau nk ikut pengalaman sy so far memang sy bersyukur sgt2 bila anak sekolah sjkc sebabnya berdasarkan cerita kawan2 sy yg anak sek kebangsaan byk yg tak puas hati dgn cara sekolah kebangsaan. Contoh ade yg kate sek kebangsaan kalau budak tu pandai cikgu akan fokus pada dia je tp dekat sjkc semua murid dilayan sama rata. budak sekolah kebangsaan sy tgk mmg suka bersaing termasukla ibu bapa, scary je rase.
Ade anak kawan yg down sbb result drop padehal bg sy ok je pun, mgkin budak tu risau nanti cikgu tak pandang dia da. Anak sy pun result drop juga tp cikgu dia bg semangat kate anak sy ok cuma kene usaha lebih. Sampai skrg susah nk tahu siapa pelajar terbaik sbb dekat sjkc semua ade peluang untuk jd yg terbaik. Sy pernah tgk post kawan fb yg anak dia sek kebangsaan mmg sgt pandai tp anak dia kene tukar sekolah sbb diorg pindah rumah. sekolah siap buat majlis perpisahan besar besaran tu siap panggil parents dtg sekolah naik pentas dapat penghargaan la mcm2. saya rase tak perlu nk meraikan smpai mcm tu sekali lagi2 budak tu baru darjah satu je kot.
Post time 11-1-2019 09:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Assalamualaikum semua, anak saya umur 4 tahun dan tadika di 3Q MRC Junior.. Sebelum saya hantar anak saya ke tadika, saya ada call skjc dan memang cikgu sekolah cakap kena hantar tadika cina dulu sebelum masuk skjc.. Saya hendak bertanya pasal pendaftaran untuk ke skjc..
1. Perlukah saya telefon atau terus pergi skjc tersebut?
2. Dokumen apa yang perlu saya bawak sebelum ke skjc tersebut?
3. Adakah masih sempat saya dftr pada bulan January ni?
kak aurorare! respect nya saya bila cerita akak. saya tinggal di kangkar pulai jd bila akak cerita saya dpt imagine tempat tempat tu semua. cerita akak jd inspirasi saya untuk didik anak jika ada rezeki 1 hari nt. in shaa Allah.
Author|Post time 25-1-2019 09:10 AMFrom the mobile phone|Show all posts
makbudakcomel replied at 15-11-2018 10:41 AM
Assalamualaikum, rndunya nak membaca n sharing dalam group ni
anak saya darjah 2 skr ...
Akak ada pengalaman pun cikgu sk diskriminasi budak2. Anak no 2 sk dan kelas belakang. Ada tu masuk2 je terus cakap saya tak suka masuk kelas ni.
Memanglah ramai budak2 kelas dia pemalas, tapi anak akak tu bukan macam tu, cuma dia takde kelebihan akademik je. Cikgu pulangkan buku budak2 tu main campak je atas meja.
Kesian anak akak nak pegi sekolah pun tak bermotivasi.
Sjkc pula belum ada cikgu diskriminasi macam tu, tapi dia punya hw tu memang takde tandingan. Rotan memang siap sedia je kat tangan untuk budak2 tak siap dan tak sedia.
Author|Post time 25-1-2019 09:29 AMFrom the mobile phone|Show all posts
hafizmyhaf replied at 11-1-2019 09:17 PM
Assalamualaikum semua, anak saya umur 4 tahun dan tadika di 3Q MRC Junior.. Sebelum saya hantar anak ...
Salam hafiz, akak ada letak tips dari lizs, kat page 1, post #1 apa yang mesti dibawa masa pendaftaran sjkc. Elok pergi sendiri ke sekolah, boleh tengok dan tanya sendiri apa2 persoalan, sebelum proses daftar tu. Kalau anak baru 4 tahun, masih ada banyak masa. Hafiz tanya pasal sjkc kan, bukan tadika cina?
Post time 26-2-2019 11:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Salam...sy newbie kat sini.. dok gugel cari info ttg apple king...ingat nak htr anak tadika apple king coz dia nak follow abg dia sek cina...cuma my main concern..psl makanan...ada sesiapa ada experience htr anak apple king sg chua..share sikit info plss.
