Anifah ke Ukraine malam ini
PUTRAJAYA, 20 Julai: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman akan berlepas ke Ukraine tengah malam ini untuk memastikan pasukan siasatan khas Malaysia mendapat akses ke kawasan nahas pesawat MH17 di timur Ukraine. Beliau dan pasukan khas lapan anggotanya dijadualkan berlepas pada 12.30 tengah malam ini. Anifah dijangka mengadakan perjumpaan dengan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko dan Menteri Hal Ehwal Luarnya, Pavlo Klimkin, pada esok, berhubung tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines itu, bagi memastikan semua proses rundingan dan operasi mencari berjalan lancar. Beliau dijadualkan berada di Ukraine sehingga Rabu depan. Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berlepas ke Ukraine bersama delegasi enam anggota, termasuk Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk membantu operasi pasukan siasatan khas Malaysia di sana.
SOURCE
|