Author|Post time 28-2-2019 11:12 AMFrom the mobile phone|Show all posts
farhansmama replied at 26-2-2019 11:03 PM
Salam...sy newbie kat sini.. dok gugel cari info ttg apple king...ingat nak htr anak tadika apple ki ...
Sis, saya tak hantar anak kw situ, tapi sebelum hantar anak ke mana2 tadika Cina, saya akan pergi berjumpa guru besar dan tanys a-z semua perkara, silibus, polisi, makanan, siapa tukang masak atau ambil dari mana, dan apa saja yang sis fikir penting untuk anak.
Kalau dah betul2 puas hati baru hantar anak. Kalau ada cikgu atau parents melayu yg sis jumpa semasa lawatan ke sana, boleh juga tanya lebih lanjut.
salam, hi sy baru register anak utk pre-school sjkc (tp xsure dpt masuk ke x). ank sy next year bru 5 tahun ( ada setengah org ckp nk msuk tadika cina umo 5 tahun agak lewat).. bila baca experience ibu-ibu di sini yg hantar anak ke sjkc sy jd mcm seriau pulak takut sy x ckup kuat mcm ibu-ibu semua sbb ank sy yg 1st sy hntr ke sk and my 2nd doter nk try htr ke sjkc sbb sy ada alasan sy yg tesendiri..cuma jd seriau nya nk bantu anak2 dlm buat hw bhsa cina sbb sy xde xde knowladge bhsa cina.. once da msuk sjkc xkan nk buat separuh jalan kan.. and dalam fikiran sy juga untuk jgka masa pjg ank sy yg sy tau klu da skola cina benefit utk bumiputera mcm sush nk dpt.. mcm nk msuk ke sbp yg setahu sy mrsm shj yg bole dipertimbangkan klu sbp mmg diorang reject.. then boleh tau anggaran cost yg ibu-ibu spent bg anak2 yg skola di sjkc monthly or etc sbb financial juga sgt penting untuk kita manage. Thank you.
Author|Post time 24-3-2019 01:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
nancyjay replied at 18-3-2019 12:01 PM
salam, hi sy baru register anak utk pre-school sjkc (tp xsure dpt masuk ke x). ank sy next year bru ...
Selamat datang nancy, memang kalau nak masukkan anak ke sjkc kena kuat semangat dan ibu terutamanya kena sentiasa berdorongan dan berdamping anak.
Sekolah tadika masih ok lagi, sebab cikgu ajar yang badic sedikit demi sedikit, insyaallah anak2 boleh serap masuk. Tapi kita kenalah check buku anak tiap hari.
Akak dulu akan buka page yang anak baru belajar dan minta dia ajar akak, sebutkan perkataan2 tu kuat2 kat kita. Satu rumah pun boleh tumpsng belajar macam ni, dan boleh reinforce penghafalan dia juga.
Cuma bila dah masuk sjkc, rate pembelajaran dah makin laju dan kerja rumah memang banyak. Kalau kita langsung takde asas susah nak tolong anak, akak dulu memang merangkak2 baca kamus dan google semua website chinese translation.
Seleoas itu barulah akak gantar anak2 ke transit, yang dibuat di tadika mereka dulu.
Cikgu2 tadika buat part time tolong budak2 siapkan homework bahasa Cina. Kalau sempat, hw2 lain pun boleh siap masa tu. Kalau tak, sambung di rumah malam tu.
Author|Post time 24-3-2019 05:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
nancyjay replied at 18-3-2019 12:01 PM
salam, hi sy baru register anak utk pre-school sjkc (tp xsure dpt masuk ke x). ank sy next year bru ...
Dari Sjkc agak susah nak masuk mrsm, masa anak akak dulu. Mungkin sekarang polisi dah bertukar. Masa tu, ada parent yang pindahkan anak ke sekolah kebangsaan masa darjah 6, supaya senang mohon untuk sekolah menengah nanti.
Author|Post time 25-3-2019 08:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Update anak2 saya.
Edited by aurorae at 14-2-2023 02:21 PM
2015 Kami migrate ke Sydney dan membuka homestay. Majoriti pelanggan dari tanah besar China yang tak pandai berbahasa English. Anak2 yang jadi translator. Kami kini mengendalikan pakej lawatan ke Sydney dan menawarkan kediaman di homestay kepunyaan masjid di sini. Ikuti kami di
2018. Sarah ketika ini 17 tahun, juara Chinese Recitation peringkat Australia, kategori non Chinese. Wakil Australia ke Beijing.
2023. Rayyan 26 tahun, guru sekolah menengah di Sydney. Baru saja kawin dan rupanya, ibu mertuanya adalah anak Cina yang dijadikan anak angkat keluarga melayu. Masih berhubung dengan keluarga kandung Cina. Nenek dan datuk mertua usia 70+ tak pandai berbahasa melayu. Rayyan jadi jurubahasa kepada keluarga mertua semasa melawat mereka.
tq sis.. memandangkan anak sy skrg sorg je perempuan tu la harapan sy utk htr dia ke sjkc.. sbb pada pandangan sy klu ank perempuan i think she will survive... klu anak lelaki bila dah besar nnty pun peluang pekerjaan mereka sgt luas.. mcm sis mention kita nk ajar ank benda yg kita x tau mmg very challenger.. skrg ni pun ari2 sy akan check homework anak n ajar dia.. kdg2 krik krik jugak klu dpt soalan yg confusing ni..
Post time 4-4-2019 12:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Lama tak join thread ni. Anak.wafer std 2. Alhamdullilah berjaya survive setakat ni. Doakan yg terbaik ye. Tips wafer utk non chinese ke sjkc, tolong prepare anak dr 4,5,6tahun kalau nk msk sjkc. Baru anak tak stress. Ini pengalaman wafer. Tak paksa sesiapa utk ikut..nanti tak memasal kne kecam.
Umur 4thn, tolong biasa kan dgn disiplin belajar. Takla suruh belajar berjam, tp mulakan dgn 15mnt 2x @ 3x sehari utk. buat xtvt ringan, drawing, coloring, counting, spelling dll.
Umur 5thn, anak dh pegi kindy, balik tu boleh la ajar basic math..tambah, tolak. Sehari bagi dia buat 10 soalan, then tambah ikut kemampuan. . Rasenye kumon pun buat gini. Bulan ke3 tu, anak wafer, buat 50soalan bila dia dh mula faham teknik mengira dgn jari...jangan harap tadika ajar, sila ajar sendiri dirumah. Mula lambat la sikit, lama makin laju.
Umur 6thn, anak dh bole buat mind counting. Tengok je soalan dah bole kira terus. Wafer ajar sifir masa hujung tahun.
Std1, anak wafer cuma perlu fahamkan terms maths dalam bahasa cina. Dia memang tak stress sebab dh tau cara kerja math tu sbb dah belajar dlm english. 3bulan juga dia ambil masa utk absorb apa terms yg laoshi ajar. Alhamdullilah math dia sangat ok dan dapat A sampai sekarang.
Nanti sambung tips lain.
Salam...
I dah lama ikut thread ni. banyak ceduk ilmu... dari anak sulung I masuk Chinese kindy hinggalah sekang dia dah form 2 kat MRSM...
Sebagai parents yg memang takde darah cina langsung memang sgt mencabar hantar anak ke sekolah cina ni, tp kata org hendak seribu daya kan...
specialnya sekolah cina ni budak2 memang dah ditrain buat buat homework yg bertimbun dan kita sbg parent pula kenalah concern kan hal2 homework dan aktiviti sekolah ni...
apa yg sy perhatikan parents budak2 sekolah cina ni sgt komited dlm hal pelajaran, ko-kurikulum dan aktiviti sampingan anak2 disekolah. sentiasa bekerjasama utk kebaikan anak2...
even sambutan perayaan biarpun aidilfitri akan sama2 disambut disekolah dgn parents dan bebudak sekolah. pot luck jgn kira lah. yang Chinese ni selalu akan bawa minuman like minuman kotak, drinking water, goodies dll yg boleh share bersama...
Rasanya MRSM skrg ni tidaklah mcm dulu as long anak kita tu memang melayu dan bumiputera... summore result UPSR pun mestilah ok kan...
Baru ja book Chinese kindy utk anak yg ke 5 ni. Next year dah 5 tahun... kena book awal sbb ada quota pelajar muslim kat kindy tu... Book tu terus bayar yuran sbb nak dptkan terus tmpt kan... huhu...